Skip to main content

nia denggi (throwback)

aku dah mula nak cerita entry2 throwback ni. payah nye nak eja throwback. so seminggu sebelum bulan Ramadhan haritu, nia diserang denggi. rewind lagi, she's started with high fever. haritu, 17/6/2014 (tau date sebab tengok gambar). hari rabu pagi tgh besiap nak gi keje / sekolah. si nia dah siap pakai baju sekolah tetibe dia nangis cakap dahi dia sakit. ingat jatuh ke apa, sekali rasa mak oi hangat betul. cek temp 39. terus bagi ubat demam and tak pegi sekolah, ikut aku masuk ofis.

dok lah kat bilik aku. mmg simpan tilam kat sini kot bawak anak3 senang ada tempat nak landing. time ni dia weak je. tapi dia jenis dengar kata. ok je.

less than 4 hours temp hit tinggi lagi. rasa tak sedap hati depends on PCM je. so lunch time google lah pakar kanak2 yang ada kat area ofis aku. hasil google yang paling dekat kat wangsa maju. terus zass. katanya doktor situ mmg terkenal dengan treatment yang bagus. mmg lah tak fikir 2 kali terus pergi.

citenye ni demam takde lah dari selsema ke batuk ke apa kan, mmg demam panas, sekali doktor tu diagnose dia ada kahak banyak. aku cam errrr... fine lah. ko doktor. dengan aku2 sekali dia ajar camne nak buang kahak. siap nia kena neb lagi. x paham. tapi ikut kan. dapat lah sebeban ubat. balik tu bagi lah segala ubat.

malam nye dok  monitor temp dia. tak sampai 4 jam dekat 40. terus mandikan dia dengan air sejuk nak turun kan suhu badan.

demam2 dia, dia dengar kata, time makan dia makan. time minum dia minum. takde muntah takde apa. cuma badan panas.

malam tu jugak korek2 peti cari ubat masuk bontot. tanya cousin aku (nurse) boleh pakai ke kalau ubat dah lama. patut dah expired sebab setahun lebih kot dok dalam peti. tapi sebab dah hilang punca suhu badan dia tinggi, masuk je. then baru lah turun suhunya. gitu lah hari pertama. betahun kot dia tak demam sekali demam memang kaw kaw punya. esok hari nya, papa dia dia pulak cuti jaga nia. jumaat aku aku jaga nia balik. demam masih lagi on off. so memang kerisauan. 

sabtu siang tu kitorang ada parents teacher meeting kat sekolah niadel. lepas amik progress report then teacher sekolah diorang bagitau ada 2 orang students warded due to denggi, kitorang yang memula ingat nak repeat pegi kids clinic je terus je bawak pegi hospital. jumpa pediatrician columbia asia cheras, dr hew. sangat2 lah baik and lembut doktor ni. so doktor suruh buat blood test dulu, result dia seperti yang ditakuti and nak di elakkan, blood test nia menunjukkan nia positif denggi. platelet dia masa tu 126. 
 
so doktor kata boleh kalau nak balik tapi kena amik darah tiap2 hari and dia kena banyak minum air. mengenangkan dia tgh sakit and mmg tak banyak minum air, kitorg decide untuk masuk wad. proses nak masuk wad pun makan jam sebab takde wad yang kosong. balik rumah dulu siap2 barang and masuk ikut emergency untuk register. tak jugak siap lagi bilik nye. sabar je lah. lepas tu takde single bed. ada 2 bedded. boleh lah. 

dah drip air. rilek je si nia ni tak nangis pun. ouch je kata nya. bagus dr hew ni. ye lah dia pun lembik kan, nak agresif2 sangat pun tak mampu agak nya. aku tak tau apa rasa kena denggi ni. first time in history lah kot ni dalam family.

dah jadi macam ni, kalau anak warded mesti lah kita mak dia yang nak menunggu anak kan. lagi pulak anak pompuan. dah tu pulak kalau bapak nak stay kena mintak izin bed sebelah. mujur lah katil sebelah malam tu nenek dia yang tunggu. kes denggi gak. dah berhari2 gak warded tu. tapi papa memang kena tunggu lah kat wad sebab kalau aku stay means rafa pun kena stay. 

malam tu jugak teacher niadel datang. sebelum tu principal diorang datang. habis parents teacher meeting terus je diorang datang singgah. semangat sikit nia. macam2 diorang bawak. tq banyak2 teacher2 sebab datang ye.
 
hari pun dah lewat, the most heart breaking moment bila aku kena balik. ini memang aku tak boleh lupa lah. tengok nia menangis nak aku teman. bukan tak suka papa, cuma tak sama kalau mama yang teman. macam kita lah, sakit je nak mak yang jaga. aku pulak kena balik sebab nanti lagi lewat payah pulak nak drive sendiri dengan adel & rafa. jarang sangat drive malam2 ni kalau wan takde. meleleh lah air mata masa tgh drive tu. gini lah ye dugaan nya.

malam tu berkampung kat bawah je. esok pagi2 cepat pegi hospital balik.

esok (ahad) terus pegi hospital. mujur lah elok je pakcik ni.

semangat dia tgk adik2 dia datang. mau lah makan.

drip tu masih lagi on..

order makan kat hospital pun ikut selera nia. petang tu jugak adik bongsu aku sampai. so bernafas lah sikit kitorang ber-2 ni. oh hari tu platelet nia drop to 96. aduhai... then doktor mention macam ada radang kat hati which benda tu normal kalau denggi. lagi lah aku tak keruan. sembang2 dgn katil sebelah, dia suruh bagi sup ketam, jus kiwi, 100+. aku suruh adik aku beli semua sup ketam and jus kiwi.

malam tu balik dengan adik aku, masak sup ketam. the next day panaskan je sebab wan kena masuk ofis and aku kena sampai awal. adel hantar sekolah, rafa lak hantar taska. so aku boleh tunggu nia.

eh silap, wan tak keje gak. tapi dia balik rehat. dgn catch up world cup. tgh musim bola kan time tu. mana nak kira anak sakit lagi, mana nak kira tgk game lagi. komited sangat laki mak! so paksu diorang ada dengan aku. orang datang melawat pun confuse mana patient mana yang sihat. ni pun penangan tgk bola gak. 

harini punya platelet 102. naik sikit. tapi tak cukup naik lagi. kena stay lagi. haritu mmg aku feed nia dgn 100+ and sup ketam. sehari sebelum tu officemate aku fety bawak bubur ketam. then malam hani, bawak air gatorade dengan jus kurma. terharu ramai kawan2 yang prihatin. cuyan diorang ni tak yah cakap lah, nia nak roti boy, pegi alamanda semata- mata beli roti boy. nak lagi? dia pegi alamanda lagi sekali dalam masa sehari. janji mau makan. and nia pun dengar kata. makan semua benda yang kita suruh makan. 

nampak dah segar kan. drip pun dah tanggal sebab tangan dia bengkak. and muka dia bengkak. terlebih air ke apa tah. risau lagi aku. tapi doktor kata its normal. normal tak normal tetap risau kan. ni kena keep opah dia posted. sebab opah dia standby mode je tu. kalau nampak nia weak je mmg zasss turun. tapi aku cakpa takpe mak. semua terkawal. and nia pun ok je. tapi aku tak cakap lah yang nia tanya opah datang tak. kalau aku cakap mmg sampai opah deme tu.

petang nya baru dapat pindah masuk single room. ok lah moh berkampung semua. tapi aku mmg dah rasa esok dah boleh discharge. ewah. sebab nengok kan condition nia yang makin segar. demam pun dah takde. itu yang penting. malam tu wan dengan asyran pegi tgk bola, sampai ke pagi. pagi aku dgn wan balik kejap masak sup ketam and hantar adel & rafa. yan tunggu nia. ke nia tunggu yan. dah budak tu semalaman tak tido.

makin ceria. dah tak boleh duduk diam. and platelet darah dah naik ke 134. alhamdulillah boleh discharge. cam biasa lah nak menunggu discharge kalau pakai insurance ni makan berejam. so sempat tido balik.
 
last meal kat wad. makan sedap, layanan best. mana tak wad penuh. orang tak nak keluar.

alhamdulillah selesai pakej percutian kitorang 4 hari 3 malam kat columbia asia. thank you asyran sebab tunggu sampai nia discharge. 


sebab dia behave and mendengar kata sepanjang sakit, reward lah sikit. layan kan apa dia nak. aku dah lemau sebenarnye tapi ikut kan. janji dia dah sihat. budak yang dia dok sama wad haritu tak boleh keluar lagi. aternye makan sup ketam taknak, minum air kiwi tak nak. even makan buah tembikai pun tak mau. mujur lah si nia tak macam2 pe'el nye. sampai rumah balik rutin biasa, bergaduh! apa pun syukur nia dah sihat sampai lah sekarang. aku diberitahu dalam tempoh 6 bulan tak leh kena denggi balik sebab denggi takde ubat kan. sistem imnune dalam badan je yang lawan. so memang ubat nyamuk every where. and kementerian kesihatan dah pun datang rumah tanya pasal nia and fogging pun dah dijalankan. 

satu lagi pengalaman baru kami anak beranak....


Comments

nad said…
alhamdulillah...
riso plak baca pasal kawan2 yg anaknya kena warded sbb denggi atau sakit apa2 je pun.. sbb kami sendri takde lg pengalaman camtu huhu..
syukur nia dah ok, good girl sayang! aunty nad nak nia jadi contoh kt zakwan ngan nayli la pasni.. biar dorg kuat lawan sakit n dengar kata macam nia jugak...! ;)
Iela Fazielah said…
Ya allah alya.... Maaf akak xdtg lawat..rasanyer tau pun nia dah nak discharge kot.... Tp mmg penat jaga anak sakit.... Dgn ada sikecik lg nak difeed..... Mmg drive ualng slik ke spital la jwbnyer dgn nak msk mknn utk dia..,. Budakkan..mkn nak ikut selera dia...kang xmau mkn.... Layan kan lah..,. Sib baik wan ada.... Mcm akak, tiap kali anak msk wad time tu lah momok xde... Lg fenat.... Neway, nia dah sihat, alhamdulillah.,,, musim nyamuk skrg ni.... Kat rmh ni setiap bilik n hall ada ubat nyamuk letrik...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber