bawak anak3 melawat rumah anak yatim

assalamualaikum. tumblr ni nak update sikit2 boleh lah. rasa tak puas pulak. so, aku kembali. muahahaha.. tengah free ni saja nak share aktiviti kitorang sekeluarga hari ni. benda baru yang kitorang buat. lawatan ke rumah anak yatim. it was a last minute plan. tapi we manage to pull through. 

ni antara gang- gang parents classmate nia masa tadika dulu. pergh, punya close masih lagi keep in touch. in fact antara group yang paling active dalam whatsapp and macam2 boleh share dengan diorang. so group admin dia of course la the one and only teacher zai, suggest nak pay visit ke rumah anak yatim and dalam masa sama kita bawak barang2 untuk kita sumbangkan ke sana. dalam masa seminggu kitorang list out kan and dapat kan barang apa yang sesuai untuk disumbangkan. anak yatim yang ada kat rumah tu ada dalam 70 orang. 

so hari ni kitorang gather kat smart reader diorang dalam pukul 10.30 and from there kita gerak ke rumah anak yatim tu. dekat je. kat puchong.

antara barang- barang yang nak disumbangkan. 

CSR team junior. anak2 kitorang. amik gambar dgn principal smart reader, puan khasidah 

CSR team senior. nak gerak dah time ni. lead by teacher zai yang kat tengah sebelah aku tu.

dah sampai.

dah sampai. unload barang

pakcik ni dalam kereta dah tido. so tumpang babycot kat rumah anak yatim ni.

ustazah rumah ni yang diorang panggil 'mak' tengah cerita pasal anak2 dia kat sini. salute2!! dia pun ada ajar kita macam mana nak cam sindiket2 yang orang dok mintak derma ni. kata dia senang je, kalau budak mintak derma kita bagi dia barang makan. kalau dia amik, ok lah tu, kalau tak nak, nak duit jugak memang tak boleh dipercayai lah tu. siap ustazah tu kata ada yang family ni purposely buat rumah sendiri jadi rumah anak yatim. padahal yang duduk dalam tu anak2 diorang sendiri. and mmg banyak sindiket sekarang ni. senang je ye. semua amik jalan mudah. mak aku cakap ni betul ke rumah kebajikan. aku cakap kita nak sumbang ikhlas kerana Allah. kalau dia tipu itu antara dia dengan Allah.

dalam pukul 12 makanan yang kitorg order sampai. order nasi daging. order 100pax

makan time. anak2 kitorang dah jalan dulu padahal semua tak makan lagi. huhu.. anak oh anak. then sorang lead baca doa makan lepas tu the best part dia cakap 'mak, jemput makan, abang2 kakak2 jemput makan, makcik2 semua jemput makan' so polite... teringat anak2 aku punya pe'el. huhu..

ni dapur diorang.

masa kitorang sampai tu ada 1 group budak uitm course event management datang buat assignment la. diorang ada kan activity untuk budak2 ni. 

lepas solat zuhur berjemaah kitorang buat sessi potong kek. menurut kata ustazah ni, anak2 ni suka kalau ada birthday celebration. bila ada kek, diorang suruh 'mak' diorang simpan kek tu sebab nak bawak kat sekolah. nak tunjuk kat2 kawan2 sekolah diorang ada birthday cake. huhhu.. tersentuh. anak3 aku ni, lepas tiup lilin terus tak berminat. kek dok dalam peti sampai kejung. sangat2 excited anak2 ni bila nampak banyak kek atas meja. tak sabar2 masing2 nak terkam.

gang sejak tadika. masih keep in touch sebab mama2 yang selalu keep in touch. bawak anak2 datang ke rumah anak yatim ni dengan harapan diorang tengok sendiri keadaan anak2 yatim and lebih menghargai apa yang diorang ada rather than complain itu dan ini. 

