Skip to main content

36 weeks check up

dah janji kan nak cite pasal baby RA pulak. mmg kena cerita pun sebab ada kerisauan banyak. so harini ada check up. 36 minggu. bertuah rasa badan sebab ditemani oleh suami buat julung2 kali nya. gitew!!! ceh, takde maknanya. sebab kami2 ni banyak urusan tertunggak yang perlu diselesaikan maka, dia pun amik cuti sekali.

niat mmg nak amik MC sebab sepanjang check up ni tak pernah lagi amik MC ni. teringin lah nak bermalas- malasan tak rushing nak masuk office lepas tu. sekali, pucuk dicita ulam mendatang. kau nak sangat MC kan? bukan dapat sehari MC, tapi 3 hari MC. why? what happened? apa tak kena?

begini... last 2 weeks punya check up berat baby 2.3kg. then pagi tadi punya check up berat baby sama jugak. cecah tak cecah 2.4kg je. gitu lah. so by right dihujung pregnancy ni berat baby naik mendadak. 

actually setiap kali check up mmg doktor menyuarakan baby ni tak kan keluar besar macam2 kakak2 nya. nia 3.5kg. adel 3.35kg. so doktor risau lagi bila baby mcm takde progress. berkerut2 dahi doktor masa tgh scan. so doktor remark, with the MC given, if let say next week punya check up baby punya growth masih below 2.5kg, the following week i have to go through induction labour (paksa beranak). sebab he must be not comfortable inside. tu doktor cakap. 

tadi lama kat cek air ketuban. 1 of the factor baby kecik (apa ke term dia tadi doktor cakap), waterbag kurang. kurang dari 6. so tadi, waterbag aku ada 10.86, which ok banyak lagi. so mmg dia kecik. hmmmmm panjang aku. apa lah yang tak kena kan.

so apa solution nya? doktor suruh makan makan dan makan. rehat rehat dan rehat. jangan fikir pasal kerja. jangan stress2. sebab kalau aku penat, baby penat, kalau aku stress baby stress. no wonder rupa aku macam orang nak beranak. oh eh oh eh oh eh je. dia pun ikut stress. well, aku stress aku tak kisah. nama pun kerja kan. then balik rumah anak2 dok kerumun kita. walau dah ditegah papanya tetap nak dok bawah tiak mak nya. tak sangka lah rutin harian yang aku rasa kan normal ni boleh effect ke baby.

makan pulak, mmg aku admit, aku sanggup tido dan tahan lapar dari makan. sebab aku balik kerja mmg aku tersangat penat. bila badan penat tak lalu nak makan. kerja aku sekarang tak sama macam kerja yang aku buat masa pregnant kan adel dgn nia. tu doktor yang cakap. aku cam, oh ye eh? tak terfikir awok sampai ke situ.

kesian awak ye R***. mama buat dek je kat awak. makanya habis check up tadi, kita pun rilek2 je lah kan. lepak starbuck berejam, then pegi makan, rehat2. tapi tu lah, jadi stress bila boss kata gini 'hopefully  can last another few weeks' (harap u boleh bertahan untuk beberapa minggu lagi) boleh???

then aku pun check balik previous entry masa aku pregnant kan adel. aku rasa aku ada masalah yang sama. cuba korang check it out...

cuba korang baca. ke aku mmg style gini. lepas ni baru dia naik mendadak. hopefully same pattern dgn kakak adel ye R***. tapi aku tak boleh lah lewa. lain pregnancy kan lain pattern nya.

mujur ada blog ye, bole jadi reference. bak kata apak nye sian ke R*** nanti takde cite pasal pregnant dia, sedar2 dah keluar. ye2, dah up ni. ada masalah baru nak share ye. so begitu lah kerisauan yang melanda jiwa sekarang ni. kena paksa diri makan. bak kata kakak2 aku, sila jadi selfish. fikir diri sendiri dulu baru benda lain.

jalan2 pun kena kurang kan. sebab bila jalan penat, bila penat stress. makan tido makan tido je. ye doktor saya cuba ye. harap orang keliling bagi kerjasama juga ye. ;)

ok, korang doakan kitorg ok2 aje. sikit je lagi ni. last lap ni. yaAllah, kau permudahkanlah segalanya. amin...

antara faktor2 stress... tido nak kat mak eh. camne tuh? 

luckily kakak sulung ni understanding. paham condition mama dia. tapi 1 yang aku perasan, jiwa mudah tersentuh sekarang. tegur sikit dah bersendu. tapi tak lah nyusahkan. pujuk2 ok. sejuk hati bila kadang tu amik dia, dia yang tanya aku 'mama keje camne harini? ok?' selalu aku yang tanya dia 'nia sekolah camne harini? ok?' besar dah kakak nia kan?

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber