Skip to main content

jamuan merdeka raya bijakgroup 2013

ok, aku rasa ni last cerita raya kat blog aku. jumaat lepas telah berlangsungnya majlis rumah terbuka kat office aku. asalnya nak buat macam last year je. actually tak tau jadi ke tak sebenarnye majlis ni. isnin lepas barulah tertanya2 jadi ke idak ni. kalau macam last year kitorg buat style potluck je. jemput pun sikit2 je lah. sebab masak sendiri. syok nye sebab ye lah, masing2 bawak juadah masing2 kan.

masa monday aku whatsapp kat group confirmkan balik. boss pun follow je. then selasa lepas boss tanya aku, kalau kita pasang khemah ok tak alya? kita order kambing golek ke. aku cam haa?? haa tu dalam hati je lah. i mean very the short notice lah kan. dah diarah begitu, aku pun kerah lah AJK2 lain untuk buat apa yang patut.

ingat kan masa majlis buka puasa family belah ayah aku ada kambing golek kan? aku mintak contact no tu kat pakcik aku. mujur lah orang tu bole slot in untuk kitorg. then kena lah top up cater main dish kan. takkan nak harap yang kitorg2 yang berapa kerat ni bawak kot. nak pasang kemah kena apply permit kat MPSJ lagi. so semua kitorg dapat settle kan sebelum jumaat tu.

luckily ada team mate yang boleh diharap. ada gak lah yang haprak. assign officemate yang lain buat keje2 yang sepatutnya. alhamdulillah it turn out to be a smooth event. next year confirm kena full cater. kita duduk posing depan camera je ye.

asal dari 1 kemah, up lagi 1 kemah jadi 2 kemah. malam khamis pasang kemah depan office. kitorg amik 5 parking lot. gang2 lelaki yang tunggu office and tolong clear kan depan office. dekat tgh malam jugak lah settle.

pagi jumaat, meeting room jadi bilik operasi. prepare barang2 untuk serve. semua staff wajib pakai baju raya. ada yang tak dapat pakai baju raya pun sebab kena pergi site. haritu kan hari jumaat. kerja je macam biasa. 

panas kan lauk pun dalam ni jugak. aku melimitasikan pergerakan aku sebab sedar diri. tapi idak lah awok ngempap je kan.

hero2 susun kerusi meja kat luar...

makanan disediakan dari sarapan untuk semua staff dan tetamu2 yang datang awal pagi.

sebenarnye majlis start lepas semayang jumaat. aku rasa aku kabo betul dah kat owner kambing tu so dtg pukul 12tgh hari. tapinya belum pukul 10 udah muncul. terkejut aku. dia ingat majlis pukul 12. alang dah datang tu, terus je lah start membakar. membakar amik masa 2-3 jam. so by 1pm kambing dah ready utk diserve. kalau korang berminat bole contact en hazwan 017-6997087. dia dari shah alam. harga RM880 siap serve sekali dgn gravy and salad.  aku 2 kali order / rasa maknanya mmg sedap sangat lah tu.

masing2 gigih prepare apa yang patut.

by noon food dah ready. antara tetamu yang awal datang jiran tetangga.

kambing ready je, budak2 office aku pakat ngap dulu. 

memula kitorg risaukan lambakan makanan akan berlaku. ye lah macam2 juadah ada. nasi tomato, satay, nasi putih lauk asam pedas daging tetel, laksa, satay, kambing, soto, nasi impit, rendang itik, lemang, rendang tok. banyak sgt kan heavy dish disitu? tapi sebelum semayang jumaat, dah start ramai org, kitorg panic lain, takut food tak cukup. and parah lagi, kambing dah tinggal suku!

tetamu yang menderu datang. mmg diorg target lunch kat sini. takpe, sila sila...

tau apa jadi time ni? bekalan kambing dah hampir habis. boss aku (yang pakai baju pink) tu request kalau boleh add on lagi sekor kambing. aku try nego. unfortunately mmg tak sempat. sebab diorg kena patah balik shah alam nak amik kambing yang dah siap marinated. lagi pun hari tu je diorg dapat order 70 ekor kambing. so aku reserve siap2 untuk main guest petang karang. dato' datang lepas jumaat. adeh, semput lah kejap sebab kena kepung kambing. kambing punya pasal..

lepas solat jumaat lagi ramai orang datang..

 with my two reliable team mate. tq banyak2 kat korang. pakai comey2 tapi bila bab buat keje bole sinsing lengan basuh periuk belanga. lupa lak nak amik gambar with all the ladies. kain baju raya aku tu tak muat dah sebenarnye.  ye lah, masa pakai time raya pertama tu pun muat2 je. ni paksa diri pakai jugak. nak menang best dress punya pasal. kahhhh.. poyo!

petang nya hujan turun dengan lebatnya. tapi tak menghalang majlis. orang pun dah mula surut.

penutup majlis cam biasa mesti tetamu2 aku. iaitu gang2 bank. datang segerombolan. mmg aku reserve kan kambing untuk diorang. tq banyak2 kak fizan and the gang sebab meredah hujan datang ke majlis kami.

tetamu terakhir. amik gmbr dgn big boss. 

dah settle. kemas lah pulak kan.

yang kat belakang pulun basuh periuk belangan. tq banyak2 lah korang ye..

 kalau boss plan nak buat berskala besar lagi next year, pot luck, confirm ramai yang cuti / MC sebab tak sanggup nak ngemas lepas majlis. hehehe.... apa pun, post-moterm majlis kita kena make it proper next year. 

deme ingat aku main2 kata ada hadiah untuk best dress. hamper siap tempah tau! hahaha... esok aku announce. kriteria? yang ikut tema. kebetulan adik2 aku ada aku suruh belikan hamper. semua yg ikut tema ada chance menang kecuali aku. sebab aku yang memandai sebut pasal best dress. aku lah juri. takkan aku nak dapat kot. saja seronok2...

disebabkan jadual seminggu yang sangat padat, makanya aku merehatkan diri dari sebarang open house minggu ni. mintak maaf banyak2 kepada yang menjemput. tak dapat aku memenuhi undangan sebab sangat2 penat. every week dari raya pertama tak rest bila time weekend. 

akhir kalam, takziah untuk abang daing (abang ipar aku) diatas pemergian ayah nya secara mengejut awal pagi tadi. aturan Allah itu sangat cantik. kebetulan pulak family aku mmg ada kat skudai harini atas urusan pendaftaran degree adik bongsu aku asyran kat utm. boleh lajak ke benut menziarah. kebetulan jugak adik aku sorang lagi ada dengan kakak aku kat kedah masa berita kematian dikabarkan. makanya adik aku jadi back-up driver dari kedah ke johor. ye lah, kematian mengejut. macam2 perasaan masa tu kan. nak kena drive jauh pulak tu. mujur ada adik aku kat sana. apapun, selesai urusan semua. Al-fatihah untuk arwah...

Comments

Iela Fazielah said…
happeningnyer;..... n alfatihah utk arwah...
Rizziela said…
memula memang seronok..mengemas tu masaklah
Mrs. Simplicity said…
k.iela : happening tapi sangat letih. tq kak..

rizziela : betul sgt lah tu. kita nak tolong pun tenaga limited.
nad said…
Al fatihah.. Salam takziah

Alya, tolong panaskan lauk, elok bersimpuh
Tp mulut krupkrap gak ek ek? Hehehe
Comey jek gambo tu :)
Mrs. Simplicity said…
nad : tq nad. haaha... dapat duduk gitu, makan pulak mmg payah lah nak bangun ;)
Affieza said…
Nnt nk tgk gmbr yg menang best dress blh??? hehehe
Mrs. Simplicity said…
affieza : gambar utk best dress ada kat atas2 tu je dik. yg lain2 tak sporting tak ikut theme. tapi tak announce lagi nih. ;)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber