Skip to main content

suka duka hari raya korban 2014

raya haji tahun ni merupakan hari raya yang mungkin tak dapat aku lupakan. selain daripada kegembiraan hari raya haji yang jatuh sama dgn hari lahir nia and rafa, di sebalik itu ada sesuai yang sedih berlaku kepada keluarga besar kami. selain tu jugak, aku rasa betul2 berkorban tahun ni. ok, jom kita cerita kronologi..

3 October 2014 (Jumaat)
seharian aku busy menguruskan birthday nia dgn rafa. semput dibuat nye weh. memang syok birthday serentak tapi kena arrange birthday celebration kat sekolah / taska serentak jugak. dalam masa yang sama dapat perkhabaran dari whatsapp group family belah mak aku yang sepupu kitorang (cucu sulung opah) pengsan di rumah mak dia and dah dikejarkan ke HUKM. aku dah macam, alamak, serious bunyi nya. malam karang nak terus gerak balik perak ni. 

so macam serba salah boleh balik tidak ni. call mak, mak kata takpe balik je. tak de apa tu. insyaAllah. then dapat update yang yob kena operate sebab ada darah beku dalam kepala. Allahuakbar. tetiba je. so aku ikut cakap mak aku, aku fetch niarafadel awal and packing baju then terus gerak balik.

on aku punya side pulak, wan punya condition masih belum elok. sah2 lah aku risau kan. apehal dah seminggu lebih dok melepek je padahal selsema demam batuk je. tapi malas nak fikir so, dia kata dia boleh drive. tapi aku sambung drive start kat mana dah lupa sampai lah sampai kat rumah mak aku. behind the scene tu pulak, bila dah malam, rafa takde lain, kalau nak tido memang nak mengempeng je lah kan. so drive pakej dgn menyusu kan rafa siap. don't try this while driving. keadaan mendesak untuk buat gitu. alhamdulillah selamat sampai pukul 12 ke awal sikit. 

4 October 2014 (Sabtu)
dapat perkabaran dari HUKM pembedahan yob berjaya. so harini nak buat CT scan whether ada lagi tak bleeding. kitorang kat rumah memang tak senang duduk nak tunggu latest news dari KL. sepatutnya, tahun ni sedara mara plan nak beraya kat rumah opah kitorang. terpaksa tukar plan bila opah kitorang pun turun KL. aku pulak sebab balik perak, sebab tahun ni ayah buat korban untuk rafa.

harini takde buat apa2 pun. cuma plan nak keluar beli kek nia dgn rafa nak celebrate dengan family pulak malam karang. wan, masih lagi tak ok. rupa dah macam orang dalam pantang. so aku bagi dia rest. aku lak pegi keluar dgn adik2 aku bawak bebudak sekali. membebel mak aku, elok lah laki ko sakit, ko bersuka ria kat luar. erk!

ready nak keluar. cakap kat mak tak yah masak tgh hari sebab budak2 ni nak makan sushi. adik aku ngidam sushi. 

aku pun rasa aku makin addict dgn sushi. ok, try to limit raw punya sushi. tak nak penuh cacing dalam perut.

kids menu dia best lah. memula aku order 1 set je lepas tu berebut nia dgn adel. then order 1 set lg. ada nasi, ayam kicap, tofu and air yakult.

dia ni tak yah cakap lah, semua bedal. jagung, salad malah lemon pun dia nak makan. yang penting, nak makan sendiri. stress!

dah kenyang pegi lah pusing2 kejap. ada lah few things aku nak beli. nia stop kat magazine shop nak beli buku. sementara itu adik dia pulak....

stop kat kiosk jual baju2 ni sebab nampak ada baju ana. haaa.. hat ni takde dalam koleksi lagi so nak beli. beli tu satu hal, pakej nak pakai terus. 

itulah 2 anak dara aku. 2 different character.

masuk daiso nak beli sudu kayu. tak habis2 dengan sudu kayu aku ni. then nampak barang2 utk hallowen. dah 1 barang RM5 kan, niadel amik lah benda2 tu. lepas tu apa lagi, mula lah sinetron diorang berlakon jadi lucinda yang cite princess sofia tu. kawan dia yang witch tu.  

sebelum balik beli kek and barang2 makan nak buat dinner.

dengan cik ina diorang. aku kalau takde adik2 aku ni memang patah kaki. diorang banyak sangat tolong aku bila aku memerlukan.

malam nya kita baca doa selamat untuk birthday nia and rafa. buat awal sehari sebab esok dah raya and nak buat kurban semua. cake flavor choc cheese berries. ini boleh jadi the next chocolate indulgence. sedap! office mate aku ada bagi rasa. tu yang beli.

the excited kakak and the blur rafa..

