VICTORY FOR GAZA

oi update blog oi! aku menyeru kepada semua orang yang ada blog sila lah update blog ye. menyeru kepada diri sendiri ye. bulan Syawal telah pun melambuhkan tirai semalam. sempat puasa 6? aku kalau puasa penuh bulan Ramadhan ni memang liat sikit nak puasa 6. wah pengakuan. kalau tak memang buat. lagi pulak aku breastfeed. alasan lagi. nak dapat pahala sunat ni ada je alasan ye. apa pun moga kita bertemu di Syawal seterusnya. aku nak cite lah ni cerita raya aku tahun ni. sian rafa takde di enterfame kat sini. tapi dia jadi star kat instagram aku. ye lah, senang je nak capture gambar dia. gambar kakak2 dia dah kurang banyak dah. dah besar, tak berapa nak mesra camera. senang kata, tak kuasa nak melayan mama diorang kalau mama diorang nak amik gambar.


Allah, ada keje lah pulak. jap gi ah sambung... aku dah declare harini hari tak nak buat keje sebenarnye. nak rehatkan kepala otak. 

later!!

apa pun... ONE GOOD NEWS YANG KITA DAPAT HARINI

AFTER 51 DAYS, OVER 2,000 PALESTINIANS KILLED, OVER 10,000 PALESTINIANS INJURED, AND THOUSANDS OF PALESTINIAN HOMES DESTROYED... GAZA WON. WE WON!

ALHAMDULILLAH....

please please please teruskan boikot. it is not seasonal punya boikot. jom kita ajar anak2 kita apa yang boleh and apa yang tak boleh. alhamdulillah niadel alert benda2 ni sebab papa diorang memang boikot habis2an. no more milo, no more maggie, no more starbucks, no more mcDonald. banyak lagi yang menyumbang kepada Israel. 

bangga jugak dengan niadel diorang berani bersuara lah. bukan kat sekolah je, kat tuisyen mandarin nia pun, dia boleh cakap dia tak boleh minum milo makan mcD sebab tu Israel. 

ok2, kang sambung. later!

i'm back!

insyaAllah back for good... macam migrate je ye. puiii... back for good nak update selalu katanya. insyaAllah...

hi semua! saya memang suka buat gaya karam singh walia ni. satu lagi suka tunjuk sign 1 malaysia. tokjib mesti suka saya.

bismillahirrahmanirrahim...

hi!

hi! kalau aku bawak laptop, mesti boleh update blog buat cerita terkumpul tertunggak berbulan2 lepas. ni kat desktop toyota service centre kat balakong ni. nak habiskan masa sementara menunggu kereta siap. siap amik cuti lagi nak pegi service kereta sekarang ni. dulu ofis dekat, hantar kereta pagi, then mintak tolong office mate amik kan, boleh lah masuk ofis kan. laaa memang tak dapat lah. nak service kereta kena amik cuti. tapi aku tak kisah sebab cuti aku ada 45 hari lagi. aku rasa macam nak amik cuti seminggu sekali sampai hujung tahun. tu pun tak luak banyak jugak agaknya. yang boleh carry forward 5 hari je rasanya. makanya, marilah bercuti tanpa rasa bersalah. kalau boss tanya kenapa nak cuti? hai, cuti i banyak boss, suka i lah bila nak cuti kan.

ape kabar kome? sihat semua? raya ok? aku masih dalam mood raya ni. tu masuk ofis pun lambat2 je sejak dari naik kerja isnin itu hari. apsl tah. lama sangat cuti raya tu yang terbawak bawak mood raya tu. hopefully by next week aku akan kembali full swing membuat kerja. 

raya kitorang alhamdulillah ok2 aje. banyak tragedi syawal menimpa. especially dari segi kesihatan anak3. bahagian kitorang la tu. tak bagi kita leka sangat menyambut raya. nanti lah ada kesempatan aku cerita. nak bebebno memeriahkan balik blog aku ni tapi tu lah, anak dah ramai ke, tanggungjawab kat ofis dah besar ke, faktor usia ke, buat aku avoid blog picisan aku ni. 

ada je pembaca, ada je yg menyinggah, kalau korang tgk ada je yang tinggal komen kat tepi tu kan. siap maki i lagi. lantak kome. korang ada hak nak bersuara, aku tak kisah pun. tu lah, harap ada lah masa aku nak update cerita2 tertunggak. buat kenangan dalam ni. 

apeke lembap benau kete aku tak siap2 service lagi ni. kejap lagi nak pergi celcom nak terminate maxis. hopefully boleh buat lah. citenye, 10 hari balik kampung, kedah mahupun perak maxis takde line langsung. memang selama ni tau je maxis takde line, tapi kalau dah hampir setengah bulan duduk kampung takde line, mana bole sabar beb. terputus radar namanya. kalau kat perak ada la jugak wifi, kalau kat kedah, aku tgk apak mertua aku, apak mertua aku tgk aku. mmg jem terus. 

so memang tak boleh tunggu lah. kena tuka lah segera. dah guna maxis dari zaman matriks kot. laaa baru sampai seru nak tukar. kuranglah keuntungan ananda krishna sebab kitorang dah switch to celcom. then tadi pegi bank, settle kan hasil kutipan duit raya niarafadel sepanjang cuti raya itu hari. anak dah 3, dia jadi bekepuk2. kalau tak dimasuk kan dalam bank segera mmg runsing dibuatnya. so selesai dah 1 bab. 

tu lah kita kalau bercuti mana mau duduk2 tido kat rumah ke apa, bersusun aktiviti2 yang kena buat. bukan aku susun, wan yang tolong susun. dengki letew i coti u kena kerja.

till then...

tak siap2 jugak kete aku ni woi! apake lah lama benau....
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in