bila adel nak jadi kakak?

wah wah wah wah wah.... kemain lagi korang ye. aku mmg teringin nak ada baby lagi. tapi aku tak nak lalu pantang, kena jaga malam, jadi zombie. nak pregnant best, nak beranak pun ok, tapi nak harung pantang tu masyaAllah.....

aku enjoy jaga baby aufa walupun dapat 2 hari je. 2 full day. dari kat hospital sampai lah aku nak balik KL dah. mmg enjoy. sebab apa? time bagi susu bukan aku, time jaga malam bukan aku. so mmg tak de rasa stress lah kan dan yang paling penting, takde rasa sakit bersalin tu.

yang aku lemah bila bab bersalin ni, dah lah kita sakit, dah tu nak jaga baby lagi, movement sangat sangat sangat limited. kalau boleh mmg kita nak buat sendiri. tapi tu lah, semua terbatas. mmg seksa. tu belum campur nak mengirakan anak2 yang dah lama keluar dari perut.

tapi aku tgk, ramai je yang sekapal dengan aku dah bukak kilang untuk no. 3. ramai jugak yang pregnant for 3rd baby. bila dapat tau tu, ish masing- masing dah menambah, kitorg bila? but then again, macam aku cakap tadi, kalau untuk 3rd ni banyak faktor kena amik kira.

bila nak conceive? - bila cakap pasal conceive nak kena tgk pulak soalan seterusnya..
bila nak deliver? - target dia mesti cuti sekolah. dalam bulan 11 ke 12. kalau beranak, anak2 cuti sekolah, boleh duduk dgn mama kat kampung. so kalau nak beranak bulan 11 bila nak conceive?
nak pantang kat mana? - biasanya rumah mak lah kan. tapi bila dah ada anak 3 ni mcm afdal pantang kat rumah sendiri. tapi macam kes aku, kalau dpt beranak bulan 11 ke 12 ok lagi nak pantang kat perak
sape nak jaga ? - ni kena amik kira sebab anak sedia ada dah ada 2 orang. kalau kata mak aku yg jaga, ye lah, kudrat mak ni takat mana kan. better cari 1 confinement lady yang boleh jaga kita dgn anak- anak kita.
.
basically these are the major things yang aku akan look into. sebab time nia dgn adel, mmg tak plan, Allah bagi rezeki mengejut. so ada first two ni kira bole handle lagi. kira 1 : 1 (1 adult, 1 child) nisbah lah sangat kan. nak segregate kerja pun senang. tp when it comes to no. 3 kena plan dari A - Z

so am i ready to get pregnant again?? moh tgk video kat bawah ni.

haaa tu ada 4-5 tangan yang menolong. dalam pantang walaupun ada ramai assistant, tp seboleh boleh bia kita buat sendiri. kalau dapat focus kat sorang je ok lagi, ni ada 2 anak lain yang perlu diberikan perhatian. time ni pulak kat kampung ada extra hand, esok kalau balik kat rumah sendiri, ada 2 orang je nak handle. uish, tak tercapai akalku macam mana kekdahnye nanti.

apa pun, kita ada hak untuk merancang, kot nanti aku post entry pasal ni harini, bulan depan keluar UPT test kata positif pregnant, tu bukan kuasa kita, tu Allah nak bagi rezeki. 

haaa begini kekdahnye kalau dah anak 3. semua mengurung kat mama. tgk papa pulak? :p

asalnya nak cite pasal aufa's birth. dah melalut cite pasal benda lain. layan kan aje. last but not least, mak ngah rindu aufa, niadel pun rindu baby ofa!

lesson learned : Allah takkan bagi sesuatu diluar kemampuan kita. bila Allah dah bagi rezeki tu, maknany kita tau camne nak manage / handle. :)

penangan baby aufa

i'm officially a makngah. my very first niece was born on 27th July 2012 bersamaan dgn 7 Ramadhan. tak tunggu lama, zasss terus balik perak last weekend. full story coming up later. aku rasa aku dah angau dgn baby aufa. best nye dapat anak buah ye. ke sebab anak buah sulung? niadel pun dah ada sepupu. tapi nak senyum, aku rasa laki aku pun sama jugak. malam tadi sebelum lelap mata aku capai hp nak msg adik aku ina nak tanya pasal aufa. then dia (wan) tanya aku

wan : aufa tido tak?
aku : jap nak msg ina...
(few minutes later....)
aku : tgh susu badan
(sahur, lepas sahur sebelum iron baju, masuk bilik capai hp nak msg ina lagi.)
wan : dia tido tak malam tadi?
aku : ha? tgk la diorg tido kul bape malam tadi, kita tido dulu then diorg tido sendiri
wan : bukan niadel lah, tapi aufa...
aku : hahahahah... ingat kan niadel. jap nak msg ina ni
wan : budak2 tuh sah- sah lah pengsan dah tido pun lambat.

senyum aku sambil iron baju... 

angau satu...

angau dua...

angau tiga..

yang di angau.. AMEERA AUFA BINTI DAING MARUAK

buka puasa kitorang.

time buka puasa tahun ni aman sentosa sebab masa buka puasa tu lah time nia tido. nia kalau sekolah dia bangun kul 7 pegi taska, pegi sekolah kul 12 - 3.30ptg. then masa amik biasanya dia tgh tido. time bulan puasa ni selalu amik awal dia tak tido lagi. so bila amik dia happy2 then balik umah mintak susu sebotol terus lena. sampai tengah malam baru jaga balik. kadang makan sebelum tido tu, kadang langsung tak makan. tp sebab diorg ada makan petang kat taska aku assume dia tak lapar lah. maka, time buka puasa ada sorang makcik je yang nak dihandle....

handle adel je lah. ni masa tgh buka puasa malam tadi. padahal pukul 6.30 dah makan semangkuk nasi. ingat dia dok tak kacau. tapi being adel, dimana ada makanan, disitu ada adel, dia repeat second round makan nasi lagi. kakak mana???

ketiduran, kepenatan, kepengsanan...

adel jatuh katil

well, tajuk cam biasa lah kan. cam attention seeker. kahhhhhhhhh........

punya lena tido sampai jatuh kat tempat kakak dia pun dia boleh tido lagi. yang tukang amik gambar (papa) nye pun satu, bukan nye nak angkat anak tu balik kat tempat tido dia. tapi ye lah, kang terjaga pulak. mak nye pulak tak lena tido. aku tak penah perasan pun adel jatuh katil ke tak sebab diorang yang dtg ke bilik kitorg kejut kitorg. hahahah... tu kalau lepas subuh tido balik lah. sebab diorg bangun kul 8 pagi ke atas.

so far sejak tido dalam bilik sendiri mmg senang lah. anak tido lena, mak pak pun tido lena. takde lagi dah tido dgn mama papa. diorg pun lena sampai ke pagi. kalau dulu adel ade gak berjaga menangis mintak susu, sekarang takde lagi. ke aku tak sedar? rasa nya tak dah.


nasib ada bantal peluk kat tepi, kalau tak, tak selesa gak dia tido tuh. wan kata dah banyak kali adel jatuh sebab dia kan pegi keje awal so mmg aku tak perasaan lah kan. steady je tgk adel tido gitu ye tak cam selesa benau.

another supplement in town

aku dan supplement adalah sangat suck. after one another lah bersilih ganti. langsung tak konsisten. semangat masa membeli je then along the way terus lebur. dah habis 1, thats it. mungkin sebab rasa takde effect pun or mungkin perasaan body dah totally ok dan main reason aku ni liat nak order balik, make payment, transfer duit bla bla bla and so on. nak bayar hutang bulan- bulan pun kadang tak sempat apa lagi yang side dishes ni walaupun duduk depan PC je.

ada rasa nak sihat, nak cantik, tapi tu lah, habis dgn kata- kata je. paling kuat pun aku pakai pencuci muka. kira inisiatif aku untuk maintain diri ialah bangun pagi gosok gigi, cuci muka then mandi. tu je lah. aku je gini kot eh?

then semalam officemate aku bagi produk ni for free. dia suruh aku try and kalau ok dia mintak aku bagi testimonial. kalau tak ok, tak yah lah bagi testimonial. so harini dah minum 1 sachet. kita tgk apa hasilnya nanti. adakah muka aku akan kembali macam masa form 5? tunggu.......... 

note : mintak2 lah konsisten. yang berbayar pun liat, yang free apatah lagi. tapi ni tanggungjawab kan dah orang mintak tolong, moga aku bole amalkan dan moga ianya serasi dan berkesan.

cerita hot semalam

cerita hot semalam, aku pegi bank, then masa dah start enjin kereta tuh ada kereta sebelah hon aku. ish apekehey? then dia cakap tayar pancit. haaaaaa pulak. awok ni dah la ber ayu- ayuan berbaju kurung.  ewah, kalau tak pakai baju kurung pandai ke handle. ok first thing kita buat apa?

of course kita amik gambar dulu..... heheheh... lepas tu kita watsapp kat laki kita. mana nak watsapp mana nak call mana nak watsapp kat office group bagitau. semua nak buat serentak lah. mujur lah depan tu ada petrol pump. so wan soh isi angin dulu then cari kedai tayar.

aku heh?? isi angin? camne ke nak isi angin. isi angin pun aram tau weh. takpe, kita park dulu kat tempat isi angin tuh lepas tu keluar kete. rescue 911 a.k.a officemate ondway. masa dari bank nak ke petronas tu dah rasa rim dah cecah jalan tar dah, ah sudah, bengkok pulak nanti.

then datang lah sorang mamat petronas ni tolong nak tukar kan tayar kereta dgn tayar spare. then dia tanya aku jack adaka? aku cam apekah jack? jack and neverland kat channel 613 tuh aku tau la. aku cakap apa yang ada dalam emergency kit tu je lah.

rupanya ada kat bawah co-pilot punya seat. ok itu jack. noted. then diorang tolong tukar kan tayar spare. dah lah tengah panas. rasa macam, adoilah dgn baju kurung bagai (nak salahkan baju kurung gak tu) hahahah... settle tukar tayar then terus pegi bengkel ahtong.

dah sampai bengkel. take out balik spare tyre tuh.

ada 2 lubang kata ahtong.

hasil penemuan. besi ni yang bikin kete aku pancit. settle semua masuk office balik. and it costs me RM0. sebab buat kat bengkel panel office. 

lesson learned : bawak kete pandai, so bila jadi benda2 ni kena pandai handle jugak. at least pandai lah isi angin tayar. ini pam tayar pun tak tau ape kes?

misi Ramadhan

yang kat twitter tau lah apa misi nya. selain dari meningkatkan amal ibadah, aku ada misi lain iaitu............................................. pakai baju kurung ke pejabat sepanjang Ramadhan.

maka malam tadi, bukak kotak yang ada baju kurung. ada 2 kotak. so dah tgk2, cukup lah 1 hari 1 baju. cukup sampai 30 Ramadhan. tak masuk sabtu ahad kan. kesian baju kurung tu. mostly last pakai masa raya je. ada yang aku tak ingat aku ada baju tuh.

so inilah masa terbaik untuk aku pakai balik baju- baju tuh untuk kali ke2 or seterusnya. tu pasal baju kurung aku beli time raya je sebab mmg pakai time raya je. time lain belum tentu berbaju kurung. 

so day 1 so far success. semangat iron baju tudung bagai. rasa macam pagi raya je. hantar niadel kat taska bersorak deme tgk mama niadel berbaju kurung. sabajelah. hope misi aku ni success sampai ke hujung. aku nak amik gambar tapi tak reti camne ke nak amik gambar diri sendiri. kang kena kutuk dgn laki sendiri. maka aku note kat sini je lah ye. 

semangat nih! 

