page 1 of 365 - 2015

assalamualaikum. lama dah tak jenguk sini. bukan kata tak update, jenguk pun tidak. somehow, blog is not my priority anymore. sian dia. so selamat tahun baru untuk kita semua. berapa umur dah tahun 2015 ni? aku dgn wan double 3 sudah. lagi 2 tahun 35. time tu rasa dah tua bebeno kot. alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk melihat anak2 membesar. 

so, tak nak cerita panjang sebab aku plan nak buat 2014 highlight. untuk day 1 of 2015 ni aku just nak share 2015 resolution aku.

 untuk diri sediri
  • nak jaga solat
  • nak kurus minimum 50kg kebawah
  • nak settle loan PTPTN
  • nak full settlement 1 kereta
  • berlapang dada dalam semua hal. bersangka baik dalam semua perkara
sebagai mama
  • no more junk food in the house
  • tak nak marah2 anak3. lebih kepada menasihati. diorang dah makin besar. dah patut jadi bestfren kita. kadang anak ni dgr cakap kawan dari mak pak. so kita jad kawan diorang.
  • nak make sure nia solat cukup 5 waktu sehari
sebagai anak
  • aku harap aku boleh jadi macam dulu masa anak baru 2 orang. balik kampung at least sebulan sekali. dulu bulan ni balik kedah, bulan depan balik perak. tapi bila dah anak 3 ni, tambah pulak nia dah attend macam2 tuisyen ni so kekangan masa disitu. so nak schedule siap2 untuk balik both kampung sekerap mungkin.
sebagai isteri
  • jadi isteri solehah. :p :p :p hahahaha... ok, at least tahun ni, aku boleh iron baju untuk wan sebab aku kena iron baju sekolah nia. aapekah resolution itu? iye... semua benda wan buat sendiri. so tahun ni i upgrade sikit i take over iron baju u ye bang macam bini2 lain buat. :p
sebagai perkerja / team leader
  • jadi pengurus yang baik kepada anak2 buah. tahun ni, will take it everything positively. bila aku positive and happy, of course subordinate aku akan membawak aura yang sama. thanks to stress away YLEO jugak :p
sebagai warganegara malaysia
  • saya akan tingkatkan pembayaran zakat saya untuk saya kurangkan pembayaran cukai saya. saya rela salurkan ke zakat dari serve kat LHDN. warganegara cemerlang gemilang dan terbilang sangat i kan?
sebagai blogger
  • 1 hari 1 entry?? :p

akhir kalam, may good things always be with us this year. amin ya rabbal alamin. amboi, too ambitious ke? kita cuba. at least these are my kpi. moga dipermudahkan oleh Allah SWT.

  am doing this rite now. tgk date takwim sekolah. haahha.. nak plan cuti, balik kampung and so on..

gambar live. 

wan's resolution? nak siapkan gundam ada 3 ekor lagi tak siap. boleh?? senang nya jadi orang lelaki ni. simple je. kita kemahen plan macam2. itu lah laki aku.

till then.

2 comments:

Nad MamaZN said...

hepi new yeay alya!
double 3, sama la kita :)

Anis said...

Gosok baju hantar dobi je wei. Xyah susah2. Zul yg ajar aku

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in