Skip to main content

raya 2015 - dengan rakan taulan...

tak habis lagi cerita raya aku ni. raya aidilfitri ye. bukan aidil adha. aidil adha takde cite sebab tak balik kampung. so takde feel. so minggu selepas beraya ke rumah saudara mara, minggu seterusnya undangan tak putus rumah kawan2 pulak. tahun ni aku rasa best sebab dapat cover jumpa semua best2 buddy aku. kawan2 baik banyak kategori. semua dapat meet up masa raya. suka2. so, mmg aku takde slot nak buat open house pun sebab mmg takde intention nak buat this year. lagi pulak mmg full jemputan. next year lah ye. tak pun tahun satu lagi. hehehe..

jemputan dari officemate azan jon. sempena aqiqah anak bongsu dia and jamuan hari raya sekali. kambing masak kari. sedap bak hang. tambah 2 kali tanpa segan silu nye.

bergambar dengan pengantin. aqeef syazwan tak silap aku nama anak bujak diorang.  

anak3 mak jakun bila nampak buaian. harap maklum.


seterusnya terus ke shah alam, rumah bed. tak ter ambik pulak gambar makanan. makan apa ke bed? mihun sup antara menu. lepas tu cam biasa amik gegambar la.

esoknye jemputan open house rumah mak anis. yang ni wajib pegi lah. sebab every year aku regular guest. heheeh... kali ni best sebab dapat lepak lama. sebab nya.... 

teng tereng! tiba2 apekah ada YLEO punya barang pulak kat sini. selain dari beraya, haritu ada demo RDT (rain drop technique) kat rumah mak anis oleh jiey. mmg best lah. sebab aku pun baru beli RDT. ape benda pulak ni? teknik ni menggunakan 9 jenis minyak untuk tingkatkan antibodi dalam badan. so lepas aku dapat set ni, aku meng-RDT anak3 aku termasuk wan at least seminggu sekali. yang atas ni aku bagi kat mak aku untuk masalah kulit dia. alhamdulillah sangat2 membantu minyak2 ni. 

sementara diluar, gang2 lelaki dok melepek menunggu bini2 belajar teknik RDT nih. sessi lepak paling lama so far. suka!

seterusnya, ini hari jumaat. jumaat pun siap ada open house. semestinye rumah boss kitorg. dekat je dgn office. so pegi time lunch hour. lelaki lak datang lepas solat jumaat. kambing tergolek golek menanti..

tuan rumah boss aku yang pakai lebai itu. bosses yang lain datang sebelum solat jumaat. 

bijakaktifians ladies...  

lepas solat jumaat datang gang lelaki sepatutnye kitorg kena gerak tapi hujan turun dengan lebat nye. terbantut pulak..

pekena kopi dulu. lepas tu baru balik office. menggulupur lah sebab lambat sudah. hahaha..

jumaat tu malam nya ada jemputan lagi. lebih pada potluck. ni dgn gang SIS aku. gang CSR aku. port biasa, pegi kat rumah yang paling besar rumah puan hairani. 

banyak gile makanan malam tu. dgn tuan rumah sediakan nasi arab dan laksa sarawak. tambah2 yang kami2 bawak ni. aku of course la bawak yang paling senang dominos pizza. hehehe.. 

sebenarnye dok cari hari nak gather takde yang kena sebab memasing busy. ni pun ada banyak yang kurang. last2 aku propose malam ni je lah. padahal the discussion tu siang tu je. last2 on terus. tercapai lah hajat nak gather. thank you banyak hai sebab bagi kitorg menyepah kan rumah hai. hehehe..

 esok nye sabtu ada jemputan lagi. kan kata penuh weekend sepanjang raya. rumah kakak aku kat bangi. aieza. kebetulan haritu bday asha, anak bed. so kita celebrate sekali. budak2 kalau bab happy birthday excited je. tu bday girl yang pakai dress biru. dgn kek baskin & robins lagi. aunty teruja jugak asha!

 happy 8th birthday asha. aunty doakan semua yang terbaik milik awak.

first time ko makan BR cake selambak gitu. puas! thank you bed sebab jamu kek.

and of course thank you tuan rumah for the marvellous food. thank you opah. semoga opah sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. mang ai gebu gebas kucing kome kakak.

petang tu, terus je balik rumah sebab kakak2 aku nak datang rumah. asal usul nye kakak aku kata nak dtg rumah aku sebab ada kursus kat putrajaya, so ajak gang lain mai rumah ahad malam boleh jumpa sekali dengan kakak aku. tapi last minute tak jadi pulak si azyyati ni turun. tapi proceed jugak lah beraya kat rumah aku. 

tak masak apa sgt pun sebab yg lain pun ada bawak food. aku goreng mihun je. 

yang terawal sampai. kzura and khanim

and disusuli dgn kmira and kyan. tetamu kedua beraya lepas family aku. hehehe.. 

lepas tu kita tiup kek sempena belated bday kyan (21/7) and bday wan (10/8) jugak. tapi semua pakat beria tiup kan. apekah sgt.

wefie sebelum balik. tq banyak2 korang sebab sudi datang. settle2 kan basuh pinggan mangkuk segala dan selesai 1 lagi hujung minggu beraya.

jumaat terakhir Syawal, office kitorg buat jamuan raya. konsep potluck. aku lupa aku bawak apa. owh beli buah saja. hehehe.. dari sarapan pagi sampai minum petang..

boss tgh meng-kokak lemang.. 

upgrade sikit tahun ni sebab ada karaoke yo. hahaha.. gigih memasing nak memastikan boleh karaoke. TV either canggih sgt or antik sangat. 

lepas tu apa lagi, karok lah memasing. layan dowh... 

esok nye raya lagi... berfrozen anak2 aku sebab ada bday sekali tema frozen.

tapi sebelum tu ke kenduri kahwin kita dulu. anak sepupu ayah aku kahwin. tak kenal. wakil kan ayah. hehehe

tema sama dengan rumah kenduri lah pulak kan..  

dari kajang terus je ke puchong. ni rumah wajib tiap tahun datang ni. tiap tahun buat open house. sup tulang dia terbaik lah.

yg tudung hitam tu pembaca setia blog aku. hekhekhek.. sebelum blog ni bersendu lah. kemain malu nak jumpa aku pegi duduk dalam bilik dok tiup belon padahal belon dah melambak2 aku tgk kat rumah maksu dia ni. hahaha.. sabajelah. anw nice meeting u dik. 

bab membuat onar mmg no 1 ana3 aku ni.

sabtu, time ni Syawal dah habis, tapi big boss aku buat open house time ni. told ya mmg pack kan raya. so semua wajib datang lah ye. hehehe..

set timing dgn semua bijakaktifians utk datang sekali. lama gak kita melepak kat rumah boss. 

kambing repeat sampai santak perut. 

tak makan nasi sebab dok repeat makan CKT ni. ini aku rekemen kat boss aku. contact dari pakcik aku. mmg terbaik. korang kalau nak buat open house ke jamuan ke aku mmg recommend amik CKT ni. selain tu diorg ada offer pakej2 lain jugak. nama uncle ni kamaruzzaman, no tel : 017-656 3232. tq boss sebab simpankan kambing utk kitorg. lepas tu ada lagi 1 rumah. last last

petang patah balik ke 16 sierra rumah SIS gang. tgk ha tuan rumah masih ber-apron. kemain comel ha kau ina. 

anak2 kami semua bertebaran. mmg ramai kanak bila kitorg gather. 

kebetulan ada game dato' lee chong wei main, lepak dulu. aku x leh tgk, mesti kalah. mmg kalah pun. 

one last photo before we leave. as usual. thanks ina. 

balik rumah apa lagi, buat closing. mmg habis Syawal baru kira semua. biasa aku kira total up kan and bahagi 3. dah masuk dalam tabung haji. terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi menjemput kami, menjamu kami dan jugak memberi duit raya kepada anak2 kami. semoga dipanjangkan umur dimurah kan rezeki kalian semua dan dapat kita bertemu lagi di bulan Syawal pada tahun hadapan.

ok, its a wrap for my 2015 Syawal!

assalamualaikum..

Comments

nad said…
wsalam
bestnya! kali ni raya mmg saya pack kan weekend? tp kami sempat la p bercuti ke cameron, haha! xdpt.penuhi jemputan open house utk that weekend. xpe.. thn dpn klu buat open house ajak lagi tau! haha! in shaa Allah kami cuba pastikan dpt sampai hehe... teringin sgt kot nak jumpa, haha!
Iela Fazielah said…
kaw2 punyer post..gmabar mkn2 n beraya sungguh ni

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!