7th Maternity & Children Expo

memang nak pegi. terketar2 nak pegi. tapi si rafa lak tak sihat since last saturday. mujur harini totally ok so boleh lah pegi. nak cari apa? nak cari 1 benda je. baju kurung or dress untuk menyusu. sebab banyak kenduri kendarat tahun ni, payah pulak nak menyelak kalau rafa nak menyusu. so kena lah mencari kan barang sehelai dua. aku sejak ada rafa ni memang kalau outing pakai nursing wear je. senang. sopan sikit nak nursing in public. tu pasal baju aku rotate itu je adalah dalam 4-5 helai since masa nia. jadi lah kan. 

dari pagi dah siap kan bebudak lepas zohor baru keluar. sampai2 je terus naik ke exhibition hall. agak meriah. tapi cam biasa lah bersempit2 nak masuk. dapat lah cover semua. lepas tu pegi makan konon2 nak naik balik, tapi tak kemampuan pulak. ok lah tu. tapi dapat ke apa yg di aim? aram!! dapat benda lain..

 menungg papa balik dari repair no plate kete vios. tah bila masa kena langgar. masa aku kat ofis. aku tak perasan balik rumah baru wan kabo. tahap bole kena tahan jpj lah kalau tak diganti. sape la punya keje melanggar kete aku.

 bila ada baby ni, suka je nak ke sini. kalau takat besar niadel takde benda kot. untuk yang pregnant and yg ada infant macam kitorg ni sesuai lah. mostly barang baby. botol susu, barang2 nursing. baju bajan baby2, susu, pampers, yang nak simpan stemcell, stroller, cot.  gitu2 lah. 2-2 hall penuh.

mascot stem life. adel tumpang amik gambo.

konon nak naik balik tadi nak beli benda ni, tapi tak rajin. dah lama nak beli pool utk niadel. almaklumlah, mama mmg tak suka pegi bawak budak2 ni pegi water theme park. kita ber theme park kat rumah je lah. tapi tak terbeli. hat ni harga nya rm150.

hat ni menarik sikit. harga rm200. tapi tah, tak terbeli sebab masa tu nia dah bising nak makan chicken rice shop.

ke chicken rice shop kita. papa nak burger king. mama nak chillis. anak nak chicken rice shop, ikut kan anak. bagus, service sangat tip top. yang tak tip top nya anak2 aku. asal baru nak start makan nak pegi toilet. stress!!! toilet kat MV ni kena beratur. jauh lak tu. potong mood nak makan.stress!! 

balik dalam kereta sudah pengsan.

beli ni untuk rafa. bagus2 lah barang2 baby brand ni. aku bekenan betul travelling set utk prepare food utk baby. harga rm90. tak terbeli gak. sebab tak terfikir nak beli pun lagi. nanti nak riki2 kot ada jual online.

haa hat ni dah lama usha online. tapi tak terbeli. akhirnya, ada jual kat sini. and ada arsenal yang dah lama papa dia cari. and of course romper born in perak. as rafa was born in perak kan. 3pcs RM50. balik perak esok kita pakai ye rafa.

 bole lah pairing dengan anak bujang dia lepas ni. mama pun kena lah ada sepasang gak. tak nak hat fake. nak hat ori macam papa punya jersey. bole??

ini pun mmg plan nak beli. mesti melambak jual. ingat nak beli botol. tapi tak jadi. beli plastik je lah. sebab bahagian beku fridge aku dah penuh. takde ruang nak letak barang basah pun. so beli plastik je lah.

hampa sebab kat mumdreams takde jual kurung or dress. beli lah 2 blouse ni sebab less 70%

penat bejalan, pengsan dah dia... tapi dah bangun sebab rasa macam at stadium nengok AJL. 

go hafiz!!

msg yang kita tunggu- tunggu..

dulu masa bercinta, dapat message dari boifren je rasa nak terbang je kan. excited. tesengih2. kalau time gaduh, tunggu jugak. tunggu nak orang tu reply apa. lepas tu ketar2 nak menjawab balik. hahaha.. dah kahwin belum ada anak gitu gak lah. tapi lebih kepada komitmenlah. nanti singgah ni tolong beli ni. tolong bayar bill tu and so on. dah ada anak pulak, kita tanya anak ok tak? yang suruh2 tadi tu upgrade bukan mintak tolong dah. arahan. ko balik rumah tak buat kang, ada yang tarik muka. suruh beli barang, balik kang takde mula lah buat muka sentap. aku lah tu hahahah... standard lah kan.

tapi skang ni bila ada anak kita suka bila dapat message2 macam ni. bukan message la. whatsapp kan zaman sekarang ni...

haa... walaupun orang cakap 'no news is good news', pada aku, dapat simple update macam ni, aku rasa lapang dada and boleh buat aku tekenang anak2 aku kat taska / sekolah macam mana. sampai laa tesengih kot. sebab apa? aku dgn pengasuh2 rafa belum really close. so aku nak tanya2 selalu pun takut nanti naik berbulu lak deme. aku kena lah maintain jadi mak yang cool dan tak menggelabah. gitew. so agaknya bila aku hantar / amik tu diorang macam selesa kot dgn aku. ke perasaan aku je macam tu, tu yang aku dapat update macam ni. instead kita yang bertanya, diorang dah bagi laporan.

kalau untuk niadel, mmg tak yah tunggu. sentiasa ada je update. pakej dgn video lagi. sampai diorang pun terkejut mama diorang tau apa diorang buat kat school.

moral of the story : bonding kita dengan pengasuh anak2 kita tu adalah sangat penting. diorang senang dengan kita, so diorang pun happy jaga anak2 kita.


cerita strawberi karipap kat 611

ni rasa nak marah ni. bila marah kita ada tempat luahan perasaan. haritu niadel tgk cerita upin ipin kat 611. biasa nya lepas tu diorang tukar channel 613 or 615 pulak. sambung cite kartun. tapi agaknya diorang pun ralit buat benda lain at the same time, bia je lah tgk channel 611 tu kan. lepas tu ada lah cerita strawberi karipap ni. yang ada mia sara dgn nelydia senrose berlakon tu.

episod dia haritu nelydia lambat hantar mia dgn sape sorang lagi budak lelaki tu pegi sekolah. then kat dalam kelas tu ada pulak cikgu bawak sorang lagi budak baru masuk dalam kelas tu. masa dia kenal kan diri tu sungguh tak boleh blah. 'nama saya...(tah lupa).. saya handsome, macho & bergaya.. (something like that lah) 

aku cam..what????

reaction budak2 dalam tu semua whoaa....especially budak2 pompuan dalam kelas tu. sebab ada budak handsome baru masuk dalam kelas diorang tu. boleh????? tu satu hal lah. then tetiba mia tu baru masuk dalam kelas then budak baru tu terpandang mia tu lepas tu macam dah crush lah dgn budak mia tu.

aku cam... apekah????

so, nampak tak apa masalah kat situ? sah2 lah channel untuk budak- budak. untuk halwa mata budak2. kenapa kena ada sentimen2 begitu dalam cerita2 budak2. mmg budak2 sekarang kerja nya menggatal je ke? or tak pun, sekadar seronok2. seronok2 pun!!!

ish, marah betul aku. terus aku tukar channel aku cakap kat nia "i dont u to watch this again". lepas tu nia tanya. "mama, tu sekolah kebangsaan ke?" sebab sekarang mmg aku dok cakap next year, no more smart reader. kena sekolah kebangsaan.

there you go. already a bad example there for my daughter.

ke aku paranoid lebih?

kenapa aku marah sangat. sebab i saw this photo..

tak gamak aku nak besar kan. betapa marah nya aku bila tgk gambar ni. so ko tgk lah, kat tv pun mcm menggalakkan budak2 ber boyfriend girlfriend ni. apekejadahnya????? serious aku risaukan 2 orang anak dara aku ni. bia elok lah perangai diorang sampai ke besar. 

mungkin pada korang yang anak dah masuk sekolah rendah ni, realiti nya tak se scary gini eh? ke macam mana? aku tak boleh fikir niadel besar esok macam mana kalau gini lah sekeliling nya. tolong lah cerita2 untuk santapan budak2 bia yang berilimiah sikit. ye nak bagi funny. tapi tak kelakar ok! 

heee... marah bebeno aku ni.

till then...

ikhlas daripada mak yang takut akan keadaan semasa kanak2 zaman sekarang...

p/s : apa aku bebel pun tak tau. sebab marah benau kot...

baju kat carrefour

eh bukan carrefour. dah tukar jadi AEON big. tadi pegi alamanda. singgah AEON big. nk cari inner. then pusing2 area baju budak2. not bad gak eh baju2 dia. aku tak penah beli baju bajan kat situ. selalu jusco je lah. dah tu je seposkod. so tadi pusing2, rembat baju ni untuk rafa. 





 beli sebab ada caption 'little brother' tu. tshirt tu berharga rm6.90. mangai murah bebeno. kualiti kain pun ok. mmg sedap pakai lah. 


rugi lah beli se. beli lah lagi beberapa helai. dari beli tshirt macam ni yang bole jadi 10 kali ganda lagi mahal kat mothercare, gap mahupun poney, yang hanya boleh dipakai boleh jadi tak sampai 10 kali sebab budak cepat besar, baik lah beli kat pasaraya2 macam ni je kan? pakai tak lama pun tak ralat. ok pe, design ni kan? eh, kau ni tak basuh baju dulu ke sebelum bagi budak tu pakai? errr... excited dapat baju baru katanya. :)

cucuk 3 bulan

1 hari 1 entry katanya. boleh blah. lain kali jangan berjanji. niat tu ada, tapi ye lah, macam2 hal nya. macam semalam, aku dah sampai awal, dah semangat nak buat keje, sekali wan call bgtau kunci moto dia hilang. sobajelah. aku takde bebel2 de. benda dah jadi. boleh ke jumpa kunci tu balik kalau bebel. khen? ce kalau mak yang hilang kunci tu.... tet.... ok full stop.

pagi pegi balik rumah amik kunci spare kat rumah. lepas tu masuk ofis balik. sebab ada meeting pukul 11. kena sampai klcc before 2. pukul 1 tak sudah2 lagi. aku kalau kena masuk kl, mulalah tak senang duduk. dkt pukul 1.20 zasss lari pegi klcc. sempat grab bag pam. kot jem bole sambil2. ye.

otw tu, oh damn! bag pam nye ado, tapi pam kat atas meja. bagus!!. last pam tau pukul berapa? pukul 9.30 pagi! aduuu... then sampai ngam2 pukul 2. pass kunci lepas tu boss ajak pulak pegi tgk ofis kat setiawangsa. sebab ID nak datang situ untuk renovate. wah, jadi pindah ye. jadi ler. so pukul 3.30 jumpa boss2 lain kat sana. then start lah ukur and buat lay out bagai. sape duduk mana. department mana kat mana. 5.30 zass aku cabut balik. so aku boleh clock time lah kan. esok2 time2 gini lah keluar ofis. tapi dah pesan kat officemate tolong bawak balik pam nanti aku amik kat dia. sebab tinggal dekat kan. so clock time. 5.30 keluar ofis, 6.40 sampai area rumah. lalu MEX. ok lah kot.

lepas tu jumpa member aku lak amik pam. aduhai masa tu... stress kot. pam lepas ni kena dok dalam hangbag. caca marba lah semalam. amik rafa pun lewat lah. marah dia mama amik lambat. mengamuk dia. 

so bila ofis jauh esok ni, kordinasi semua benda kena lah betul. semua benda tak boleh lupa. kalau lupa jadi lah haru biru caca marba macam semalam.

harini lek2 je lah kat rumah. cuma pagi tadi bawak rafa pegi cucuk.

senyum je cik abang manis kita ni masa timbang. ok lah tu, berat tu kan. sebab dia sakit last week kan. sekarang dah totally ok. moga takde lagi siri sakit2 ye rafa.

harini cucuk jab wajib 3 bulan tu dgn first jab pneumococol. kiri kanan lah kena cucuk.

kiri kanan menangis. 

alalala... 

sticker putih atas tu tak kuat. ni royal sticker katanya doktor. baru lah lekap. balik rumah doktor suruh terus bagi pcm 1.5ml.

balik rumah tgk hindustan yo!

sampai tertido tengok hindustan. mama yang tak tido2 tgk hindustan. pada yang bertanya pneumococol punya injection berapa harga nya. RM1,100.00 (4dose). kalau rota virus lak RM365 (2dose).

MC 3 hari

Yang semalam aku cerita aku tak boleh nak pijak kaki tu kan, kaki belah kanan. Pagi tadi aku bangun lagi parah. Nak turun katil pun tersangatlah seksa. Aku cam tak leh jadi ni. First thing lepas hantar niarafadel ke sekolah kena pegi hospital. Ye hospital. Apsl hospital? Tak cari makcik urut? Kalau aku kat perak aku tau nak cari sape. Cari mak. Mak cari tukang urut. Ni duduk bandar sebatang kara kena handle anak3 sendiri, celah mana aku nak pergi berurut? Tukang urut kadang bukan sekali urut terus elok. Ko kena merepeat bagai. Aku takde masa itu untuk buat semua tu. Aku kena cepat sihat demi anak3. Aku sakit, anak3 terabai habis lumpuh operasi rumah tangga. Kalau hospital adalah ubat ke apa kita boleh consume kan.

Makanya ke hospital kita. Tapi punch in dulu. Sebab masuk ofis pukul 8 pagi. Gi hospital pukul 9. Mujur kena nya kaki belah kanan. Mujur kete auto. So boleh survive. 

Sampai je amik parking yang terdekat dgn pintu masuk. Terus staff hospital (columbia asia) nak offer wheel chair. Eh its ok, i can walk. Wah belagak kau. Tapi nak sampai ke pintu masuk makan berejam je rasa. Nak sampai ke receptionist counter pun sama. Again di tawarkan kerusi roda. Tak mau saya. 

Nak jumpa doktor biasa ke pakar? Dah begini keadaan nya i opt for specialist. Orthopedic. Kalau pegi kat grey-sloan memorial hospital dr callie torres yang cek aku. Hehehe... 

Tunggu jap terus dipanggil. Bagitau doktor mmg takde jatuh ke apa, all of sudden bole sakit gini and it getting worse. Doktor cek2. Bila dia tekan kat bahagian sakit tu meleleh2 air mata aku. So dia suruh buat x ray and another scan nak check tissue.

Hasil xray, takde tulang yang patah. Tapi bila scan, tah ada lah dia scan pakai mesin lain, report keluar menunjuk kan ada soft tissue kat bahagian kaki terkoyak. Puncanya?? Kalau kau bersukan sebab bersukan lah. Ni kira aku bersukan gak lah. Ye lah, balik rumah macam tak penat2, turun naik tangga berpuluh kali. Kira bersukan dgn anak3 lah. Terlalu aktif dan jugak banyak angkat berat. Aik rafa, berat benau ke ko ni sampai terkoyak tisu mama. Nothing to do with sakit urat ke apa.

Patutlah bila diurut makin sakit. Sakit woo... Well diduga lagi dengan kesakitan. Mencabar bila nak handle anak3. Doktor pesan jangan bergerak. Bed rest. And jangan angkat berat. Ko mampu nak ikut cakap doktor tu? U think??? Habis sape nak buat semua benda?? 

Mujur lah aku rasa ubat sapu yg doktor bagi ni berkesan. Actually lepas balik dari hospital aku kena balik rumah amik ice pack bagi kebas kaki, spray and sapu ubat and bandage. Tapi aku x mampu buat benda tu. Tak terbuat. Aku hanya sapu ubat je. Hopefully bila aku bangun tido esok pagi aku mampu berjalan seperti sediakala. 

Yang penting... MC yo! Agak2 MC ke aku ni?? Tgk lah dulu macam mana... 

Doakan kesembuhan aku.. 

Till then...

Bukan cerita jalan mahameru

Fuh struggle nak tidokan rafa ni tadi. Aku rasa dia sedang melalui growth spurt. Apekah? Baby nak membesar bole jadi cranky tetiba and he eat/drink alot. Gitulah. Alih bulan org kata. Ye lah, dah kenal orang, dah sensittif. Ni dia tido atas aku. Kelasss kau jah anak dok atas badan bole update blog. Azam katanya.

Harini ada lah beberapa perkara yang berlaku nak di highlight kan. First is i cannot step on my feet. Since pagi tadi aku jalan terhencot hencot. And now it getting worse. Mana tukang urut ni tak mai2 lagi. Dah lebur dgn niadel kat bilik diorang gamaknya. Tah apa aku langgar aku pun tak tau. Rasa takde langgar apa2. Hopefully lepas urut adalah kurang sikit. Jem jugak dibuatnya. Nak dukung si bulat sorang ni. 

Tu cite aku. Another story that happened today... Masa aku amik rafa tadi kan hujan. So aku tunggu turn lah nak tunggu kete tu keluar dari car porch taska tuh. Sekali aku cam nampak, 2 orang tgh dok tepi kereta macam do something. Sahlah anak dia dalam umur 2 tahun kot  yang terkunci kat dalam tu. 

Mamarazzi on duty. So tanya cikgu lin ape cer? Nampaknya lin cam marah kat pengasuh rafa sorang lagi yang tak leh becakap tu. Dia cakap siti tu selalu letak budak tu awal sangat dalam kereta. Padahal mak dia banyak barang lagi nak amik. I assume ada anak2 dia yang lain dah sekolah kot. Katanya lagi, bila ditegur mula lah tarik muka.

Ok, kat sini aku ada rasa lain macam sikit. Pertamanya, everytime aku keluar kereta aku akan make sure enjin dimatikan and kunci aku bawak sekali. Sebab aku tau kalau enjin start pintu tutup, most probably kereta akan auto lock. So aku rasa sama kes seperti tadi. Kereta canggih kot. 

Keduanya, anak hanya diberi kat parents tanpa perlu masukkan budak tu dalam kereta parents tu. Bila jadi gini macam ni lah, boss salahkan staff instead of the parents. 

So bila dah ada unhealthy environment kat tempat kerja, dalam kes ni kat taska, ko nak bekerja pun rasa tak best. Takut2 budak2 situ jadi mangsa. 

Nampak tak apa kaitan dgn rafa disitu. Mula aku x sedap perut. Kot anak akusambung  'growth spurt' dia kat taska esok, mengamuk, kot tensi lak pengasuh. 

Ok, positif2...

Pada aku punca nya parents yang hantar / amik tu tadi. No offense kalau kebetulan ada baca entry ni. Pendapat 2 sen saya sahaja. Sebab sama2 kena amik iktibar.

Ending cerita tadi? Diorang kena pecahkan rumah diorang nak amik spare key kat rumah. Kunci rumah attach dgn car key. Husband dia keje kat kl balik lambat. 

Sama2 kita terutama aku ni yang dok uruskan anak3 jadikan pengajaran ye....


Entry mesti disudahi dengan gambar hiasan... Sekarang suka begaduh dgn binatang tu. Kawan rafa bagi toys tu. Raaed nama dia. Rafa belum bagi exchange gift lagi :)

Niadel first day at school

Update cepat2 sebab dah lewat. Lewat tido lewat bangun, semua akan jadi kelam kelibut. So harini secara rasminya hari pertama niadel memulakan persekolahan bagi sessi 2014. 

Nia tahun ni masuk kelas SRK 5. Final level dalam SRK. And adel SRK 2. Tahun ni jugak merupakan tahun terakhir nia berada di kindy. Ok, ada lagi setahun nia nak masuk darjah 1 mak dah kecut perut. Harap sangat dapat sekolah yang dipohon. Tu lah lambat buat decision, lambat daftar. Tu je yang dirisau kan. Takut quota dah penuh. Kena cari kabel 8inci ni. 

Masuk tahun ni jugak dah 4 tahun nia belajar kat kindy. Gila kentang tak? Macam takde life je kekdahnya ye? But these are the decision that we made and never at once we feel regret on what we have planned to our kids. Plan kau! Apa kau plan weh? Macam ye ye je. Semua cikgu2 punya keje. 


Tahun terakhir nia. Kuatkan asas dalam semua subjek tau nia. Esok nak masuk darjah satu dah ada strong basic senang nak naik sekolah. Belajar rajin2 tau. I know u can do it. Ni lah kelas dia. Ada 5 orang yang dalam level ni. Kat sekolah diorang ni kelas tak ikut umur. They goes by level. Level 1 sampai level 5. 


Makcik ni kat level 2. Sentiasa together2 dgn menantu aku si zahin tu. Dari lastyear  lagi. Tak mo diva diva sangat ye adel. Belajar rajin2...

Tadika tumbuh bagai cendawan tapi kami masih setia di sini. Sebab apa? Sebab aku puas hati dgn progress anak2 aku. Moga teacher2 kat SRK TPP terus kan kecemerlangan dalam mendidik anak2 kami. Wah mcm entry berbayar pulak kekdahnya. 

Ya ampun tidak weh, mmg ikhlas sbb dari pengalaman sendiri. Cikgu2 dah buat kerja dia, apa pun balik kepada student tu sendiri ye tak? Kita mak bapak pun tak leh goyang kaki. Amboi cakap pandai aku. Tapi ok lah, aku patut dapat credit sebab dah menarik minat nia dalam subjek math. A lot of improvement masa cuti 2 minggu haritu. Tidak kalu BM, BI, ngaji, cina. Tu je. Skang dah balance. Dok latih tubi math pulak. 

Maintain the momentum ye nia. Adel jugak, jadi macam kakak ye rajin2 kelebek buku.

Dalam kata ko nak tido cepat, panjang pulak kau membebel ye...

Till then...

niarafadel at 3 months old

harini 5 january 2014, bersamaan rafa 3 bulan. so nak share gambar niarafadel diusia diorang 3 bulan. :)

nia. taken on 5th January 2009

adel. taken on 17th May 2010








happy 3 months old baby! dengan ucapan, mama sayang anak3 mama.


Sabtu-day

Kari tumpah atas meja makan masa nak keluar hantar nia tuisyen...

Kat klinik masa nak amik antibiotik adel,  EBM dalam botol susu boleh tertumpah masa tgh tunggu amik ubat. Selambak....

Tgh hari tikar depan sinki dapur basah kuyup sebab niadel 'tolong' basuh pinggan lepas mama masak...

Malam secawan air buat guna water color tumpah ke lantai...

Tadi nak kemas dapur baru perasan sebalang gula dimasuki semut sebab aku tak tutup rapat lepas masak siang tadi...

There goes my sabtu-day.... 



Rafa 3 bulan harini. Bila nak meniarap ni rafa? Betul lah ye ada yang cakap kalau boy lambat sikit. Kakak2 dia dulu belum 3 bulan dah meniarap. Tu bukan dia menerap. Aku yang terapkan.

Till then... Denyut2 kepala 

Havoc kan sabtu aku?
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in