berakhir minggu ini dengan jayanya. aku dah prepare mental and fizikal nak hadap weekend ni. wah, prepare kau? ada apa? banyak aturcara hujung minggu ni, dimana aku melihat tak kan cukup rehat. tapi bila family ada dekat dgn kita, kita rasa ok je, penat camne pun jarang dapat gather gini. so manfaatkan masa bersama keluarga sebaiknya.
semalam, seawal pagi. oh silap. jumaat malam adik aku 2 orang dah sampai kat rumah aku. sabtu, seawal pukul 5 pagi dah bangun. sebab kena amik mak ayah aku kat KLIA. tapi bukan aku amik lah. adik aku sorang amik mak ayah aku kat KLIA. adik aku sorang lagi amik aku sorang lagi kat pudu. heheh... bape banyak adik da. ainal amik mak ayah. yan amik ina. dia baru sampai dari kangar. wan pulak aku suruh beli sarapan. ina dah selamat sampai kat rumah, sekali adik aku sorang lagi, akmal call tetiba je kata dah ada kat sini. surprise ingat tak turun. turun rupanya. yan pegi amik akmal pulak. mmg dia jadi runner haritu.
starbucks for breakfast. bukan hat sejuk. hat panas.
ok, ina dgn yan dah sampai, aku pulak siap kan askar batalion nak pegi sekolah niadel. report card day. sebelum tu pukul 9 hantar nia ada tuisyen. then terus je ke sekolah niadel. dalam setengah jam kat situ serah exam papers and cerita pencapaian diorg sepanjang tahun. honestly, aku tak sempat nak belek exam paper budak2 ni lagi. tapi result diorang ok je cam biasa. nia yang aku risau subjek math, boleh dapat 100 pulak. subjek BM yang dia bajet macam dah terror tak dapat 100 pulak. but overall result diorg memuaskan hati lah. subjek apa dapat berapa lupa dah aku. kesimpulannya, niadel punya interest yang berbeza. nia more in to language. adel pulak more to math. camne nak jadi doktor ni nia? takpe, tadika kan, insyaAllah boleh catch up apa yang patut sebelum masuk darjah 1 esok. nia besar nak jadi doktor, adel bila tanya besar nak jadi apa? nak jadi chicken katanya!
havoc havoc yo!! budak ni yakin je cakap semua subject dapat 100. lepas tu paksa suruh beli playdoh. sorry adel, tunda lagi play doh tu ye.
during parents teacher meeting. with all their teachers. teacher zai, teacher ita, teacher mira & teacher shanta. nia takde time ni. masa tgh discuss pasal progress diorang bole si adel main game kat hp. buat dek je dia. nampak nau mak pak nya asyik bagi main hp je ye nak keep anak2 occupied. kantoi disitu. terima kasih kepada semua teacher yang dah didik niadel through out the year. kami sangat bangga dgn pencapaian anak2 kami. jumpa tahun depan. rafa 3 tahun lagi join sini ye. insyaAllah.
ok, settle 1 program. then balik rumah, mak ayah dah selamat sampai ke rumah. diorang pegi cuci mata cuci poket kat bandung / jakarta seminggu sempena anniversary diorang yang 33 baru2 ni. so touch down nye pagi semalam. sampai rumah. dah huru hara kelam kelibut rushing nak ke pwtc pulak. pukul 2.30 1 lagi event iaitu konvo ayah kitorg. rare tak? hehehe...
mmg aku paksa adik2 aku semua turun. dari utara selatan turun. sebab nak meraikan konvokesyen ayah kitorg. siap aku saiko lagi, konvo kita semua mak ayah ada kan. ini ayah nak konvo takkan kita takde. hahahaha.. saiko tak saiko. makanya semua dapat hadirkan diri. kecuali along yang ada training kat shah alam 3 hari. tapi takpe, yang penting dia ada kat central region gak.
kitorg gerak dekat pukul 11 lebih gak lah. ayah kena register pukul 1.30. gerak awal sebab keadaan trafik kat KL tak dapat dijangka kan. so kitorg konvoi ke pwtc. transit kat hotel sunway putra sebelah pwtc. tetiba je ayah dah book kat situ. sebab nak berulang alik dari rumah aku ke pwtc bole tahan gak jem dia. so kitorg lepak situ.
kat lobi sunway putra hotel. waiting for check in. niadel terus pakai baju opah beli kat bandung. suka deme baju gini. especially adel.
semalam adalah 14/12/2013. and bilik kitorg dapat 1412. cool tak? :)
first time rafa check in hotel. check in je. bermalam nanti lah ye rafa kita gi jenjalan.
untuk bilik berharga RM260 semalam and mcm ni ada living room agak reasonable pada aku. time ni mak ayah dgn ainal yang nak masuk dewan dah ke pwtc dulu. kitorg rehat semayang semua dulu. rasa dah pancit dah time ni. nak2 dapat katil.
my baby boy yang sangat behave macam biasa. kat bilik aku bagi dia susu sampai dia kenyang. so senang nak ke dewan nanti. ngempeng session adalah kegemaran dia. then semua dikerah untuk bergerak ke dewan. kemain liat sebab semua penat. bila dah siap nak turun bole hujan pulak. tak lebat boleh redah. bole tahan gak the distance dari hotel. mikirkan mak ayah jenuh menapak tadi. mujur gak niadel naik stroller, tidak jenuh dukung.
dah sampai kat aras 4 dewan merdeka. tak settle lagi time ni. maka pusing pusing kat situ sementara tunggu ayah settle. belikan ayah bunga walaupun ayah taknak. meriah.
bunga untuk atuk. tunggu atuk keluar je.
meanwhile dalam dewan, ayah dah amik scroll. muka ada senyum even tak cukup rehat. dari jakarta sampai kl terus kesini. we are very proud of u ayah!
yang dok dalam dewan tadi. ainal dgn mak. dah selesai.
haa bila semua dah keluar dewan, macam kena rempuhlah. graduan berlaga mortar.
kitorang dah siap2 amik port kat sini. ayah keluar je terus amik gambar kat sini. niadel dah macam2 time ni. especially adel.
ayah dgn anak2 bujangnya..
lautan manusia. kitorg terus beredar.
kitorg sebenarnye tak makan lagi dari sampai kat hotel tu. penat mengatasi lapar. so terus je masuk kat restoran kat level bawah. kebuluran tahap naga sakti. nak2 aku yang menyusu. time ni adel drama. sabar banyak... yang penting makan dulu. hangin je aku tgk budak2 ni order abc cendol bagai. then menapak balik ke hotel dah pukul 6 lebih nak asar. semput weh time ni. tapi risau kat ayah tetiba macam tak larat dah. haish. mujur selamat sampai bilik. adik aku yan pegi amik along kat shah alam untuk jumpa malam ni kat rumah makcik kitorang.
mandikan anak3. yang paling bertenaga sekali niadel lah. tak penat2. runsing aku. rafa baru lepas mandi.
rafa dengan atuk. kitorang tgh bersiap nak ke bandar tun razak pulak. sepupu kitorg kahwin same weekend. esok kendurinya. so ke rumah maknyah kita. time ni bateri tinggal 40% kot.
dalam pukul 10 sampai kat rumah maknyah semua tgh busy lagi. kat sini masih lagi konsep gotong royong, masak sendiri. so even dah larut malam, masih meriah lagi. aku tolonglah buat bunga telur barang 5 biji. eh eh ofa ada!!
moyang dgn rafa and aufa. dah lewat malam budak bedua ni mata bulat je lagi. jam dah almost 12am, kitorg mintak diri dulu. time ni battery aku dah kaler merah 20% mintak di charge. esok (ahad) kita datang lagi. terus je semua ke rumah aku. aufa pun tido rumah mak ngah yeay!. balik je semua kepengsanan. subuh sedar pukul 7pagi.
akak aku harini ada training lagi. malam tadi je free tu yang pegi rumah maknyah. harini tak dapat join sebab ada program lagi and terus nak balik kedah. tgh sarapan.
nanti datang lagi rumah makngah ye ofa.
ok, settlekan rumah sikit2, wan basuh & sidai kain, kitorang pun bersiap ke rymah maknyah semula. sampai saing dengan pengantin. dasar kan!
sama cantik sama padan. wan ni sebaya adik kembar aku ainal akmal. aku bila nak dapat adik ipar weh? betahun lagi gamaknya.
tak larat nak tulis caption sebab rafa nak melekap tapi nak jugak update blog sebab moment2 penting wajib diabadikan di blog aku ni. apa pun, congrats wan and nazu.
aku rasa sekarang ni semua ahli keluarga haji anuar tengah pengsan kepenatan. esok dah keje / ada kelas.
Comments
Moment indah gitewww
Cucu dtg konvo atok :)
Happening weekend! Best!
Kami sejak dok klang ni
Dok melepek kt umah jek la huhu..
Papazakwan work sabtu :(
nad : nad kalau perasan dalam cerita tak nampak wan hari sabtu sebab dia keje jugak sabtu kadang ahad pun keje.
memang rushing tu beb..
sure penat ye.
so ko cuti ke hari ni?
zte : aik, minat elmo? paksu diorg belikan.
elyn : ye sila copy. utk bakor semangat yang muda untuk firther study. heheh.. grad course IT.