page 5 of 365 : sekolah agama nia SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-FIRDAUS

assalamualaikum. hari yang sangat produktif harini. lega ada benda nak cerita harini. hahaha.. yang penting lega sebab rafa dah terlelap. penat benar lah kat sekolah tu or tak bape nak tido. so boleh lah menulis. 

malam tadi maklong niarafadel tido rumah. sebab ada interview phd. so dapat lah layan gegar vaganza sampai habis. memang banyak benau kejutan ye. major tekejut of course lah keknis kena lamar dgn bf dia tu. which i personally believe that she don't deserve to be proposed like that. macam..apekah sangat. kerut2 dahi aku dgn kakak aku menenengok nye. tak leh nak digest. ngok lah astro kot ye pun ko nak gimik cari lah yang realisitik sikit. ah lantak kome. 

 kejutan lagi time amelina tu. lagi satu tak boleh digest bila kakak aku cakap dia buat semayang istikharah nak jadi penyanyi balik. aduh duh duh... dunia betul2 di akhir zaman. again, lantak kome.

ok, settle bab2 lagha ni kan..

subuh pagi tadi, teacher smart reader niadel tanya nia hantar transit ke? sebab kalau hantar kena bayar daily / weekly. aku cam ah sudah apekah? boleh terlepas pandang hat tu. by right bulan ni nia dah kena start transit kat sekolah agama yang dia nak masuk. ye gak kan. aiseh...

tapi aku ada kegusaran lain lah pulak. aku rasa area sekolah agama Smart Quran Darul Husna tu tak berapa conducive untuk nia. bukan apa, nanti habis seklah agama pagi nak sekolah kebangsaan kan dia naik van. so normal practice is kalau sekolah agama . transit kat shoplot tu, aunty van akan mintak tolong budan dalam van untuk amik nia dari dalam instead of nia yang tunggu kat bawah. mmg mengarut lah kan. then aku ada concer lain, sekolah tu kena naik tangga tingkat atas sekali. which sangat tinggi lah pada aku. so aku kena consider untuk cancel sekolah agama tu dan cari sekolah agama lain.

so, aku dapat contact parents yang naik sama van dengan nia. dapat dari aunty van. and guess what, aunty van tu siap cakap dia sebenarnye ada problem nak pick up nia kat smart quran tu nanti disebabkan yang aku cerita lah. and dia cakap kalau saya mau angkat (pick up) u punya anak, saya kena turun, budak tinggal dalam van, nanti orang bawak lari van i dengan budak2 dalam tu. so memang same thought la kitorang. 

so tadi dapat contact 1 sekolah agama kat kawasan atmosphere, new building belakang giant. dekat genius aulad situ. aku nak lari pegi tgk memang tak dan. so aku mintak wan tgk kan jap sekolah tu ok tak.





kalau korang berminat boleh contact no atas tu ustazah aida. aku terus close deal lah. sebab kawasan dia ok, and tingkat 1 sekolah agama dia. sek agama ni baru je berpindah dari area klinik qistina sana. so baru tahun ni pindah kat atmosphere ni.  

esok terus nak hantar nia transit kat sini. transit RM150/month & yuran bulanan sekolah agama RM100/month. esok aku terus hantar nia kat sana. kena charge daily kat smart reader tu sekian gak. so kita bagi expose awal kat sekolah agama.

tanya terus, pegi transit kat situ kena pakai tudung ke? ye katanya. aku senyum2 je lah. so dah brief awal2 kat nia esok transit kena pakai tudung. sebab kena mengaji.  dia ok je. aku kena fikir nak kena stock up seluar panjang dia lah. tak bape banyak. tapi sekolah esok pakai baju sekolah kan.

tapi ada sembang dengan 1 of the parents yg hantar anak sekolah cina katanya darjah 1 dgn 2 dia tak advise nak hantar sekolah agama sebab budak stress penat nanti katanya. sebab homework sekolah cina triple banyak katanya. aku cam dengar je lah. sekolah cina, sekolah cina gak, agama tu yang no. 1. 

alah bisa tegal biasa nia ye. mmg aku akan hadap bulan pertama struggle nak dengar rungutan nia. tapi aku percaya dia boleh harung. again, pendekatan 'learning is fun!'

haaa ada lagi tapi. aku baru tau yang sekolah agama takde sessi pagi untuk darjah 1. aku haaa?? pulak. sebab kebanyakan sekolah kebangsaan darjah 1 dia sessi pagi. pulak lagi. so nia akan masuk kelas darjah 2 sebab kata ustazah tu silibus lebih kurang sama. 

phewwww.... baru nak masuk darjah 1 ni aku rasa semput. motip sangat kan. kecoh je bak kata boss aku. baru darjah 1. sebab separuh hari aku engage. 

betapa efisyen nye driver van tu, aku belum datang esok, dia dah pegi sekolah tu jumpa ustazah. tekejut ustazah tu tiba2 ada orang cina datang. belum sempat nak kabo ke ustazah pun. so aunty van tu happy dgn environment area sekolah tu senang nak pick up nia esok. benda2 tu aku kena fikir tidak tak tenang aku kat ofis. semua kemungkinan aku fikir kan.

so nia, all the best for tomorrow. new environment.moga diterangkan hati untuk menerima ilmu yang diajar.

info tambahan lagi, hari ni genap anak bujang aku 15 bulan. alhamdulillah dah boleh berjalan and gigi dah 2 batang. baby sangat kan? :)

gembira je kan aku membebel... hahahha..

till then...

4 comments:

Nad MamaZN said...

bagusnya la hai aunty van tu...
moga nia dpt blajar ngan baek..

BabyAndKids Collections said...

seronok baca kisah nia nak masuk sekolah. semoga semuanya dipermuahkan dan boleh adapt.. ;)

Iela Fazielah said...

payah gak ye... boleh je daftarkan ia msk sek. agama al -alim tempat syfqah belajar skrg. betul2 kat apartment biru rmh lama akak dulu. seklah kat bwh n senang nak naik turun anak dr van. lagipun ada sesi pg n petang. syfqah sekolah pun sesi ptg. sekolah tamat jam 10.20 pg. tp kalau dah amik sek. agama kat atmosphere tu..proceed jelah...

Irnie Ibrahim said...

blh minta number anty van tu...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in