page 2 of 365 - orientasi sekolah nia

assalamualaikum. day 2. ok lagi kan... aku tau laki aku berkata dalam hati tu, seminggu kemudian... kalau boleh komen memang dia komen. takpe2, i take the challenge. hari ini dalam sejarah, hari orientasi nia punya sekolah kebangsaan. hari yang dinanti nanti, hari yang ditunggu tunggu tiba. masa tu awal lagi dah nervous segala kan, tapi malam tadi masa iron lencana kat baju, aku macam, ok je biasa je. 

pagi2 dah sampai kat sekolah kebangsaan. nia bab bangun ni dah train awal. so takde masalah. senyap je dia dalam kereta. perasaan bercampur baur la tu. lewat sikit, tapi sebab traffic ok so sampai on time. 7.45 pagi. parking dah penuh, tapi aku manage dapat parking yang agak strategic. adel ikut sekali. sebab tak sempat nak hantar dia kat smart reader. aku bawak je lah. ada gang. tak lah kejung sensorang kan. hehehe.. wan keje. first day sekolah esok baru dia cuti. rasa nya lah.

 ready for school esoknya. tag nama dia tu dapat masa buat pengesahan sekolah lagi, daftar awal dapat lah kelas depan2. ada 1A - 1N kot! gila ramai budak darjah 1 sekolah dia. patut lah besar gila sekolah nya.

sampai terus je masuk dewan. sebelum tu cek nama anak kat luar dewan. aku saja cek nak sah kan nama dia ada. so confirm kelas 1D. then hantar nia kat teacher2 yang pakai tshirt oren tu. border line tu pemisah parents dgn murid. 

ada slide show lah bagi macam2 info sebelum ucapan2. ni cikgu kelas nia. macam garang je. hehehe..

 bermula lah rutin baru next week ye.. ni waktu sekolah nia. jenuh gak nak menghafal ni time dia. aku dah banyak kekeliruan hari apa tuisyen apa, pukul berapa. serious. tu semua kena catat. faktor umur betul.

antara input2 lain. yang tertulis ni paham lah kan nak baca. tiba tang ucapan, aku tgk mak budak melayu lain, mak budak tu tgk aku. hahaha... tgk2 kelas anak kitorang sama. apa lagi, exchange no lah. senang nak nganga sesama. hahaha..

tah mana nia pun tak tau aku. hahaha.. nanti kalau dia dah biasa pakai tudung nak suruh dia pakai tudung gi sekolah so boleh differentiate sikit kan. ini sama je semua aku tgk. 

lepas dah habis taklimat, parents dijemput ke kelas anak masing2 sementara budak2 tunggu kat dewan and cikgu lain tunjuk kan murid2 kawasan sekolah. ni lah kelas nia. lucky her sebab mmg sebelah kantin and that building mmg agak strategik. tak perlu dia nak melilau jauh2. cuma kelas2 komputer lah kelas muzik lah lain2 lah tempat nya.


dapat lah segala2 yang sepatutnye. time ni baru lah haa kalau nama anak korang panjang2 ni, masak lah nak mengisi benda2 ni. jenuh gak. yang dok sebelah aku tak paham BM. aku lak tak paham mandarin. molek lah tu. kena ringan2 mulut lah lepas ni. so moh kita isi borang sama2 and pahamkan apa taklimat cikgu kelas nia ni. 

ni rupa kelas nia. conducive lah. cikgu dia yang dok depan tu. tadi dalam gambar lain, ni lain pulak. perm sudah rambut nye. settle bayar / isi borang segala dalam masa tu nampak murid2 ni pusing kawasan sekolah. settle dah semua urusan, pegi amik anak2 balik dalam dewan. 

 lepas dah amik nia kat dewan bawak balik dalam kelas cikgu suruh aku tulis nama dia dalam bahasan mandarin. apekah??? aku suruh nia lah tulis sendiri. 

steady lah nia. bila dah attend orientasi ni i'm feeling ok. feeling aku tau, bukan anak aku. dia ok je kot. cuma dia kata bosan sebab takde kawan. 

sekali eh, dia nampak kawan tadika dia. srisha. tapi kelas sebelah. 1E. so terus berbunga bunga cakap nanti kakak nak rehat dgn makan dgn srisha. 

selfie satu! 

mari pilih aktiviti ko-k. taekwondo kot. tapi ahad lah pulok. 

post-orientasi. baru separuh hari ni. sekolah esok keluar 7 pagi dimulakan dengan sekolah agama, 9 malam di akhiri dengan tuisyen then baru balik rumah. risau tang tu je lah, larat ke dia. boleh nia boleh. nia mana reti penat. belajar should be fun kan? nia boleh! apsl balik 9 malam? tuisyen.  bukan hari2 lah. 4 kali seminggu.

nak bagi nia ni. hadiah darjah 1. hat fake lah. rm60 ke. hahahaha..

so settle orientasi. looking forward 12hb ni. 

2 comments:

Iela Fazielah said...

Wah..nia dah msk sekolah.. Sk serdang br yg kat mana ea? Nia very goid girl.. Muka relex je.. Xnmpk takut pun. Nama alya bl jam tu? Nak la jugak.. Cung!

Anis said...

Mak ai...mcm masuk uni jadual padat gile.smpi mlm. Baru darjah 1 wei. Hahaha

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in