2 kali...

malam tadi bawak niadel tgk monster university. baru je duduk kat seat tuh, amik hp nak silent kan then cam biasa lah baca whatsapp yg tak baca lagi. sekali dapat berita sedih dari sorang member ni. buat hati dgn minda terus hilang focus nak tgk movie. especially dalam 15 minit yang pertama.

apa yang 2 kali? actually, malam tadi kali kedua kejadian seumpama tu berlaku. baru duduk nak tgk wayang, amik hp, dapat berita yang sedih. macam dejavu pulak. 

masa 1st time jadi tuh, bawak niadel tgk the croods, sekali dapat berita dari family group aku kat LINE, yang opah aku kena rompak oleh 2 orang lelaki. masa tu serba tak keruan lah dibuatnya. dgn mak aku masih di balai polis lagi buat police report, mmg rasa nak tercabut jantung lah. 

mmg amik masa nak digest bila dapat berita2 sedih ni. second news yang aku dapat malam tadi dari sahabat baik ni, case baby meninggal dalam perut. sedangkan aku tau yang dia sedang menunggu hari nak melahirkan and this is their first child after 5yrs of marriage. masyaAllah hebat nya dugaan Allah bagi kan? 

lagi lah amik masa yang lama nak digest berita sedih ni dengan keadaan aku yang macam ni.

bila tau benda2 ni berlaku 1 je yang aku kena ingat. dalam masa aku bergembira bersama keluarga, aku kena ingat bila - bila masa je Allah boleh tarik 'gembira' aku tu. mungkin '2 kali' berita yang sama aku terima pada keadaan yang sama ni memberi peringatan kepada diri sendiri, jangan seronok sangat dgn nikmat yang ada sekarang ni. sentiasa ingat kan diri sendiri tak selamanya aku dan family berada dalam comfort zone sekarang ni. Allah kalau nak duga, time2 ni jugak Dia bole duga. 

betul2 muhasabah diri...

Wallahu'alam...

wordless wednesday - adik niadel


dah 6 bulan bersamaan 24minggu. doktor kata BOY. tapi kot keluar nanti girl ke tu bukan keje kita ye tak? patut lah sokmo je senak je rasa perut ni. adik niadel bantai main futsal dalam ni kot. serious tak tipu. baru 6 bulan jalan dah bersepah (bak kata acik ryn). 

tu je. kata wordless. tp bagi sepatah dua kata lah sikit. kang penat2 bukak takkan tulis 'BOY!' je. keji sangat tuh. dah lah 8 tahun tak update blog.

ok, take care readers. nanti cerita lagi ye.
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in