selesai semua, kitorang pun mintak diri dulu. kasut kat luar tu anak2 dalam rumah tu yang susun kan. takde shoe rack pun. semua teratur. diorang kat dalam tu pun tau apa kena buat. time nak zuhur siap2 dah atas sejadah zikir dulu semua. lepas makan, clear kan semua, sapu lantai. 

insyaAllah kitorang akan repeat lagi sebelum puasa nanti. so nak kumpul baju2 yang elok, toys budak2 ni pun melambak boleh bagi kat sini. kat sini bukan saja ustazah tu tampung anak2 dalam ni, ada kadang tu anak2 yatim kat luar pun ustazah ni bagi makan. korang kalau nak dapat saham akhirat, kat signage atas tu ada nombor akaun rumah anak yatim ni.

bak kata ayah aku "wang yang kita belanja untuk anak2 yatim, Allah SWT akan ganti segera".

moga diberkati..

Blog nayville berpindah..

I'm moving..

From blogspot..

To tumblr..

Dah kenapa?

Aku tak boleh maintain blog sebab aku dah takde masa yang santai untuk aku update blog. Kalau aku nak update aku selesa update melalui laptop / desktop. Untuk aku update kat rumah pakai laptop seperti misi mustahil. For me to update during office hour, aku dah berada dalam fasa aku x nak abuse waktu kerja. Zaman dulu yess aku selalu je ngelat. Sekarang ni bila responsibility dah makin besar aku kena pegang amanah tu. so I won't take for granted. Wahh dapat APC mak tahun ni. So aku tak boleh maintain blog. Aku perlukan jugak medium utk taip berjela macam ni. Cuma aku tak boleh feel bila menaip pakai hp. 

Solution? 

Tadaaa

Meet me at


Kita cuba ye. Practical ke tak. Hopefully serasi and easy to handle via phone. Tidak kalu, cam biasa lah another gajah putih.

Till then..

wish accident

assalamualaikum. lama dah tak jeguk ke sini. bukan kata tak update, jenguk pun tidak. sangat propa kan owner blog ni. buat mana yang mampu. gitu..

so, bila kau dah canang kat facebook maknanya kau ready nak cerita kat satu dunia. hehehe.. sorry lah korang sebab aku rasa tak sampai hati tak angkat phone korang, aku cerita kat sini ye. meh kita baca sama sama dan dalam masa yang sama aku abadikan 1 lagi kenangan pahit dalam hidup aku. 

bismillah..

so hari rabu tu macam biasa aku keluar dalam pukul 5 dari ofis sebab nak amik nia yang habis sekolah pukul 6.10petang. ikut laluan biasa sampai lah aku sampai kat traffic light depan maybank serdang. lepas je traffic light tu hijau aku jalan macam biasa. depan kereta aku masa tu kereta kaler putih. i can recall jenis kereta apa lagi no plat. so depan kereta putih tu ada kereta myvi bangang kaler kelabu tiba2 masuk kat lane kitorang tanpa memberi signal. mungkin dia berhenti kat tepi then nak jalan balik lah. so disebabkan dia masuk tiba2 kat laluan kitorang menyebabkan kereta putih tadi terpaksa emergency brake. dan menyebabkan aku berhenti mengejut jugak. 

bang!!!

aku ingat masa aku tekan brake tu lah dengar bunyi dentuman kuat. aku nampak kereta putih tu macam terkedepan sikit lepas tekan brek tu. so aku dah macam pasrah aku dah langgar kereta depan. tapi sebenarnya ada moto kat belakang aku yang melanggar aku. laaaa... 

gigil!

dalam gigil tu aku ketepikan kereta then aku turun. masa ni orang of course lah dah kerumun kat kakak yang bawak moto yang langgar aku tu. tambah pulak akak tu menjerit2 cakap 'aku baru je repair moto ni.. bodoh tak bagi signal' masa tu aku rasa dia mmg mcm marah aku lah. so semua orang mmg pandang aku lah. dah kau bawak kereta besar langgar pulak perempuan naik moto. kekdah nye gitu.

