seronoknye....

seronok je aku baca blog2 korang. kadang2 bila aku ada kesempatan memang aku bukak je dashboard blog aku ni. tapi nama nak update sendiri punya memang tidak lah. ni pagi2 datang ofis, jadi biol kejap sebab hari2 ngadap jem kan, maka jalan2 tgk blog korang dulu. lepas tu ter gatal nak bercerita jugak kat blog sendiri.

start Ramadhan office hour aku 8-4pm. so camne2 pun aku kena masuk ofis by 8 sebab aku kena keluar dari kota KL ni by 4. maka nya, lepas sahur terus je siap kan diri sendiri and anak3. ok lah, so far time dia dah cantik lah. cuma masa yang dibazirkan atas jalan tersangatlah lama. just imagine pukul 6.30 keluar rumah and before 7 tu dah settle2 hantar rafa & niadel, then mula lah melangut jem atas jalan dari traffic light giant depan rumah aku tu, membawak ke nak ke KTM serdang, lepas tu nak melepaskan toll sg besi, lepas tu kat besraya pun terkemut2 jugak, baru lah lepas ke hiway baru pandan jaya tu. tabahnye aku. mujur lah bulan Ramadhan ni setan dah kena ikat, tu aku cool je. tak terkata sebenarnye. bila bukan bulan puasa, traffic tak lah seteruk ini. nasib badan lah. wan gak untung, keluar rumah dekat pukul 8, pukul 8 dah boleh sampai. takpe lah, hidup kalau nak senang je takut lupa daratan ye tak. ayat sedapkan hati. 

owh, misi Ramadhan kembali. 30 hari memakai baju kurung ke pejabat. not exactly 30days. 20 hari bekerja. so far, masih ok lagi. tapi tu lah, bila ke bazar mula aku runsing. semalam pakej tepele'ot kaki sebab pakai kasut bertumit sikit. lepas tu pakai baju kurung kena tekepit kepit kan. bila dah tepele'ot tu nak cover malu, keluar kan henpon tepon laki. seolah- olah la sikit kan. padahal malunya sakit nye pakej. kahhhhh..

owh and another mission, aku dah start diet. diet as in tak makan nasi. inspired by one of my good fren. citenyer, masa nia warded sebab denggi itu hari (nanti cerita kalau ada kelapangan), member aku ni visit aku. all this while nampak dia berbaju kurung je, so mmg aku tak notice. itu hari dia datang pakai jeans & tshirt, aku cam heran, mak ai kecik nye makcik ni. and berat dia dah nak sama dengan aku. aku tanya ko diet ke mek? rupanya dia tak makan nasi since dia give birth anak no.2 dia. lebih kurang umur rafa and dia dah slim mlim. of course la i is jelous. aku tanya bila bole makan nasi? dia cakap mengandung esok baru makan. perghhh dasat! dia cakap nasi ni jahat. maka, bersumber inspirasi kan beliau, aku pun terus tak start makan nasi on that day onwards. adalah haritu balik perak sekali aku makan, cheat day katanya. dia cakap, nasi je tak makan, benda lain semua bedal. makan lauk pauk je. 

ni sahur first day kat rumah mak. makan semangkuk sup tulang & bayam. 

ni berbuka 2 hari lepas. sup aje. tepi ada murtabak singapore 2 lapis sebelah sup tu. bedal je.

alyyani anuar yang tak makan benda2 yg soy based bole makan benda ni. ni haritu aku balik perak, aku try la rasa benda ni. aik sedap pulak. all this while takde nafsu pun nak jamah. then try la beli semalam, ok la. tapi rasanya yg ayah aku beli kat perak tu sedap lagi. tapi nak habiskan sorang memang tak mampu lah.

kau tak makan nasi then susu kau camne? member aku ni pun fully breastfeed sampai sekarang so dia cakap selain tak makan nasi, makan benda2 yang bole menambahkan susu. macam dia carrot susu milk booster dia. kalau macam aku, sahur aku minum ephyra then minum horlicks. berbuka pun gitu. ada lah kurang susu nya, tapi cukup nak bagi rafa minum.

ni 2 hari lepas punya pam

ni semalam punya pam.

aku pam sekarang 2 kali sehari. sekali pam dapat lah 8-10oz. so cukup untuk rafa yang minum 16oz je sehari. dari 6 botol dah jadi 5 botol then sekarang 4 botol. ok lah tu rafa. makan dah banyak pakcik ni. sebenarnye dah standby beli setin kecik susu enfalac. sebab takut bulan puasa, tak cukup. stok aku dah paras hidung je. tapi sebab aku bole bagi fresh ebm kat rafa, aku simpan je lah susu tin tu. ok lah, masih mampu produce.

dah masuk 4 hari puasa ni, aku rasa perut aku dah tune la. macam semalam aku makan mee rebus je dengan apa nama soya atas tu tadi dengan ephyra dengan horlicks. aku cakap ke wan, macam tak caya je saya makan ni je dah kenyang. then dia cakap, nak beli kan apa2 tak? since dia nak keluar amik nia kat tuisyen. surprisingly, mmg aku dah tak makan apa2 sampai sahur pagi tadi. not bad!

and hopefully aku dapat balik angka 4 kat berat badan aku. baru aku paham perasaan orang bila tanya berat berapa? segan nak bagitau. macam tu lah i rasa. ok, berat aku sekarang 52kg. ok what? dengan tinggi aku 165cm. tapi aku nak kurus lagi. untuk apa? sebab nanti takde lah aku pi raya rumah sedara tu sedara ni, eh, nampak dah berisi lah. nampak dah makin sihat lah. duhhh, cermin diri tu dulu sebelum nak ngata aku. 

sedap pulak membebel kat sini, nanti kita sambung lagi ye..

astaghfirullahalazim...
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in