32 tahun dah saya...

harini datang lagi. alhamdulillah masih celik, masih sihat, untuk bersama orang- orang yang aku sayang. tq banyak2 semua yang wish aku. tahun ni lain sikit, sebab dah takde fb, so yang ingat birthday aku hanyalah orang2 yang betul2 ingat birthday aku. giteww! macam biasa wan bagi birthday card.

dia pegi beli semalam masa amik nia dari tuisyen. hari sabtu nia tuisyen pukul 9 sampai 10.30. so dia pegi jusco masa amik nia tu lah. mana aku tau? habis gi beli dengan si nia. kekdah dah kawtim katanya. tapi elok je nia balik rumah si nia

"mama, cuba teka kakak pegi mana tadi?"

"pegi mana?"

"kakak pegi jusco. beli kad birthday mama!"

kemaen kau announce. member nak buat surprise terus hancur lebur. tepuk dahi papanya. aku senyum je.

"mana kad birthday mama? mama nak tgk?'

laju je dia gi amik kat dalam bag tuisyen dia. aku dah senyum2 dah. lantak kome... 

malam tadi dia mintak papa dia kad nak tulis, papa dia tak bagi. so pagi tadi baru tulis. surprise sangat uols!! bangun pagi nampak kad dgn present atas meja solek. 

kad dengan hadiah. bertahun dah kot aku tak pakai perfume. sebab tak pakai? perfume hantaran dah habis, lepas tu tak terbeli. ada lah beli VS punya perfume. tu pun long time ago. ni dapat perfume baru!

kakaknya baru bangun tido baru nak tulis. 

 kakak dah besar. dah tak payah bagi skrip nak tulis apa. dia pandai tulis sendiri. tq kakak and papa for the lovely wishes and gift. aku suka wording kad tuh.

aku memang dah lama teringin nak try makan kat dipNdip tu. cuma takde peluang je. alang dah birthday kita kan, kita request lah. time ni je lah nak merasa nye. yang aku tau ada kat the curve. tempat lain tatau. tapi sebelum tu pegi bangi hantar kain tempah baju adik ipar aku 2 orang nak kahwin bulan november ni. dalam masa sama tanya gak kat group sepupu sepapat belah mak, apa nak oda bila sampai kat dipNdip tuh. tak nak lah nampak macam blur sotong sgt. khen!

buat baju untuk niadel sekali. hat lelaki kena cari kemeja.

ko nak makan dipNdip kan karang, tempat tu dessert je ye, kita isi perut makan kat mamak dulu. niadel makan maggi goreng tak pedas takde sayur.

dah kenyang...

rafa pun kenyang tido dalam kereta sementara nak ke the curve. umur mama 32 tahun, rafa pakai tshirt no 32. :)

sampai je, gi hantar kereta cuci kat car international tu then masuk nike. wan beli baju. eh bday sapekah ini? tgh murah, bagikan. aku pun memang takde plan nak kemana2 cuma nak ke dipNdip je. konsep kalau fitting baju, semua pun belonggok.

suka je bawak budak2 ni masuk kedai2 mainan. beli nye tidak. tumpang habiskan masa bagi budak2 seronok. 

amik mood next month nak ke legoland water theme park.

pusing2 lagi nak habiskan masa. aku ni dok amik gambar sana sini sebab tgh nak test tahap kualiti camera hp baru. hp aku hilang. bab tu nanti lah cerita. sedih.

daripada atas nampak binatang ni kat bawah. laju2 niadel ajak pi turun. nak amik gambar dgn dragon ni. budak bedua ni bertutu memang glamour lah kejap aku. orang lalu lalang dok pandang. siap ada artis tegur. sape tah nama lupa. yang adel perasaan retis, orang dok tegur2 dia, dia melambai lambai balik.

lepas gi sana gi sini, beli nursing tshirt kat dynas mokhtar punya kedai, gi dipNdip ni. jenuh mencari di tengah panas rembang. sebab the curve kan bukan semua dalam mall. ada yang kena keluar. dapat macam anak3 aku bangsa tak boleh kena panas mmg mengundang lah jugak. mencari dipNdip ni pun sekian pulak. melilau jugak. haritu nampak macam kat bawah rupanya kat tingkat atas. dah sampai, dengan panas nya sekali kena beratur panjang. adeh... nak makan punya pasal hadap lah. mujur lah bday aku, tidak kalu mesti wan, mari pegi makan kat tempat lain. nasib gak rafa tido. akhirnya dapat tempat duduk. 

 kitorg order ni. waffle chocolate kot. sedap jugak ni.

ni apa eh? triple chocolate crepe kot. sedap ni. nampak cam mual je kan, tapi tak lah. just nice. tp jangan makan bebanyak memang lah muak. bawah tu macam lempeng. crepe.

and brownies ni. brownie ni tak yah order lagi kalau datang sini lagi. kureng. hat 2 atas tu boleh repeat.

and mocha frappe wan punya aku nye ice peach tea. kalau order chocolate frappe jugak confirm sebulan puasa coklat.

rafa ko gigit jari je lah ye. makan je lah bubur tu. panas dalam ni tu yang rafa terjaga. tak boleh nak bercinta sangat lah dalam ni. kalau dah dapat, sila makan dah habis sila bangun dan bagi chance orang lain yang beratur tu nak masuk pulak.

hantu coklat ni memang gembira lah dapat makan kat sini walaupun mulanya dia yang buat hal. panas lah, penat lah, mengantuk lah. adel langsung tak jamah. dia x makan sangat coklat2 ni. makan sikit je kot.

makan semua2 tu costs us RM77 berapa sen tah. tu pasal makan kat mamak sebelum tu. aje gile kalau makan ni saje, lepas tu harga dia nak sama macam makan kat chillis or bubba gump. birthday2 gak tapi kena berpada pada juga. tak gitu?

dah lah pakai skirt kembang, lepas tu minak beli badges terus nak pakai badge semua kat baju. aduhai budak ber-2 ni... apa pun, thank you papa for today's treat. dipNdip tu kalau tak ramai orang, kalau rasa nak makan lagi, boleh lah repeat. 6 bulan sekali ke. kalau nak merasa, silalah pergi. aku baru tau ada kat bangsar and publika.

6 comments:

Nad MamaZN said...

hepi belated beday alya!
menu megi goreng tu sama la feveret zakwan jugak :)
takpenah lg pi dipndip ni.. 1 day nak p gak la merasa hehe

LYAfrina said...

happy birth alya..
smoga trus dimurahkan rezeki n diberi nikmat kesihatan y baik2.. amin

comel tulisan kak nia..kemas je..
baju niadel pakai pon sgttttt somelll

Nana Aziz said...

hepi besday aly.. sedap weh nmpk coklat.. nia blh geng aku giler coklat..hihi

shark said...

hepy besday babe..semoga panjang umor dan murah rexeki dan sentiasa berbahagia dgn keluarga..:)

semoga terus suksess :)

Iela Fazielah said...

sedapnyer alya... hapy bday jugak... akak gi lamamnda mkn KR je..nak mkn steak xde rupanyer.... tp kan mcm nak gi rasa la dipndip ni.... katanyer kat bangsar ok sikit,.. the curve mmg panas

Iela Fazielah said...

owh ye.... best wan tu suoer romantik.... jeles ahkak... akak gak lom dpt adiha bday lg... huhu

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in