calm down mode...

syukur aku dikurniakan sifat yang cool dan rasional orang nye. aku panggil akak tu 'kak apa kita ketepi dulu' sambil moto dia yang dah remuk separuh kat depan hancur rangka tu ditolak ketepi oleh orang ramai. aku cakap "kak yang akak nangis jerit2 ni, akak tgk kereta saya? akak yang langgar kereta saya. sepatutnya saya yang menangis. moto akak teruk kereta saya sama teruk. tapi kalau menangis bukan selesai masalah kita ni kak. kita settlekan benda ni dulu"

sebelum tu call mak yang anak dia sama sekolah dengan nia mintak tolong amikkan nia bawak pegi smart reader adel. sebab masa tu dah nak pukul 6.10pm. nasib baik lah ada alternative kan.

dalam masa sama call wan berkali2 tak angkat. haish... then dapat cakap dgn dia ok lah rasa baru stabil sikit perasaan ni.

moto akak tu dah hancur, dia pun nampak cedera agak teruk aku punya side pulak kena nak settle gak so aku tanya akak tu nak pegi hospital ke klinik ke or nak gi balai police. then dia kata dia tak boleh nak bayar sendiri so better buat report dulu. so terus je pegi balai police serdang nak buat report. sekali bukan boleh settle situ. lepas bukak report kat situ kena pegi balai polis kat kinrara sanun sebab kena jumpa oegawai penyiasat pulak. aduhh..

dalam masa sama risaukan akak tu. dia tu ibu tunggal pulak. aduh... takde lah aku nak kejam kan nak biakan akak tu walaupun dia langgar aku. dah lah separuh badan dia cedera. lepas buat police report tu aku offer dia nak gi hospital lagi tapi dia kata nak pegi bengkel moto nak mintak bengkel amik moto dia. so aku pun bawakkan dia settle kan moto dia.

mintak maaf

dalam kereta berdua dengan dia tu baru lah dia mintak maaf kat aku. ok aku cakap benda dah jadi kak. jom kita settle kan benda ni sampai habis. lepas dah settle hal moto dia nak terus pegi balai polis kinrara. ok lah kita terus ke sana. jumpa pegawai penyiasat kena masuk sorang2 ye. suspen gak la. takut aku tak boleh claim insurance dia je. sebab ramai orang cakap kalau kereta accident dengan moto ni biasanya kenderaan besar yang akan disalahkan. dedebor lah kan. tak lama lepas tu aku lak kena panggil.

kena saman

akhirnya kesalah dijatuhkan ke kakak tu. saman dikeluarkan kepada dia. sarjan cakap yang accident belakang kereta maknanya mmg awak yang langgar kereta puan ni. kalau accident kat tepi saya boleh salahkan puan ni sebab ubah laluan. fuhh lega satu hal. kesian pun sama sebab akak ni tanya saman boleh bayar sikit2 ke. rm300. aduhai..

lepas tu dia macam dah nak tumbang aku dah macam nak bawak dia pegi hospital serdang je. tapi dia insist nak balik rumah so aku pun ikut je lah apa dia nak. aku hantar kan dia balik rumah. dalam masa sama report polis dia aku pegang. sebab esok hari kena dtg balai polis balik dapat kan chop. macam2 hal.

settle haritu pukul 10 malam. aku sampai rumah rasa mcm kosong. caner tah. di awang2. macam fikir kat mana silap nya aku ni. tapi tu lah bahagian aku lah kan. malam tu sangat keletihan dan fikiran melayang2. dalam masa sama of course lah aku rasa bersalah sebab benda ni jadi kat kereta wan. dia sayang sangat kereta dia tu sekali kena hentam sampai tercabut bumper bonet kemek teruk. nyaris je cermin belakang tak pecah sebab kepala akak tu hentam cermin belakang kereta aku.

esok hari

aku request half day sebab aku nak dapatkan all necessary douments untuk claim insurance. pagi pegi balai polis dulu dapatkan salinan report. dalam masa sama call orang insurance aku tanya pasal geran kete tu ada update tak masa renew. dia kata takde. hadoi... sangat tak helpful la agent insurance aku ni. settle tu balik rumah kejap buat surat authorization letter nak collect geran nak bawak ke jpj untuk update page belakang tu. aku rasa aku bawak kereta macam melayang layang. siap sesat barat padahal tau je jalan nak ke tempat tu. gitu ye rasa bila baru lepas accident ni.

kakak tu warded

dalam masa sama aku text kakak tu dia kata dia masuk hospital malam tadi pukul 11 malam. Allah.. tapi to be safe aku diberitahu aku tak leh visit akak tu as dia yang langgar aku and benda ni masih belum settle. akak tu teruk ke? dahi dia benjol  the separuh badan dia macam ada lebam2 biru takut ada internal injury. sebab dia pun macam tak stabil je. tah la..

masuk bengkel

lepas dah dapat all the relevant documents, terus hantar kereta masuk bengkel. selesai urusan tu mmg tak dan nak masuk office, request cuti terus. lepas tu aku buat apa? aku pegi masuk kedai perodua depan bengkel kete tu ko. sebelum tu of course la aku call wan. aku cakap beli axia la. aku cakap that car dont deserve untuk dilenjan oleh aku. aku guna kereta mmg heavy user. aku banyak kesana kemari. urusan kerja. belum kira distance rumah - office yang jauh nye tahap hazabedah. dgn route yang aku lalu mmg macam2 possibility boleh jadi so aku rasa kete tu tak deserve untuk dilenjan macam tu. belum kira time amik nia kat sekolah lagi dgn parking nye susah gile. berhimpit2.

axia

menyebabkan aku decide ok, aku kena ada kereta kecik untuk dilenjan. aku masuk perodua macam orang biol pun ada, saya nak beli axia 1. macam hape kan. u tak nak tgk kereta? u tak nak test drive? no no no.. aku terus tanya what documents u need. dia cakap payslip 3 bulan and 3 months bank statement. ok i can give to you now. kebetulan mmg aku bawak laptop aku. semua dalam laptop terus je aku email. aku cam betul ke aku buat ni? masa tu aku rasa aku kena buat mcm tu. aku amik yang paling murah, auto. bayar bulan2 RM350. masih mampu.

fobia

yes, aku memang rasa fobia dan agak trauma. tambah lagi teringat bunyi dentuman moto tu hentam kereta aku. camne rasa eh? yang penah hadap accident tau lah rasanya camne. tapi tu lah, takkan nak trauma awak tak boleh drive dah kan. tu aku amik tindakan drastik untuk beli axiah. easy to handle.

so, aku drive pun sangat man man sejak semalam. asal kete dekat je aku hon. hopefully semuanya ok2 aje lepas ni.

sebak

bila benda ni jadi, tambah pulak masa hari kejadian tu aku masak tersebak terharu lah sebab orang keliling aku especially officemate aku sangat2 mengambil berat and semua sudi nak hulurkan bantuan. call aku tanya aku ada apa nak bantu ke. terharu weh. tq lah korang. aku bagitau wan and group office aku je. and of course kawan nia yang mak dia tolong amik nia tu. tq sangat2..lepas aku decided nak post kat fb tu pun right after thath bertalu orang tanya / call. sorry sesangat tak dapat nak pick up phone. amik masa sikit. hopefully dah clear semua kat sini ye.

gambar?

aku betul2 amik sekeping je gambar kete tu pun sebab nak tunjuk kat wan. tak sanggup nak amik gambar. i mean takde rasa nak amik gambar. sebab orang tgk macam kereta yang hentam kereta tu.

bahagian aku... malang tak berbau...
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in