melaka trip 2014

haritu dah update masa kat sana. pakai henpon. lepas tu tah macam mana, balik ke home screen, pegi balik kat blogger apps, lesap! hangin gak ah sebab masa tu punya ekspresi fresh lagi kan. haa gitu. kemain!

cite nye, cam biasalah, bukan nak packing masa hari jumaat malam tu. sayang nanti amik masa tido tu. so tido lagi bagus, sabtu pagi tu kemas. lagipun pukul 10.30 amik nia tu baru gerak. sempat lah pagi tu nak kemas. tapinya, ada pulak drama king kat rumah ni merengek je nak melekap. tak mo diletak. letak je hek. letak je hek. papa nya pulak, lepas hantar kakak nia, pegi cuci kete pulak. cuci kete bukan kejap2, makan sejam. kus semangat. cabaran. 

 dapatlah pakcik ni tido kejap. laju2 lah aku turun naik kutip baju. pakej baju selambak tak berlipatkan. lantakkan. mmg jenuh kutip lah kan sepender tak berlipat semua. stokin raja jumpa sebelah, sebelah hilang, ha gitu lah gayanya. dia pulak tido kejap je, sekali jiran sebelah tgh renovate rumah ni start keje pulak. haaa... jaga balik dia.

pukul 10 baru siap kemas kot. laju2 mandi bersiap pulak. almost mengamuk jugak la. mengamuk kat diri sendiri. nak mengamuk ke rafa, kejadah nye kan. bukan paham budak tu. fuh, akhirnya sampai jugak lah kat petronas pasar borong tu. gerak sekali dgn officemate aku. boleh jem pulak depan giant tu berejam. makan setengah jam ada kot nak keluar ke cyberjaya, dengkil, nilai and terus seremban. 

macam2 cuaca masa nak sampai ke selandar. oh citenye, tujuan ke melaka ni ada wedding. adik officemate aku. tiket nak bercuti la tu kan. biasalah tu. otw tu, hujan pulak. orang tu kemain basuh kereta khen! alhamdulillah selamat sampai ke selandar. adalah meraban sikit. waze ni bila time dia membangang mmg boleh bikin hangin. dah la mmg time kena makan kan, sesat pulak. mujur lah tak jauh sesat. uturn then jumpa rumah pengantin.

sampai2 je makan dulu. then baru terang biji mata kan nampak orang. hahaha.. dasar kan. adel macam biasalah, aim dia mesti pengantin. mangai, tiny, lawa adik ko ye. 

us with the pengantin. kakak pengantin / officemate aku tu mak buyung yang pakai dress hijau tu. congrats bella and suami. moga kekal hingga ke syurga. mak oi, ramai nya anak aku ye, berderet. ha ko tgk aku, kekdahnya ko dah lambat besiap tu gigih lagi ko nak belilit shawl. motip? baru beli pin tudung kisahnya. tu nak kena lilit tudung gak nak pakai. gambar pin nanti tunjuk. nak selfie tak boleh, boleh membawa maut katanya.

actually dah lewat nak check in. boleh pulak lupa nak call hotel bagitau lewat check in. dah sampai tu baru terfikir. mujur lah bilik kami masih available. kitorang stay kat hotel sentral melaka. rate serendah RM86. sape yang on bajet tu, this hotel is highly recommended. ni utk twin bed. ni budak bujang lah. kitorg amik bilik triple bed. ada 1 katil queen and 1 single bed. harga asal bilik RM242 kot. adalah isu sikit masa check in. tapi terkawal. terus je kami naik bilik.

 this is our room. spacious. apsl pilih hotel ni? sebab budak bujang on bajet. this is the best rate yang kitorg dapat kat booking.com. kitorg ok je. janji boleh tido. oh and this is first time rafa pergi bercuti.

putera lilin, dapat dok tempat sejuk2 mmg berbahagia je dia. putera lilin hat kecik tu ye bukan hat belakang tu. so petang tu free and easy. mmg takde aktiviti. niadel dah menggelupur nak mandi pool. lepas semayang tu pegi naik tingkat 10 tgk ada kids pool ke tak. takde lah pulok. kena cari pelampung. 2 adult handle 3 kids kat pool tak kemampuan kot. kitorg terus keluar cari pelampung. kedai2 tepi2 tu, takde pulak. terus lajar ke AEON melaka. bapak besar ye. terus tuju kat bahagian ogival. beli pelampung untuk niadel. neck float utk rafa dah habis stok. tak pe lah. at least budak be2 ni ada pelampung boleh lah lepas kan. 

budak be2 ni dah menggelupur nak mandi pool. sekali hujan lebat gile. ok lah, ada alasan lah. mandi esok pagi. tapi riso gak kot hujan sampai ke malam. ye la, malam nak pekena ikan bakar kat umbai. lepak jap pekena jco kat dalam AEON ni. 

otw balik hotel. sel-five sikit.

malam, lepas maghrib janji tunggu kat lobi. tapi sementara kat bilik tu, jadi pulak insiden berdarah. aku punya trio ni, kalau takde extra kejadian untuk dikenang mmg tak sah. niadel main lompat2 katil. sekali adel lompat katil then terjatuh ke lantai, kepala dia terhentak kat bucu tajam tau. aku ingat jatuh biasa. sekali dia menangis, sampai tak leh kua suara. 

wan dok rasa2 kepala dia, bau darah kat rambut, jenuh lah selak rambut cari punca darah tu. aduhai. aku nak marah pun tak termarah, benda dah jadi. dia dah melalak. mujur depan hotel ada hospital. putra specialist. ada nampak macam koyak sikit. bukan tertebeuk lah, macam tekoyak. darah mengalir agak lama. ada lah aku membebel kat adel. dia diam je. sekali dia cakap tak sakit dah. ye lah tu, takut pegi hospital lah tu. nampak macam dah ok, turun ke lobi. mmg kalau tak ok, nak pegi ke hospital dulu.

aku kalau jadi benda2 pelik gini, aku tak panic sangat sebab aku tau papa dia tau nak buat apa. kalau 2-2 tak tau, ye mak panic. org safety kan, segala equipment ada. tanya kat lobi, takde emergency kit. amik dalam kereta. merawat lah adel kat lobi tu. org hotel ada datang tgk. ok lah, concern. walaupun takde emergency kit. wan kata takde safety officer kat hotel ni.

dalam kereta diam je dia. sedar2 dah tertido. panggil tak menyahut, tido la tu agaknya. tapi risau gak kan. sampai je umbai, terus kejut niadel. cakap 'adel nak beli mainan tak?' haa.. in a second terus sihat walafiat. mintak mainan.

terus je tuju kat parameswara, parking belakang sekali. mmg lah penuh kan. meja pun banyak reserve. but alhamdulillah, kitorg sampai je meja depan kitorg mmg nak balik, terus je tuju kat meja tu. port pun tepi sekali and tak panas. tu yang penting. rafa dgn anyah nya. 

seafood fresh dari laut. mmg best lah. wan pilih. aku tak kisah nak apa, tapi mintak 1 lauk iaitu ketam masak stim. sedap weh. gemuk ketam nya. sementara tunggu lauk tu, bawak niadel pegi cari mainan diorang. nampak bubble nak bubble. ok lah, gembira dah masing2. yang cedera tadi pun macam takde apa je. jumpa jugak pelampung utk rafa 10 hengget. jadi lah. papa beli pulak rotan. rm2.50. haaa.. jadi modal lah lepas ni. tak behave je rotan. kasi behave sikit. melompat2 je keje. adel tu kan baru je gusi berdarah sebab main dgn kakaknya.

sampai je kat meja, food pun dah sampai. wah, best lah, tak de lah kebuluran menunggu lauk. terus je lah kami bismillah, makan...

rafa pun seronok tgk kakak2 dia blow bubble. bukan rafa je, dah kerumun budak2 kat niadel main bubble. makanan kitorg malam tu pun, mmg ada termasuk bubble gamaknya dek budak 2 orang ni. 

settle makan, kitorang terus je nak pegi naik river cruise. niadel nak naik boat. jenuh gak cari parking. mujur lah jumpa. bandar melaka kalau weekend tak penah sunyi, lagi meriah. macam pukul 8 malam. padahal masa tu dah almost 11 kot. niarafadel steady je. 

aku pun macam tak percaya lah membawak budak2 ni bejalan tengah2 malam. biasa nya budak2 bujang je buat pe'el gini. tapi mengikut kehendak niadel nak naik noat. ha layankan. ni boat nak jalan. 

niadel layan je sepanjang ride ni.

yeah kami naik boat! dah kenapa rafa muka gitu?

panjang pulak rasanya route dia kali ni. mmg panjang pun, laut agak bergelora. cewah. ye lah, baru lepas hujan, air naik. so splash2 la air masuk boat. mujur dok tengah2. tetiba wan cakap, camne lah kat lautan hindi tu. #doakanMH370. sempat lah rafa isi minyak. aku kalau berjalan dgn rafa, mmg akan make sure pakai nursing wear all the time. senang, ko nak ha selak je. tak lah, rasa tak selesa nak nursing in public. ada lah baby besar rafa jugak dalam tu, agak nak nyusu gak tapi mak dia rasa tak selesa ko nak bagi anak dia susu, mungkin terlalu open ke apa kan. dah anak merengek, mak pun jadi tak selesa. tu aku tak gemar tu. kalau rafa, ngek je, sumbat kan. ha diam lah dia. kita pun tenang. melayan 2 lagi anak yang lain. mata dah kuyu memasing nak mintak balik.


sebelum naik cruise, ada orang amik gambar. layan kan. dah settle naik cruise, nak balik tu, dia tunjuk gambar. kitorg mmg kumpul je gambar2 gini. beli lah. ada pulak additional family member kan. heheh.. siap ada 3D version pulak skang ni ye. ni rege dia RM40. layankan.

then terus balik hotel. dah pukul 12 lebih kot masa tu. jadik je kitorg. ok lah, misi day 1 success. apa yang nak tu achieved. 

day 2, sambung lain lah. ngantuk yg amat dah ni.

till then. nite!

monday blues

morning!

penat bercuti dengan anak 3 ni dia punya penat macam pegi oversea je. padahal pegi melaka je. 

nanti cerita ye.

till then..

cuti sekolah

cuti sekolah dah pun nak sampai ke penghujung nya. tapi kemana je aku bawak anak3 aku? sian, cuti pun kena pi sekolah. sebab transit diorang kan kat sekolah jugak. kena tgk buku gak. ok lah tu, terisi masa tu. tak lah hu ha je. kitorang tak balik kampung pun cuti sekolah ni. sebab nia ada tuisyen and wan pun baru masuk keje baru. yes again. lantak kan.





macam tak cuti je ye? esok lah baru nak bawak budak2 berjalan. aku kalau bab berjalan sejak anak 3 ni jadi liat je. sebab akan rasa letih tu lebih dari enjoy. hahaha.. lagi pun rafa kecik lagi kan. ni dah nak masuk 6 bulan ok lah, boleh lah nak bawak coti2 pun kan.

 masih tak jumpa neck float ni untuk rafa. cite nye, last minute lah. cam biasa. nak keluar beli time lunch hour mmg tak lah. suntuk sangat. beli kalu kang kena sound dengan boss masuk lewat pulak, khen. haritu nampak je kat shopping mall. and ada je jual kat baby fair. tapi tak terbeli. sekarang rasa stress dengan diri sendiri sebab kenapalah tak beli benda ni awal2. stress! hope niadel enjoy coti2 kita esok and lusa. 



happy weekend guys!


nak tempah baju

kira2 balik, aku ada lebih 10 pasang kain dalam simpanan. citenye, kain pasang dok terperam dari last year lagi. mengandung kan, dekat 8 bulan time tu. tak lalu la nak menempah segala. tapi aku hantar jugak lah kain untuk tempah. alih2 tailor tu pulang balik kain pasang. 2 pasang je dia buat kan baju. selebih nya dia cakap sayang kalau kain cantik ni buat baju pregnant. suka je. maka nya, last year tak de lah banyak baju raya. ada 3 pasang je. 

aku mmg time raya je lah buat baju kurung dan seumpama dengan nya. ni esok nak gi tempah baju kat bangi time lunch hour. korek2 lah kain pasang yang ada. yang lama dah jugak yang baru dapat / beli. total ada lebih 10 pasang. hoh! raya sakan mak tahun ni.

boss besar baru aku bentang kain dah bebel, ni kalau bukan time raya time bila lagi nak pakai? baju2 yang dok ada tu, ada 2 kali pakai? ke sekali je. angin lalu je. next year nak raya bebelan yang sama jugek. bulan Ramadhan tiap2 tahun sah2 i pakai baju kurung gi ofis bang. ok le tu. 

technically dah reveal lah ye baju raya. alah, takde hal. tapi baju raya pertama lain. sebab kena sedondon dengan seisi keluarga. baju lagi??? ok letew..

kain2 simpanan...

tahun ni kena buat semua nursing punya kurung lah. senang. so budak2 ofis aku rajin lah meng google kan utk aku cari kan design yang cun2. tak sabar nak tunggu lunch esok. ewah. tahun  ni prepare awal sikit. tidak kalu, sentap je haku tgk org lain bergaya di hari raya, family aku lak caca marba. 

tah apa gaya lah si adel buat ni. terlebih accessories namanya ni.

good night!

Budak kacamata



Ni masa hantar pagi semalam. Dah lah dah lambat, lepas tu dalam kereta kakak2 dia bole pakai kan spek itam adel punya kat dia. Stone je pakcik ni. Sampai hantar kat pengasuh dia pun muka steady je. 2 orang tu lah baby sitter rafa. Comey tak? Tu rafa suka tu. Diorang pun rajin membuli rafa. Sessi bulian diteruskan di taska...


Putera lilin belengeng sebab panas. Ni gambar dihantar oleh teacher dia. Dah gang dah sekarang aku dengan pengasuh2 rafa. Baik lah semua adik2 ni. Diorang jaga rafa pun alhamdulillah elok aje. Rafa pun takde dapat sakit2 dari taska. 

Baik sampai dia bole bagi baju ni kat rafa. Kita punya relationship dengan pengasuh anak3 kita pun nak kena jaga kan. Thanks lyn sebab bagi baju comel ni kat rafa. Ko tgk muka rafa kalau muka tak berminat tu mmg macam tu lah. Ko agah lah macam mana pun dia mcm tu je. Tapi kalau tgk mama papa dia, nak2 lagi kakak2 dia, kalau nampak je pun dah mengekek dulu. Eksen sikit pakcik ni. 



Terdiam... Tanpa kata... Al-fatihah

Since day 1 missing, aku ikuti perkembangan dia. Kalau orang kata aku punya risau macam ada family member dalam tu, ye aku rasa mmg ada gaya. Setiap berita pasal missing flight tu buat aku tak tenteram. Pelbagai teori, pelbagai spekulasi. JK is the right word to describe how i feel about this missing flight.

Sampai tadi, bila diberitahu ada PC bersama PM jam 9.30malam, aku gagahkan mata ni untuk bertahan. Then pukul 10malam. Ah sudah. By right setengah jam yang ada tu aku bole selesaikan kerja2 sepatutnya. Tapi, berdebar menunggu jam 10 malam. 

Siapa aku? Beria nak tau? We are malaysian. Kita ada rasa prihatin bila sesuatu berlaku kat negara kita. Tak kira lah jenis kepochi ke, menunggu berita sensai ke, 1 yang pasti kita prihatin. And yes, i am 1 of them. Ini negara kita. 

Ok 5minutes to 10pm. Tetiba mata tak ngantuk. Tune to astro awani 501. Tanpa berlengah, PM terus announce. Pengumunan yang kurang dari 10 monit itu buat kami....

Kaku....
Terdiam....
Tanpa kata....

Al- fatihah kepada mangsa yang beragama Islam. Salam takziah untuk keluarga mangsa. (Sumber : twitter)

Tak boleh tidur....
Kerja2 mengemas bag2 anak3 ditangguh kan esok....

Sabar menanti press conference esok. Pastinya aku akan hilang focus kat office esok.

Jangan burukkan keadaan. Jangan sebarkan info yang tak pasti betul atay tidak. Jangan speculate. Fikirkan keluarga2 yang affected. Kita yang bukan family pun terasa impak dia apa lagi keluarga2 mangsa. 

Tabik kat pemimpin2 negara yang handle isu ni sehabis baik. 

Al-fatihah...

Cuba mengembalikan kegemilangannya

Aku try ni. Cuba cerita aktiviti akvitu harian aku kat sini. Cuba mengembalikan kegemilangan blog aku. Aku punya style, kalau gambar tu aku dah share kat IG, twitter or fb might as well aku tak yah cite kat sini. There's no exclusivity. Gitew kau! Ye betul. Aku rasa aku kena reserve lah kan. Macam kau baca kat nara cite2 / gambar2 yg dia amik kat IG retis. Tak de lah rasa nak bukak website dia. Repition disitu. Itu stail aku.

Ok lah, tengah ada kelapangan dan yang penting ada mood nak membebel tu. Aku bebel lah. Esok lusa dah start keje jem otak ni tak mampu nak santai2 gini. Ni tak ngantuk lagi, anak3 dah tido mari lah cerita2 sikit. Takde orang nak baca takpe. Kenangan.

Harini punya aktiviti, selain nia kasi tumpah cornflakes yang dah isi susu semangkuk dan jugak dia main dgn adel sampai terantuk kepala kat gusi adel sampai luka, kitorg keluar mengukur sunway pyramid. 

Citenya, dari semalam dok mencari kedai gambar. Kedai gambar yang biasa amik gambar passport kat equine tu dah tutup. Satu seri kembangan lah pusing. Sudahnya pegi shopping mall dah sah2 ada kedai camera. Wan nak amik gambar passport. Alang tu amik gambar passport rafa sekali. 

Haaa tali tu tali stroller. Dia dok baring dalam stroller je. Ape ke telinga kecepek sebelah tak nampak. Apa lah orang ni, patut position duduk pun bole. Terkesima muka rafa nengok orang depan dia. Dia kalau tgk orang tak familiar mmg dia buat muka stone je. Macam ni lah. Gambar passport apaknya? Tak payah lah nak tunjuk. Rupa itu je lah.


Then kita lunch kat bubba gump. Kita mmg akan pegi tempat2 yang kids eat for free untill 12y.o. Muahahaha... Jimat banyak. 

Oh nak share, am wearing bokitta. Memula macam agak reluctant nak pakai sebab cuaca panas, tudung cotton plak. Tapi perasaan nak pakai tu tinggi, pakai lah jugak. Surprisingly bila pakai je, elok je terletak (of course) and tersangatlah comfy. Serious tak tipu. Wan cakap, amende lah tudung mcm seluar budak sekolah. Tapi mmg rasa selesa elok terletak lah. Saya sangat suka. Muka nampak tembam? Doesnt matter lah. Yang penting tudung tu sangat selesa di pakai. Rafa plak muka stone apehal?

Tak pernah lah kalau kitorang outing, dia ni dalam keadaan yang tak terkawal. Ok2 je dia ni. Even dah anak 3 ni, aktiviti outing dihari sabtu dan ahad masih menjadi tradisi. Manageable lah. Lagipun anak3 aku kalau tak keluar berjalan dihujung minggu tak tenteram. Rafa kalau kat rumah melekap je dengan aku. Kalau outing dapat tgk benda2 kat luar. dia pun gembira. 


Kuda sempena CNY dok ada lagi, haruslah naik. Atas kepala adel tu beli tadi. Nampak je terus bezikir kat mamanya mintak beli. Terus pakai. Rasa macam jalan dengan artis je orang lalu lalang dok pandang. 

Sessi mendiva bersambung dirumah. Pakai lipstick segala dah malam2 ni. Pegi daiso beli frame gambar and beli pom2 kat tangan dia tu ha. 


Oh and i bought this pouch. Cam menarik je. Well kalau ko dah masuk daiso, keluar mesti bukan tangan kosong. Every item rm5 kot. Tu yg beli. Haaa rasa terurus bag make up aku. Suka2!!

Till then. Good nite and selamat menempuh hari isnin esok.


Lazy sunday

Assalamualaikum. Rasa macam unfair pulak kan kat rafa. Kakak2 dia setiap gerak geri di update mama eh. Tiba tang dia dapat update sebulan sekali pun besar rahmat. Nanti takde benda dia bole baca pasal development dia. 

Well, everything become handy now. Nak on laptop pun tak rajin dah laa ni. So semua pakai henpon aje. Masa makin lama makin pendek. Sebab dikelilingi dengan anak3 lah kan. Pejam celik, less than 100days nak menjengaj Ramadhan balik. 

Aku rasa macam baru je hok hek hok hek nak habiskan Ramadhan last year sebab sarat mengandung. Ni dah nak tiba bulan puasa balik. Puasa ada tinggal sehari last year. Yet to be paid. Nak try puasa dengan pam susu, menyusukan rafa nak tgk lembik ke tidak. Keluar ke tidak susu. 

Rafa pun dah nak masuk 6 bulan dah. Kejap je ye. Aku kurus pun belum. Masih ada lebihan tayar di perut. By the time raya nanti rafa dah dalam 10 bulan. Molek sangat berbaju melayu, sampin songkok ye tak? Wah tak sabar. 

Harini bermalas2an di rumah je. Jap2 gi nak kena keluar jugak ada hal. Harini aku telah menjalankan rejim ke atas niadel. Diorang selama ni asal bukak mata je cari henpon mama / papa. Tengok utube. 

So from today onwards, sebelum2 ni memang dah try to avoid gadget2 dari budak2 ni. Harini mmg tak bagi langsung. Aku kena set password kat hp. Wan pun sama. 

Tazkirah pagi ni kat niadel, go to your room play with your toys. Be a normal kids. Enjoy playing toys. Theres a lot of things can be done. Sila sepahkan bilik dengan mainan janji stay away from youtube. 

Haaa buat dah. tapi ye lah kan, kita ni pun satu. Nak senang keje feed anak2 dengan gadget. Sebelum aku tersasar jauh, sebelum anak3 aku ikut jejak mak pak deme yang rabun, kita feed diorang dengan benda2 yang sepatutnya budak3 buat. 


Selain toys, buku. Ni memang normal praktis lah kan. Thank you to paksu yan diorang yang bagi baucer buku brim worth rm200. Meroyan i beli buku kat mines haritu. Bole buat bekal niadel utk cuti sekolah ni. Again, ni lah aktiviti2 yang boleh elakkan anak3 kita dengan gadget. 

Mama lak buat apa? Aku baru settle susun tudung. Rasa dah bebulan alu campak2 je tudung2 aku ni. Kes tak sempat. Haa banyak lagi lompong disitu. Boleh lah diisi dengan koleksi terbari ariani or perhaps with bokitta collection. Nanti aku cite pasal tudung bokitta ye. 

Last but not least, moga usaha murni kami laki bini kearah mengelakkan anak3 dengan gadget tercapai. Amin...
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in