LEGOLAND HOTEL

dia nak pegi sana tu mesti ada asbab. memang ada dalam list lah nak kena stay gak kat legoland hotel ni. tapi bila tu ini lah masa nya. sebab ada konvo adik aku. and aku memang cakap kat wan satu hari nanti nak kena try gak hotel ni. so masa nya pun tiba. booking telah dibuat kat agoda. kalau book direct kat website hotel dia boleh pitam tgk harga bilik 1 malam. kalau booking kat agoda, separa pitam je. sebab dapat half price. so aku booking 2 bilik. aku amik bilik yang 1 bilik bole accomodate 5 orang. dia kata either 3adult + 2children or 2adult + 3children. ala, takde hal, ko ada 10 orang dewasa pun sila pilih bilik ni. not that strict pun. ok je. 

so kita sampai kat hotel tu agak lewat. rugi disitu. check in time was supposed to be at 4pm. tapi dah lewat and dah call inform pihak hotel yang kita akan masuk lewat. so mari aku bawak korang masuk legoland hotel.

 masa sampai tu dah malam. ni amik gambar esok nye masa nak balik. bukan budak2 je teruja. aku rasa orang tua pun teruja jugak

masuk2 nampak castle ni.


dan kapal pirate ni. sebesar2 kat entrance.

niadel dah melilau sana sini. teruja nak main kat sini. ada banyak tempat budak2 boleh main dalam lobi ni. kalau korang tak stay kat sini boleh je masuk main dalam ni kot. sebab open je.







 lagi gambar kat entrance.

 sementara nak tunggu dapat kunci bilik amik gambar sana dan sini. amik masa gak nak check in tapi takpe boleh je sabar.

dah settle check in dah dapat kunci terus je naik lift dia. masuk lift pun jakun. ini lah lift yg ada artis sangkut tu ye. memula kitorang lift dah tutup tak bergerak naik pun. apsl tak bergerak lift ni? rupanya kena touch access card dulu baru boleh tekan tingkat berapa. kitorang punya bilik kat tingkat 2, mujur gak lah side by side. alhamdulillah takde masalah lift disini. :p

kitorang amik bilik adventure theme. nak amik pirate theme kang tekejut pulak atuk dgn opah tgk gambar tengkorak. nak semayang pun tak khusyuk nanti. so this is the room. ada katil double decker dengan pull out bed. 3 orang boleh tido kat sini.

1 kotak lego disediakan jugak utk bebudak main. alangkah best kalau dapat bawak balik kotak lego ni. dah bayar mahal2 1 malam apa salahnya bagi kan? hehehe...

rafa pun pandai main lego. dia pun teruja sama.

1 lagi section ada queen size bed.

 toilet pun ada sediakan 2 jenis sinki. untuk adult and kids.

 siap ada treasure chest lagi. 

the instruction

jawab soalan yang di beri

 and dapat free gift ni. menarik2..

dah malam tu, memasing dok try barang yang beli kat JPO, makan then tido.

pagi breakfast kat bricks family restaurant ni. kitorang dapat breakfast untuk 10 orang. again, tak strict pun dia just tanya berapa orang? kita cakap 10 orang. maka menderu masuk batalion keluarga haji anuar untuk sarapan.


another excitement. lego everywhere.

 menu breakfast pun ada macam2. dari dalam sampai ke luar.

semua colorful kan?

teruja sangat tuh.

nak naik atas balik. lift ni ada disco ball maka amik gambar lg 1 kali. then kita bersiap untuk check out. check out pukul 11 pagi. 

nak check out dah. ada rezeki memang nak pegi lagi. perasaan duduk kat legoland hotel ni sama macam duduk kat disney hollywood hotel masa pegi disneyland dulu. 

ke destinasi seterusnya...

1 comments:

Nissa Azmir said...

kakkkk terujanya tengoksssss

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in