5 October 2014 (Ahad)
hari raya haji and its my kids birthday. on yob's update, pagi tu mak aku call adik dia cakap yang CT scan clear. no bleeding. so sedang recovery process. cuma BP masih lagi unstable. pagi tu semua pegi sembahyang raya. kitorang tak. so, pagi tu aku tgk wan punya condition masih lagi sama. mengerekot je atas katil. so aku decide nak bawak dia pegi hospital lepas korban. sekali dengan anak3 aku. actually diorang be-3 pun tak settle down lagi. heavy flu and coughing. rafa ada slightly fever pulak. so, lepas balik semayang raya, kita pegi masjid dulu tgk korban. bahagian rafa kat lembu no. 2. sebelum ni aku tak pernah pegi pun kalau ada korban ni. selalu wan je pegi. tapi sebab dia tak larat, ayah aku suruh aku bawak rafa. so, this was my first experience tgk ibadah korban.

 pagi2 siap kan budak2 dulu. ape ke style ko nia. pakai baju raya lepas tu pakai hat tu. tengah gembira sebab hari tu birthday dia.

dah mengerjakan hadiah2 yang dia dapat. mama bagi secret own keeper. so dia hias lah diari dia.

paklang ainal bagi dia play doh. itu yang dia nak. so korang nak main play doh main kat rumah opah. besepah pun kat rumah opah je. hehehe..

teacher zai bagi jam kat dia. then ada aunty noran bagi stationery set.

then ke masjid. lembu2 yang dah sedia nak dikorbankan. menggigil2 ko lembu2 ni.

turn lembu no 2 yang ada bahagian rafa

 dah selamat.

rafa, ni lembu awak ye..

 department mengagihkan bahagian2 lembu2 nanti.

yo, lombu saya tu. potong elok2 yo!

department tulang temulang..

melapah

settle urusan kat masjid, balik rumah balik, amik kereta then terus shoot ke hospital pantai manjung. so its raya eve, kalau nak kena panggil specialist lebih, charge kena lebih sikit. so aku ni kekdah macam bawak 4 orang anak yang sakit. lepas sorang2 aku cite current condition anak2 and 'anak sulung' aku.  so, wan dgn rafa kena amik blood test sebab macam dah prolong kan. rafa siap kena amik darah 2 kali lagi sebab darah tak cukup masa nurse amik first tu.

hasilnya... alhamdulillah nothing serious pun. macam wan, kes dia partially treated. tah makan ubat ke tidak ke aku tak pernah monitor. so sebab kahak dia banyak, ubat tak masuk so dapat ubat utk pecahkan kahak and another set of antibiotik beserta ubat batuk and demam. rafa pulak, viral. tapi nothing serious jugak. just finish up the antibiotik yang aku dah dapat kat kids clinic haritu and bagi je pcm kalau demam. and ubat batuk tukar. niadel pulak batuk selsema diorang dah towards the end pun. huish, semput mak! balik je, semua aku monitor bagi makan ubat. dengan apak nye sekali aku kena monitor. aje haru kalau semua sakit serentak. syukur lah Allah bagi aku kuat and sihat. sakit haritu pun sekejap aje. penghapus dosa semua ni. betul2 berkorban lah raya korban tahun ni.

balik rumah petang tu lepak2 dengan cousin kat belakang rumah. buat aktiviti ni pulak. buat mold sendiri and  fridge magnet. bukan budak2 je buat, yang tua2 pun kepingin nak buat.

mak masak sup tulang, makyong masak rendang. so kita makan petang sama2. dengan usus rebus siap. dalam masa yang sama dapat update dari adik aku yang visit yob.  hati semua orang tak sedap. susah nak explain. cuma mak aku dgn makyong aku cakap esok lepas subuh kita gerak pegi HUKM.

in the mean time, hasil fridge magnet yang diorang buat tadi.

6 October 2014 (Isnin) 
lepas subuh, tup2 ayah aku dah bersiap. nak kejar kan waktu melawat pukul 12.30 kat HUKM. kitorang gerak dalam pukul 8 lebih gitu. 


kita berenti breakfast kat Tapah. then terus je gerak ke HUKM. ngam2 sampai masa waktu melawat.

sukar nak gambarkan keadaan dekat luar ICU tu. mixed feeling. BP yob masih lagi unstable. tgk kan kak fiza (isteri yob) betul2 buat aku terdiam. macam2 dalam kepala. 

what if...
what if...
what if...

selesai waktu melawat, family aku terus balik ke perak and kitorang balik ke rumah. semua serba tak kena sebab dalam fikiran memikirkan keadaan yob. 

on the other hand, syukur condition wan and anak3 getting better. lepas ni sakit je meh aku yang bawak apak eh pegi klinik. apekah..


6 October 2014 (Isnin)
kerja. jasad di ofis, kepala kat HUKM. aku ada due date keje yang aku kena kejar. aku usung kerja balik kampung raya haji haritu end up dok terperuk dalam kereta je. pagi2 mak call mak bagitau yang adik yob (kak zura) call mak bagitau heartbeat yob tetibe stop. and doctor dah explain condition yob. 

aku terus text kakak aku yang dari pontian nak balik kedah, aku cakap "long, aku ingat ko singgah HUKM kejap kot. aku tak sedap hati. susah nak explain" tu je. and lepas submit draft keje kat boss memang aku plan nak amik half day nak tgk yob. then within half an hour mak aku call cakap condition yob dah merosot. i was like... Allahuakbar... few minutes later mak call cakap yob dah takde... 

susah nak explain, memang cousin je. but he's like a brother to us. banyak benda dia tolong masa kitorang kecik / bujang. aku tak boleh focus terus naik atas jumpa boss submit keje then mintak izin amik half day leave. terus pegi HUKM. 

rasa kosong. on the way ke HUKM tetibe berlinang je air mata. teringat dulu masa aku kat matriks, sepatutnya ayah aku datang amik aku dah habis sem pagi tu tapi ayah aku tak turn up. call sekolah ayah aku cakap, ayah aku pengsan masa semayang subuh kat surau. aku terus call dia then dia yang bawak aku pegi hospital kajang masa tu. antara yang aku boleh ingat. 

sampai hospital dalam pukul 12 tu. aku dah parking then adik aku cakap bawak balik maknyah (mak yob) dari hospital balik rumah. another heart breaking moment. dalam kereta maknyah menangis2 "yob dah takde dik.. yob dah takde..." takde kata aku boleh cakap masa tu. aku pun nangis sama. sampai rumah tolong diorang amik tilam, kain batik lepas bentang tikar semua. 

tak lama lepas tu penuh ruang rumah dengan jiran tetangga and staff felda. arwah and kak fiza kerja kat felda. tak lama lepas tu jugak van jenazah sampai. terus aku duduk kat luar rumah baca yaasin. dalam tengah hari kakak aku sampai. then pukul 2 jenzah dibawak ke masjid untuk dimandi, kapan, solat. wan datang sendiri terus ke masjid. he took half day leave. 

selesai urusan lewat petang. masa tu aku dah kat rumah maknyah tolong apa yang patut then jam dah pukul 6 lebih. wan cakap pegi amik budak2 dulu then bawak datang situ balik. kebetulan ainal dgn mak dah sampai aku mintak ainal temankan. balik rumah amik niarafadel then balik rumah semayang maghrib dulu then patah balik ke bandar tun razak. settle majlis tahlil dalam pukul 12 lebih kitorang balik rumah.

7 October 2014 (Selasa)
sampai kat rumah tengah malam. malam tu jugak sebenarnye ayah aku nak balik perak balik. tapi aku tak bagi. rehat lah dulu rumah adik then esok nak balik baru boleh balik. subuh selasa aku terjaga sebab aku terdengar suara ayah aku kat tingkat bawah. aku dengar "ko cek nadi dia ada ke tak..." Allah... siapa pulak?

terus turun then ayah aku cakap mak ngah (kakak ayah) call cakap nak kejut mak cik siah (kakak ayah) dia tak bangun. cek pulse dia dah stop. masa tu..... nampak ayah aku weak. mak cik siah kakak ayah aku. tapi cepat2 ayah aku bersiap nak ke cheras jaya. sebab kebetulan makcik siah tido rumah makngah. aku terus siapkan anak3 hantar diorang pergi sekolah / taska then terus bawak mak, kakak aku pegi cheras jaya. and ambulan dah datang bersama doktor and dah sahkan makcik siah dah meninggal dunia. innalillahiwainnailaihiraji'un...

2 days in a row. satu family belah mak. 1 family belah ayah. selesai urusan arwah makcik siah sebelum zohor. lepas tu aku balik rumah and malam nak ke tahlil makcik siah pulak. 

sebelah malam majlis tahlil di buat di masjid cheras jaya. Allah permudahkan urusan mak ayah aku. yang kebetulan ada kat KL lagi. aku risau tgk mak ayah aku. mak sejak yob sakit haritu sampai dia dah takde, mak aku tak sihat. ayah aku letih. dia rasa umpama semangat tu kena tarik. aku masuk ofis rabu aku jadi diam je. 

1 yang pasti...  mati tak tunggu sesiapa...

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber