bila hari rabu...

sejak niadel full day kat sekolah diorang ni, semua ok. semua aku puas hati. alhamdulillah mereka berada dalam environment dan jagaan yang baik. cuma.. cuma... cuma.... satu je. bila tiba hari rabu. kenapa? sebab ada pasar malam. sebelum2 ni mmg aku seronok lah bila hari rabu tiba sebab ada pasar malam. banyak lah selection of food kita boleh atuq. 

pasar malam tu pulak betul2 kat jalan depan sekolah niadel ni. masalah banyak disitu bila time nak amik diorang. contoh macam tadi lah. hari tak hujan. confirm ramai orang. kita pulak nak kena lalu depan tu. agak mustahil aku nak park jauh and fetch them. sebabnya diorang kalau dah ramai2 mula lah takut. nak bedukung. kalau 2-2 nak bedukung, nak  kena menapak, nak kena hangkut bag, barang yg beli kat pasar lagi. camne ke gayanya nya. mmg tak lah. 

so, selalunya aku jadi rasa tak best lah bila kena lalu jugak kan. dulu2, kalau aku pi pasar malam tiba2 ada kereta nak lalu lalang, mula lah aku memandang senget kan. dah la ada pasar malam, orang ramai, lagi kau nak bawak kereta kat depan pasar ni kan?

macam tu jugak lah aku dapat balik. bila aku lalu je orang kiri kanan mula lah mata kecik pandang aku. mulut kumat kamit cakap dgn orang sebelah. kutuk aku la tuh. "apa lah dia ni, orang dok nak pegi pasar, dia menyempang pulak kat sini". aku tak dengar pun. assumption. hehehe. tak sedap woo orang beranggapan begitu kat kita. bukan kita tak reti bahasa. mmg aku takde pilihan. nak buat macam mana. itu lah perkara yang aku kena hadap setiap rabu. 

mujur jugak lah pasar malam tak berapa nak grand. sebaris je. barang basah takde jual. tapi cukup untuk membuatkan aku tertekan bila kena lalu depan tu. ni pandangan dari pintu gate bawah sekolah niadel. sementara nak tunggu diorg turun. kereta mmg aku double park je depan sekolah diorang.

kalau hari tak hujan, mmg aku akan amik diorang dulu then bawak diorang ke pasar. time ni lah nak bawak diorang ke pasar. diorang jenis jarang sgt ke pasar. sbb mama papa jarang bawak. nia tugasan dia bagi duit, and amik baki. 

adel pulak tukang pegang barang yang ringan2. dia suka pegang bundut2 plastik tu. dia kan macam makcik2 tu suka buat benda mcm makcik2 jugak. hehehe..

tu kalau tak hujan. kalau hujan, aku agak happy la sebab jalan lengang, aku beli barang pun drive through kat pasar. sungguh kurang sopan kan? hehehe.. terpaksa. then aku belikan sekali utk teacher diorang, baru aku amik diorang and hantar makanan kat teacher. 

tu lah cerita setiap hari rabu...

sepetang di rumah opah / moyang


dah pukul 12.30am. mata dah tekebil kebil tapi tak mau tido. sebab niadel tak tido2 lagi. kitorg sampai pukul 9malam tadi. lambat lah tu kiranya. gerak pukul 4petang. jem lah cam biasa. exit kat tanjung malim ikut jalan dalam. aku tido all the way. apa lagi niadel. 3 hari kat kampung tak reti dok diam. excited. masuk kereta terus tido sampai ke KL. tu jadi payah nak tido.

semalam petang, takde benda nak buat kat rumah mak, ke rumah opah. lama tak jumpa opah. niadel keluar dulu dgn opah, paklang ainal & uncle akmal nye ke pasar titi gantung. then diorg ke rumah opah, sampai je, roger kitorg, kitorg gerak ke rumah opah. dekat je kan. 

tgk opah tgh kopek2 kekabu. kopek ke namanya ntah. terus aku booking nak top up bantal busuk nia tuh. lepak2 kejap, dekat nak maghrib tu kitorang pun balik. 

pokok betik yang rebah ke bumi. sebab hujan je 2-3 hari sebelum ni menyebabkan tanah lembut so akar pokok tak boleh nak grip. maka tumbang lah ia. banyak tu betik yang tak sempat nak membesar. mujur aku tak makan betik. makanya takde perasaan sangat lah. 

aku tgh kutip kekabu. cukup lah nak topup bantal nia. bayar lah sikit upah kat opah. bukan senang tu nak kutip kekabu.

adel pi amik roti debab a.k.a lempeng moyang. sukahati je.

mengades ngades (baca ikut ejaan sebenar. translation : mengada- ngada)

pi kejar ayam...

excited!

menjelang maghrib kami pun berangkat pulak. nak amik gambar sun set tapi tak dan.

Di kampung halaman...

Sepi tanpa berita aku ye. Otak jem lah nak mengarang. Aku muncul kembali. Ni pun sebab dah takde benda nak buat. Menengok niadel main duit dalam tabung.

Kitorg kat perak. Lama dah tak balik. Alang ada cuti panjang ni kita balik la kampung. Nak adjust balik kampung sekarang payah banyak since wan keje hari sabtu.

Gerak pukul 4 tadi. Asalnya nak singgah mines amik spek aku tapi jem pulak dari taman universiti terus gerak balik ikut guthrie. Traffic clear.

Dari dalam rumah mintak nak pakai tudung. Kakak nye pun sama tapi kejap je lah. Color blocking tak? Baru nak mengumpul stok seluar niadel wana wani. Sendiri pun berminat tapi yg ada dipasaran semua stok melekat. Geli pulak awok nengoknye. Ke ada brand yg straight cut?

Dalam kereta terus tido sebab tak tido2 dari siang. Pun bertudung litup.

Kakak dia pun sama. Pengsan sudah. Sampai tapah gak la tido nya. Bangun2 2-2 nak pee. Mujur gak ada tandas awam kat exit tapah tuh. Tidak kalu, sarung pampers je lah.

Perkara biasa kalau nak balik rumah mak. Amik oda nak makan apa. Actually aku tak bape sihat. Jangkit batuk dari officemate. Ada demam sikit tapi tak serious mana. Tapi tak selesa lah. Tu tekak nak makan pun tak bape lalu. Tapi sebab nak balik umah mak, wajib makan.

Alhamdulillah, dapat apa yang direquest. 3 pinggan aku santap.

Sampai dalam kul 7, terus makan dulu. Sebab lapar sangat aku x makan dari pagi. Saje simpan perut

Ni jam dah hampir pukul 1 pagi, masih tak tido2 lagi makcik 2 orang ni.

Biasanya aktiviti aku kat perak ni melepak rumah je. Rehat, catching up with family and of course makan tak henti2.

Esok ada jemputan housewarming kat rumah along and pian. Sorry guys tak dapat datang. Next time kngah singgah eh.

Dan takziah buat nome dan keluarga kerana baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. Terkejut sebab semua berlaku terlalu pantas. Jadi blur kejap. Moga tabah menghadapi dugaan ini ye mie. Al-fatihah...


- Posted using BlogPress from my iPhone

kembali menggunakan twin stroller

kesinambungan dari entry sebelum ni, kitorg mendapati, bila 2-2 anak nak tido, mulalah rasa kelecehan kat situ. akhirnya aku decide utk pakai balik  twin stroller kawan aku tuh. i bought from her. rasa maca guna tak lama. tapi aku rasa macam akan guna lama sebab every week mmg kitorg akan outing. mengukur mall. niadel pun makin besar. nama nak bedukung je mmg tak lah kan. mau stress dibuatnya. elok keluar nak beli barang ke terus tak jadi nak beli barang. boleh bikin spoil mood.

nia pulak bukan jenis nak berjalan. ni lah sebab dah di train dari lahir duduk dalam stroller sampai ke besar malas nak jalan. disadvantage disitu. aku tgk anak org lain elok je bejalan kalau kemana2. anak2 aku mengempap aje. takpe lah, kecik lagi. kot kalau nak duduk dalam stroller sampai ke besar pun duduk lah. mak tak kisah nak. 

tapi.... twin stroller bulky gila. sape lagi yang suka menyumpah stroller tu kalau bukan papa diorg. ater dia yang kena fold, unfold, kena angkat naik escalator. mmg nampak bulky disitu. but somehow ianya memudahkan kami. 2 minggu dah pakai, aku tak rasa tensi pun outing. sebab most of the time mmg adel nak aku yg dukung. papa tolak stroller je. stroller 1 lagi letak dalam savvy. so tak yah lah nak angkat turun stroller. problem solved!





 cam biasa lah, orang ramai kalau nampak budak dalam twin stroller confirm akan ada extra attention. kalau pakai baju sama lagi lah kan. tgk stroller, tgk anak, tgk anak tgk mak pak. gitu lah keadaan biasa bila kitorg keluar. kena tukar mind set tuh. tak semestinya kembar. anak2 kecik gap dekat pun bole pakai twin stroller juga. tapi jujurnya... mmg bulky. tapi.... asal anak2 selesa redah je lah.

patung the cars.

ina, kat instagram kau tanya the cars tu beli ke tak? ye aku beli. terpaksa beli. rewind.... pada suatu hari tah bila tak ingat. rasa masa cuti new year kot. pegi midvalley cam biasa. lepas tu beli barang sikit kat jusco. adel dok menuntut super ring. takde pulak kat jusco tuh. nia masa tu tgh elok je tido dalam stroller. adel dok dalam troli. tetibe dia dah ngamuk2 nak tido. 

gembira sangat kan time ni. tgh lunch sebelum pegi jusco.

lepas tu ngantuk. no choice, dalam troli la landing nya. tapi tak tido pun. mengada je lebih.

dah sampai kat kaunter bayaran dia dah drama, nak gak super ring. so terpaksa split. papa singgah farmasi caring care dgn nia, mama bawak adel dalam troli masuk carrefour pulak cari super ring. beria nak beli super ring kan? anak2 aku dah addicted dgn super ring. tau2, tak bagus. tapi aku tak lah feed hari2. mana aku boleh elak, aku cuba lah elak. this time around, tak kuasa nak melayan lalakan adel, layan kan je lah.

dari jusco ke c4 midvalley tuh, si adel mengamuk lah dalam troli. nak dukung camne ke kan. masuk je entrance c4, aku nampak ada PATUNG THE CARS atas peti aiskrim, terus capai bagi kat dia. diam terus! haaa lega. then pusing2 cari super ring and few things yg takde dalam jusco tadi. tah apa2 lah jusco midvalley ni. sebab dah biasa pegi jusco lain, aku rasa jusco midvalley ni serba tak cukup. ni kat bahagian groceries lah kan.

tiba kat kaunter bayaran, aku tanya adel, adel nak ke car ni? dia kata nak. ok, maknanya aku kena cari seketul lagi sebab kang adel dah settle, kakak dia pulak melalak nak jugek. pusing2 lah mencari. tapi rasa Allah hai, perlu ke beli benda2 ni? fikir2 lah jugak camne nak elak dari membeli. so dah jumpa lagi sebijik, aku still rasa reluctant nak membeli. tengah beratur nak bayar, tunjuk ke wan. dia buat dek je. tak paham kot sebab distance aku dgn dia jauh. dia tunggu kat luar.

bila time nak bayar tanya adel lagi, nak tak? DIA GELENG AND TERUS AMIK SUPER RING. ok tak nak lah kan?? lega and tinggal je dalam bakul tu, terus blah. keluar je carrefour dia buat drama ADEL NAK CAR. ah sudah!!

dia mula lah drama. korang yang tak penah tgk drama adel ni mmg kalau dia melalak mcm kena dera lah. dia melalak sampai dalam kereta mintak car. hoi, hangin aku. papa dia tok sah cakap la kan. nasib nia tido lagi. dari midvalley melayan dia nangis, pujuk tak mau, bagi susu tak mau. last2 tertido sebab penat nangis.

tapi hati tak sedap dia bangun kang confirm tanya kang sambung nangis lagi. so kitorg singgah jusco equine nak cari apa yg dia nak. time tu fikir, kenapa lah aku tak beli je. kalau tak, tak lah jadi benda2 ni. menyesal pun ada. tapi tu lah, benda nak jadi. cari lah dalam jusco kat toy's area. nan ado. oh, sampai jusco adel bangun yes dia mintak car dia jugak.

then terfikir, kat kiosk bawah ada jual patung2 tuh, mesti ada. so kitorg turun la bawah. and....


 






tak terkata aku tgk gambar2 kat atas ni....di sebalik tabir macam2 hal terjadi.

 time ni aku rasa nia dah besar sangat. sangat lah kan. kalau besar, tak mintak beli kat seketul.

Kena sound dengan nia

Naluri seorang yang aktif dalam laman sosial baik blog, facebook, twitter mahupun instagram, asal ada smartphone, semua benda nak snap. Samalah macam aku. Sejak ada blog mmg semua benda nak snap. Dia bukan niat nak menunjuk. Ada perasaan nak kongsi insiden itu dengan pembaca. Gitu lah. Kena kutuk kalu nanti, belakang kira lah kan.

Nak2 skang ada instragram, sejak ada instagram, tiap2 hari ada je lah benda bukan2 aku nak tunjuk. Aku tak terfikir pun nak kena tegur dgn nia. Selalu kena sound dgn wan je. Tapi tadi, masa aku nak amik gambar ni...

Masa nak makan kek ni, dtg lah naluri nak amik gambar kan. Kelam kabut amik hp yg bateri tinggal 4% tu, untuk di instagram kan sebelum kena terkam dengan nia.

Bole pulak dia sound, 'mama ni asyik2 nak amik gambar'. Gelak je la kitorg. Tp ayat seterusnya tu lg x menahan bila dia  'bukan ada orang nak balas pun!' Balas??? Facebook!

Kenalah ceramah free dgn mama, 'nia, mama amik gambar ni bukan nak menunjuk. Kepuasan peribadi namanya.' Kekdahnya macam dia dah besar dan paham. Hehehe

Instaplace la kan ape ke lagi. Beli kat pasar malam tadi. Sedap!

Supper makan kek. Bagus!

** sedang aku menaip entry ini, tiba2, blackout! Eh, ada dah balik.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Serabut

Serabut harini. Banyak benda jadi. Dah balik rumah tu serabut lagi. Rasa macam apa yang aku buat tak betul je. Go with the flow je lah kan. Opss aku dah kena tegur aku sepatutnya tulis 100% in... Eh silap. Kena sepatutnya tulis 100% dalam bahasa melayu. Ok saya ikut. Sebab? Haruslah sebab tatabahasa inggeris aku sangat teruk. Baik! Ok je. Korang tegur aku buat.

Pasal status johnny's tu mmg aku baru je tau bila dapat komen kat cerita sebelum ni. Tanya kakak aku dia pun tak tau pasal hal ni. So... Jadi, kitorg akan pastikan ianya takkan berulang lagi. Terima kasih kepada yang menegur. Dah semak kat jakim, takde johnny's dalam senarai.

Sebenarnye mmg aku ni jarang meng google nak tambah ilmu. Korang2 yang bagitau baru lah aku tau. Oooo...

Ok, tengah tgk bola ke kome? Tetibe lak aku layan bola. Nampak na JK.

Jaga diri!



Kocik ke bosa gambar yang keluar ni nanti. Gambar hiasan sekadar nak test (cuba). Peace no war! Cakap BM apekah??

- Posted using BlogPress from my iPhone

random update

aku cuba. aku cuba untuk menulis. kita tengok apa yang keluar. here we go... apa khabar semua? ok tak? ok je kot kan. seriously aku dah takde momentum nak ber blogging. aku sekarang tgh kemaruk balik ber instagram. kalau korang nak tau latest update pasal aku, type nama aku, aku ada kat situ. tu pun sebab ada application terbaru iaitu instaplace. mak jakun lah kan. tu yg semua benda nak snap. buat masa ni lah. pernah suatu ketika aku lesap seketika. sebab sibuk kot. skang terketar ketar asyik nak meng haplod je kan. layan. so, my latest update mmg disana buat masa ni. 

nak blogging skang masa sangat2 limited. kat office sekarang takleh suka suki nak online. do it at leisure time sahaja. masalah nya takde leisure time langsung kat office. so aku nak cite apa eh? korang nak tau apa? takde benda menarik nak story. sama je macam ayat entry2 sebelum2 ni eh. nak cite pasal anak masuk sekolah, anak2 aku pelajar tua. so takde yang excited nak story. diorg cuti pun pegi sekolah. so there's no interesting story to share.

nia skang sekolah pagi. so gesaan bangun pagi tu automatik ada. maka nya kalau punch card masuk office pun tak merah. 8.30 dah ada kat office. nia dah start kelas mandarin. mak dapat buku, nia pun dapat buku. sama2 belajar. 1st class dia belajar word 'hau she mandarin' aku tak tau camne nak spell. tp aku rasa cam cute je bila dia sebut. maksud dia 'mandarin teacher'. at first payah sikit dia nak masuk mandarin class. mujur kawan dia ada sorang masuk kelas mandarin jugak. sebab teacher cakap mandarin teacher kat situ strict sikit. elok gitu. 

kat sekolah jugak nia dah mula belajar solat. hari2 cerita kat school dia solat. syok lah dengar. dia pun mcm dah besar kan. dah besar as in, aku dengar benda2 adult dia cite. sebagai contoh bila aku amik gambar kan, dia boleh cakap 'mama nak facebook ke?' apekah???? aku tak penah ajar dia word facebook itu. advance betul anak2 kita skang ni. scary man! mama pun jarang ber facebook nak oi. how come nia boleh tau word facebook itu.

and haritu kan ada AJL, esok gi sekolah agaknya deme cite pasal AJL, bole pulak masa aku tgh tgk ulangan AJL nia boleh cakap, yuna menang kan mama? nak tgk yuna bole? seriously??? oh my! dah pandai cite pasal retis kat sekolah! dan2 tu lah asyik lah nak tgk yuna. 

anak anak... oh anak anak... 

jangan spoil kan zaman kanak2 korang. don't grow too fast.

apa ntah lagi, ada lah few issues yang keluar dari nia. sangat unpedictable. moga anak2 aku pandai lah pilih kawan. kawan2 ni pengaruh besar dalam kehidupan. adel pulak.... adel dah jadi student senior jugak. mengada teacher cakap. sebab nya dah ramai pelajar baru, semua teacher dah tak tumpu / gomol dia. so dia mcm mengada lah nak org layan dia je. sorry adel, ramai lagi yg lagi comel dari kamu. gi sekolah belajar ye. bukan nak main2. sampai skang bila sampai sekolah dia buat muka sebek dia. unlike her sister, skang pegi sekolah dia seronok. cepat2 back on track adel. adel dah besar tau. tapi ok lah, dia pun dah mula communicate in english. kira ada lah belajar dari menangis je kan.

tu je kot buat masa ni. nanti aku mengaruk lagi ye. esok keje. tapi mata buntang lagi ni. sebab semalam aku bantai tido siang berapa jam tah. mari kunci jam.

nak upload gambar pun malas weh. ni je lah eh. latest us. tadi masa makan kat johnny's. bukan senang nak convince kan laki den ber johnny's. tp dia dah jemu makan kambing kat chillis gamaknye. so johnny's la kita. oh tudung aku tu, tudung kegemaran buat masa ini. cun kan? RM8 beli kat wakaf che yeh. berbaloi2. and of course niadel wajib enter frame.

be good, be nice to each other....
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in