haaa.. kita letak gambar arkib lah ye. harini aku pakai baju ni. baju raya tahun 2009. kira gambar tu first time pakai, harini second time pakai. masa ni pregnant kan adel 4 bulan gitu. so mmg tak nampak perut la lagi. orang pun tak tau aku pregnant. nia masa ni 11 bulan. apasal harini pakai mcm muat- muat je eh? ni takde isi ni. isi lemak la ye... mak ai make up, gomak nye! almaklum, masa 2009 belum mampu pakai mac lagi. ;)

selesai 1 ramadhan

rasa baru je raya tahun lepas, ni bertemu kita di bulan Ramadhan. dah selesai hari pertama pun. semalam sebelum masuk ofis aku singgah klinik pagi tu sebab rasa cam nak demam. asalnya batuk, hilang suara, kahak. mujur bukan tonsil so terkawal. masuk ofis cam biasa then lunch mcD dgn officemate.

balik keje plan nak keluar beli groceries. tapi dah macam nak demam pulak balik. so papa je lah keluar. tapi dah 2-2 nak ngikut. kitorg kalau outing sorang mmg larat bawak sorang je. kalau bawak 2-2 mmg tak jadi membeli. sudahnya mama ikut jugak. so beli barang sikit then late dinner kat mamak sebab masa tu dah kul 10.30malam.

dinner kat mamak area puncak jalil. adel makan nasi goreng ayam share dengan mama.

nia makan roti kosong.

balik rumah dekat pukul 11 lebih, tetiba gastrik lah pulak. terus naik bilik tido. sebelum tu kunci jam pukul 5 pagi. tengah tido tu memerut merut lah sakit perut. bepeluh dalam selimut. sapu biolangsing. baru lena. sedar dalam kul 4 wan kejut tanya sahur kul bape? aku cakap pukul 5. sekali terjaga sendiri pukul 6.21 pagi sudah. terlepas sahur. rupanya aku set alarm utk weekdays. seatutnya everyday.

ayoyoyo... orang lain kemain sakan bersahur. aku langsung terlepas sahur. kerisauan lah jugak kot kena gastrik lagi ke, demam lagi ke. maka seharian aku rehat kat rumah je lah. dapat lah 2 round tido. pukul 5 keluar pegi param.

kalau kata niat tu nak puasa kan, ok je rasa kan even tho tak sahur. gastrik pun tak singgah. padahal semalam siap lunch cuma lewat dinner terus kena gastrik kaw kaw. semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk menjalani ibadah berpuasa. selamat berpuasa guys and aku nak mintak maaf andai ada kata- kata aku kat sini terguris hati korang. have a blessed Ramadhan...

berkampung di IJN

hari isnin tu aku dok busy dgn nia punya sports day, same goes with my family. satu lagi peristiwa penting bakal berlaku. previous entry yg aku cerita pasal adik aku ainal warded tuh. dia kena refer kat IJN dan doktor menasihatkan supaya trreatment dilakukan segera. so tarikh nya pada 17july, selasa. isnin ainal check in. aku tak pegi IJN haritu sebab cam dah lewat petang. sebab masa tu aku ke setiawangsa. ada apa dengan setiawangsa? later mak jemah cerita ye.

malam tu, ayah tunggu ainal. meanwhile akmal bawak mak dgn along aku balik rumah aku. so double risks disini. banyak kerisauan yang bersarang dalam kepala otak kitorg. ainal yang nak go for surgery and mak buyung yang sarat mengandung. fuh! tapi aku lebih risaukan along aku ni. sebab dia dibawah pengawasan aku. mak pak aku sah2 risau ke ainal. kitorang ni kalau nak beranak mak nak kena ada disisi selain laki. :D daing of course la kerja kat kedah nun. bila tiba masa zass balik. same method mcm wan jugak la. risau jugak lah kot baby AA nak dapat IC KL kan.

malam tu tido2 ayam kami2 ni. ainal 1st patient yang akan di operate. so mak aku kena ada kat sana awal. pukul 4 pagi mak dah bangun. mak aku pegi dgn akmal dulu pukul 5 pagi sebab nak elakkan hazab jem tu. aku lak gerak kul 7.30pagi. hantar niadel, bawak akak aku makan pagi then off to the hospital. sampai dalam kul 9.30 pagi. jem lah kan.masa ni ainal dah masuk..

dah dapat label puasa since malam tuh.

kerisauan seorang mak..

ok, time to change. nasib baju bukan kaler hijau ye nal..

dalam ni lah ainal punya procedure dijalankan. makmal invasif kardiak. sebab dia bukan operation. masuk camera kat both peha and doktor akan potong saraf yang terlebih tuh. mak ayah aku suspen menunggu.

di ruang menunggu. level ni ada makmal yang ainal masuk tuh and cardiac care unit (CCU).

quote written at the waiting area.

doktor kata prosedur ni amik masa sejam je. tapi cam drag lebih 2 jam. maka ada rasa suspen lebih la. ada problem ke? kejap2 kitorg jenguk kat dalam ni. then dengar mcm ada bunyi stretcher, tu mak ayah aku jenguk. nampak ainal dah keluar.

lega gila bila nampak dia dah keluar. aik, sedar? baru nak dramatic sikit kot bius full body ke kan. rupanya dia sedar all the way.

alhamdulillah selesai, selamat, cured. siap boleh buat peace bagai. ni nak tolak ke wad dah.

6 jam tak boleh bangun. nak melepas hajat kat situ gak. ni masa ayah aku baca doa selesai semua. risau kan post-op pulak.

antara yang paling happy of course lah his twin bro. masa sebelum surgery tuh, menangis dia weh.

 kitorg keluar lunch jap then datang balik ngam2 6 jam after, nurse cek terus dia bangun. lepas 24jam tak makan terus makan apa yang ada. ainal selesai, yang atas katil tu pulak dirisaukan.

malam tu ayah aku gak tunggu, aku bawak balik mak dgn along aku. akmal dah kena balik perak sebab kerja esok nya. esok nya rabu aku apply half day lagi sebab nak tunggu sampai adik aku discharge. and nak hantar along dgn mak aku. ni masa nak discharge. sepatutnya discharge kul 2. tapi mmg efisyen IJN ni, kul 11 nurse dah datang bagi release letter. terus je patient yang bangun dulu sebab penat tido katanya.

lesson learned. 2 hari berada di IJN rasa terbukak mata. sedar diri. kebanyakan patient yang ada kat sini selain dari jantung diorg mmg problem sejak lahir, punca utama yang mendorong kepada sakit jantung adalam faktor pemakanan. kat sini ada rakan IJN. maknanya ex-patient yang penah dapatkan rawatan jantung akan datang dari katil ke katil bagi nasihat and cerita pengalaman dia. mmg seram dengar nya. so, mari lah kita kawal pemakanan kita. amalkan pemakanan yg sihat. :)

alhamdulillah selesai another episode. kitorang belum pernah experience this kind of situation antara adik beradik. so bila benda ni jadi ikatan adik beradik tu jadi lagi kuat. susah senang bersama. syukur ainal dah fully cured.

nia's field trip cum sports day

balik dari kedah hari ahad. isnin aku cuti. apa lagi, skodeng mode on. nia ada hari sukan cum field trip. lokasi sukan kali ni kat megakidz kat midvalley. aku perasaan ni dah kali ke2 nia join hari sukan, principal diorg suka buat kat funland. macam last year kat critterland. ok lah, budak pun seronok. mak pak pun beronok ronok tak berpanas. principal kata arrangement much more easier. contoh bila budak nak ke toilet. awal pagi, dah bangun. kena ada kat sekolah kul 9 pagi. ok lah, mmg time keluar rumah pun.

excited dia nak pegi sports day.

masa ni dah nak naik bus. masa dalam message book they allow parents to follow. kena bayar extra RM10. tapi masa aku hantar teacher kata tak boleh join pulak. pulak dah. sebab kalau field trip, students wajib naik bus. yang nak skodeng tu naik lah kereta sendiri. 

nak naik bus dah.

alahai, tenggelam nia tak dapat nak tgk luar. tapi dia notice mama dia. jenuh melambai. then aku tanya dgn teacher boleh tak nak fetch nia kat midvalley. diorg bagi. 

memandangkan tak boleh nak masuk ke megakidz tuh, aku pun terus amik adel kat taska bawak dia ke kids clinic. cam biasa, batuk + selsema. sebab dah drag seminggu, kena lah bawak jumpa paed. dah settle kat klinik hantar balik adel depan taska dia tak nak turun. aku tanya adel nak apa? dia cakap nak makan pancake. sebab lalu mcD tadi, dia dah mintak. pegi bawak balik, entertain kejap then hantar balik ke taska.

then terus ke midvalley. masa tu dah pukul 11. principal kata kul 12 should be settle. aku try call tak berjawab. takpe lah terus je pegi. 

sampai sudah. dah penah dgr dari member kalau nak kesini, tunggu anak besar sikit. dalam tadika ke atas gitu lah. sebab mmg extreme dia nye game dalam ni. kena memanjat bagai. mmg ye lah. so insiden di entrance, aku nampak ada few parents dapat je masuk. hmmmmmmmmmmm..... then teacher nampak aku, dia tanya aku puan nak masuk ke? mesti la nak. then kena bayar RM10 baru bole masuk. if only i knew that parents can enter at the first place, i would follow the bus. tapi...... tapi..... then the principal approach aku explained what was actually going on. sebenarnye mmg dia tak advise parents to come. if let say dia bagitau all parents bole datang ada 80 students, 80 family datang, tak de ruang dalam megakidz. yang insist to follow termasuk aku ni, kira bangsa tak reti bahasa lah. ok lah, reason accepted. kenapalah aku tak terus skodeng ye. sebab aku fikir kan adel's condition pulak. takpe2, its okay, its alrite!

aku sampai diorang dah settle sports. serious aku frust sebab last year dia tak join dok atas dukung mama dia. this year teacher kata dia join. ah damn damn! struggle okay nak cari nia. ada lah dalam 5 minit aku mencari. then ada parents tunjukkan. ok, dia join nyanyi2, nari2. tak lah pasif. mak happy.

dah selesai sukan, kids terus proceed dalam bilik ni untuk lunch. nampak tak nia? time ni dia tak notice mama dia lagi.

then baru dia nampak mama dia. punya lah happy. apa yang dia nak suap dalam mulut dia dia tunjuk kat mama dia. ok, dia enjoy. habis 1 pack dia makan. roti, sosej and fries. and ada kek.

the protective parents or the stubborn parents? kahhhhhhhhh... termasuk lah aku kan. semua tgh ngadap anak makan. so mmg tak ramai lah parents yg ada. ada dalam 10 parents kot. datang kena beli stokin pulak. tapi aku mmg bawak stokin dalam bag all the time.

parents pun dapat treats jugak.

selesai makan, students beratur balik untuk prize giving. discipline nye lah diorg ni...

tangan semua kat mulut suruh senyap. kenapa kat rumah tak begini?

yeah nia dapat medal. semua dapat medal yang sama ye. takde no 1 ke 2 ke 3.

lepas tu apa lagi, fun time lah. uish mmg seriau lah tgk budak2 ni memanjat. jenuh nak cari nia.

nak turun 1 slide ni bersimpang siur nak memanjat.

nia main tak lama. lepas tu, dia ajak balik sebab mata dia dah layu je aku tgk. ye lah, penat balik kampung tak habis lagi kot.

keluar megakidz nampak benda ni nak naik ni pulak. layan kan.

she's happy

lepas tu stop makan lagi. hari pancake sedunia ye. makan pancake lagi kat the pancake house.

 tuang jangan tak tuang nia. dia kalau makan pancake mmg segantang madu.

lesson learned : follow the instinct. :)
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in