Syawal 1434H di Perak

finally. some me time. lapang rasanya weekend ni. walaupun kat luar rumah tgh serabut alam. konon nak update very very soon ye. harapan je lah. tak cukup masa sekarang ni. baik dirumah mahupun di ofis. kat rumah banyak je masa tapi sampai rumah dah pengsan. dah masuk 34minggu pun ni. 6 minggu lagi nak sambut ahli keluarga baru. so kat ofis mmg buat kerja as if esok tak datang dah. tak nak nanti kalut pulak org nak mencari kerja2 aku. cite pregnancy nanti aku cerita. nanti ye. kot sedau2 udah keluar baby ni. insyaAllah bole2. 

29 Ramadhan 1434
so cite raya dulu lah ye. konon nak buat day by day. tapi takut nanti sangkut kat 1 Syawal je, kita buat lump sum entry macam last year. so episode Syawal kalini Syawal di Perak dulu. kitorg balik kampung 2 hari sebelum raya. tu pun malam lepas berbuka gerak. siang tu dapat pelepasan jam 3petang. mmg habis tenaga lah kena kerah sampai lah boss release pukul 3 petang tu. lepas je boss release baru lah mood raya tu datang meluap luap.

rushing pegi sana sini. mujur sehari sebelum tu dah siap packing baju. lega. lepas berbuka, sumbat barang2 dalam kereta then jalan. makin besar bonet kereta makin banyak barang yang dibawak aku tgk. aku tak sedar apa perjalanan balik ke kampung halaman. keluar simpang rumah dah membuta. sedar2 wan kejut dah sampai simpang rumah mak aku. co-pilot yang sangat 'berguna'.

 kereta banyak lah jugak. tapi tak lah jem teruk. kot. ater tido aje.

selamat sampai rumah mak tgh malam. kot jugak. sembang2 sikit then tido.

30 Ramadhan 1434
sahur terkahir. lepas tu tido balik. bangun tido, dapur pun mula beroperasi. macam2 aku nak makan. soto lah, lontong lah. rendang ayam wajib. pagi sampai ke petang memasak. tak dapat nak lebih2 sebab badan pun tak larat. 

assistant ada je menempel. tu yang jadi lagi letih. ni kira membantu lah. tolong penyek kan bergedil and susun. stock banyak2 bergedil. tahun ni bergedil perfect. tak berderai. sampai ranap blender aku kerjakan.

blender opah yang mama jahanam kan. tapi mmg best blender ni. beli mana mak? kat Mekah! dalam banyak2 benda kat Mekah mak beli blender mak???

masukkan duit raya jugak. 

malam main bunga api. nia tak mandi2 dari siang ye?  aku dah sarat ni benda yang paling aku mengah nak buat mandikn niadel. so papa dah lama take over tugasan ni. kalau adik2 aku ada, sub ke diorang.

1 Syawal 1434
Raya! pagi2 bangun awal. dengan satu misi. nak pegi semayang raya. sejak kahwin ni lah first time aku pergi semayang raya. so teruja betul. siap2 kan niadel. aku sarung jubah je dulu. siap2 then 1 rumah terus ke surau.

dok belakang sekali hujung. aku yg sangat excited. tau budak2 ni akan behave tu yg confident bawak tu. dah besar kan. 

sorang jaga satu. makan survive. lepas tu start nak semayang je masing2 bukak telekung. boleh? tah apa lah budak bedua tu buat masa kitorg tgh semayang. 

balik dari semayang raya, makan2 then cam biasa, setting untuk photoshoot session. bersalam- salaman dan bertukar raya packet.

tahun ni atuk punya label duit raya siap printed lagi. teruja betul ayah aku nak bagi. kena tunjuk kat camera pulak tu. saba jelah.

apak den tgh cari nama den. bole kata tak jumpa pulak. saje je tau ayah. menantu dapat mana boleh anak tak dapat kan. ;)

ingatkan tahun ni berjujuran air mata salam laki. rupanya sama aje. yelah banyak sangat dugaan bulan Ramadhan itu hari kan. raya adalah hari untuk bergembira. bukan raya je mintak maaf ye tak? hari2 mintak maap. 

ainal, walaupun ko dah kerja. sebab ko adik aku, masih entitle duit raya jugak ye. 

ina untung tahun ni dapat duit raya dari abang- abang nye. hat baju maroon tu bagi juga walaupun kerja sambilan. walaupun bagi duit tak bersampul!

lepas tu macam biasa lah. amik gambar ramai2. jenuh setting. ayah aku cam biasa, maintain...

takde yang elok lah. ni pun mata ayah tepejam. rasanya kitorg punya kaler oren buat semua gambar jadi kaler oren. ye tak?

