Skip to main content

melaka trip 2014 - day 2

sambun2... day 2. pagi2 subuh subhi dah celik mata. niadel tak ketahuan dah sebab nak mandi pool. mama, kita mandi pool ke? mama kita mandi pool. zikir itu je lah kan.

selak langsir tengok dah siang ke belum.

7.30 pagi dah turun. 

ok lah breakfast dia. telur half cooked, nasi lemak, mihun goreng, mee soup, bubur, cereal, sosej, roti bakar, popiah goreng, air sejuk / panas. ye these are the exact menu yang ada. semua aku sebut. sikit? banyak mana je kau makan time bfast kan. so ok lah pada kitorg. cukup kenyang.

aku happy sebab dah boleh minum teh. rafa tak kembung. yeay!

rafa boleh tertido masa tgh makan ni. pass baton lah time makan. stroller dalam kereta. calar kat muka tu sendiri bikin. kuku panjang.

 haa rafa dah siap. aku beli benda alah ni untuk mengelakkan dia kesejukan bila masuk pool. memula masa kat jusco tu tgk, betul ke benda alah ni nak bagi baby warm. aku google lain je. tapi org tu kata ni pun bole, belasah je la. dalam tu pakai swimming trunk jugak. baju penguin ni ok lah bole pakai lama. sebab loose.

sebelum terjun pool, bersiram dulu kat shower ye. jangan #villagepeople pi terjun terus. haaa.. warm tak warm nye wetsuit rafa tu. kemain steady je muka dok dalam pool. niadel excited habis.

ni lah size pool dia. takde kids pool. tu pasal kena ada pelampung. maklumlah, ramai bala tentera. nak handle pun senang. tapi ada pulak budak lain dok berpaut tangan kat aku jugak. aku pun confuse, ko silap mak ke, or ko ingat aku ni penjaga pool dik? niadel pun confuse, ape hal ada minah lain pegang mama diorang. hahaha


letak rafa dalam pelampung. pun takde perasaan. kaki dia mmg kuis2 lah. tapi muka tetap maintain mcm tu. pelampung 10 hengget beli kat umbai. 

 rasa setengah jam jugak rafa dalam ni. muka steady je. aku pun macam dah boring je dalam ni. dok dalam pool bukan pandai berenang. macam badak berendam. adel dah gigil2 tapi tak nak naik. adik dia yang steady. tapi bawak naik lah. ni lah rupa swimming trunk rafa. comel tak? hehehe.. still, muka takde perasaan. tak tau gembira ke tak mandi pool ni.
dok kejap kat bench tepi ni pun masih takde perasaan

masuk bilik, mandikan dia, bagi susu then pengsan terus.

dalam pukul 11.30 pagi kitorg dah ready nak check out. call room service mintak hantar trolley. then kitorg pun turun. masa check out tu, nak bayar, terkejut bila bilik kitorg yang harga asal nya RM242 dia charge RM130 je. aku cam wow! thanks hotel sentra melaka, sape yang on bajet tu sila booking hotel ni di booking hotel. it's a decent hotel. 

lepas tu terus je kitorang menuju ke pantai klebang. apa lagi coconut shake la. kisahnya dah 32 tahun aku hidup ni dan dah berapa ratus kali aku datang melaka, this ini my very first time merasa cocnut shake. aku tak penah ke sini sebab wan tak minum. 

ni sebab pergi berjemaah singgah lah. kalau nak cepat, dine in je. kalau tapau panjang beratur. masuk dalam order je terus dapat. siap pakej dengan makan lagi. macam2 ada. meriah. ada tempat duduk dengan tak je. time tu ada dapat tempat duduk. depan kipas angin lagi. berangi betul!

orang datang sini makan coconut shake, orang tu makan cendol pulok. tak kena tema betul. yang niadel gatal nak order ABC. terkejut aku. apehal tetibe je. tak penah umur order ABC. ni tetibe order ABC. ni semua upin ipin yang salah! cite upin ipin ada diorang order ABC lepas tu cakap 'atuk bayar!' aku tanya, kenapa nia nak order ABC ni? sebab upin ipin makan. yeee.. baru tau. pengaruh betul. lepas tu apa? haram tak makan. kenapa ABC mcm ni mama? kakak tak nak yang macam ni... beku otak papa korang kena habis kan ABC tu jugak. mama tidak le.

yeszaaaa... and coconut shake for me. teringat2. mmg thor baek lah!

sekian coti2 di melaka. lepas ni tak gi dah melaka kot kalau nak bejalan saja. sebab dah pegi semua kan. cari port lain pulak kita. 

till then..


Comments

nad said…
rafa ensem!
kemain rafa mandi pool ek
menten jek muka hihi...
alya sama ngan kite la alya... dah 32 thn xpenah lg jejak klebang coconut shake tu...
Sheila Salim said…
Assalamualaikum kak. comelnya rafa mandi pool. hehe alaaa teringin sangat nak rasa coconut shake. rasanya kena ajak suami bercuti ke Melaka nanti. hehehe ~~~
mama leen said…
kiutnya rafa... siriyes suka rambut adel...
Unknown said…
seronoknye berholiday ngan anak2... =) terliur tgk cendol tu...hehehe
Rizziela said…
Mmg serius ajer muka Rafa kan....hihihi

Sedapnyer coconut shake tu
Mrs. Simplicity said…
nad : kena pegi nad. mmg best!

sheila : sila try. mmg sedap bagai dikata.

mama leen : rambut yang menjadi pujaan orang lain jugak tu. heheh..

mama ila : seronok tapi letih. tapi sebab anak seronok, letih tu berbaloi :)

rizziela : tu la pasal. kedekut nak senyum.
ak terpegun tgk rafa yg putih gebus tu lah..encem sggh...

nk pegi la bw Irfan jenjalan melaka..haihh bila2 nie? hehe
Mrs. Simplicity said…
Ok lah melaka tempat nak relax2. Aku yg pegi banyak kali pun masih boleh enjoy. Nanti bawah irfan jalan2 sini ye

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber