kenduri kahwin sepupu

tak tau dah macam mana posisi yang best nak ngadap laptop ni. so far, duduk kat big bean je yg paling selesa. tapi once dah duduk, becinta nak bangun. lagi2 kalau niadel nak apa2. becinta. so aku settle kan apa yang tertangguh kat sini. esok dah keje bersusun hal2 kerja menanti. 

last weekend ada 2 orang sepupu aku kahwin. sorang aza, sepupu belah mak aku. sorang lagi iwan sepupu belah ayah aku. aza bertemu jodoh dgn orang sabah. makanya majlis nikah berlangsung di sabah. mmg tak dapat lah nak ke sabah kan. kalau x sarat mungkin bole consider jugak masa tu. family mak aku pun dah book tiket awal masa bulan 4. 

then dapat tau iwan (sepupu belah ayah aku) punya majlis pun on the same date (weekend). so tak dapat lah ayah nak pegi. aku wakil kan ayah aku attend majlis kahwin iwan as org rumahnya dok serdang je. 

hari jumaat lepas aku dah cuti sebab aku nak hantar mak ayah aku ke airport. khamis malam sampai. jumaat flight pukul 3.55 petang. so lepas solat jumaat anta. sampai airport dah bole check in luggage, sekali flight ke tawau delay pukul 8.30malam. perghh... bayangkan orang2 tua dah tunggu dari pukul 1 petang tu. kena tunggu almost 8 hours kat LCCT tu. sangat kesian. diorang sampai tawau pukul pukul 2 pagi rasa nya.

tu cerita kat tawau lah kan. so aku lak, sabtu tu wan keje. balik keje terus pegi rumah amin, officemate aku. kat cheras. sampai pun on time lah saing2 dgn officemate lain. lepas ke rumah amin terus ke damansara rumah kawan wan. then ke gombak pulak rumah kawan wan lagi. lepas tu kat area gombak jugak rumah kawan wan. tahun ni banyak beraya rumah kawan2 wan. baru jejak kasih gang2 laki aku ni. kasik can la kan. selama ni dok mengirakan hal aku je.

so, ingat sempat lah nak balik rumah dulu freshin up untuk majlis nikah iwan tu. baru nak masuk cite kenduri ni. hehehe... tapi mmg tak dan. patah balik kat area rumah aku amik adik aku ainal yang baru sampai dari perak. kita naik 1 kereta. tempat berkumpul kat masjid UPM. 

settle solat isyak, terus gerak ke rumah pengantin perempuan. memula takde plan nak pegi nikah iwan ni. tapi sebab dah dekat kan and alang2 dah ada kat luar, terus je lajak ke majlis tu.

gambar baru start muncul kat event malam. sebab gambar2 kat open house kawan2 wan dekat hp dia. nunggu nak transfer takut sampai kesudah nak buat. so mana yang ada kat hp aku lah ye. time ni adel dah macam2 sebab dah penat sgt kan. ngempeng je lah kat mama. ni menunggu tok kadi sampai. aku dgn aunty2 yg havoc. kakak pengantin yg pakai tudung maroon tuh. biasa tgk kat sini kan?

alhamdulillah dengan sekali lafaz, nabila sah milik iwan. congrats korang. lawa sgt bini mu iwan. pandai cari. :)

adel cam biasa, wajib nak enterprame kat celah pengantin. serabai benau anak2 aku time ni. dari siang tak bertukar baju. rambut pun tak touch up.

lepas selesai majlis, makan dulu. aku rasa aku x makan sangat sebab dah tersangat penat. adel, masih lagi mengempeng dkt pengantin. maap lah ye nabila.

dah pukul 11 malam time ni. 1 last photo dgn family kitorg sebelum balik. 

esok harinya, majlis kenduri kat dewan gemilang GMI. first time masuk GMI ni. besar ye. ada own area kat dalam tu. 

seingat aku GMI dulu kat area pejabat tanah kat bangi tu. then baru lah tau dah ada kampus sendiri kat sini.

lepas zohor pengantin sampai. sangat2 simple and sangat2 sweet disitu. mmg lees is more lah org kata. suka!

sampai je pengantin makan dulu. 

gang sekolah. kebetulan haritu bday kzura. yang pakai tudung kuning tu. so kyan (kakak pengantin) belikan kek. aci celebrate sekali. 

kitorg pun tak boleh lama sebab kena ke ampang ada jemputan lain. then ke LCCT amik atuk and opah. so amik gmbr sikit dgn pengantin sebelum berangkat. 

bergambar dengan family pengantin lelaki.

huuu gambar kitorg takde dalam ni sebab kitorg gerak awal. apa pun selesai majlis seperti yang dirancang kan. alhamdulillah dipermudahkan urusan. again tahniah iwan & wife dah selamat disatukan. 

tak dilupa sepupu aku sorang lagi aza, tahniah sebab dah selamat menjadi suami kepada aida. gambar ihsan dari adik aku. ni lah rombongan ke tawau.

4 comments:

Nad MamaZN said...

Meriah kalu buat kenduri kawen time syawal ni ehehe
Yg takbestnya klu clash tarikh la huhu
Pengantin cantek banget!

Alyyani Anuar said...

nad : bulan Syawal this year mmg ramai amik kesempatan buat wedding. so mmg terkejar2 lah kan. open house mcm dah jadi trend. ada pulak wedding. semput lah nak penuhi undangan semua :)

eiman's mummy said...

Lamanya tak jumpa korang semua..bulan 11,deepavali kami pegi kl..so,blh la kalau nak plan jumpa kan....Restoran kat tepi laut yg dulu tu ada lg x?yg kek jatuh tu..hehehehe...

Alyyani Anuar said...

wan : ada!!! mana boleh takde. deepavali bila eh? masa tu kot adik kat perak pulak tgh confinement. huhu..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in