mak niadel dah gemuk

 gemuk tak? tak nampak? sila tgk gambar bawah pulak... cerita gambar : keluarga aku tgh karaoke. kalau ada apak den, kena iring dgn banner BN! hahaha... mujur tak nyanyi lagi jom kita mengundi.

ha sila lah percaya aku dah besar ini sekarang ni. 17minggu baru ni. 36minggu besar mana lah agaknya ye. kali ni badan cepat naik. alahan teruk tapi badan elok je mengembang. mmg dah sedia kembang lah ye tak?

nia field trip harini

kat TGV cinema. tanya lah TGV cinema mana? TGV jusco cheras selatan je. tgk movie, pegi back stage. boleh sangat kalau nak skodeng. tapi dok dang lah harini. lagi pun keje melambak. adel pegi tak? adel tak pegi. so, harini adel ikut aku kat ofis.

budak2 kalau nak pegi rombongan, mmg excited dia lain macam. malam tadi pulak aku heartburn. sakit yang amat. so lewat sikit siap kan barang2 diorg. teacher zai siap whatsapp lagi remind apa perlu bawak. maklumlah mak niadel ni mmg terkenal dgn pelupanya. bangsa tak cek bag anak2.

so malam tadi dah siap sweater dgn botol air dalam bag nia. siap kan bag adel lak. adel nak ikut mama pegi ofis macam2 bekalan kena bawak. tak nak bagi boring. bukan aku yang siap kan. tapi nia. dia yang pilih buku mana adel nak bawak. masuk kan pencil color dalam pencil box. bawak ipad. kemain concern lagi. or teruja nak pegi rombongan and tak bagi adel pegi. so dia lah siap kan segala.

pagi tadi pun dia yang bangun awal. semangat. adel lak monyok je. dah cakap adel ikut mama pegi ofis, tapi dia still tak percaya kot. dalam kereta macam2 aku nasihat kat nia. 

mama : nia, nanti dah sampai kena walk in group tau.
nia : OK
mama : nia, dengar cakap teacher tau
nia : OK
mama : nia, jangan tinggal bag mana2 tau. sentiasa pakai.
nia : OK
mama : nia, kalau tak nak minum air kotak minum air masak dalam bag. jangan lupa tutup elok2 nanti tumpah
nia : OK

habis je aku bagi amanat kat nia, dia punya turn pulak bagi amanat kat adik dia. aku dengar je. kemain panjang pulak tu cakapnya non stop.

adel nanti behave kat office mama tau. mama buat work, adel kena duduk diam2. nanti kalau jalan kena pegang tangan mama tau. nanti jadi macam adik kaseh liyana....... (tak ingat full name tapi nia mention full name), tak pegang tangan kakak kaseh lepas tu kena langgar lepas tu meninggal masuk kubur. kena baca doa. (nia mmg ada 2-3 kali cite pasal benda ni. aku assume betul lah kot). 

adel kena pegang tangan mama tau, nanti orang jahat amik adel macam cite movie (read : Home Alone 2 : Lost in New York) tu. kakak nak pegi cinema dgn kawan2 kakak. (cite ni mmg deme tgk hari2)

wah wah kemain panjang amanat nya. cakap tak berenti. macam lah insecure benau duduk dengan mama. sabajelah. mama bagi 4 ayat je. dia bagi 2 perenggan ayat kat adel. kuat membebel si nia ni besar esok ni. macam papa dia.. :p


so far keadaan masih terkawal. tgh second half nanti macam mana.. jap gi lunch hour ada aku makan kat jusco balakong kang ni. hehehe..

ayah saya yang comel

tadi dapat posto. tgk envelope tau dah ayah den. apa benda lah agaknya ye. sekali ko tau apa?

nak pengsan aku gelak. comel lah ayah aku ni. bendera tak bagi sekali ke yah? boleh kibarkan. aku tgk isi kandungan dia pasal manifesto BN. aku tak baca lah lagi. banyak bebeno. satu untuk aku satu untuk wan lah tu.
text to my father. sungguh aku terganggu dgn banyak2 gambar najib dalam tu. sebesar2 alam pulak tuh. mujur gambar bini dia takde sebesar2 gitu. tu aku aku bagi sms gitu kat ayah aku. hahaha..
tau ayah aku reply apa?
PITAM!!!
haritu ada lah ayah aku call aku. call nak cakap apa tau? "ha, ko tu nanti jangan lupa kempen BN. ayah nampak ko dah letak gambar BN kat facebook ko tu bagus lah tu. macam mana nak letak tu? ayah nak letak kat facebook ayah jugak lah"
hahahahahhaa... how cute is my father??? aku jawab "suruh ina buat yah. mesti dia tau.."
orang2 tua setia nya kebanyakan nya pada yang satu. sebab mereka pernah susah. hidup sebelum zama kemerdekaan lagi. tapi tu lah, mungkin pendapat rakyat sekarang pemimpin sekarang senang atas hasil kerja rakyat. banyak unsur rasuah and so on. where by warga2 emas macam ayah aku tak pandang dah pasal hal tu. yang diorang tau, macam mana diorang sangat susah dulu dan diorang senang sekarang hasil dari kerajaan mana. gitu2 lah kan. 
ha ni lah dia golongan generasi muda punya cerita. main2 je keje!!
apa2 pun, hak di tangan masing2. kita bebas memilih.


mabuk hyper?

aku nampak term mabuk hyper ni kat magazine pa&ma ke ma&pa. tah. aku lah kot eh. sebab kata nya by 16weeks the sickness should be gone. gone. gone with the wind. GONE. tapi..... aku dah 16minggu, minggu ni. kenapa tak rasa OK lagi eh? tolong lah kuatkan semangat aku. kadang rasa nak duduk kat stor bawah tangga gelap tido je. apa pun tak boleh buat. lagi aku buat, lagi dia tangkap kat kepala.
 
so far, muntah2 banyak dah kurang. tapi masih ada lagi. purata sehari, sekali je lah. cuma part pening kepala ni. kalah migraine kot. migraine kalau ko jolok anak tekak, muntah then settle lah. ini, ko muntah lagi sakit kepala. astghfirullahalazim... sabar banyak dik. sabar...
 
purata sakit kepala pulak dalam seminggu ada lah 2 hari penuh aku takkan bergantung pada minyak cap kapak. 5 hari lagi, sakit kepala ni akan amik separuh hari aku. hari2. aku mana boleh outing lama2. kalau keluar, mula aku macam2. oh eh oh eh... keluar kejap2 je. lepas zohor keluar, sebelum maghrib mesti dah ada kat rumah. kalau dulu, gembira je keluar dari pagi terentak sampai ke malam. sekarang belum mampu lagi buat gitu.
 
ha sampai rasa nak scan otak kot. kot kalau gini lah skit kepala sebab pregnant, aku kena bertahan.
 
semalam wan whatsapp gambar ni kat aku. dia kata saja belek2 gambar lama kat phone. yang aku rasa, dia rindu aku yang bising, ceria and kurus! hahahaha... over exaggerate eh? sekarang pakai tudung pun awning belekuk2 wa takde hal. dapat pegi balik keje urus anak2 dah besar rahmat dah.


at aryan afeef's birthday

sabtu lepas, dapat invitation dari nome sekeluarga ke majlis hari lahir anak bujang nya yang pertama aryan.  kejap je masa berlalu kan. rasa baru je visit ko kat hospital masa deliver kan aryan. tup2 setahun dah. how time really flies. so memandangkan kami hi5 gang dah dibooked awal lagi, dah reserve siap2 date tuh untuk majlis aryan. 

kebetulan pulak wan cuti haritu sebab ada hal. sedang elok lah kan. majlis pun start pukul 11 pagi. lewat sikit sampai tapi manage to arrive before the game started. ye lah, nak suruh niadel join lah. konon. unfortunately anak2 saya sangat lah malu nak join game2 tu semua. which jauh disudut hati ada sedikit kerisauan pasal hal ni. kalau ada aktiviti melibatkan participation kanak2 ni, most probably nia akan segan nak join. contoh family day ofis aku dulu, time sukaneka patut dia join, tapi tak mau dia. menangis. macam game kat kfc haritu sampai kesudah tak mau join. bila kakak tak nak join, adel pun sama lah. lepas tu dok tenung je lah kawan2 main sambil telan air liur best nye diorg dpt present. kan??

ke sebab nia kecik lagi? i dont think so. sebab anak2 sebaya dia mau je join. anak bed, asha tu, steady je. semua hadiah dia tapau. anak dara nome pun sama. ok, tak leh compare eh? lain anak lain karakter dia. ok baik! kalau nia nak join mama mesti ada tapi mesti celah kangkang mama. takpe lah nia, kalau segan sekarang takpe, jangan sampai ke besar ye nak. segan biau betempat. kalau dgn gang2 sekolah dia ok je. macam konsert ke, ok je kan. aku tgh ingat aku kecik2 dulu camne? owh aku dulu tadika semua aktiviti aku sapu. takde hal lah nia. sampai masa ok la tu kan. janji belajar nya ok. 

ok, balik kepada tajuk asal. majlis pada hari tu sangat meriah. dah dapat tuan rumah nya pun meriah, maka meriah lah semuanya. majlis berjalan dgn lancar dan jayanya. let the photos do the story...

macam2 game. nia bukan takat tak nak join game, pakai kat kepala tu pun tak mau. ni tgh chicken dance lah.

niadel join mak2 besembang. tapi mata tu dok perati je kat crowd yang tgh join game tuh.

us dgn host, nome. ryn tak dapat dtg, sebab dia pun ada event haritu. kakak, kenapa ko buat Legoland sign? ke Looser sign. hehehe..

tiba masa untuk cake cutting session.

chicky pun dah datang. birthday aryan sama pulak dengan birthday nenek dia yang sebelah nome tuh yang baju kaler maroon. birthday boy yang atas dukung ibu dia tuh.

with all ladies

kaum2 bapak

adel yang minat mascot2 ni. asyik lah menempek kat chicky ni. amik lah gambar sekepin. yes i know, i look fat.

again, thank you so much nome sebab jemput kitorang. seronok jumpa korang setelah sekian lama tak meet up. walaupun kejap. lepas rindu gitu.

game kat henpon yang best

hidup aku menyedihkan. takde entertainment. entertainment dalam bentuk main game kat handphone. aku jelous tgk korang addicted to 1-1 game. tau, sekarang ni yang tgh hot candy crush. kan? sebab sokmo lah dapat invitation kat facebook suruh aku main. nak main, tapi takde gesaan nak install pun. tapi jelous je tgk korang, ada benda yg boleh buat dikala tensi2 dan kelapangan. ke aku takde waktu lapang sekarang ni? tipu lah kan. 

anak2 dah makin besar, diorg pandai je buat aktiviti sendiri. bukan kacau mama selalu. aku lak, balik keje, belum pukul 10, mata dah katup. kalau nak cuba tido lewat pun tak boleh. mesti tangkap kat kepala sakit. sakit yg amat. limit dia 9.30 gitu. mujur lah cite sehangat asmara tu dah habis. kalau tak, berjujuran air mata nak menunggu. most of the time, tgk yg recorded punya.

lagi aku jelous kat wan lah. dia ada 2 game ke lebih tah yg dia addict. kalau nak suruh buat benda and dia tgh main game, sila sabar ye. tunggu dia menang dulu. aku jelous lah, ada benda yg dia addict. awok nak lah gak main 1-1 game ralit. tapi nan ado. abis kalau 2-2 ralit main game sape nak buat susu anak ye tak? jangan ingat ni entry perli laki ai asyik main game je. ai is tak kisah pun. aku jelous tgk orang ada game yg korang ralit nak hadap. nak gak.

kalau ye pun aku addict nak main, dulu lah yg drawing tu. lawan2 tu. tu pun kejap je. dah tak boleh cari masa nak slot in nak melukis. ke aku dah cukup tua untuk main game? oowhhhhh sedih nye hidup saya..... aku kena cuba install gak ke candy crush. sekali main terus sangkut? gitu ke perasaan nya? hehheehe...

kenapalah election hari ahad??

why why why??? sebab kena consider orang yang kerja hari sabtu ke? takkan kot. dah nama election, mesti lah kerajaan wartakan cuti. ini hari ahad, then kena balik KL terus. oh btw, aku masih belum tukar alamat kat IC lagi. kena buat lah lepas ni. dah ada rumah sendiri, nak lah parti yang aku sokong menang kan. gitu.
 
so, kali ni mengundi kat perak lagi. wan? jangan kome Tanya. dia tak mendaftar pun. tak nak mengundi katanya. tapi bila cakap bab politik, kalah najib! bole tahan berbulu jugak lah dengar dia mengondem itu ini. dah tak mengundi tu cer duduk diam2 ye tak? :p
 
berbalik kepada kenapa mesti election hari ahad? korang tau tak apa yang best Nye bila musim pilihanraya ni? aku paling aku suka bab menunggu result kat tv start dari malam sampai ke pagi. nak tau kawasan mana yang menang, calon mana yang menang and of course parti mana yang menang.
 
ingat lagi 4 tahun lepas, ke 5 tah. aku tak ingat nia dah lahir ke belum. tapi dah kahwin lah. sebab wan ada sekali masa tu. masa tu masa yang paling best lah. kecoh serumah. semua pakat tak tido nak tunggu result. debor wei takut kalah masa tu. bersorak sorai. siap amik carta yang surat khabar provide nak tick mana yang menang berapa undi. siap berapa jumlah undi pun catit tu nak tgk kalah or menang berapa undi. siap masak Maggie lagi masa tu. kitorang over ke sama je dengan korang?
 
begitu lah meriah nya election kalau kat rumah parents aku. nak2 mak pak aku ni kuat gak lah ber politik. turun ke anak2. aku sejak dissolved ni, debar2 lah jugak nak tau sape lah yang rule kerajaan kita nanti. chances now are 50 - 50 aku tgk. banyak generasi muda ni alert dengan keadaan semasa. deme suka membaca. bila baca tu boleh terpengaruh. then buat lah assumption itu dan ini. itu yang aku Nampak lah kan.
 
aku? jangan pengaruh aku. aku tak baca apa2 artikel pun. setia pada yang satu. hanya kerana parti. bukan individu.
 
so apa plan nak balik mengundi ni? yang aku nampak2 skang ni balik hari lah kot. dah sabtu wan keje. or malam sabtu balik ke. then lepas ngundi, lunch terus balik KL. isnin bukan cuti pun kan. melepas lah moment yang best itu ngadap tv nak tunggu result. boleh je tgk result kat rumah. tapi, be-4 je lah, tak sama bila belonggok ramai2 tuh. haish what to do.... nak amik cuti isnin? mmg tak lah. kalau kerajaan bagi cuti? insyaAllah boleh dipertimbangkan. :D
 
so mengundi kat mana korang? ada yang beza lokasi laki bini? mesti lah ada ye tak? kalau akak aku perak, husband dia Johor, ofa ngundi kat Kedah. heheheh...

undi lah apa2 pun. ada kitorg kisah??? sebijik tak baby jepun belah kiri dgn ofa? hehehe.. sama kan?
 
 
 

bia bersepah janji wangi

aku skang kan sensitive dgn bau. tak leh bau pelik2 ni. mula lah berkerut dahi, berkerut dahi tangkap naik ke kepala. sakit kepala pakai minyak angin. maka, bau minyak angin lah aku. balik rumah, rumah bersepah aku macam tak heran lagi. tapi bila bau tak bekenan mmg mula lah aku membebel. actually aku ada je penyembur air wick tuh. masa pindah rumah beli 2. 1 kat atas 1 kat bawah. ada lah dalam 4-5 kali refill, lepas tu tak ter refill dah sebab dah jahanam wan kata. ganti bateri tak mau, ganti perfume pun tak mau.
 
tak cukup dgn tu, aku letak pewangi2 yang tak berapa nak long lasting stok kena tala hidung kat pewangi tu baru ada bau. dalam jamban pun aku letak pewangi sebab nak wangi. sampai dah buntu lah apa lagi nak guna nak bagi rumah wangi. ye lah, kita kalau masak2 kan bau tumis2 tu dok ada lagi. nama je ada serap minyak atas dapur tu tapi takde lah serap bau pun. bau tu dok berkumpul dalam rumah. sesak dada aku bila bau benda busuk2 ni.
 
nai kereta orang pun sama. kalau kereta nya bau, no offense lah eh mak mmg kena tutup hidung pakai tudung. bukan takat tu je. husband ai pun ai suruh tukar deodorant. siap kena inspection lagi. gitu tau. so apa solution nak bagi rumah wangi. aku akhirnya membeli lah benda alah ni.
 
teng tereng!!!! harga asal RM218.00 tapi masa tu tengah murah RM85.00. wajib lah angkat. selain bagi wangi, bersih kan udara lah, apa lah macam2 lah. fragrance dia RM42.00. was- was gak memula. sebab kat shopping mall dia pasang tu aku takde lah bau pun. sebab hidung penuh bau minyak angin. sebab wan pun dah x tahan dengar aku bising pasal nak bagi rumah wangi, beli lah seketul.
 
udah kena beli meja bulat pulak. nak letak kat antara sofa single merah aku tuh. situ ada plug. for the time being. letak je lah depan tv ni. dah 2 hari pasang. so far so good. wangi pun wangi. wan kata dia pun takde bersin2 kalau pasang aircond. maksud nya udara bersih lah gamaknya takde habuk. aku ye kan aje. hopefully bau nya bole tahan lama lah. org sales tu kata letak 2-3 titik je dalam air tuh. tgk lah boleh tahan bape lama benda alah ni.
 
kalau busuk gak rumah aku, tak tau dah nak invest beli apa lagi. korang jangan lah kata benda alah ni tak best eh. bagi lah chance aku nak excited merasa benda baru ni. :D kalau korang ada perfume rumah yang best2, yang long lasting, share lah dgn aku ye.


shopping buku for free

bila PM umum duit itu dan ini yang rakyat entitle dapat, aku tak amik port sangat sebab takde 1 pun aku entitle nak dapat. bila duit BR1M untuk budak2 bujang ofis aku yang baru keje, mmg ramai2 lah kecoh jap sebab deme dapat. best lah ye. aku takde perasaan pun. orang tua pun dapat kan? then student pun dapat jugak. baucer buku BR1M RM250 each. and aku pun tak amik port sebab tak de kaitan.

tapi awok lupa yang awok ada adik adik yang sedang belajar. deme lah yang kabo ke aku nak belikan buku niadel tapi tak tau nak beli buku apa. makanya tadi, adik aku lunch dengan aku dia bawak lah baucer dia bernilai RM150. nak dijadikan cerita lagi, adik aku sorang lagi dari johor turun KL nak amik camera kat aku, ada jugek lebih baucer buku RM50.

wah, selalu adik2 pau kakak. kalini kakak pau adik2 tanpa rasa bersalah. mak suka weh!! pegilah mines. dalam mines takde pulak MPH mahupun popular. ada 1 kedai buku ni boleh guna. apa lagi, sauk lah apa yang patut. 

masuk kedai buku ni. kat new wing 1 row dgn kids paradise.

nampak sign ni, muka ada senyum. 

amik voucher 2 orang punya.

hasil tangkapan. rasa banyak dah amik, tapi tak cukup lagi. barang dalam ni pun boleh amik jugak rupanya.

pen drive pun boleh amik yo. wah, aku yang over excited. rupanya nak guna baucer tu, empunya baucer kena ada sebab dia mintak ic bagai. rezeki lah adik2 aku jumpa aku tadi.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

HIDUP BN!!

GITEW!

anti social

sejak pregnant ni macam- macam simptom aku lalui. sampai ke saat aku tulis entry ni, aku nye alahan tak settle lagi. takpelah, dah biasa pulak. tapi mmg rindu lah nak makan apa saja. ni time lapar je dah runsing nak makan apa. 

back to the topic, i guess ni salah 1 symptom pembawakan budak. aku tak larat nak ber sosial. mungkin sebab aku cepat penat kot. or aku loya nak besembang banyak2 ni. which is so not me lah eh? ater awok kan friendly. 

friendly je. tapi among kenalan aku lah. nama kalau jumpa orang yang aku tak kenal sorry naik lorry aku nak bermesra. contoh paling best tadi. aku pegi mines, nak beli pen drive. masuk kedai thunder match macam biasa. dah amik pen drive aku tu aku tanya lah org kedai tuh.

aku : boss, saya nak cari anti virus yang tak berat kan pc. sebab kalau kita pakai kapersky pc kita jadi berat kan? tu kata IT manager saya lah.
the chinese guy : dia pegi tanya kat sorang mamat melayu ni. boss, ada ka anti virus yang tak berat kan pc.
mamat ni : oowhh akak nak yang tak berat kan pc eh? kalau nak yang tak beratkan pc, tak payah pasang anti virus lah.

aku tau dia melawak, tapi aku tak minat nak teruskan perbualan.

aku : oowhh, ok...  takpe lah, i tak jadi beli benda2 ni (pen drive & san disk extreme memory card untuk video)
chinese guy : eh  miss2...
mamat tu : eh kak2 jap...
aku : berlalu pergi. tak berminat.

moral of the story. nak melawak biar kena dengan tempat and don't mess with a pregnant lady. 

 dah rugi korang 1 customer nak beli barang kat kedai korang kan?
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in