5 beradik. maklong beraya kat johor tahun ni. gilir2 dgn aku.

niadel suka sabotaj gambar. takde 1 pun gambar family kitorg yang elok. sabajelah.

payah nau gambar be-4. sudah anak2 ketepi bagi mama papa je begambar. oh btw, ni lah selendang aleesya kat ariani yang aku teringin nak beli sgt tu. 1 set dgn inner. suka seba sekali belit je terus teletak. baju2 kami cam biasa cap omar ali.

settle je sessi2 wajib ni terus gerak ke rumah opah. then pergi beraya kat 3 rumah opah sedara. rutin tahunan jugak. tapi takde gambar sgt sebab dah lewat and aku tak kuasa nak suruh adik aku amik gmbr sebab diorg pun busy jaga anak2 aku. komen2 yang aku terima masa jumpa sedara mara aku, deme kata perut aku mcm tunggu hari. huuuu takut! padahal masa tu baru 7 bulan. korang nampak mmg mcm kecik, tapi hakikat nya besau. malam pulak sedara mara belah mak aku datang beraya. so aku cakap kat mak, masak nasi lemak lah mak. mesti diorg cari nasi. ater seharian dah jemu makan juadah raya.


lauk simple2 je pun. lepas tu diorg main mercun and ada fireworks pulak. acara penutup. adel awal2 dah cabut lari. nia je tgk.

acara penutup of course lah clear kan dapur. tati, as requested, i letak gambar u ni. tapi kenapa  u tak pandang camera???? 

2 Syawal 1434
tak kemana. sebab adik beradik ayah aku pulak nak dtg beraya. lagipun haritu hari jumaat kan. pagi sampai tgh hari prepare juadah. masak apa ye? haa mee kari. nasi. ada sup jugak. ke sup habis? lupa. :p

 dah clear masak kat belakang rumah, opah basuh pulak. niadel join sekali. ade insiden dimana nia menyembam sampai bengkak lah mata. seronok sgt kan. sebelum solat Jumaat maksu sampai. 

lepas solat jumaat pakcik aman aku pulak sampai. lepas tu makan2 sampai ke petang. 

petang diorang pun berangkat pulak. tq maksu and pakcik amand and family for coming. 

ingat nak meregang2 otot lepas diorang balik tu, adik2 aku yg aku mintak tolong suruh beli kek sebab esok nya bday wan, nak buat bbq lah pulok. adoi, renyah! layankan aje. aku marinate je ayam2 tu lepas tu pandai2 lah diorang membakar. aku suruh beli kek, deme pegi siap beli party pack bagai. bengong betul. bukan bday niadel. tapi bday apak niadel woi

dekat maghrib start membakar.

sampai ke malam lah deme membakar. sebab malam ada orang dtg rumah lagi. jamu diorang sekali.

surprise surprise. ingatkan maklong niadel balik raya ke-3. malam tu aufa muncul lah pulak. yeah, bole gomol aufa!

mak tam, uda dgn sally datang beraya. then kitorg pegi beraya rumah makyong kat belakang rumah je. sebab dah janji nak pegi raya malam tu gak. makyong masak laksa. balik je, tak settle lagi haritu, sambung pulak lagi..

3 Syawal 1434
bersamaan 10 August 2013, its my husband's birthday. genap 31 tahun. mmg dah pasang niat nak celebrate pukul 12 malam. mmg betul2 kitorg pukul 12 lebih beru je settle semua. tak plan nak sambut dengan sedara mara sebab kang segan pulak laki aku. dah tua2 ni sambut ramai2 kan. jangan ada yang terasa ye. korang tak kisah pun kan. kek je pong.

lama tak makan chocolate indulgence. caption ditambah sendiri oleh adik aku.

muka paksa diri maintain sebab dah pass midnight. nia dah tido time ni. adel je tak tido lagi.

sama lah dengan si kecik ni. siap boleh mengekek2 lagi.

ayah baca doa sikit. yang besar2 semua kena paksa bangun. 2 org kat bawah tu dah macam bibik pulak. dok bawah je. padahal kena kejut dari tido tuh. kahhhh..

makan kek pukul 1 pagi. very healthy!! lepas tu semua pengsan.

masih 3 Syawal kan? siang nya, kitorg bersiap nak balik ke kedah. amik gambar dulu. sebab semua family member dah ada. bole amik gambar semua sekali jap.

us! aku yang paling besar dalam gambar ni. mujur lah dukung adel. lepas tu terus je gerak. family aku lak pergi beraya rumah tok we and tempat lain.

sebelum gerak. 3 beradik. suka gambar ni sebab aku tak nampak mcm mengandung pun. nak jugek! hehehe

dah sampai kulim.... sampai je terus pegi beraya. malam rehat je kat rumah. sangat sangat sangat letih. nama pun raya ye tak?

begitu lah raya family aku di Perak. lepas ni raya kat kedah pulak. terus nak buat ni. sat na...

tak private weh!

assalamualaikum. ok quick one. aku terpaksa private kan blog sebab haritu entry2 raya aku yang ada kat dalam draft aku terpublish kan. sebab aku sangat sibuk tak sempat aku nak buat on the dot. so aku decide private jap ah. lepas aku privatekan blog tu menderu lah orang bertanya apa jadi dgn blog nayville. kenapa private. kenapa mengapa bagaimana. tak payah lah awok nak print screen  and tepek sini lah ye. u guys know who you are. dalam tak update pun kira ada gak lah yang menjengah jugak ye. lepas tu hampa ye. haram betul si alyyani takde entry baru. i paham bebenau perasaan uols bila suka 1 blog tu then takde update. cewah! kau mengoya apa ni woi! ok2, raya entry coming up very very soon. aku dah susun cantik2. cerita molek2 supaya penceritaan memberi kesan dihati semua pembaca. puiii!!! 

ok later uols!

pin pin pin.... tumpang lalu

pin pin pin... tumpang lalu... gambar raya nak mula masuk. bagi laluan...

3 juta gambar lagi bakal menyusul...

nanti kan 10 episode Syawal 1434 Hijrah...

Sila jangan tak tgk. penat aku resize, watermark, tepek...

kasi warm up dulu...

stay tuned...

pengertian raya

esok nak balik kampung dah. aku masih kerja lagi. esok pun kerja lagi. lepas buka esok pulanglah kami ke kampung halaman. ke perak dulu kita. raya ke-3 balik kedah pulak. selasa 13hb baru balik KL. tahun ni aku suam2 kuku je lah. apsl tah? tah mana pergi semangat raya yang hilang ni. tapi lepas dapat baju raya yang dah siap tadi rasa semangat pulak nak pakai. gitew. ni tgh mencoba manaikkan mood raya dengan memasang lagu2 raya. aku ingat nak rileks2 je harini. sekali betimbun- timbun keje ha. nasib tak cuti lagi.

bukti ye last year raya pertama di rumah mertua. tgk sofa. demokrasi terpimpin namanya. kena gilir- gilir. tapi kalau ko tanya wan, aram dia ingat raya pertama kat mana. kalau aku cakap balik perak tiap2 tahun pun dia follow je aku rasa. sungguh aku tak tipu. kahhhh... keji beno tuh. kurus nye la hai aku. siap make up lagi. aku dah lupa nak make up balik ni. apa nak pakai dulu. aduh, harus bukak youtube dipagi raya ni. kang bertompok2 kang camne?

raya keempat baru balik perak. masa ni aqiqah aufa raya ke-5. bukti2. kahhhhh....

apa yang aku seronok pasal raya ni? pada aku, tak lain tak bukan dapat gather with all family members. dan seterusnya acara makan2. time raya ni celik je makan. celik je makan. makanan sedia terhidang 24/7 kat rumah mak. 2 benda utama tu je yang aku looking forward.

kalau nak cite bab penat mmg apa pun tak jalan. dari long travel nya. confirm2 nak kena hadap jem nye. dengan penat dok dapur nya. dengan penat menziarah sana sini nya. kan? tapi setahun sekali kan. apa ada hal walaupun dah nampak2 rutin kepenatan tu nanti camne kan. makan punya pasal sanggup. 

cuma this year confirm aku jadi AJK kopek bawang je lah sebab aku nye movement very limited sekarang ni. baru  je 7 bulan aku rasa dah macam2. anak aku dalam ni dia punya tendangan agak padu gak lah. kalau kena tang area ari2 tu, mau rasa nak terberanak. mak tak complaint nak. mak dah biasa. cuma awak ni kuat sikit lah compare to kakak2 awak dulu. 

