tudung

korang tau kan, aku skang dah berbokitta. sebab nya 2 je. tak payah gosok and tak payah susah2 nak pin. totally pinless. sebab dagu dah berlapis. nak pin kat leher tu boleh mendatangkan pening kepala. nak pin kiri kanan bagai tu is so not me lah. dulu masa belum akil baligh pakai tudung selempang ke belakang. sekarang dah ada macam2 jenis instant hijab, semua katanya instant tapi tudung yang jenis chiffon ni terutamanya semua kena pin. kalau tak pin, mula lah lurut kiri kanan semua. mendatangkan kerimasan.

kalau jenis chiffon, bokitta je lah yang paling serasi dan sesuai dengan aku. ada lah try banyak instant shawl yang lain tapi aku lebih serasi dengan bokitta.

tapi kan semalam masa pegi the curve sebab ada hal, kan bokitta ada buat sale kan, aku pun singgah lah kiosk dia ingat nak beli barang sehelai 2. kurang RM20 kan. so bila benti kat kiosk dia mata pandang benda lain pulak. naelofarhijab. mmg ada lah teringin nak try. tapi tak konfiden sejauh mana instant nye. so try lah. aku beli 1 chiffon and 1 cotton. 

then balik rumah aku try lah hat chiffon. chiffon of course lah kena pin kan. 1 je. kat tepi. tapi yang hat cotton paling best. mmg memenuhi kriteria aku. tapinya, semalam aku try ada pulak macam defect kat tudung dia. tang awning dia macam jahitan kat tepi dia tekepet so tak elok terbentuk nye. aku cam, ah sudah apekah ini?

mujur lah tadi wan nak pegi the curve lagi tadi ada hal lagi, so aku pun singgah balik kiosk bokitta and bagitau. dapatlah tukar. sebelum tu inspect dulu. aku cakap 'susah kalau beli online kalau jadi kes gini' tapi takde kot. aku je kot masa tu. 

tapi.... memang best lah tudung dia. ni rupa dia.

ni rupa bila bukak terus dari plastik and sarung. sap sap sap siap!! takde pin. tak payah pakai serkup. yang paling best, tak payah iron! sooo me! ku jatuh cinta kali pertama. lepas ni kalau tudung corak pakai bokitta, plain kita boleh pakai ni. nice... good job lofa!


 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in