panggilan kecemasan tengah hari tadi.

tajuk mesti gempak ye. mujur tak banyak tanda seruan tu. hehehe.. so cite harini, ada cerita nya. pagi2 hantar rafa dulu macam biasa, then niadel. their first day setelah 2 minggu bercuti. gambar tak dan sebab kelam kelibut. dah siap kunci pintu start enjin segala, tinggal bekas susu niadel. stress. bukak balik. so, lewat dari apa yang dibajet.

sampai ofis, ada department meeting. drag sampai almost 12. lepas tu terus cari pam. lepas tu dah kebulur pegi tapau lunch. tgh lepak2 lunch tu lah dapat panggilan dari cikgu lin pengasuh taska rafa. aku nampak nama dia appear kat hp je dah panic. kak, rafa nangis2 lah kak. dia macam susah nak nyusu sbb macam tesumbat and perut macam kembung. 

PANIC!!!!! (ini baru betul2 punya panic kena ada banyak tanda seruan)

tak fikir panjang, terus amik kunci kereta zasss pegi taska rafa. otw tu whatsapp wan, whatsapp kakak2 aku menyatakan ke-panic-an aku. so they asked me to find a gripe water. tgh drive ye. sila jangan amalkan seperti ini ye. then terus masuk shoplot area mcD equine tu singgah farmasi.

kata deme bagi je terus lega. tu yang terus beli. aku dgn niadel takde masalah kembung. tang rafa ni kena. harus lah mak panic. 

sampai je dari luar terus dengar suara dia. then nampak dia menangis2 bagai nak rak. aduhai... luluh hati. terus amik dari kak yati. sampi tak makan pengasuh tu dok kendong rafa. kata diorang siang dia ok, masuk tgh hari dia dah mcm tak selesa. terus aku amik, and kak yati tolong amik kan gripe water nak bagi rafa. 

instruction kata bagi 5ml. aku cam, bia betul. banyak bebeno portion nya. aku 3ml je then terus direct feed him. payah sikit nak pujuk. bila bagi direct ni kalau hidung tersumbat pun somehow he manage to drink. kalau bottle feed mmg tutup habis so payah kat situ. 

sementara menyusu tu lah aku amik kesempatan tgk budak2 dalam tu and tgk macam mana diorang jaga. mata melilau keliling je lah. sambil tu kena ceramah free dari kak yati. 

puan jaga makan ya puan. dia belum 3 bulan lagi. perutnya sensitif. makan pedas2 jangan. jangan makan santan2. kesian sama si kecik ni.

ok, sangatlah tersentap. aku jaga je makan. air, aku mmg minum nestum, milo, horlick. mana ada lain. air gas? mana ada. cuma aku admit aku makan pedas. ingat ok je. kena lah limit lah lagi makan benda2 yang bole buat baby sensitif. so gripe water akan sentiasa ada dalam bag taska rafa. and thank you pengasuh sebab call saya. diorang risau sebab rafa nangis non stop. 
lepas tu? lepas tu rushing balik semula kat ofis sebab ada meeting pukul 2.30 pulak. terasa macam superman je aku sekejap ke sana sekejap ke sini. padahal pagi tu rasa lemau je sebab tak berapa nak sihat lagi. suka aku aircond rosak kat bilik aku so rasa warm je lah. tapi lepas dapat je phone call tu terus rasa sihat selalu. anak punya pasal ye.

dalam kereta otw ke ofis aku sembang2 dgn dia. ler elok pulak. apekah??? so the gripe water works. thanks kakak2ku. sampai ofis dia pun dah lena. terus aku bawak rafa sekali dgn car seat dalam ofis letak dia kat depan and terus rush masuk dalam meeting room sebab dah pukul 2.45. lambat sudah. meeting pun dah start.

kejap2 aku letak telinga tepi dinding kot dengar bunyi nangis. elok je senyap tu. ok la tu. tido la tu. settle pukul 4 kot. terus rush ke depan tgk apa di buatnya anak bujang aku. 

so betul lah kembung rafa tadi. elok je dia. memasing2 siap ber cam-whore lagi dengan dia. sabajelah.

tgk. bercamwhore. keknis ni lah dok jaga rafa dgn 2 lagi trainee aku. masa aku keluar meeting tu dia tgh panaskan susu. pandai pulak amik susu letak dalam botol then bagi dia. padahal anak2 dara lagi ni. lepas tu dia senyap je sampai lah aku balik.

cuma aku struggle nak bagi dia susu pakai botol kak yati cakap cuba puan bagi dia botol ini. dia tunjuk botol budak yang ada kat situ. katanya puting lembut lagi. owh yeke? aku mmg ada pun. so balik tadi, steril kan dulu botol susu baru and ganti botol avent. nak tgk.

ni la botol yang di cadangkan. aku tak penah beli brand tommee tippee ni. pada aku semua botol susu sama je. as long yang bpa free. aku mmg dah beli since rafa dalam perut lagi. sebab ada tulis tu lah. our little prince katanya. tu awok beli. beli sepasang buat nak pakai besar nanti.

so wan yang bagi. mmg struggle gak lah sebab tak tau lah confuse puting ke sumbat hidung ke. rasa selsema dah takde. aku rasa 5 hari dia dok direct feed dia main2 bila suakan botol susu tu. tu tadi, aku bagi botol susu gak. nak observe. ok lah habis 4oz dia minum.

esok bia sihat ye rafa. 

ape je aku kena avoid bila breastfeed ni?

skang ofis dekat boleh lah nak lari2 kejap. kecemasan je zasss.. esok kalau dah pindah macam mana? so aku tak fikir 2 kali, most probably rafa akan tukar taska kat setiawangsa jugak. esok tak esok, most probably by march dah kena move in. senang bia dia dekat dgn aku. permudahkan segalanya yaAllah...

till then..

11 comments:

Nad MamaZN said...

Kecut perut gak bila baca..
Gws rafa ensem!

Nak kene pindah? Jauh tu huhu

Gieyana said...

Sian rafa..sm mcm Najlaa aq beb..kembung! Aku sapukan minyak yuu yee jer...but alhamdulillah ok..after 3bln dh ok...hope rafa nnt ok yer..

Nad MamaZN said...

kecut perut gak baca!
alhamdulillah tak apa-apa
harapnya rafa beransur sehat

uii jauh tu kena pindah, huhu
moga dipermudahkan segala urusan...

Elyn Sani said...

Beb, anak lelaki mudah kembung bg aku. Sbb dedua budak ni aku jaga mkn cemana pun mesti kembung gak. So kene kerap gak buh myk telon kat perut kaki. Pastu kan aku smp 4 bln tetiap marghrib tuam telur, perut, kaki ngan bdn faiq. Sbb ade satu masa tu dia punya melalak sampai panik we all. Berturut2 weh. Ms tu lepas pntg so aku igt dah x yah tuam. Mak aku ckp baby boy mmg gitu kerap kembung. Eh pnjg plak. Watsap la nnt.

Fiza Nazri said...

ingat x dulu ko penah advice bab angin2 masa azfar kecik... pas mandi, sapu myk yuyee kt perut, peha n tapak kaki.. prevention masuk angin. n yes, cikgu rafa betul.. kurang2 6 bulan ye pantang mkn.. sbb rafa bgantung sepenuhnye kt susu ibu lg.. lepas 6 bulan, ko test sikit2.. mana2 yg rafa leh tahan, ko mkn la. aku walau hannah da sthn lebih ni, nangka pon tak penah mkn lg.. hannah 9bln br aku berani minum teh o.. huhuhu

shark said...

aku x de pengalaman anak kembong,
so cerita ini bole dijadikan pengajaran dan rujukan masa hadapan hehe..
thanks ur info kawan :)

Noorharizah Azfar said...

Salam kak,

ada makan benda2 macam limau?lemon dsbgnya?

ada setengah budak memang akan jadi mcm tu. So, hati2 eh dengan makanan yg kita ambil.

memang klu bb selsema batuk sumer..depa senang nak bf.

tak try mam? botol mam anak2 zah senang...hihihi

Cik Nurul Pinky said...

cuak je masa baca... tapi belum ada pengalaman lagi hehehe

Mar Mansor said...

alhamdulilah takde apa..yela baby macam2 ragamnye kan..nak tumbuh gg pon leh kembung gak..

shakila mubarak said...

try gune botol life factory. botol tu kaca. tapi puting die sangatlah lembut.

mimie said...

baby boy mmg mudah kena kembung perut...lagi2 breastfeed...kita plak jenis tak bley nmpk mknan semua nak bedal...huhu
so far gripe water mmg alhamdulilah pelega cepat klu baby kembung...klu anak saya bg jer 2ml tak smpi 2 minit dia akan muntah...dah muntah baru lega, perut ponx tak kembung dah lepas tu... :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in