weekend lepas tak kemana. cuma hari sabtu haritu SA ariani ada call kata stok aleesya ada sampai bangi but vey limited. adu, dah la wan keje, tapi nak punya pasal, aku angkut niadel ke ariani. kemain penoh manusia. tapi aku lepak je. SA tu yang tolong amik kan untuk aku. rasa kepuasan maksimum dapat selendang tu. puas hati lah. ewah. ada lah sikit teruja nak beraya ni. dapat 40% diskaun pulak tu lagilah rasa berbaloi sangat. i tuka gaya lah raya tahun ni ye. :)

 adik dia mau bertudung. kakak dia tak mau. kakak dia kata nanti raya nia pakai topi je lah mama. boleh? ni kat ariani bangi. kemain ramai umat. diorg slumber je orang ramai2 pun busy konon2 pilih tudung jugek.

 bila tahun ariani ada kat tingkat atas? aku baru tau. punya lama aku x datang ariani. gitu! atas ni seuma selendang. selendang aleesya yga aku nak beli ni terletak kat atas ni lah. lapang dada mak. tapi tetap kena turun nak bayar!

tak sia2 bawak anak2. dapat duit raya. hehehe.. rezeki. thanks ye aunty teha. next time harus bawak anak2 pegi ariani lagi. ;)

ahad lak tak kemana sebab operasi clearkan baju bajan. dah banyak tahun nak buat tu. baju dari umur niadel 18bulan ye tak sorting2. skang nia dah nak masuk 5 tahun. so bayangkan lah bape banyak bundut aku kumpul kan. dah clear kan 1 wardrobe untuk ahli baru. dah sumbat barang2 baby dalam tu. selama ni tersadai je kat sofa bawah. ye 'rajin' sangat kan.

selesai dah sorting. ni semua nak didermakan. lapang sikit kepala otak aku tgk baju banyak dah clear. alang tu, terus lah siap pilih baju mana nak bawak balik kampung. malam ni boleh sumbat dalam bag. esok malam lepas berbuka zasss balik.. dek kerana mengemas baju bajan ni semalam melepek awal aku malam tadi.

akhir kalam, kami sekeluarga ingin memohon maaf andai ada yang terguris hati sepanjang melayari laman sesawang saya ini. ampun maaf dipinta. kepada yang akan pulang ke kampung halaman, may we have a safe journey. selamat pulang, dan selamat balik. sape yang ada kat area perak jemput singgah rumah as kitorg ada sampai raya ke-3. sape ada kat area kedah pulak, kitorg ada sampai raya ke-6. raya ke-6 onwards datang seri kembangan je lah ye kalau nak dtg beraya. 

again, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.. :)

aku nak...

aku nak...
  1. pergi ariani KL. sebab aku nak beli tudung aleesya tu. malangnya tudung yang aku nak tu takde kat ariani bangi. becinta aku nak pegi ariani KL sebab dia dekat dgn jalan masjid india. 
  2. pergi tuppeware. ada kedai dia kat south city plaza tu. mmg dekat sgt. nak je tapi tak terbawak kereta ke sana.
  3. pergi MAC. terdekat kat alamanda. mmg la tak make up dah since pregnant ni. tapi nak raya kot. kena lah touch up sikit muka yang sembap ni. nak beli BB cream. ewah, sejak2 baru tau kewujudan bb cream ni, terketar2 nak pegi beli weh. tapi tu lah, tak ter pegi.
  4. pergi kedai samsung or mana2 kedai yg jual casing hp. sebab aku nak pakai casing original. tetiba perasaan nak pakai casing original tu datang. mines belakang ofis je. tapi kenapa kenapa ko tak mampu menapak nak pergi ni. nak ke tak nak ko ni dik?
  5. aku kena beli hadiah utk laki aku as bday dia raya ke3. tapi bila ko nak pegi beli ni dik? 
  6. aku rasa nak trade in gelang aku ni. tapi becinta aku nak pegi kedai omeh.
  7. baju raya aku? mmg takde... (lagi)
kesimpulan nya banyak benda aku nak buat. teringin nak buat, tapi berat kaki melangkah. eh, ko nak raya ke tak ni dik??? 
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in