mid life crisis

aku rasa aku sedang menghadapi mid life crisis. sebab next year dah 31 ke? 

am currently no mood for everything. 

hibernation mode on.

Publish!

kan dah kata...

kan dah kata, aku ni gebang je lebih. update hari2 mcm si D dalam Istanbul, aku datang kunun. puiii!! orang tu single, busy kejar bf je kejenye. kau ni tak sedar diri. ada anak, ada laki, ada kerja. macam free & easy benau ye. ok tu je nak cakap. hahahah... nanti2 lah aku update lagi. aku mengantuk sangat dah ni. hari2 balik keje, membelek anak2. badan dah lemau. terus boom tido bila letak kepala atas bantal. the following week sama jugak lah gamaknye ni. harap aku tak tenggelam terus. ni kira ok lah, tenggelam timbul jugak kan. later guys! have a great weekend. we actually did. kalau tau lah, duduk rumah je best and rileks, weekend je duduk rumah kita. setakat mak kemas atas, anak sepah bawah, mak masak, anak bikin projek melumur baby oil kat anak patung, setakat mak baru nak duduk, anak demand macam- macam, setakat mak tengah solat, anak bawak keluar bawang main masak2, apa lah sangat kan. tu aku penat benau ni. tak mampu dah tahan mata ni. 

serabut di rumah, serabut di ofis. ape lah sangat kan?????

nite!
love....A
Publish!

kesian adel...

tajuk very the attention seeker ye? kahhhhhhhhh.....

jam menunjukkan pukul 12.36pagi dan aku baru on laptop. mata tak leh tido. mari update blog berlatar belakangkan lagu ajari aku, anuar zain. ape kes? nothing. baru sempat nak dengar lagu ni & tgk VC dia. moral of the story dalam VC ni ialah, pakai lah seat belt walaupun duduk kat seat belakang ye. tetibe!

fobia #1 : jamban duduk
so, as i promised kat insta tadi nak cerita pasal fobia adel. kesian adel. lately banyak benda yg buat dia trauma. as u guys know, adel dah pun free diaper. malam nak tido je pakai diaper. nap time pun tak pakai. cepat eh? tak sangka gak senang. outing pun tak pakai. so what happened on the potty training session yg bikin adel trauma? adel tak mau pee kat tandas duduk kalau kat luar (selain dari rumah).

apa jadi? aku tak ingat kat mana, tapi kat toilet shopping mall lah, bawak adel nak pee. masa dia duduk kat toilet duduk tu, agak slippery toilet tuh, masa dia tgh pee dia terjatuh. tapi sempat aku dakap lah. tak injured ke apa. so sejak dari itu, dia takut nak pee kalau nampak toilet duduk. which masak jugak lah aku nak cari toilet cangkung everytime dia nak pee. kesian jugak lah kat dia kan. baru je nak mencebur kan diri dalam bidang free diaper ni, sekali jadi insiden mcm tu. 

masa kitorg pegi tgk wayang tu kan, aku dah siap2 pakai kan pampers kat adel. kes malas nak bawak pegi toilet sbb mak nak focus 3 jam tgk shah rukh khan dalam tuh. sekali masa dalam wayang tuh, dia mintak pegi toilet. aku cakap 'adel pee lah dalam pampers' tak nak dia. ish! sabajelah anak aku ni. pegi lah bawak pegi toilet, tanggal pampers, then bila dia nampak toilet duduk dia kata 'adel tak nak..' aduh... agak dah, mesti takut. takde pulak toilet cangkung kat situ. 

so, sangat lah risau takut dia ter-pee kat seluar and dia tak nak pakai pampers. turun percentage mak nak concentrate tgk wayang. then half way through, dia mintak pegi toilet lagi, laaa hai anak. rushing lah bawak pegi toilet sebab first time bawak dia tak pee kan. then again, nampak toilet duduk dia tak nak pee. aduh.. pakai pampers tak nak.

kesian kan? sanggup tahan dari nak pee kat toilet duduk. kat rumah ok je. sebab kejadian tu tak berlaku kat rumah. kalau kat luar masalah sikit. how to over calmed this problem eh? kat sekolah pun no problem sebab toilet cangkung. nia yang bagitau. tu lah kisah fobia adel #1.

fobia #2 : transit smart reader
teacher nur ain, yang jaga niadel ni ada anak bujang dalam form 1 kot. so cuti sekolah dah start, anak2 teacher ni akan lepak kat transit. ok lah takde hal pun. ada 1 hari yg aku amik niadel tuh, adel nampak aku dia dah sedih cakap, "mama, adel takut hantu...' she keeps on repeating the same thing. aku cam, ish budak ni nampak ke? then according to nia (mmg reporting tak bertauliah betul ni) adel takut kat anak teacher nur ain. nia kata boy. oowhh kisah.. ok lah takpe. 

so the next day bila aku nak hantar diorg pegi sekolah pagi tuh, masuk je kereta adel dah nangis. ah sudah. kenapa kah? selalu dia lah yg paling excited. dia cakap 'adel takut abang...' hmmmm tak leh jadi ni. harus dikobarkan kepada teacher. 

mujur lah hari aku hantar tuh, principal ada and principal yg bukak pintu. turun kereta kena berdukung sampai naik tangga. tak nak bejalan. nangis & takut. then principal asked whats wrong? i told the whole story. aku tak marah, cuma aku tak nak ada unnecessary thing yg membuatkan anak aku refuse to go to school. tu je. aku nak diorg pegi sekolah tu happy.

then bila amik diorg malam tu, another teacher cerita kat aku yg anak teacher nur ain tuh sebenarnye nak main dgn adel. aku paham je. tak kan lah budak dah besar panjang nak jerkah adel. but still adel rasa takut lagi. semalam aku amik diorg (niadel) duduk kat sekolah bukan kat transit. harini pun sama. 

tadi aku naik atas nak bayar yuran, sekali aik! apsl tido kat bawah (sekolah). teacher zai kata she refuse sleep upstairs (transit) so i jaga dia kat bawah. nia pulak dok atas dgn teacher nur ain and anak dia yg adel takut tuh. aku nampak anak teacher nur ain yg adel takut tuh. ok je budak nye. adel je yg takut. pelik lah, adel bukan jenis takut kat orang. dia approachable.

tapi tu lah, tak sangka lah adel ada rasa fobia. ok kalau takut, tapi mcm drag pulak. ingat dah jadi 1 benda buruk tuh, lupa. ni dia boleh ingat. ke sebab dia dah besar kot eh? kesian adel...

aku cite panjang2 ni jangan korang tgk gambar sekeping tu je ha? hahahaha... minggu ni mmg tak banyak gambar sebab mmg tgh busy gile kat ofis.

till then...
nite!
love.... A
publish!

tgk hindustan = wajib nangis

semalam pagi lepas adik2 aku balik ke destinasi masing2, tgh hari kitorg keluar. ada date dgn shah rukh khan. aku ada request kat wan nak tgk cite ni dgn member, dia tak layan. nak tgk sorang suruh dia jaga niadel. lagi lah kan. angguk tidak, geleng pun tidak. sudahnya, moh kita tgk anak beranak. booking kat alamanda pukul 12.30. 12.30 ngam2 sampai kat GSC tuh. collect ticket and masuk, terus start. 

how was the movie?
cliche. love story. kali ni cerita cinta versi dewasa. or senang cite, versi orang dah kahwin. molek lah aku tgk dgn laki aku kan. shah rukh khan weh, apa yg tak best kalau dia belakon? jangan suruh aku review. aku kalau shah rukh khan mmg aku bias. takde yg tak best. story line dia kali ni best. unpredictable ending dia. boleh jadi itu boleh jadi ini. lagu2 dia kali ni tak semua yang best, tapi bila dah tgk movie and tengok scene dia baru rasa best. ish best lah.

aku memula macam tak suka je heroin dia. katrina kaif & anushka sharma. heroin zaman kita kan kajol, madhuri, aishwarya and so on. ni heroin generasi baru. tapi bila tgk, aku cam wow! mmg cocok lah dgn watak yg dibawa. cuma aku rasa shah rukh khan too old for romance movie. apa pun shahrukh khan kot!

did i cry?
gila tak menangis kalau tgk cite shah rukh khan ni? wajib nangis! this time around lagi parah. sebab ini adalah movie terakhir yash chopra. kenal ke sape yash chopra? dia salah seorang movie maker yang terkenal dan terbaik di bollywood. when the movie was about to release in just few days, yash ji died. he was king of romance. dilwale dulhania le jayenge, dil to pagal hai, mohabbattein and banyak lagi filam2 romantik dan box office yang beliau arahkan.

lepas habis cerita, dia tayangkan disebalik tabir movie ni, tunjuk the late yash chopra. lagi aku meroyan menangis. sedih sangat2 sebab ini movie terkahir beliau. tu pasal outing semalam,  i'm not putting any make up on. kang cair celak buruk pulak rupanya. takut laki sendiri tak sanggup nak jalan dengan bini.  gila2 sedih. keluar wayang tak habis lagi meleleh, pegi toilet sambung nangis lagi. hahahaha.. apekehey aku ni? hati tisu ye harap maklum. lagi pun rugi lah kalau tak nangis bila tgk cite hindustan kat wayang ni. bila dapat nangis tuh rasa mmg berkesan lah movie ni. rasa puas. tu aku lah. over nye aku. tapi ada mak kisah? laki mak pun tak kisah. dia geleng kepala je. hahaha..
major samar anand. korang tak cair ke? hahahah..

samar with meera (katrina kaif). samar teaching meera singing a punjab song. cantik eh dia ni. aku tak pernah tgk dia berlakon. ada 1 lagu dia dia menari, terlopong lah aku. bukan sebab sexy tapi sebab awesome. kena pulak dgn SRK lagi lah pergh!! nasib lah berlakon dgn SRK, tidak kalu, sampai kesudah aku tak tgk dia berlakon.

major samar anand with akira rai (anushka sharma). akira is a journalist who works with national geographic is currently doing a documentary on major samar anand. suka gila tgk karakter dia dalam ni. rasa kalau dapat anak esok nak letak nama akira. sungguh lah dah terpengaruh.

and... SRK broke his own rule in this movie. apa dia? tak mo bagitau aci? aarghhh tak suka!

balik rumah petang. malam tu ada pulak cite ombak rindu kat tv. haa sambung menangis aku. carry forward dari cite hindustan tadi. mmg hari menangis lah aku semalam. sampai pedih2 mata menangis.

moral of the story (Jab Tak Hai Jaan) :
kalau kita sendiri tak gembira, bagaimana kita nak menggembirakan orang lain? maka, make ourselves happy than only we can make other people surround us happy...

 last but not least, pandangan dari tempat aku sedang update blog. kena tunggu sampai budak be-2 ni tido. tapi ni dok bergurau senda lagi. maka, siap 1 entry nih.

nite!
publish!

ok, aku nak boikot...

edited entry : sorry sangat sebab bagi wrong info. thanks to bihah for giving me the latest info product that supported by Israel. shame on me for sharing wrong info with you guys. thanks alot dik!

aku rasa aku lah orang paling tak amik port pasal keadaan semasa. i don't read newspaper. i don't pgoogle on current issue. i'm not watching buletin utama. sungguh aku tak tipu. aku je ke gitu or korang pun sama? senang cite tak berminat nak amik port pasal berita semasa lah. aku dok mengirakan hal aku, anak- anak aku, kerja aku dgn family aku. thats it. tu pun dah rasa mcm sesak, apa lagi nak ngirakan hal dunia luar. tapi kan, rasa terkesan pulak apa yang berlaku di GAZA. after reading all the tweets about what happen in GAZA currently, sedih nya. dunia nak kiamat. so was thinking, apa yang boleh aku buat selain dari berdoa & menderma? aku boleh starts with this. tak sangka sebenarnye sebab aku ni kategori urban lah jugak. self proclaimed you. tapi hati kecil aku sedih dgn apa yang berlaku di GAZA sekarang. apa aku bole mulakan?

coca cola, fanta, sprite  - minum air kosong je.
maggi - ok, semalam punya asam laksa will be my last maggi
marks & spencer, Calvin Klien - tah aku tak pakai branded2 sangat nih.
Timberland - bata sudah
arsenal - ???? camne ke nak boikot tuh??
Nokia - Apple dihati. 
Ambi Pur - ada 1 brand kat AEON ni, mula dari F wangi gila. 
kotex - moh libress lepas ni
Disney - mak duta poney ;)
Nestle - alamak, niadel minum susu Dutch Lady lah. kena tukar ni bang.
20th Century Fox - kita tgk grand brilliance je lepas ni istanbul, aku datang. :)
Time - majalah mingguan wanita sudah
Starbucks - alamak, frappucino chocolate cream chip dia adalah among the best compare to other chocolate ice blended. ok, choco forest j.co je lepas ni.
mcD - masak sendiri je lepas ni. (katanya!)
Levi's - ermmm... ok, tak beli dah lepas ni.
johnson & johnson - ok, kita switch to carrie junior. wangi gak tau, aku pakai aufa punya masa balik kampung.
loreal, garnier - i pakai nutox. nak kulit sama macam fazura, katanya.
carrefour - AEON dihati
revlon & maybelline - i pakai MAC. tapi kena pakai safi lah kot lepas ni ye.
Huggies - Adel drypers
The Sun - Tak baca paper pong
Gap - gap kids boleh kan? :p

 and the list continue...

"LETS PRAY FOR GAZA.... :(("

maggie asam laksa

hi! i was supposed to update blog last nite. in fact mmg tu lah time aku update blog. sebelum tido. end up aku pegi catch up balik grey's anatomy. 4 episode tercicir. sudahnya tido kul 2.30 pagi. bangun subuh, weng! so semalam punya activity same like previous week. lepak rumah. misi sabtu menghabiskan stok daging kurban. dah masuk Muharram, ada lagi bongkah2 daging dalam fridge.

ada budak happy sebab dah pandai join the dot tulis huruf. lepas tu tak habis2 puji diri sendiri. 'mama, adel pandai..'

i cooked this for lunch / dinner. aku nak makan lala tapi cari kat pasar mini kat area sekolah niadel takde pulak, malas pulak nak ke pasar borong. teringin nak makan lala. nanti cari. cantik nye telur dadar aku atas pinggan corelle. tak gitu? puiiii!!!!! elok je sudah makan, hujan pulak. apa lagi, memngukur katil lah. 

pukul 6 mandikan niadel. DVD session pulak. wan ajak pegi tasik kat cyberjaya. tak bergerak pulak aku. sedap duduk rumah. 
 
malamnya, uncle niadel datang. apa lagi, bising lah budak2 ni teruja. nak tgk AIM pun tak aman. aku ada rekod tapi bila nak tgk balik performance muara hati tak leh tgk. apsl eh? silap tekan ke? rasa betul dah tekan R tuh. ish..

adik2 aku siap bawak buah tangan lagi. sungguh tak boleh blah. kerana membaca review aku yg best tu agak nye pasal cerita istanbul, aku datang tu, membuatkan adik2 aku pergi tgk cite ni. and lagi over dari aku sampai boleh tgk 2 kali. tu dapat buah tangan maggi asam laksa ni. yang tak tgk lagi cite ni, tak tau kot whats up with this maggie asam laksa kan? tak nak jadi spoiler untuk yang plan akan tgk cite ni kat wayang.. so aku tak cite.

ni keje aku malam tadi. layan grey's anatomy. the one and only tv series that i watch currently.

pagi tadi terus je buat maggie asam laksa. terliur2 pulak bila tgk nye. lama gila tak makan. sesekali makan maggie layan gak kan? betul lah rasa kosong je meja aku ni. table runner pulak lepas ni ye bed? kahhhhhh tensi wan. lepas satu, satu...

Love... A...
Publish!

corelle ku

bad day today for me. macam2 insiden. punca nya aku sakit kepala. dari malam tadi. tak cukup tido ke, sakit kepala nengok pe'el niadel ke. aku pun tak sure. tambah pulak dengan kerja office yang macam2. dikejar dateline oleh boss. makan actifast tak jalan jugak. ish apehal tah. lepas tu mak call ingat nak ajak sembang it turn out to be aku macam tinggi suara pulak. dang! there goes my day. jadi lagi tah apa2. sorry mak, tak sengaja sangat.

tengah hari tak join kaum hawa jimba- jimba. terus je ke gombak. yeay, my corelle set, come to mama. traffic tak heavy langsung. jalan lengang. setengah jam je dah sampai tempat nak collect. excited gile tak tau nak kata. bak kata jiey, mmg sekarang dah very the tahap mak2. dah amik, terus je balik ke office. belum keluar taman perumahan tuh, sebab lalu banyak bumper, aku letak corelle kat seat belakang.

kiri :
aku placing kan corelle aku kat seat belakang.







kanan :
tiba- tiba aku lalu satu bumper ni, gedegang! 1 kotak jatuh kebawah. YA ALLAH!!!

tak dan dan berenti tepi jalan. celah bedah mana tah masa tu tak kira. aku mmg dengar dah bederai dah dalam kotak tuh. cuak 18 dah aku. shaking gila. macam2 lah dalam kepala ni. order punya lah lama. sabar menunggu sampai stok sampai kat malaysia. ada lebih kurang 3 bulan kot. patut nak pakai masa raya. tapi sebab ni new design, aku sabar menunggu. sekali boleh pecah macam tu je.

terus bukak, and check satu- satu. yaAllah macam tak percaya je elok je semua. takde yang pecah. sepengetahuan aku corelle set ni jenis nipis. tah aku pegang tu ringan je. macam jatuh sikit confirm pecah. sumpah aku dengar bunyi kaca bederai dalam kotak. rupanya pinggan mangkuk tu berlaga dalam kotak. yaAllah lega sungguh masa tuh.

then i saw this label on the box. and baru aku tau corelle ni susah nak pecah. kisah nye. kira aku dah try test run berani mati lah. mmg betul tak pecah. balik office masih menggigil lagi ha. mcm tak percaya. barang fragile yang paling aku tunggu boleh aku lakukan macam tu je. balik office macam bengong2 masih tak percaya je lagi. rilek2 je. balik rumah baru menggelupur memunggah balik.

design yang menjadi pilihan. wan mmg nak square design. konsep rumah kan square. maka pinggan mangkuk pun konsep square juge. dan2 berkonsep kan.

hi corelle. welcome home. perasaan dapat berpinggan mangkuk idaman hati ni macam dapat anak baru je. bagi lah mak chance excited. mak tak penah beli pinggan mangkuk. pinggan mangkuk yang sedia ada semua wedding present. terus simpan pinggan mangkuk lama kat kabinet paling atas sekali.

suka weh!
nite!
publish!

tak kemana

assalamualaikum. buat apa korang? dah mandi? dah solat? dah makan? aku semua2 sudah. tido je belum ni. mata tak boleh nak lelap. cuti oi, rugi tak tido siang. seperti yang dirancang mmg harini tak kemana. housekeeping sahaja.

sarapan. dah lama tak makan nasi lemak dabur bonda kat area rumah kitorg. makan sebungkus tak cukup. wajib makan 2 bungkus. wan kalau makan nasi lemak, wajib ada telur goyang inul namanya. kembang tekak aku nengoknye.

sebelum housekeeping.

kerja- kerja housekeeping sedang dijalankan oleh papa. sementara mata aku ni rasa dah nak katup je. tu lah bahaya makan nasi lemak pagi2, mesti mengantuk. sambil layan citer kuch2 hota hai. semalam bukan tgk sampai habis pun. tak menahan mengantuk yang amat. ni tgk balik.

lepas tu sessi masak2 bersama anak2. ha kelass adel,  potong bawang sambil meniarap. boleh?

kalau lah aku dah amik corelle set aku tuh, sure nampak lagi sedap nasi ayam aku ni kan? hahahah.. correlle set aku dah ready for collection. tapi aku belum berkesempatan nak amik lagi. tgk lah next week macam mana. this week mmg tak dan. 

 dah kenyang, yeay! sekarang niadel tgh tido. 

on tv, sekali ada cerita beto kusyairy lah. bagai orang mengantuk disorong kan bantal. mmg dah lama nak tgk cerita ni tapi tak jumpa pun kat youtube. nak dowload tak reti. dah kekenyangan, takde benda nak buat moh layan cerita ni. later!

publish!

Salam Maal Hijrah & Happy Birthday Mak

bercinta nak update. mata dah ngantuk gila2. tapi tv tayang cite kuch2 hota hai pulak. iklan je tukar Armageddon. esok cuti maka tahan kan mata ni. so, cite harini takde yang best. takde yang best tapi kau update jugak kan. pagi2 masa tgh besiap dapat SMS yang membuatkan aku senyum lah jugak.

awal bebeno msg nye. biasa aku hantar niadel pukul 8. ni pukul 7 teacher dah msg tanya. ingatkan transit tutup ke apa rupanya teacher rindu niadel. comel disitu. and glad to know that diorang senang dengan niadel. moga ianya kekal sampai bila- bila.

lewat sikit hanta pagi ni. biasa pukul 8 pagi dah sampai school. ni tadi dalam 8.30 pagi gitu. liat betul nak bangun. subuh gajah duduk tadi. slow2 iron baju and bersiap. niadel kalau tak kejut, tak bangun lagi agaknya. harini first day hantar adel ke sekolah tak berpampers. aku lebihkan baju basahan incase kalau dia ter-pee. and aku pesan kat teacher kalau adel pee just pakai kan pampers sebab aku tak nak susahkan diorang. and aku bagi changing matt sekali alas tido.

sampai ofis ngam2 pukul 9. letak bag, osman ajak sarapan sama kat mamak. tetiba tekak teringin nak makan maggie kari a.k.a maggie soup mengikut term mamak. sekali sekala pekena maggie soup mamak best eh?

sambil makan tuh, sambil on the phone dgn mak. harini hari lahir mak kitorg yang ke 55 tahun. nak SMS / whatsapp dah habis ayat yg puitis2 nak reka. maka kita call saja. sempat lah sembang bertopik2. masuk office, kerja, sembang, kerja, sembang, masalah, tak leh handle, stress, amik bag, kunci kereta, lunch time cabut lari. 

pegi jusco balakong nak cari birthday card mak. konon nak pegi memory lane tu yang tak pegi mines. tapinya jusco pun nan ado memory lane. tu jusco equine. silap jusco daa.. sepatutnya afdal post on monday so boleh sampai on mak's birth date tapi mmg tak sempat sangat nak mencari, baru nak beli and dah pos pun tadi. ingat nak pos kat post office dalam jusco tapi turn nye bapak panjang. so balik office pakai account office je lah. jumaat mak boleh dapat kot.

boss aku whatsapp ni kat group. aku pun reply. boleh balik awal ke boss? sebab maghrib sekarang awal. takut tak sempat. dalam kepala ni dok ingat kena baca yasin 3 kali tuh. silap lagi daa.. hehehe..  so dah baca siap2 kat office. tahun baru, banyak azam yang nak dilunaskan. moga aku boleh maintain all the momentum terhadap2 azam2 yang aku nak laksanakan. amin... 

dekat nak balik tuh boleh pulak guruh bedentum. pukul 6, office dah kosong lepak jap kat mamak. pekena milo panas sebelum balik.

wan call ajak keluar beli barang dapur balik keje kang. ni ondway balik rumah amik niadel motif gambar? kalau hujan kan bila tekan pedal tu kalau pakai kasut mesti ada mengeluarkan bunyi yang ngilu. aku ngilu terhadap bunyi2 itu. maka terpaksa menanggalkan selipar. gila kekok drive tak pakai kasut. dulu masa memula belajar bawak kereta nak pakai kasut tak berani. la ni tebalik pulak.
amik niadel terus tanya teacher adel pakai pampers tak? teacher kata tak. wah, happy! setakat ini ye. balik rumah. then keluar balik pegi jusco. beli groceries sikit sebab esok plan nya nak duduk rumah je. so kena lah masak2. siap bawang segala pun dah habis. top up lak apa yang patut. style aku beli time nak masak. kalau rasa nak masak tu, time tu beli. tak penah buat stok sebab kadang kalau buat stok, dah jadi tak rajin nak masak or tak berkesempatan nak masak or penat nak memasak. so apa aku nak masak, time tu beli. singgah lah kedai mana beli barang sikit2.

gambar ini budak 2 orang wajib letak.  dah settle, terus je balik rumah. tak dinner kat luar pun. makan je lah apa yang ada kat rumah.

settle semua2, on tv, ada pulak cerita menarik ditayangkan serentak. sejak ada PVR ni, jakun.com lah sikit. semua benda nak rekod. and baru tau boleh rekod 2 cite je dalam masa yang sama. kalau tgk rekod, boleh tukar channel 2 tu je. aku di dalam dilema tak tau nak rekod cite apa.  sebab adam&hawa banyak ulangan tak rekod tuh. rekod my all time favorite movies kuch kuch hota hai & armageddon. yang mana kalau tgk cerita ni confirm merembes rembes ayor mata keluar. tapi ni ayor mata tgh keluar jugak. ayor mata pedih tahan ngantuk. sanggup!

cerita adel tak pakai pampers tak habis lagi, tadi dia nak berak, cam biasa ada lah port kegemaran di bucu meja makan. dia nak berdiri je situ berak tak nak masuk toilet. bila aku letak kat toilet bowl melalak2, end up pakai kan pampers. and tak berak pun. ni terus tido. takpe adel, pertama kali nak berak kat toilet mmg amik masa nak biasakan diri. mama paham. :) esok cuba lagi ye.

tengah2 tgk tv, adik aku tweet birthday celebration mak kat lumut. tradisi birthday mesti ada cake & belanja makan. suka wording kat cake tu. simple je tapi penuh makna. we love you forever mak! *idea sape tu weh?* adik2 aku semua ada kat rumah. yang dah bekeluarga ni je takde. hope mak happy selalu.  cake perasaan turkish indulgence. bak kata ainal amik feeling #Istanbulakudatang. sungguh tak boleh blah!

ok, sekian ceritera aku untuk hari ini. ada sorang ni bagitau aku, sakan betul ko update blog sekarang. ape kes? serious takde apa2. momentum tengah naik, gini lah. esok lusa tak tentu lagi untung nasib blog ni lagi. SELAMAT TAHUN BARU & SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA...

till then! aiyoh, adel dah bangun. pukul bape lak nak tido balik ni???
nite!
publish!

yukids island, borders, tony roma's - the curve

hoi panas hati aku nih. panas hati ajar anak. hahahaha... abaikan. dah janji nak cerita hari2 kan? lets! lepas subuh dah tak boleh nak tido. baik mak, apak mahupun anak2. wan ajak pegi jogging. aduh, tak set dalam kepala kalau kena jogging adhoc ni. so kena lah fikir apa nak buat harini. tanya member2. then datang lah idea nak ke yukids island kat the curve tuh. dah lama tgk / survey pasal yukids ni tapi tak terpegi sebab kena bayar kot. jujur :) tapi ni sebab dah kesian sangat kat niadel, pegi lah jugak.so terus je bersiap pagi tuh. keluar awal, sarapan dulu kat mamak then terus ke the curve. awal lah jugak kitorg keluar. dalam kul 10 lebih dah sampai the curve.

nia camwhore sendiri. budak2 ni kalau keluar rumah mmg berlipstick. tu pakai lipstick lah tuh. nude color. cap revlon lagi. dah jadi diorang punya dah. hari2 tak penah missed ber gincu, perfume. aku makan mee goreng mamak, papa makan nasi lemak, niadel roti kosong. then baru boleh main dengan selesa perut dah kenyang.

perjalanan diteruskan. sekali sangkut kat pekan cina. jem luar biasa. raya / cuti kot eh tu ramai outing. cuak jap sebab lambang minyak kat dashboard dah menyala. riso kot kena tolak kete je kang. tak penah dibuat aku kes minyak habis ni. benda last lah nak dielakkan sebab boleh mendatangkan kerisauan. mujur sempat. ye tau ada lagi dalam RM10 ke hapa, but still, lampu minyak dah menyala kot!

awal pagi sangat bangun, terlena dalam kereta. jadi cuak mama. sebab ni first time outing diaper-less. takut kang ter-pee lak. asyik lah kejut panggil nama dia tapi dia lena tido. mujur lah takde berlaku kebocoran. sampai je terus naik tingkat 2 kat the curve. sebelah reject shop.

dah sampai. kitorg antara yang terawal gak sampai. so mmg lengang lagi. masuk sini kena pakai stokin. so kena bawak lah siap-siap. no socks, no entry katanya.

admission fee. mahal lah pada aku. sekali sekala pegi ok lah. nasib baik for guardian free. kalau kena bayar, lalu depan yukids je lah kita ye. parents pun kena pakai socks gak ye.

niadel banyak main dalam ni. terjun dari entrance ke bawah. gerun aku tgk nye. ni time tak ramai orang lagi. lewat petang, kalau terjun mmg boleh berlaga lah. bahaya je tgk.

 nia lah banyak habis kan masa kat sini. melompat sepuas hati. enjoy betul. kalau lah mama boleh lompat jugak, mama join sekali sebab macam boleh release tensi je.

ni pun jadi port adel. main slide kat sini. cute2 je tgk game dalam ni.

bila masing2 dah mintak susu maknanya dah surrender la jap tuh. sebab dah tengah hari, lapar lah pulak. so keluar pegi lunch jap. boleh keluar masuk as long sticker kat baju anak2 kita tu telekat. kalau dah takde sticker maknanya bayar lah balik kalau nak masuk or tak boleh nak masuk lagi. 
 skang tengah year end sale. GF hush puppies buat sale. aku tgk dari atas je. wan yang pegi sementara aku tunggu niadel. macam banyak je choices tuh.
masuk metrojaya jap ingat nak cari hadiah untuk newborn. sekali baby nye dah balik ganu bepantang. pusing2 nampak kasut sekolah angrybird ni. anak korang yang nak masuk sekolah boleh lah belikan. comel kot. hehehe.. RM35 je. esok nia masuk dajah 1 mama beli kasut angrybird ni. bukan minat angrybird tapi macam cool lah pulak kan. 

nampak borders, masuk borders. nak cari buku untuk niadel. banyak choice jugak eh dalam ni. tak penah kot masuk borders ni sebab takde dalam kawasan.

sampai terduduk lah sebab nak cari buku yang sesuai dengan apa yang dia belajar and sesuai dengan umur dia. masalah nia ni dia boleh habiskan buat exercise kat 1-1 buku dalam masa sehari dua. kalau macam buku kumon yg tebal tuh tak sampai seminggu settle kot. macam yang ramai orang dah tau dia suka buat exercise tapi dia stok yang nak cepat habis.  bila nak cepat habis and certain books tu dia tak belajar lagi dia paksa lah mama nya ajar. mama nya pulak jenis tak reti mengajar. so sebab nak cepat dia tanya mama each questions. tu yg mama dia tgh tension ni. ni ha tgh tension la ni. mana nak tgk adam&hawa ni ha. mana nak update blog. mana nak mengirakan dia lagi. stress2! anak nak belajar pun stress ye. apa punya mak aku ni.

yang sebelah tu hanya menempel semata- mata. suka kan buku hanya kerana gambar didalam buku.
 cozy dalam ni. kalau lah borders ni ada kat jusco equine ke, tak yah pegi perpustakaan negara.

ok, buku2 ni sangat menarik. ada pakej pulak tuh. 5 buku dalam 1 pek hanya RM11.90. kalau pegi legoland 1 kotak lego boleh habis beratus, dengan buku kau nak kedekut? sila jangan, semua buku kat atas ni keluaran Green Tea Publications. kalau yang berminat nak cari. dah dapat buku, ronda2 lagi sikit sebelum pegi lunch. 

kiosk AJ bawal. tak dan nak menjenguk. boss dah jeling. siap sound. tu esok nak pegi kelantan bukan nak beli tudung bawal gak ke? baek!
lalu depan BR. ada hanis zalikha dalam tuh. baca kat twitter. konon nak masuk lah amik free 1 scoop of ice cream. rupanya kena like and vote dia kat fb which benda tu tak boleh buat via phone. gitu. so tgk dari luar je lah dan berlalu pergi.
nice... asalnya nak lunch kat bubba sekali bubba penuh. so ke tony roma's kita kat e@curve
tony roma's pun full kat dalam. kat luar je ada tempat. so ok je duduk kat luar. syok gak. sebab baru je lepas hujan. sementara kat tony roma's ni je, siap 1 buku dia buat. kitorg makan dgn aman dan sentosa nya sampai tersandar kekenyangan.
dah kenyang, masuk balik kat yukids ni. time ni orang dah makin ramai.
lepak kat area ni pulak

princess castle in the making. sebelah tu papa nya buat. macam tu je rupa nya? tgk nia punya tu ha. :p

hasilnya...  bukan dia buat semua ni. kolaborasi dgn papanya. lepas tu suruh mama duduk situ jaga castle dia sementara dia pegi main lagi. sabajelah

last pose sebelum balik. ok lah dalam ni. niadel enjoy. kitorg yg sangap. untuk budak besar niadel ni sesuai lah bawak. kalau kata dah 6 tahun ke atas tuh macam tak sesuai sebab dalam ni utk toddler gitu. utk toddler they surely will enjoy. utk parents yg nak kena melanguk tunggu sila bawak ipad/tab or charger hp utk surfing. wifi disediakan. stokin jangan lupa.

ondway back home. adel dah pengsan dulu. kakak dia tak reti2 penat. sambung habiskan lagi 1 buku. belum sampai rumah 2 buku dah siap. aku cite ni bukan nak cakap anak aku rajin ke pandai ke apa. kalau pandai semua subjek dapat 100%. ni tak pun. cuma nak tunjuk kat dia kalau besar esok dia malas belajar, tunjuk balik entry ni, dulu masa kecik rajin je tau, so besar pun kena lah maintain rajin buat revision. haa gitu lah. sampai rumah ingat kan tido terus, ni tak tido2 lagi. tak aman nak tgk adam&hawa. ni tgh tgk don 2 abe shah rukh belakon. kul bape nak tido anak2 oi. oh oh and, adel punya misi diaper-less masa outing harini success! tapi aku jenuh pegi toilet lah. lepas sorang2. minah toilet tu siap dah kenal kitorg. kalau tak nia, adel, kalau tak adel, aku. haaa kau!

ok pembaca2 sekalian, aku nak solat, nak siap barang anak2 nak sekolah esok, nak kerah anak2 tido and tgk balik adam&hawa tadi kalau mata mampu bertahan.

nite!
publish!
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in