adel nak pegi tulah (sekolah)

pagi tadi drama kat depan taska bila adel tak nak turun. dia nak pegi sekolah (SRK). cite nye dari sebelum cuti raya dok ulang alik ke situ uruskan pasal pendaftaran adel. semalam pun sama gak. ke SRK dulu sebelum ke taska. punya teruja dia. naik tangga kat dinding tangga kan ada hiasan mural ABC dengan 123. sambil naik tangga dok baca ABC. menunjukkan keterujaan dia. yang kakak nye pulak, tertarik tarik tak nak pegi sekolah. seronok cuti lama. kalau tanya dia bape lama nia cuti? dia akan jawab ribu hari dengan gembira nya. nia bukan tak suka sekolah cuma dia takut dengan teacher- teacher kat situ. bila takut maka dengar arahan. bila dengar arahan maka akan buat.

contoh kat rumah, dia akan ingat semua benda yang teacher dia suruh dia buat, kalau tak buat dia cakap nanti teacher marah. contoh nya kalau dengar dia eja fourteen haritu dia cakap teacher shanta suruh eja sampai 10 kali. dia pun dok lah eja sampai 10 kali so cepat hafal. kira kat rumah bukan depan teacher pun dia buat. elok gitu kot. tapi dari pandangan lain nya aku takut nanti dia refuse to go to school. tapi so far tak de nampak tanda- tanda dia tak nak pegi school.

kenapa aku cakap gitu? sebab nia tak bagi adel pegi school. nia kata adel kecik lagi, adel tak pandai. jenuh cakap wei. silap- silap esok nampak adel pakai baju sekolah dia marah kata dia punya. tak bagi naik van ke. haru jugak tuh. semalam lepas je selesai urusan kat SRK, teacher cakap kat adel, 'ok rihana, see you on monday!' nia agaknya cam absorb apa yang teacher zai tu cakap, malam tadi lepas amik diorg kat taska, nia mintak sekolah pagi tak nak sekolah petang sama adel. bole gitu? gitu sekali tak mau bagi adel pegi sekolah.

yang adel pulak, sangatlah excited nak pegi school. sampai pagi tadi meraung tak nak turun. mama kena ayat bagitau 'mama kena amik baju adel kat school dulu. nanti adel pakai baju sekolah ok baru boleh pegi school'. baru dia kesat air mata nak turun kereta. 

drama betul anak- anak den ni. sorang teruja nak pegi sekolah. sorang lagi tak nak bagi adik dia pegi sekolah. kita tengok hari isnin ni macam mana rupanya nanti. aku time off kejap nak hantar adel and tengok keadaan nya. aku tak risau bab menangis. sebab nampak dia teruja. but who knows kan. nantikan laporan penuh hari pertama adel ke sekolah pada hari isnin depan. adakah akan macam kakak dia? for the record, nia dulu amik masa 6 bulan nak settle down. 6 bulan banjir bila pegi sekolah. sikit- sikit nangis. sikit- sikit nangis. that is why we decided to send adel early. takut sejarah berulang.

dan faktor lain hantar adel awal bila kitorg nampak dia dah ready. bila kakak dia tgh buat homework dia pun nak amik buku dgn pencil color. then verangan konon tulis A for apple katanya. C ke cat. lepas tu puji diri sendiri 'adel pandai!' gitu. kalau dah siap color / tulis, konon siap lah kan. mesti dia pun cakap 'mama, adel finish' ikut mentor nya jugak. ni gambar malam tadi. tapi masa ni bukan tgh tgk kakak dia buat homework. dia cari buku sendiri. mentor dia tgh buat apa?

mentor dia dah lena. pelajaran makin tough ye nia. hahahaha...

cobaan mengambil family photo

7 Syawal, baru lah berkesempatan amik gambar the whole family belah family aku. kebetulan semua ada. aku rasa ni je lah kot kitorg berkesempatan berjumpa semua time raya. next year, yg dah kawen akan rotate balik. so lepas makan tengah hari, semua dikerah salin baju raya semata- mata nak photoshoot. panas- panas rembang.

placing dulu

tetibe aufa mengamuk

hantar aufa kat babah nye pulak.

aufa mengamuk lagi. 

aufa dah bertenang. photographer tak sudah- sudah lagi setting nya. dasar speedlight cap ayam betul

and finally! tu pun aufa mengamuk dah. kesian aufa. bukan senang kita nak gather gini tau. mmg cabaran nak photoshoot ni. akhirnya berjaya capture semua. tah bila tahun lagi nak gather semua. tunggu kalau adik aku kahwin je nanti. abang daing bawak bersabar je lah melayan pe'el kami ni. laki aku dah masak. maka layankan aje. hahahah... 

yang penting..... apak den maintain je dari gambar 1 sampai last. pedulik keadaan sekeliling janji senyum. cayalah ayah!

yang lucu di pagi raya

dah berjaya view semua photo dari 1 syawal sampai 8 syawal sepanjang berada di kampung halaman. antara yang lucu untuk dikongsikan adalah insiden pagi raya masa kat kampung belah apak mertua aku. apa yang berlaku?

langkah kanan sesampai sahaja di rumah tok embun, 1 tong nasi tomato terhidang.

yang lucu nya bila adel nak makan nasi, dia mintak sudu takde. sudu tak sampai lagi. dia pegi amik senduk nasi makan nasi.

haa gitu sekali tau! lapar sangat ke adel?

anak dara sapa la ni???

senduk nak sama besar dengan piring tu ha.

hanya kerana tabung

semalam ada urusan kat RHB bank, tgh dok kat counter tuh, officer tu approach aku taknak bukak rhb junior saving untuk anak2 ke? aku tanya, apa benefit dia kak? dia kata jap eh! dia masuk dalam keluar balik tunjuk tabung comel ni.

comel kan? dapat giraffe teddy kecik dgn tabung. tabung pun ergonomik. tempat bukak dia pun senang nak handle unlike tabung- tabung yang lain. tak fikir panjang terus sign up. hahahah... mmg hanya kerana tabung. nak daftar akaun letak sehengget je. mmg aku letak seringgit je. hahaaha... wan geleng kepala je lah. miang nak bukak akaun anak banyak- banyak. 

gambar selingan yang sempat di insta kan malam tadi. nak bagitau yang aku suka gila meja kecik tu. meja laptop. nia nak guna buat homework pun boleh. portable. sape yang berminat boleh dapatkan di ikea dengan harga RM59. kalau tak silap lah.

gambar selingan lagi. molek na si adel tgk upin ipin lagu tuh. gitu sekali menengok nya. big bean idaman dah ada dalam rumah. mmg duduk / tido tak nak bangun lah. dah anak2 aku jadi tempat melompat dgn main slide. tu duduk pun sampai macam tu sekali.

note : baru nak view gambar raya..

how my kids enjoy their raya

assalamualaikum readers. alhamdulillah, dah seminggu kita berada dibulan Syawal. kitorg selamat sampai rumah pagi tadi jam 2 pagi. semuanya selamat dan sihat walafiat. honeymoon is over. now back to normal routine. kitorang dah ada sini, roger aku kalau nak datang beraya okeh!

raya tahun ni kitorg dapat gather 1 family. baik di kedah mahupun diperak. perak lah yg susahnya nak gather. so mmg seronok. sederhana tapi meriah. nak jugak quote tu kan. :p nia dgn adel lah yang paling enjoy raya tahun ni. sebab masing- masing dah faham apa tu raya. asal orang keluar rumah je nak ikut. uncle2 diorang keluar pegi raya rumah member diorg pun diorg ikut. mmg semangat raya betul. opah keluar pegi pasar pun nak ikut sebab ingat nak pegi beraya.

ye lah, raya is all about mengeratkan selaturrahim. masa raya ni lah jugak kita nak menjenguk saudara mara dengan sahabat handai. so mmg anak- anak aku paham lah apa itu raya, selain dari berbaju baru.

bukan kata keluar je nak pakai baju raya, duduk rumah, nak pakai baju tido pun mintak pakai baju raya. so lesson learned. next year stock up baju kurung lebih sikit untuk anak- anak.

enjoy few photos of niadel di pagi raya. more stories coming up next.aku sebenarnya sedang mencari method yang paling best untuk cerita pasal Syawal kalini. ewah poyonya kau ni.

bersalam bagai ye. 30saat lepas tu gaduh balik.

video kat bawah ni papa sempat rekod petang semalam nia enjoy nyanyi lagu anuar zain, suasana hari raya. ni lah lagu raya pertama yang nia tau. selalu dengar upin ipin nyanyi katakan.

 updated entry. boleh view tak?

menjelang aidilfitri

ASSALAMUALAIKUM.... tadi kat maybank i was approached by 1 officer. dia kata 'eh, hi! kenapa dah lama tak update blog?' keranamu i update ni ye. dari sehari ke sehari nak update tak terupdate. apa kau sibuk kan ha? aku rasa sejak niadel ni besar, aku jadi makin penat. 2-2 dah berakal, so macam- macam kerenah nak kena hadap. kat office, cam biasa lah, kerja. kat rumah pulak, time tido pun aku kena lanyak dgn anak- anak aku. especially adel. korang tau tak adel suka duduk atas mama dia? purposely. baring mesti nak berbantalkan mama dia. kalau duduk bontot tu mesti nak beralaskan mama dia jugak. nia pulak, bila tgk adik dia menyendeng kat mama, dia pun join sekaki melenyek mama dia. up to the extend aku kena berdiri tgk tv kalau nak focus 1-1 cerita tu. tapi takpelah, atleast mama tau, anak2 mama sayang mama. :)

so, pejam celik, Ramadhan dah towards the end dah. aku rasa bulan Ramadhan tahun ni memberi banyak benefit kat aku. terutama dari segi pengurusan masa. by hook or by crook i have to get up at 5am nak bersahur. kalau tido balik lepas sahur, mmg mencari nahas lah. so lepas sahur, subuh, siapkan barang budak2, iron baju, bersiap dan keluar rumah awal.  makan mesti time maghrib. solat, lepas isyak dah settle down. so semuanya organized kan? mmg best lah. harap aku boleh kekal momentum disiplin macam ni sampai bila2. yolah! raya esok, setan dah keluar balik, mata ni asyik nak katup je kan.

bulan puasa ni berkesempatan berpuasa kat both kampung. perak dgn kedah. so rasa cam complete je ramadhan kali ni. balik kedah pun adhoc masa cuti nuzul Quran haritu. next  year boleh buat lagi boleh masuk dalam schedule.

 ondway balik kedah. adel yang tak pandai buat peace lagi. huhu..

for the record, bulan puasa tahun ni ada lah dalam 3 kali je berbuka kat luar. sebab mood dok rumah baru kot eh? tu pun sebab ada event. tidak kalu, cukup 30 hari buka kat rumah je.

ni lah first debut kitorg berbuka kat luar. kat TGIF alamanda. pegi sini tak ingat sebab apa. bukan nak shopping raya pun.

peminat makanan western. mmg tak toleh kiri kanan lah. berbuka time ni mmg aman sentosa je. diorg behave. sebab lama tak keluar kot.

ni second time. kat intai2. buka puasa ofis.

lagi nak cerita apa eh? haritu 10 august, birthday wan. boleh tak aku tak ingat bday dia? few days earlier ada ayah aku msg aku tanya bila bday wan, aku dgn confident beruk reply 12aug. so cam rilek2 je lah. actually takde plan nak bagi apa- apa. tunggu haritu then wish je lah. sekali masa tu dah kul 12 mlm, 10aug, member tu yang tanya taknak wish dia ke? adoi, how on earth i can forgot my husband's bday? bengong betul. 12aug tu pulak bday bestfren aku ita. confuse sudah. so the next day aku singgah BR alamanda beli kek. aku yang teringin. 

he's 30! tua dah. bulan depan turn aku lak masuk 3series.

nia tido time buka ni. so adel la yg potong.

 ha ini jadinya kek bila dah selesai. any takers? hehehe..

ok, persiapan raya. actually kitorang baru je start beli baju raya anak2 last week. dari sabtu lepas, bawak ke ahad, isnin, selasa, ni tatau malam ni nak keluar ke tak. dari takde apa, sekarang dah almost complete. memula cuak gak, baju raya pertama pun takde lagi. jenuh gak nak cari yang matching anak beranak. mujur ada. in fact banyak lagi untuk family yg nak sedondon dipagi raya. so lega banyak disitu. kira dah complete semua lah. dari baju, kasut, kuih raya, duit raya, kereta. cuma esok nak gi klinik amik stok ubat. 

 kereta dah siap service semalam. then cuci luar dalam. basuh seat sekali. feeling2 macam bawak kereta baru lah konon.

kuih raya tahun ni tak serabut2 beli last minute. awal2 dah order kat elya cookies. baru dapat last weekend. dia buat 4 jenis je. so aku beli 3 set untuk 2 kampung and untuk rumah ni. 

order extra famous amos ni. memula nak bagi kat pengasuh niadel. tapi aku tukar fikiran. tahun ni aku nak bagi kat teacher nia. pengasuh bagi duit raya je nanti. mmg cuku sifat lah chocolate chip dia ni. 1 balang dah selesey kitorg balun. nasib lah request untuk hantar lambat. tidak kalu, tak dan raya.

baju raya kami2. tunggu masuk bag je nanti. memula plannya wan nak pakai baju melayu recycle je. sekali bila dia tgk 3beranak manis bersedondon kat fitting room, dia pun terjebak beli jugak. mujur ada size and mmg ngam2 ikut size. so kita bole pakai brand tu je every year. korang yg hari2 mengukur alamanda  kalau tgk baju raya kitorg mmg tau lah cap apa kitorg beli.

sakan betul tahun ni. baik anak, mak pak semua ada kasut raya. tak penah dibuat. actually tahun ni nia dah faham pasal raya. sebelum shopping raya dia dok tanya banyak kali bila kita nak beli baju raya. dia nak baju raya pink, kasut raya pink, siap nak subang pink, spek pink. semua pink belaka. subang tu tak tahan. mmg pengaruh kawan- kawan betul makcik tu. nyaris je nak ditindikkan. tapi bila fikir balik, tak payah lah. kena jenis telinga mcm aku, bernanah bila pakai subang, tak ke haru. so mmg preparation lebih untuk anak2. 

macam adel, dia takde perasaan sangat. jenuh nak suruh fitting kasut. semua tak nak. tapi bila sarung baju raya, dah tak nak tanggal bila nak bayar tu. mmg mencabar bila time fitting. bila fitting kasut habis dia lari pusing 1 kedai. bak kata papa, her interest is on food only. hahahah.. sungguh lah.

every year mmg gini lah. lambakan raya packet, yg last year tak habis lagi, selambak tahun ni punya mari. pening dibuatnya. malam tadi, aku dgn wan dah masuk kan duit raya siap2 untuk bagi kat family.

rumah macam tongkang lagi. kain dari balik kedah last 2 weeks tak berlipat lagi. apa nak jadi? rumah tak vakum lagi. balang kuih raya tak terbeli lagi. konon nak beli corelle, tapi tak dan kot. banyak benda nak beli, tapi mmg kekurangan masa dan kemalasan melanda. apa yang ada je lah. 

tahun ni kitorg balik kedah dulu. office tutup seminggu. jumaat aku kerja lagi. tgh malam baru balik kedah. rabu balik perak. khamis ada aqiqah aufa. lama tak jumpa aufa. mesti dah lain rupanya. 4 hari kedah, 4 hari perak. adil dan saksama diutamakan. 

cadangan waktu balik kampung yang dikeluarkan oleh plustrafik.

untuk pengguna lebuhraya, adalah disarakan untuk follow plustrafik kat twitter. mmg setiap kali balik kampung, aku tukang tgk timeline lah bila ada jem. nak tau apa jadi. semua info terkini ada kat sini. untuk korang yang ada smartphone, create lah akaun twitter. way convenient compare to facebook. ni pandangan aku lah.

akhir kata, aku, wan, nia & adel dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan salam aidilfitri untuk semua pembaca. mohon maaf zahir dan batin andai ada kata- kata yang terguris hati. moga kita semua dan anak- anak diberi kesihatan yang baik untuk menyambut Syawal tahun ini dan segala perkara dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. jemput semua kerumah kitorang ye.

sedih pulak raya nak dekat ni. sedih Ramadhan nak habis dah kot. 

take care all!

note : segala typo akan diedit later. mak jemah nak keluar mengukur mall jap. later guys!
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in