payah kalau penakut sangat ni...

masalah dari apartment ke double storey ni adalah letih turun naik tangga. minggu pertama pindah mmg tak boleh terima hakikat lagi. becinta nak turun naik. rasa macam, kenapala aku beli rumah 2 tingkat. tapi itu hanyalah kejutan budaya.

sekarang ni dah biasa. dah boleh plan bila turun nak bawak apa bila naik kena amik apa supaya tidak berlaku turun naik tangga dalam masa selang 5 minit. niadel pun so far tak jakun dengan tangga lagi. orang dok risau bab tu. siap suruh beli safety gate. tapi so far diorang ok je. 

kalau kitorg kat bawah tgh tgk tv, nia ok je bole duduk bilik dia buat ulangkaji ke memunggah ke main ke. takde la all the time diorang kena ada depan mata. macam semalam aku dengan wan sibuk DIY pasang cabinet diorang, dia elok je duduk bawah minum susu bila aku turun, eh tidur sudah.

kalau adel toksah cakap la, 24/7 nak duduk kat mama. kalau bole nak masuk dalam perut balik.  berbalik kepada tajuk entry, aku sekarang tgh nak puasa ganti. sepatutnya hari isnin dah start tapi tak terbabangun. hari selasa sedar pukul 5 tapi takut pulak nak turun bawak sorang2.

untuk sape yang tak tau, aku punya tahap penakut ni boleh tahan jugak la. dah jem camne la aku nak sahur minggu ni dengan minggu depan. nak jadi cite malam tadi nia tido awal while aku settlekan bilik nia bila papa dah siap pasang kabinet. dalam pukul 1 gitu ingat nak turun bawah buat air nak sahur. tak terturun ko. takut. 

aku pun continue bukak kotak kat bilik 1 lagi. sekali tgk nia bangun! elok je bejalan pegi dekat mama. dia mintak susu. cantik lah ada gang. ajak nia turun bawah. bukak tv suruh dia minum susu kat bawah. tetiba tengah aku makan biskut cecah nigella tu, nampak nia tuju ke tangga.

mama : nia nak pegi mana?
nia : nak tido kat atas
mama : kejap la nia teman mama minum kejap
nia : nia ngantuk lah
mama : japgi mama dukung naik atas..
nia : (tak becakap terus buat muka monyok baring kat sofa)

heheheheh... teruk tak? maka harini berpuasa la aku. malam kang sape lak nak teman sahur? adeh....

basically settle dah bilik niadel. tunggu katil sampai je minggu ni then complete.

ni lah item yang aku beli kat ikea tuh. cabinet letak baju. cabinet letak buku and toy storage. aku rasa macam banyak je buku aku beli untuk nia. sekali 1 shelf pun tak sampai. hahahah... almari lama transfer kat bilik 1 lagi.

sediakan ruang nak letak katil. nak letak katil queen size mmg tak muat lah. so kitorg beli single bed yang bole pull out kat bawah. senang nanti nia tido, kalau jatuh, jatuh atas adel. adel tido, kalau jatuh, jatuh atas lantai. hahahaha. kot mau tido bilik sendiri. oh btw, k.iela, rumah kitorg mmg takde aircond sejak duduk menyewa so bebudak dah biasa tido berkipas je. :) so rumah baru ni sebijik aircond pun belum ada lagi. plug point je ada. hehehe

kalau bilik niadel konsep furniture putih. katil nanti pun putih. bilik 1 lagi konsep nye coklat. padahal semua almari lama campak ke sini. haahah.. kotak yang ada tu ada baju untuk didermakan and tudung aku yang aku tak tau nak simpan macam mana. kena beli penyangkut baju baru la nampaknya.

dalam nak mencari kekuatan turun bawah nak bersahur, hampir selesai unpack barang. lega...

mengukur ikea lagi

bukan takat ikea je. tapi kedai2 perabot yang ada. dimulakan dari puchong area. lepas tu macam sakit jiwa je tgk semua benda tak memenuhi cita rasa ajak wan ke ikea nak compare. then baru bole buat decision apa nak beli dan dimana. 2 benda major yang nak beli meja makan and katil niadel. kot ikea ada better choice ke. and nak beli study table nia tuh. walaupun katil nan ado lagi ye. 

 pe'el nia kalau pegi kedai2 dia akan pegi kat cashier amik pen and kertas yang ada kat situ and menulis. mmg sesuka hati je dia menulis. ini 1 of the thing yang teacher kat sekolah nia cakap lah. she get addicted to books. dimana sahaja mmg akan cari tempat menulis. that's where we thought that study table is a must have.

lagi satu pe'el nya, kalau nampak swing chair ni memasing berebut nak panjat. tak berkenan aku tgk kerusi ni. makan ruang je. kat area puchong ni dah dapat lah apa yang berkenan. then terus je kat ikea kot ada better offer.

punya lah jem bila dah sampai ke OU tu. lagi parah bila nak masuk parking, dia tutup parking area. dah full. terus je la nak keluar balik sekali elok je nak keluar, guard bukak, sempat lah kona masuk. mmg rezeki ko lah ikea nak dapat duit dari kitorg. 

so terus je memilih apa yang patut. basically furniture untuk bilik niadel. yang aku tunjuk study table kat previous entry tu, ingat kat RM149 je. rupanya RM149 rak dia tuh. meja itself RM289. maka lupakan lah hasrat dihati. nak beli 2 ketul lak tu. so kitorg decide beli yang lain. mujur lah masih ada stok. selain tu, kitorg beli sebiji pedestal (dah macam kat office pulak) untuk letak stationery dan lain.  

and of course this toy storage box. mmg aim nak beli yang ni. tapi masa nak mengutip punya session mak ai, punya panjang. confirm tak muat kereta. so beli yang bole letak 3 besen tu je. and beli benda bukan2 dan lain2 yang korang pun tau kalau pegi ikea mmg tak keluar dgn tangan kosong.

bila sampai kat kids area, niadel mcm meroyan la. especially kat dapur budak tu. mmg comel sangat. tgh menjadi tarzan kat that area nak control niadel sekali kena tepuk pulak bahu aku ni.rupanya member UKM dulu. korang bebudak UKM mmg kenal la. si miza dgn lakinya khairi. ke khairul lupa sudah. 2-2 pun coursemate aku. sempat la catch-up barang 5minit. tak berubah dia. so mmg cam. dia kata aku pun tak berubah dari jauh dah dgr suara aku. :p

mana tak nya sepelaung suara aku, budak2 ni.......................................................speechless lah. macam2 pe'el nye. sorang buat, sorang lagi mengikut. mmg letih pegi ikea ni. macam2 benda diorg bole buat. 

ni lah hasil tangkapan. and fyi, ini jugak pertama kali kitorg beli furniture kat ikea ni. 

bab sauk tu dah settle, bab nak letak dalam kereta sekian hal pulak. nasib lah semua muat dalam kereta. tapi niadel kena duduk depan lah. penuh boot dgn seat belakang.

begini lah keadaan nya dalam kereta. settle kat ikea, patah balik kedai perabot kat puchong nak bayar utk katil. meja makan tak jugak finalize. pegi pulak kat beberapa kedai lain and finally baru bole buat decision.

akibat berjalan kesana sini, sampai tecabut tapak selipar aku. sebenarnye dari sebelum gi ikea dah ternganga separuh tp aku kata ok lagi ni. bila kat kedai makan sebelum balik rumah, habis tercabut terus. bejalan lah senget sebelah sebab tak bertapak. maka ada alasan nak beli kasut baru bila dah gaji. :D

balik rumah terus pasang benda ni. obviously mmg tak cukup nak letak mainan niadel ni.

semalam balik keje DIY lah semua barang2 yang dibeli. so inilah study table nia. harga RM169. kerusi RM49 ada roda tapi papa tak letak roda kang ada aktiviti lain pulak. beli 2 set untuk adel jugak. pedestal tu letak kat tengah2. nanti bila dah siap bilik2 kitorg nia, aku tunjuk lah. skang ni kotak pun banyak tak bukak lagi sebab takde tempat nak simpan.

mickey mouse through out the years at midvalley

selesai pindah randah, aktiviti seterusnya memenuhkan ruang yang ada dalam rumah. survey macam- macam barang. tapi sabtu pagi tu, orang wiring datang betul kan plug water heater dengan kipas yang bergoyang kat dapur. and of course bayaran terakhir kepada mr jackie.

pukul 12, ah sang plumber datang nak pasang sinki kat dapur. sejam jugak buat nya. wan sempat lari jap beli pili paip. sebab kitorg tak tau plumber nak tebuk dari bawah or dari dinding. dah tau, terus pegi beli.

adel mengadap ahsang buat kerja. dah settle semua, kira KC aku ni dah complete la. apa tunggu lagi? boleh lah memasak. tapi wan ajak makan kat chillis sebab dia rindu kambing kat situ bukan rindu air tangan bini dia. kahhhhhhhhh... terus siap2, menghala ke midvalley. 

dari luar MV dah nampak banner mickey mouse through out the years ni. ape ke benda lah ye. MV on weekend di tambah dengan cuti sekolah packed as usual. tapi kitorg kan jenis bertabah hati and selalu nasib menyebelahi kami. asal masuk parking lot, mesti dapat parking. gitu tau. 

ni lah yang sedang berlangsung kat MV. tapi sebelum kelebek patung2 mickey yang sedia ada, isi perut dulu. 

baiknya anak2 mak. takde maknanya...

haritu order dessert yang tak pernah pun kitorg order unless ada apa2 yang special. special nya, dessert ni untuk rania yang perform untuk pertengahan tahun sekolah dia.

mmg sedap nak mampus kalau dapat makan ni tgh panas2 pulak tu. tapi next time tobat nak order lagi sebab kalau takat perut kitorg ber-4 tak muat nak sumbat semua. kalau makan ramai2 wajib order. haritu masa parents-teacher meeting sekali dgn amik result nia, macam2 lah teacher cite pasal nia. aku pun kembang buntut mendengar nya. macam, ye ke? tak sangka la gak. maknanya kita kena double up the effort untuk maintain dengan apa yang nia ada sekarang ni. go nia go!

settle makan, kitorg pun merempuh la nak amik gambar kat center court ni. merempuh? ye merempuh sebab umat punya ramai. semua nak amik gambar dengan this gigantic mickey mouse. nia cam biasa, pemalu.

makcik sorang lagi ni pulak, tak nak turun. benda ni berpusing 360 darjah ye.

mickey mouse ada dalam pelbagai design and size. mmg menarik. tapi tak lalu nak kelebek semua sebab ramai sgt org.

mickey mouse lagi...

dan lagi..

dan lagi! asalnya nak pegi sini nak beli water bottle nia. sebab yang sedia ada tu bukan BPA free. alih2 terbelek benda lain. sebab adel pegang minnie tak nak lepas. tah murah ke tak aku tak tau. aku tgk ramai yang beli murah la kot. yang paling besar harganya RM129. murah ke? aku nak beli yang besar tu, sama besar dgn nia kata susah nak peluk. oowhh gitu ye. papa tgh membelek nak beli mana satu untuk anak2nya.

ini lah hasil tangkapan diorang. sorang dapat 2. yang minnie tu RM49.90. chipmunk tu RM29.90. mahal ke murah eh? size dia separuh adel.

kakak dia amik donuld duck. lagi besar dari minnie adel rm49.90 gak. dengan seketul chipmunk.

ok dah tu je. boleh lah bawak anak2 tgk mickey mouse. mmg ada banyak. dalam cermin kaca pun ada beratus, ada yang disalut dgn emas semua. aku nak snap pun tak daya. lama lagi sampai 17september2012.

Bij-Ak bowling tornament 2012

sebab mak ayah aku kena balik awal sebab ofis aku organized bowling tournament haritu. wan dah bising2 aku ni dah la AJK, dah tau awak nak pindah lagi nak buat time ni. mmg penat badan tok sah cakap la. dah la laki bini kena main. heheheh.. dah lama planning kot. maka kena lah bagi komitmen. komited katanya!

bertempat di sunway megalanes, sunway pyramid, kitorg sampai lewat sikit dari pukul 12. game start pukul 12 tp 11.30 baru kua rumah. mujurlah tak jem. aku hangkut sekali adik2 aku to replace budak2 office yang tak leh main. sebelum diorang balik johor, pekena bowling 2 game dulu.

sampai je, tak start lagi, so setting kan balik group yang dah ditetapkan, then bermulalah game dgn jayanya. overall haritu sangat seronok dan happening. 

game yang baru bermula. kitorg book 10 lane. ni group wan.

 ni group aku. boss aku yang pakai tshirt merah tu lah paling terror. asal baling je strike. aku jadi tukang sorak je. hahahah.. aku main not bad jugak haritu. tak lah kelaut. walaupun kaki tangan dah cramp.

 ini orang, gaya saja lebih...

game dah nak settle, aku kira bape score semua group.

mak ai, pucat lesi muka aku time ni. suara mmg nak ilang dah time ni. ni tgh announce the winner and my boss yang sampaikan hadiah.

we ols juara u ols! hahahahah.. suka2... bukan saja menang sorak, malah menang tempat pertama.

high scorer. boss aku Ir. suhaidi. group aku. patut lah menang pun kan. hehehe..

amik group photo sebelum makan tengah hari.. thanks korang sebab sudi hadir. next month ke melaka pulak kita ye. family day.

kitorg book lunch sekali so sebelum bersurai makan dulu. memasing mmg dah kebulur sebab penat main. aku mmg tak makan sangat. penat segala.

settle semua, kitrorg pun bersurai. then ajak wan bawak niadel main playground kejap. lama sgt tak bawak diorg beriadah. asik2 pegi kedai lampu, kedai cat.

walaupun penat, anak2 kena diutamakan. aku balik rumah nak turun naik tangga kaki cramp. nak jejak pun sakit. adeh....

malam pertama dirumah baru

owh, lupa cakap, hari kitorg pindah tu niadel aku hantar ke taska. petang dah settle semua baru aku amik. kebetulan parents aku turun KL ada 2 pupu aku kawen. kitorg mmg tak pegi lah, so alang ayah aku ada bole buat baca yasin doa selamat sama2 since kitorg semua dah mula nak duduk disitu. mmg sesuai la timing nya.

tapi kitorg lah, yang kena clear kan rumah supaya tak le huru hara rumah kitorg nanti. bilik bawah, kitorg pasang katil siap2 senang opah nak tido nanti. oh opah aku a.k.a moyang niadel ikut sekali sebab wedding tu, cucu abang opah aku.

by the time mak ayah sampai, kira tingkat bawah dah clear lah. naik tingkat atas mmg semua bilik penuh kotak lagi lah. at least main area kitorg dah clear. bahagian dapur lak, adik aku dgn mak aku tolong clearkan. aku rasa mcm tak cukup oksigen dah. pegi bawak2 mandi and baring jap.

sebab kitchen cabinet punya table top tak pasang lagi, tak leh la nak rasmi KC aku tu. maka masak la mak dgn adik aku kat luar untuk makan malam. kitorg maghrib berjemaah, baca doa selamat, baca yasin, semayang isyak berjemaah. then makan. 

nak jadi cite, tgh nak masak tu, bole pulak la gas habis. patut lah masa diorang angkat gas tu rasa ringan je. wan keluar lah balik pegi beli gas. macam2. tapi alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dgn lancar. dipermudahkan urusan, disihatkan tubuh badan dan kitorg dah mula settle down. slowly clear kan barang yang masih dalam kotak. 

bila nak buat makan2 / housewarming?? bila2 nak datang, ada lah makanan. :)

solat berjemaah bersama. 

baca yasin

opah pun merasa rasmi tido umah kitorg jugak. ha, belakang sofa tu la divider yang kitorg pasang. to separate living hall and dining area.

nia nak tunggu makan ramai2 lambat sangat, so dia jalan dulu. moyang nye suka benau tgk cicitnye makan dengan berselera. kekdahnya mcm tolong angkat barang je ye nia. meja makan takde bajet lagi ye. besila la kita kat bawah ni makan ramai2

 ini lah rupa KC aku setelah melalui beberapa amendment. belum lagi rasmi guna sebab paip sinki tak pasang lagi. dah tak sabar nak masak ni. banyak menu2 dalam kepala. kahhhhhhhh...

dah kenyang, dah settle semua baru bentang toto untuk semua orang landing. tapi malam tu 1 rumah kepanasan tak bole tido. bahang sebab haritu mmg panas yang amat dengan barang besepah and orang ramai lagi kan. aircond tak pasang lagi. bukan tak pasang lagi, bajet nak pasang takde. pasang plug point je dulu. so ini lah another view of our living hall.

ni pulak view family area kat atas. dgn channel unifi. atas bawah panas. apa lagi dalam bilik. tapi sebab badan penat, lena jugak sampai ke pagi. alhamdulillah niadel pun lena tidurnya. semua ok2 aje.

pagi esok nya, heavy breakfast jugak. makan nasi. adel bab makan, mmg front seat la cam biasa. ha, korang dtg rumah aku, time makan kita sila panggung ye. harap maklum. ni la dining area.

dalam pukul 11 pagi, mak ayah aku gerak. kalau tak, mmg bole lepak lama lagi, tapi aku lak ada program seterusnya. nak mengelak tak boleh. takde aku tak jalan program tu. ok, sila muntah. 

so, terima kasih banyak2 untuk adik2 aku sebab sudi turun sama2 membanting tulang mengemas rumah kitorg. mak ayah yang tolong lead bacakan doa selamat dan buat pendinding rumah kitorg. untuk opah yang sudi bermalam kat rumah adik. tau lah orang tua ni payah nak tido rumah orang kan.

cerita pindah rumah

hari yang ditunggu dah pun tiba. hari rabu dgn khamis aku cuti tunggu rumah install itu ini. cuci rumah siap. jumaat pagi, badang2 aku pun tiba. dimulakan dgn yang ada dalam daerah, asyran. awal pagi dah terpacak kat rumah aku. patut haritu aku kerja tp orang astro pulak nak dtg pagi tu nak pindah astro. mmg dah kena mark la dgn boss aku. sudahnya, half day jugak aku. 

yang tragis lagi kena cuci rumah lagi sekali sebab mcm berchop2 je lagi. nak panggil service cuci mcm tak sempat maka, sendiri bikin. dah separuh hari tu energy level dah tinggal 30% je la. dah tu, ofis dok tanya masuk ofis ke tidak. cuti ke.

dengan kata lain, sila lah masuk ofis. masuk jugak dgn masam2 lepas cuci rumah tu. dalam kul 5 gitu adik2 aku dari johor pun sampai. diorg terus balik rumah and terus angkat barang yang fragile ke rumah baru. sebab ada beberapa buah kereta, bole angkat sekali je trip. 

yang lelaki dok ulang alik angkat barang. aku lak incharge anak2. aku balik keje terus pegi amik niadel terus pegi rumah. diorang dah angkat sikit barang ke sini. so ni lah dia living hall rumah aku. masing2 dah landing. sebab adik2 aku, dari johor terus je aku kerah. yang asyran pulak dah nak patah pinggang basuh rumah. yang niadel, jadi mandur as usual.

lepas maghrib bole pulak adik2 aku pegi mandi pool kat apartment aku. siap nia pun mandi sekali. malam2 buta ber-pool. bising lah aku diorg pegi bawak nia. dah settle diorang mandi pool, next round angkat barang lagi sekali. and terus pegi dinner. ke supper. sebab masa tu dah nak tengah malam.

niadel dah selamat tido. angkut jugak. kitorg pun baru nak makan. time ni memasing dah pancit. belum esok lagi ni. esok lagi lah macam2 sebab lori datang nak angkat barang esok nya. balik rumah semua tebungkang. hari yang ditunggu pun tiba. pagi2 aku dah kerah semua bangun sebab lori datang pukul 9. tepat jam 9 pagi lori datang. 

nilah sebahagian barang2 yang ada dalam rumah aku. kotak ada dalam 50 ke lebih. dengan barang bukan2 lagi. mmg jenuh nak packing. nak unpack tah bila tahun nak settle tak tau lah.

kitorg hire lori dgn 2 org pekerja. campur dgn kitorg ber-4 ada lah 6 org yang angkat barang. so ok lah kan. ni diorg tgh wrap barang2 yang besar. baru aku tau camni rupanya process nak pindah.

aku monitor kat bawah nak tgk camne diorang susun. mmg keje diorg la kan. so tau diorg adjust mana nak angkat dulu and nak letak mana. baru je nak mula process pindah sekali orang unifi call nak install unifi. mmg dah make appointmet haritu so alang nak pindah tu terus la buat sekali. so tak lah terputus hubungan dgn dunia luar.

so wan lah kena tunggu rumah sana nak tgk installer tu. aku tunggu kalu, tah mana dia nak tarik wire, silap kang aku yang kena. maka aku jaga kat sini je handle angkat barang. turun naik turun naik. tak cukup lori, semua kereta dipenuhkan dgn barang2 fragile yang lain.
dalam pukul 12 jugak clear kan rumah. terus wan bawak lori kerumah baru. dia dgn akmal inchrage kat sana. aku dgn 2 org adik aku clear kan saki baki yang ada kat rumah ni. gambar atas, sampah2 yang nak dibuang. 2 round jugak nak buang sampah. settle dah buang sampah, terus aku gerak ke rumah and adik aku belikan lunch.

selamat tinggal cemara, aku bakal merindui mu. ting tong!!

settle angkut barang ke sini lebih kurang pukul 2. lunch pun sampai. memasing2 isi perut dulu. mmg dah kepenatan kebuluran. dah makan semua sambung balik alihkan kotak2 kat tempat sepatutnya. 

fuh, mmg letih kalau pindah rumah ni. dah pindah barang rumah kotor balik. adeh!
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in