niadel's field trip

hari itu dalam sejarah. 26 september 213, bersamaan khamis. adel telah pergi ke rombongan sekolah untuk pertama kalinya. diusia 3 tahun, dah pergi rombongan sekolah. boleh masuk malaysia book of record tak agak2? masa isi borang kebenaran tu, aku letak nama nia je. tapi teacher2 depa cakap 'puan, u tak nak bagi adel pegi field trip ke?' aku cam ler boleh ke? maksud aku kecik lagi kan. tapi disebabkan teacher2 dia request suruh adel pegi gak, aku cam ok je lah. korang willing to handle kan. jangan aku dapat call kata 'puan, boleh tak amik adel kat putrajaya. kitorg tak larat nak handle...' hehehe

yup, field trip kali ni adalah ke putrajaya. ada few places yang diorg pegi. balai bomba, naik cruise, pegi museum (celah mana museum kat putrajaya tuh?) then ke dusun. kemain banyak tempat tu kan. larat ke anak2 aku ni. dah lah diorang bangsa kalau berjalan, turun kete je terus berebut stroller. 

jomlah kita tgk gambar2 niadel ke field trip itu hari. aku ni mcm pegi field trip je kekdahnya. teacher zai diorg mmg rajin whatsapp gambar2 niadel bila time diorg sekolah, apa lagi kalau ada aktiviti. tq teacher sebab bagi liputan lintas langsung aktiviti2 niadel. 

field trip punya pasal, masuk je bilik diorg, bukak lampu, terus bulat je mata masing2. excited nak pegi field trip. kalau kejut nak pegi sekolah, kita bukak lampu, diorg selubung dalam selimut lagi liat nak bangun. kena pakai baju sport. aku ni lupa mana satu baju sport diorg. nia dah ada 3 sport's tshirt kan. tu yang confuse mak kejap.

cam biasa, aku tunggu diorg sampai naik bus. ni dah beratur nak naik naik bus. teruja adel. maklumlah first time kan.

excited dah naik bus.

ni je gambar dari phone aku, gambar2 kat bawah courtesy teacher zai diorg.

1 : balai bomba
baru turun bas time ni. elok je ye.. cikgu 6-7 orang jaga budak2 ramai ni. 1 cikgu jaga dalam 10 budak. kot.

dengar briefing lah kot eh? heheh.. kelakar lah pulak kecik2 dah didedahkan gini.

paham ke tu adel? muka macam dah boring je.

lucu lah tgk gambar ni. pegawai bomba pangkat atuk2 lah kat niadel tgh nak practice camne selamatkan diri kalau berlaku kebakaran.

hehehe... tutup mulut mama tahan nak gelak. tapi ini lah caranya ye. bak kata wan. org2 safety lah katakan.
 
 
panic jap aku bila teacher bagi gambar ni. aku  ingat adel tgh mengamuk ke apa. rupanya tgh beguling2 'selamatkan diri' balik rumah mmg dok beguling je lah diorg practice. so, mmg bagus lah dapat ilmu kat sini kan. adel, ko suruh je buat apa mesti dia buat punya.

wah syoknye! sama besar je nia dgn pili bomba tuh. 

makcik ni dah atas dukung teacher. dia takut bunyi kete bomba. tak boleh dia bunyi letup2 ni.

maka, duduk je lah dia kat atas moto bomba tu sorang2..
 
2. naik cruise
then naik cruise pulak. naik cruise kat precint mana kome? niadel dah naik cruise dah. mama papa belum lagi naik cruise tau. untung2..

dah dalam cruise. beso ye crusie nye ni.

pasukan peronda??

adel dgn teacher shanta. teacher ni mengofferkan diri nak jaga adel masa aku pantang esok. sebab niadel tak pegi sekolah nanti bila aku dah bersalin sampai end october. baik2 belaka semua offer nak jaga niadel. sanggup korang ye. heheheh..

enjoying the view..

lepas tu naik bus balik pegi museum pulak.

3. museum tgk animal
aku tgk gambar ni aku cakp 'wah, tulang dinosaur!' nia cakap bukan lah mama. ni ikan paus. oowhh.. ok2, maknanya mendengar masa pegi sini. idak melilau je
 
 binatang2 replika je ye dalam ni? pukul 12 malam mesti hidup. macam cite apa ke yg ben stiller belakon tu. night at the museum. hehehe..

begambar kat dalam museum. museum ni kat precint bape pulak wei?

lepas tu break kejap kot. sebelum lunch. tu apahal budak berdua bediri situ tgh begaduh ke?

makan time. lapar betul tu adel
 
4. dusun buah
 
makan buah ke apa tak tau lah. tak tertanya pulak. jap tanya nia ni. haa.. dia kata pegi tangkap gambar dgn kawan2. lepas tu pegi tgk coconut tree lepas tu nyanyi lagi C.O.C.O.N.U.T... jalan2 dgn teache zuri. aku tanya buah apa lagi? dia kata tak kenal.

 patut diorg sampai kat sekolah dalam pukul 3-4 petang. tapi sampai dekat pukul 5 petang. begini lah jadinya seharian bejalan kesana sini. pengsan terus dalam bus. bila tanya adel nak pegi field trip lagi tak? dia jawab 'tak nak.. adel penat...' sabajelah!

wordless wednesday



tunggu mama siap. mama dah gemuk. nak siap pun lambat. sister's bonding time...

ngidam sushi

tekak ni asyik nak makan sushi je, so anggap je lah aku ngidam. telah ku seret wan ber sushi. mana lagi kalau bukan kat shogun. ada buffet and wan pun boleh makan benda lain. memula nak pegi weekend ni tapi ada majlis aqiqah pulak weekend ni kat kuala selangor so pegi lah last weekend nye. 

patut nak pegi shogun kat sunway pyramid. dah situ je aku penah pegi pun. tapi tutup tgh renovate. mujur call dulu. then pergi lah ke shogun one utama which spacious and selesa jugak. wan tak kata tak lah. buat icon berjujuran air mata je sebab kena ikut apa yang bini nak kat whatsapp tuh. nanti anak dia air liur meleleh kang camne? aci, pakai anak. ;)

ke one utama kita weekend lepas. lama tak pegi. bukan tempat lepak lah katakan. mujur jalan tak jem. sampai pun on time. melilau mencari kat dalam tu je lah. aku ni tak leh nak laju sangat so pelan2 aje lah. sampai pun around 12 ++. buffet dia 12-3pm. bayar dulu then makan sampai sendat perut.

bukan ada makanan jepun je. pelbagai jenis makanan ada. so aku yakin lah wan pun mesti boleh makan. same goes with the kids. macam buffet kat hotel tuh ha. kiri kanan depan belakang ada makanan. mampu makan dgn tak je.

1 section penuh sushi. waaaa heaven! tapi banyak yang aku tak leh makan. sebab raw kan. makan mana yang boleh je lah.

niadel makan seafood pasta dgn fries. molek muka tu adel.

bape round sushi dah ni. haritu tu gak tah macam mana green tea rasa sedap je kat tekak. berkali2 refill. air lain tak mau.

ada tako tao jugak. yan, ainal 1 day kita kena melahap kat sini. ada tempura. ada tepanyaki. apsl tak perasan masa kat shogun sunway tu? so mmg rasa serba sikit lah.

ni keje wan lah amik gmbr aku ni. basically japanese food mmg kena dgn tekak aku lah. aku suka tepanyaki, aku suka sushi. aku suka tako tao. 

lepas tu dessert time lah. ice cream and ABC. bekoyan2 lah makan.

happy us! tekak ni dok teringat ingat lagi sushi ni. kot dan nak repeat lagi ke kan? moh kita bang!

charge dia RM61 utk adult kalau weekend. and nia kena charge RM17. adel free.

lepas tu tupperware bukak booth pulak. jual botol je. comel je ada mascot. adel cam biasalah, menonong nak amik gambar sekali.

lepas tu singgah kedai switch nak beli ipad casing yang baru. sejak beli ipad, ni second time tukar casing. hat first tu dah pecah kat tepi, so tak leh grip ipad dah. maka kena ganti baru.

haa.. ios baru, casing baru, tak ke mcm ipad baru tuh? hehehe.. cakap ke nia 'nia i got u a new ipad'  nia jawab.. eleh tipu je mama ni! sabajelah aku budak ni!

petang tu makan petang kat rumah nenek pulak. nenek gelaran utk yg pakai baju kurung tu. soon to be dr azhani tohar. tgh sambung PHD tu! tabik spring lah kat ko nenek! lepak2 lagi. makan2 lagi. sembang2 lagi. then mintak diri... sorry nek rumah ko mcm kena gempa bumi anak2 kitorg kerjakan and tq so much for the food.

lepas tu singgah jusco beli groceries. adel bersendu nak skirt. mahal kot! lg pun baju bajan raya tak habis rotate lagi. so upah main benda alah ni.

dah lama x ber weekend begini. sebab sendiri tak larat. so happy and dalam masa sama boleh exercise nak bagi cepat beranak. esok check up 38minggu...

37 weeks check up

semalam check up minggu yang ke 37. dedebar lah gak kot baby takde progress on weight. then next week aku kena induce. nunggu punya lama sebab malam tadi masuk 4-5 patients nak bersalin. pagi tu pulak 2 org nak deliver. semua nak gynea tu je maka jenuh gak lah nak nunggu. penat aku makan. kena makan sebab tu yang doktor pesan. 'u makan banyak sikit yang...' tu ayat favorite dia.

berat aku naik 2kg. maknanya belum lg nak beranak lah kan. sebab kalau nak dekat bersalin berat start turun or maintain. ok je. i need to be in the office at least sampai next week. month end lah katakan. ok baby, sila bagi kerjasama ye. 

berat mak nya naik 2kilo, risau kot baby tak naik2. tapi aku rasa perut aku mmg besar. and masa jumpa pun doktor cakap perut aku slightly bigger. haaa.. hope kat dalam pun membesar dengan berat yang sepatutnya. scan2 alhamdulillah dari berat baby 2.3kg last week, this week naik dgn jayanya jadi 2.7kg. 

so aku boleh katakan, mmg trend aku pregnant towards the end baru dia naik mendadak. so doktor pun happy. siap nak bagi MC lagi kot stress nanti baby tak grow. aku cakap eh takpe2, i kat office pun tak buat keje sangat dah. duduk2 saja :p

so whats the birth plan? kalau by 5oct (39 weeks) aku masih tak deliver lagi, 5oct tu kitorg balik perak. then melanguk lah nunggu bila baby nak keluar macam masa adel dulu. takmo overdue eh baby? kakak2 awak ni bukan kisah mama diorg dah mengensot je ni. if let say sebelum tu rezeki anak aku nak dpt ic 10, right after discharge terus je balik perak.

barang baby dgn barang kakak2 dia semua dah pack. barang maknya belum. apa je aku nak bawak balik? owh jeans size 25 ye? ceh kot kalau muat. mintak2 lah boleh pakai lagi ye. aku ni konon2 nak bersalin sinikan 1 benda penting aku takde lagi. kain batik. tak penah aku memiliki walau sehelai kain batik. kena cari weekend ni. celah mana pulak nak beli kain batik eh? ke pakai skirt yang pakai masa pregnant tu. vogue sikit macam kate middleton lepas discahrge tuh. kahhhhh...

lepas check up semalam pun doktor dah bagi admission form siap2. sebab baby pun dah turun katanya. rilek je nurse situ cakap, 'kalau puan dah sakit, kalau lepas office hour straight pegi kat emergency ye' wah bila dia kabo gitu, bederau jap. masanya hampir tiba. malam2 mmg tak lena dah. mikirkan, camne lah pulak sakit nya kali ni. 

malam tadi dah peloh2 siap cakap ke wan, beranak lagi sakit agaknya ye. gini punya sakit pun mcm tak leh tahan. kekdahnya mcm first time nak beranak je. apa pun aku doa banyak2 moga dipermudahkan semua. and baby R*** selamat dilahirkan. 

amin...

selain daripada record card tu, benda ni dah kena usung sekali. 

apa2 pun WISMILAK!! wan bagi aku ni, apekebenda lah memula. rupanya WISH ME LUCK.

ios7 - dah update!

mmg ini yang aku tunggu2 kan. rasa dah boring je nengok interface yang sama kat ipong ni. bila tau ios akan dilancarkan 18september. berdebar2 rasa hati. ewah poyo! tunggu dan tunggu dengan penuh sabar. actually, kat kedai hp dah boleh update. bayar RM30. masa tu gatal dah nak update tp kutahan jebat. dah tua2 ni, masih lagi ada perasaan kat gadget ye. well, hp is part of my life. takde hp rasa serba tak kena. gitu!

so, untuk kat malaysia ni boleh start update jam 1 pagi tadi. then aku terjaga kul 3pg, tgk hp terus update. teruja tak teruja. and amik masa 30 minit je nak update. dan telelap balik lah menunggu. sedar2, tak settle gak lagi. nak kena restart balik semua. amik masa gak. 

bila dah settle tu, rasa macam dapat hp baru u! i is teruja. :)

 yan, bukan ko je ada tau. kitorg pun ada jugek! kiri - wan punya and kanan- aku punya. dia pun nak jugek update ios. ingat tak amik port. banyak yang berubah. banyak. tu perasaan macam dpt hp baru. tu. :D ok, sambung belek hp! amboi! ko takde keje ke apa? ramai gak yang masih belum boleh update. sabar menanti ye sahabat2 ku sekalian.
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in