Page 3 of 365 - tido PD hari ni

Assalamualaikum. Update blog pakai ipad. Moga takde typo teruk. Pakai laptop typo berjuta apa lagi kalau pakai ipad. So hari ni punya cerita kitorang ke PD sebab wan ada hal kat sini. Alang tu wan ajak bawak anak3 berlibur. Memang dah lama tengok grand lexis tu. Tgk kan harga nya, mmg tak worth la nak bayar RM 700 - RM 800 untuk 1 malam punya rate. Itu adalah kemengarutan bagi aku. Tapi ngenangkan, takde terfikir pun nak coti2 ni, and mmg takde nawaitu nak bejalan banyak, kita book lah jugak. Nawaitu nak bagi anak2 gembira je and honestly aku rasa aku pun perlukan short break ni.

Tapi kita bawak bekal. Bayar mahal2, harus duduk dalam bilik aje. Toksah keluar. Tapi sebelum tu pagi2, gi ampang jap amik barang aku. Apa dia? Pernah dengar pasal ez diet? Aku kind of tergoda since last year lagi. Plan memang nak start january. Kuruskan badan dan makanan tersedia 5 kali sehari. Sesuai utk orang macam aku yang 'rajin' masak ni. Tak yah pening nak makan apa, semua dah tersedia. Settle. Memang terasa bila membayar sebab bayar selepuk untuk makan sebulan kita kan. Tapi lepas dicampur tolak darab bahagi, it is within the budget. 

Kitchen derang kat dataran palma kat area ampang point nu. So aku self collect je lah. Bukan jauh pun. Tu kotak untuk 7 hari punya menu. Kena pegi amik setiap minggu or they will arrange for delivery. Amboi, senang nye hidup sekarang ni ye. Asal ada duit. Bukan kata berduit, tapi mmg berminat nak mencuba. 

Ni lah rupa kitchen dia. Sementara tunggu amik barang aku, sempat snap. Menu dia semua western, food utk program diet ada 5 kali makan sehari. So bulan ni no more, nak makan apa eh? Tak tau nak makan apa lah harini. Western memang kena dgn tekak aku dgn wan. Amereka sangat kan? Puiii... Korang boleh  check it out website dia untuk pakej2 yang ada. Siap menu untuk seminggu lagi. www.ezdiet.com.my.

Lepas tu terus je ke PD. Settle urusan wan terus je check in, sebelum tu, lunch kat space cowboy nasi kukus ayam panggang. Menarik dan tertarik. 

Nasi kukus ayam panggang berharga RM6 sepinggan. Air ada 2 je. Epal or tembikai je.

Kedai berkonsepkan cowboy. Siap ada backdrop lagi. Memula ingat nak makan kat teluk kemang tapi tergoda tgk kedai ni yang penuh orang. So tak jadi ke teluk kemang. Mmg best kan?

Dah sampai, check in and tunggu buggy bawak kita pi bilik. Teruja lah budak berdua tu. 

Jakun dot com. Dia ada 3 jenis bilik, executive, premium and grand villa. Grand villa siap ada special lane. Kitorang amik premium sebab boleh accommodate 5 orang. Ada 2 king size bed. Gayat lah pulok aku.

Then apa ke lagi, berkubang lah.
Rafa kejap je, lepas tu tgk dari jendela je lah.

Settle first session. Belanja aiskrim pulak. Bagi diorang seronok. Next week nak pulun sekolah dah.

Jakun lagi. Buat homework kat situ jugak. 

Scenery malam. Tunggu lepas maghrib nak terjun balik budak be2 ni. Jenuh berzikir dah pukul 8.30 ke dah pukul 8.30 ke.

Kawan - kawan adel ni pun ada dibawak bersama. 

Sambung. Ada lah sejam lebih. Gilir2 aku dgn wan mengadap diorang and jaga rafa

Yang dia ni pun jenuh kepung. Tutup sliding door niadel takut. Dibukak, laju je si rafa ni.

Settle untuk harini. Esok sambung berkubang sampai nak check out. 

Hujung minggu terakhir untuk berlibur. Try manfaatkan sepenuh nya.

Till then...

1 comments:

Fyda Adim said...

wah bestnya dok grand lexis..mmg teringin tapi nengok harganya. pitam jap...hehehe...tapi sekali kena cuba gak tak tahulah bila zamannya.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in