cerita throwback diteruskan. walaupun blog sekarang dah tak relevan, tapi aku rasakan kena jugak simpan kenangan dalam ni untuk bacaan dan jugak rujukan dihari tua. so benda ni berlaku pada cuti hari buruh iaitu 1/5/2014. gila lama ko punya throwback ye. ye. aku nak masuk cite raya so aku nak sumbatkan cite2 penting sebelum raya.
citenye since sekarang ni semua di hujung jari. semua pun rasa rapat je through whatsapp. sembang punya sembang, family belah ayah aku decided untuk mengadakan aktiviti bowling. aku sebagai group admin, telah menjalan kan tugas untuk organize event ni. suka bebenar ye meng-organize. suka je. lelagi kalau event tu berjaya, rasa macam kepuasan.
so, lokasi yang telah dipersetujui adalah di Ampang Superbowl kat Metropoint Kajang. sebab asal family kita kat kajang, kita buat kat kajang ye. then malam tu ada BBQ kat rumah pakcik aku kat dekat dengan area tu jugak.
sebab aku yang arrange booking semua maka adalah tanggungjawab aku untuk kesana awal. singgah Secret Recipe kat situ beli kek. booking je. sebab BBQ ni konsep pot luck. aku bawak kek. yang paling senang. :)
dah sampai. jenuh gak menunggu yang lain2 ni sampai. ye lah, gang2 pakcik makcik kan. hehehe..
kitorang sampai dulu kitorang amik kasut dulu. rafa time ni bambam lagi. sekarang dah slim..
sebelum datang group2 yang dah disetting kan dah discuss nak pakai baju apa. nak pilih kaler pun sekian hal gak. tapi akhirnya manage to match untuk semua anggota kumpulan. aku letak nama group yang biru ni Alpha. group pun pilih dengan cara cabut undi. gemuk eh aku time ni? tu yg kena diet tak makan nasi tuh. heheh.. group alpha lead by pakcik aman, no 7 in the family.
ni group Bravo. lead by pakcik pozi. no 8 dalam family. ada maksu gak yang bongsu a.k.a no. 9 dalam family.
group ni lead by paksu. group Charlie
wan group Delta. lead by abang afiz anak nya paklang. no. 3. kira aku wakil family ayah aku.
game pun bermula. cam biasa lah. kecoh. then baru tau sape2 yang betul2 terror main and sape2 yang tak pernah main. gigih tu group hijau atur strategi. tu yang boleh menang tuh.
kitorang habis kan 1 game je. tu pun rasa jenuh nak habis kan. dah 1 game ada 10 kali kena baling. sebab start pun lambat. takut tak dan asar, so habis 1 game terus je gerak ke rumah pakcik aman untuk setting BBQ pulak. kitorang tak balik jugak sebab balik kalu, takut tak ter datang pulak nanti. so mandi2 semua kat rumah pakcik aman je.
petang prep untuk BBQ pulak.
yang lelaki jaga BBQ session
kitorang mandi & siap2 kan anak3. lepak sat kat dalam bilik. solat2 semua.
malam ada jugak yang tak dapat join bowling tadi datang sessi malam nya.
kat tingkat bawah, kanak2 ribena dok berlari sana sini menggegarkan rumah granny diorang.
takde dalam plan pun on hadiah tapi tuan ruamh bermurah hati sponsor hadiah. ala, tak beli apa pun, amik stok barang yang ada & tak guna lagi dalam rumah. saja seronok2.
ni juara category lelaki. terror betul pakcik poji ni main bowling. kalau tak strike pun mesti spare. sekaligus group hijau yang menang.
fiqah menang kategori pompuan. group hitam a.k.a Delta. teruk nye aku kat belakang tu. selaku emcee & announce pemenang.
kategori kanak2. dimenangi oleh faris ke faiz nama dia ni. ya ampun, lupa! group aku dia ni. not bad dia main.
ni kategori kanak2 perempuan. sape nama aku lupa gak tapi start dgn F jugak. hahahaha..
ni lah full result. kak wana penjaga score board sebab dia pregnant. wan no 5, aku no. 12. aku cam biasa lah, menang sorak...
alang dah berkumpul tu kitorang discuss pasal next plan. plan nya nak buat family day tapi sebelum tu kitorang dah decide untuk kutip yuran bagi setiap family start bulan june. dan dipersetujui oleh semua.
selfie sikit. penat woi. dah lewat malam and esok nye nak keje.
last but not least, yes we are family! and next event seperti yang telah di bincangkan, kitorang akan mengadakan family day keluarga moktar+fatimah pada 18 & 19 October bulan depan. again, sebagai organizer banyak nak kena uruskan. can't wait!
Comments
go go alya! u can do the best as an organizer! haha! :)