peace lagi

ha senget2 muka nak buat peace. kali ni kakak join venture sekali. mengajuk adik nya.

aku ni tgh sibuk. kiri kanan, depan belakang org dok kejar. yg paling kuat mengejar laki aku. banyak urusan aku kena settlekan. banyak benda jadi tapi belum ada masa nak membebel panjang2. rindu nak membebel dalam ni. selamat hari pekerja. yg suri rumah pun pekerja jugak. so gantung kuali letak kaki atas coffee table kita chill je esok. chill 'sangat'! later guys!

peace

2 tahun 2 bulan tak pandai buat peace lagi ha. sibuk lak tu compare dgn anak orang pasal peace. bukan compare anak ko dah pandai baca ke belum tau. hahaha.. tanya dah pandai buat peace ke belum. ramai kot yang dah pandai. ramai gak yang belum. tapi mama tak lah beria mengajar. tunjuk kat dia je. tapi peace versi adel begini.

adel, peace adel! 'peace!!!' katanya sambil buat Looser sign. nia kalau tengok adel buat peace sign, tebahak- bahak gelak lepas tu dia pun ejek adel punya peace sign. hahahaha...

nak gambar mama

update laju- laju. malam tadi, tgh kitorg 4 beranak berkubang, nia tgh main hp aku, then dia cakap 'mama, cikgu ain suruh amik gambar mama bagi kat dia' then dengan slumber nye dia letak hp mama dia kat dalam bag dia sebab tau dalam henpon mama ada gambar mama so bole bagi kat cikgu ain. boleh?

aku ni dalam kepala dok ingat ni mesti cikgu ain nak berenti keje, so nak gambar nak buat kenangan. pagi tadi masa hantar nia, cikgu ain tanya nia, 'nia ada bawak gambar mama tak?' dia pegi amik henpon mama atas dashboard nak bagi ke cikgu ain. bia betik nia? sabajelah budak ni. aku tanya nak buat apa? rupanya mother's day is around the corner. Allah, mmg lah tak ingat. so aku dgn baik hati bagi gambar dibawah ni kat cikgu ain diorang. 

tak sabar nak tgk apa hasilnya nanti. ewah. hehehe.. SR tak nak mintak gambar ke eh? nanti banyak lah mama dapat kad. kad dari papa lagi *inihint* niadel tak pandang camera takpe, tetap comel. janji mak diorang pandang camera sambil memberikan senyuman paling manis.

official photo from upin&ipin facebook

cepat diorang upload gambar. masa sampai tu, mmg nampak few staff welcome budak2 ni. snap photo bagai. so mesti ada gambar. dah keluar dah gambar nye, harus lah cari gambar nia dicelah keramaian budak2 tu. so here are some photos taken from upin & ipin's facebook. mama skodeng dari luar, so tatau apa jadi kat dalam. so ini lah antara aktivit2 nya..

pandai pulak tgk camera ye nia..

walaupun nia tak pandang camera, mama tetap nak letak. :p

menonto upin ipin dulu nampaknya. kat rumah 24/7 tgk kot nia. :p

tgh dgr briefing kot.

ni kot watak- watak dalam upin&ipin tu. yang voiceover.

 ni baru lepas lunch kat gang's corner. panas terik woo time ni.

alamak, terlepas aku nak tgk mascot upin ipin ni. masa ni kat tesco tgh lunch dgn bed. mesti lah beronok-ronok nia dgn kawan2 dia

ada souvenir utk visitors from upin ipin

teacher pun seronok jugak nampaknya

last sebelum balik.group photo dengan upin dan ipin. nia dah penat la tuh...

source : http://www.facebook.com/kelabupindanipin

bila mana kita memerlukan tv wallboard

serabut selagi tak settle urusan rumah ye. selagi tu lah survey, survey dan survey. tukang survey aku. tukang approve / reject wan. keje nye mereject je. cari tak mau. ok fair, construction work dia pantau. hiasan dalaman rumah on aku. tv wallboard salah 1 benda wajib pasang  dalam rumah. biarlah meja makan takde dalam bajet, yang penting tv wallboard ni kena pasang. bila mana kita memerlukan tv wallboard, bila mana anak- anak kita jadikan rak tv port untuk bermain...

suka sangat buat konsert atas ni. tak tau lah kenapa dalam banyak- banyak tempat, sini jugak diorang suka naik.

tu nampak dah melengkung rak tv tuh. macam menunggu masa je tu ha.. bertahan lah kau rak tv sampai pindah rumah esok.

port minum susu, tgk tv, main game, buat homework. segala lah. bahagia je nampaknya ye. kitorg yang nak tgk tv ni yang jenuh.

yang dah dishorlisted. maybe amik yang ni letak kat living hall.

ni pun cam best. beza dgn kat atas, tv dia tak tanam kedalam. then ada rak nak letak hiasan.

family hall atas letak rak gini je lah then tampal tv kat dinding. agak2 ada potensi budak2 nak panjat tak? nak buat rak senipis mungkin so tak tercapailah akal anak2 aku nak panjat.

skodeng field trip nia

harini dalam sejarah, nia pegi rombongan sekolah. mak dia yang over. banyak lah kerisauan yang bersarang dikepala ni. siap mintak cuti sebab anak nak pegi field trip. boss tanya, parents boleh ikut ke? aku cakap, tak boleh boss, tapi saya nak skodeng. lailahaillallah... kata boss aku.

senangnye nak kejut anak pegi sekolah pagi bila ada field trip. dari malam tadi dah pesan tido awal. tapi mak nye yg tido awal. papa kata, sape yang menggeletis nak pegi tgk upin&ipin ni? kul 7 nia dah bangun, mandi pun senang. semangat! tak nak minum susu, tak nak bawak susu katanya.

risau takut tak makan nanti nak tunggu lunch, bawak nia makan pancake kat mcD

dia yang mintak makan pancake kat mcD ni. lagipun lama tak bawak ke mcD tu bawak dia ke situ. adel, papa dah hantar awal lagi ke nursery.

then terus hantar ke sekolah. wah2, sekarang mama hantar tak drama dah. ke sebab nak gi rombongan? menonong je duduk sebelah kawan- kawan dia. 1 teacher akan handle 12 students. which aku sgt risau sebenarnye. kot nia nak apa2 nanti camne? ye lah, kita mak2 ni, mmg paranoid. padahal diorang ok je. yang jadi risau sebab nia kecik lagi. belum 4 tahun dah gi rombongan kan. kalau kata bukan pegi les copaque studio mmg aku tak bagi kot. sebab ni pegi 1 tempat je. tak perlukan banyak bejalan. so, bagi je lah kan.

parents tunggu kat bawah. then budak2 pun turun, pakai kasut dulu. ok, pass. nia duduk in group.

ni bff la ni. amanda dgn ciknor. ciknor aku baru kenal tadi. sebab selama ni dok dengar nia sebut nama je. dapatlah berkenalan jugak dgn mak ciknor. tanya lah full name ciknor. mak nye jawab siti nurhaliza. wah, kelas nia bff retis! hehhee.. ikat rambut 2 pun diorg request sebab nak sama. menurut kata mak nya.
dah nak naik bus. lepas tu tak nampak dia duduk mana. risau lak aku rasa nak naik atas bus nak make sure elok tempat duduk nya. kot jatuh ke nanti. amboi, ingat mak rania ni rilek je, paling over rupanya. owh ada lagi over ye. siap opah menghantar cucu begenang ayor mata ye. riso ke cucu. parents kat situ tau aku nak follow (skodeng) siap pesan mintak tolong tgk2 kan anak diorang. aku bukan apa, just to  make sure semua budak in group and tak terkeluar group.

ni betul puya skodeng. siap follow bus yo. hahahah... bila lalu toll, aku lalu smart tag, kena lah berenti tepi jalan tunggu bus datang. then follow balik. hahahah...

dalam kul 10 pagi, dah sampai. tapi bus ni sesat ke apa aku tak pasti. sebab tak nampak bangunan upin ipin nya. kalau ikut alamat les copaque kat jalan boling padang. tapi bus berenti kat jalan taekwondo. ke sampai awal wallahua'lam. then bus pun gerak balik lepas berenti dalam 10 minit. oh, masa naik bus students diberi roti gardenia coklat dgn sekotak air untuk breakfast.

dah sampai. cari port nak parking kereta dulu.

menyorok tgk diorang turun bus and masuk kat ofis les copaque. hahahah.. gila rasa mcm penjenayah. dah lah panas terik. menyorok dibalik kereta pulak ni.

 nia dah masuk dalam ni. ok, mama nak buat apa lepas ni sementara menunggu partner in crime datang ni?

 
diorang akan lunch kat sini. opposite office dia. sebelum tu nampak diorang naik ke tingkat atas. ingat kan diorang lunch kat atas then aku teralit jap sebab ngadap tab, bila partner in crime aku dah sampai, nampak budak2 tgh lunch kat geng's corner kat bawah ni.

sebab naik kereta lain, so partner in crime boleh bawak aku lagi dekat nak tgk nia. tu nia dari belakang. siap berdiri atas kerusi makan nasi ayam. siap tgk apa diorang makan. hehehe.. orang2 keliling dah pandang senget je kat aku ni. mcm nak merompak budak ke apa. slumber je aku amik gambar bagai. nak elak dari teacher dgn nia nampak je sebenarnya.

partner in crime kawasan shah alam ye. kawasan bangi lain. thanks bed sebab sudi teman aku. lunch sama. tolong skodeng nia.tegelak2 bed nengok pe'el mama nia skodeng anaknya. settle lunch kat tesco sebaelah les copaque studio tuh, terus balik ke studio tuh, then nampak budak2 dah ke upin&ipin boutique 1 row dgn ofis dia. teacher ada tanya kalau nak beli merchandise. so aku bagi la RM50. teacher akan beli kan. teacher cakap cukuplah. ada parents bagi RM150. wah!

lepas dah selesai misi skodeng, terus je aku balik. tgh rumah jap. then terus pegi tunggu kat center. tgk2m bus dah sampai pun. dalam kul 3 gitu. nia turun, nampak mama menangis mintak susu. nampak letih sangat. tapi balik rumah, siap mandi, kelebek barang yang dia dapat / beli. sweet la jugak bila nia kata mama, ni untuk adel. means dia ingat kat adik dia. besar dah anak mak. lepas ni, nia ada field trip, mama tak skodeng dah. tapi kalau adel pegi field trip, mama akan skodeng lagi. hehehe...

aku tau nia sangat seronok dengan trip tadi. mama happy bila anak2 happy. tak gitu?

serangan terburuk - tonsil

ahad lepas tekak dah mula rasa lain macam. kebetulan wan nak ke hospital, aku pun join sekali pegi jumpa doktor kat az-zahrah. jumpa doktor, nganga mulut je mmg dah tau lah. tonsil dah bengkak dah kua putih2 (infection). so amik ubat demam & antibiotik siap- siap.

tak yah tunggu lama, ahad malam dah demam. tapi mampu bangun lagi lah. isnin dengan selasa tu kira peak time lah. kalau dapat MC, kalau betul doktor nak bagi aku MC sehari mmg lah tak cukup. kurang- kurang 2-3 hari baru boleh settle.

demam tonsil mmg sedia maklum lah mmg stok high temp punya demam. tahap menggigil lah kan. setiap 4 jam kena makan ubat. kadang tu 3 jam je suhu badan dah 39 balik. so terpaksa telan ubat sebiji. mmg ubat doktor bagi tu, sehari boleh settle. topup dengan actifast. 3 papan actifast settle 4 hari. gila tak overdose punya drug aku amik?

tu mmg rutin lah bila dia datang serang. tapi kali ni lagi horrible. siap dgn sakit tekak yg amat. sampai tak boleh nak makan. makan je muntah. kadang tak makan pun muntah. kalau kena tonsil mmg seminggu tuh boleh kurus lah aku. sebab tak lalu jamah makanan. dok muntah je keje. muntah macam orang mengandung. sikit2 muntah, sikit2 muntah. mmg sakit. telan air pun sakit apa lagi makanan. bila dah tak makan tu, dah sakit lain pulak. gastrik la pulak. dah la ada gastrik. mmg pakej kan?

still datang ofis. tapi mmg totally flat lah. hari selasa siap pegi low yatt kejap time lunch hour collect laptop sebab mau buat kerja kat rumah. tapi blik ofis dah shaking muka biru bagai. baring kat sofa makan ubat, settle sikit terus balik rumah gi klinik fadzliyana top up ubat. cek suhu badan 39.7 lagi. padahal dah makan ubat tuh.

itu lah dia bila dah kena serangan tonsil. dan ni aku rasa serangan terburuk lah dalam rekod. anak- anak, rumah toksah ditanya lah. tunggang langgang. kadang tak mampu nak salinkan pampers pun. pagi2 tak mampu nak mandikan diorang. semua kerja rumah wan buat. aku balik keje tido aje.

bila kena tonsil ni kualiti hidup sangat lah terjejas. bukan kata tak try supplement. ramai je member aku suruh try and mmg aku cuba. tak kecik2 pun tonsil ni. demam datang jugak consistently. so tak guna lagi lah dibela tonsil ni. its time to remove. next week pegi balik az-zahrah mintak referral letter untuk refer to ENT. buat kat situ je. bila terasa tekak dah sakit tuh takut lah sangat. be prepare lah nak flat for at least 4 days.

tu lah sebab nya aku looking forward for this weekend. nak rehat je. rasa dah sihat baru boleh melayan niadel. mula lah mama mengganas balik. nia masa mama dia demam siap bagitau kat cikgu dia, bgtau mama demam, mama muntah. dah lah cikgu deme ingat aku pregnant. pulak dah. tidak lah dik oi.

ni lah stok ubat untuk seminggu. kalau sakit wan buat setong air manis untuk aku makan ubat. sebab kalau tolak dgn air kosong je, mmg keluar baliklah jawabya.

ni pun wajib ada. isotonic drink mmg aku minum kalau aku demam.

my weekend!

weekend ni best! sebab? sebab takde apa2 aktiviti. takde apa2 komitmen, takde apa2 temujanji. takde kena bawak balik kerja ofis. mmg minggu2 begini lah yang ditunggu. bangun tido, sambung membungkang kat sofa sambil layan niadel. rumah bersepah pun tak de orang heran sebab takde sape. mmg heaven! nak gi tgk rumah, amik ukuran yang nak buat tv wallboard, langsir. nak survey langsir. urusan rumahlah sampai selesai semuanya. wan soh jadi pompom girl pulak tgk dia main hoki lawan dgn sukma girl. apekejadah lawan dengan perempuan? sukma girl menang aku sorak. hahahhaa... so, enjoy your weekend guys and jangan call aku kalau takde apa2 urusan ye. aku dgn wan nak berehat bersama niadel. later!

 DO NOT DISTURB ME-US!

11 April yang produktif

semalam (11 April) diisyhtiharkan hari cuti umum. sama pulak dengan tarikh hari jadi adik kembar aku ainal dengan akmal. happy birthday korang. umur berapa aku lupa. 25 kot. birthday remy ishak jugek. umur beliau aku ingat. :p 
 
hari cuti umum semalam amik kesempatan untuk settlekan hal rumah dan visit newborn. again. akan berlanjutan sampai anak kakak aku keluar. mmg back to back. tak sempat nak telek muka-muka raja-raja dan sultan sultanah kat tv, kul 11 lebih dah keluar rumah.badan ni tak berapa sihat. sebelum keluar rumah telan siap2 dadah2 yang diberi doktor untuk bertahan atleast 4jam. panas terik diluar kutahan jebat!

muka melawan namanya ni. bila ketap bibir gini ada lah yg dia marah tuh. mata pulak mesti tak bekelip. bole tahan.

ke kedai grill nak confirm kan design dengan color. walaupun cuti umum tapi kebanyakan kedai beroperasi sepertia biasa. so kitorang amik kesempatan lah settle kan segala. kalau amik masa time kerja bertolak- tolak masing2. ada je hal nya. skang rumah takde orang buat keje sebab construction dah settle. tinggal nak pasang2 je. drag sebab kitorg lambat beli barang.

antara warna grill yang ada. kitorg sepakat memilih executive grey. wrought iron? idok le teman mampu. teman mampu nengok je... main gate bole la kot insyaAllah.. tapi definitely not in this budget.

antara warna- warna lain yang ada. biasa orang akan amik color deep leather or off white tuh.

lepas dah settle grill, pegi kedai pintu pulak nak tgk design. area yang kena renovate tu, frame tak fit pulak dengan existing door. dah lari bajet nak mengganti pintu pulak. asalnya nak ganti main door je. sebab main door sekarang macam pintu jamban je. nak le upgrade sikit. alih2, berpintu- pintu pulak kena ganti.

dah settle urusan pintu dan grill, wan nak pegi beli cat, eh, eh over run dah dgn plan asal ni. patut sekarang ni dah begerak ke PJ nak visit aariz. so terus je ke PJ. nasib le tak jem. cuma melilau mencari rumah ryn. ni lah dia disadvantage hidup dengan garmin, dah pegi tempat tu 2-3 kali pun masih tak leh ingat exact location. tapi jumpa la jugak. wan ada. kalau aku, mau habis 1 bar minyak kot. sampai pun ontime. takde yang lewat sangat, takde yang awal sangat.

pengantin : AARIZ RIZQI. anak ke3, hero ke2 ryn & yus

kitorg kalau dah berkumpul begini la kekdah nye ye. ni sebelum....

ni selepas. takde tempat nak pijak dah. bersepah sudah rumah orang. dah puas menyepah, isi minyak. siap silang kaki budak bedua ni.

aariz banyak bejaga. so dapat lah kelebek dia. baru umur 8 hari time ni.

lucu nengok gelagat kakak aariz, aisyh' yg atas riba aunty bed. baru setahun tapi independent je. tak merengek. rilek je dia. menonong je. ok je bila orang approach.

dengan sesapa pun layan kakak aisyh' ni.

anak2 dah kenyang, apak2 dah settle makan, mak2 pulak tukar port selesa sikit. menu haritu spaghetti. kudap2 nugget. siap tuan rumah kena goreng second round nak top up. tak lupa jugak cekodok pisang yang i hanya mampu jeling je sebab i kan tak makan pisang. kalau cekodok blueberry ke i makan lah. sila jangan benci i kakak! :p

ok, time to say goodbye. kakak asha and kakak nia shake hand aariz. elok je dia duduk dalam tu tak hok hek hok hek pun. aku takut nia tejunam dalam tu je. bubye aariz, nanti jumpa lagi, mesti lain dah rupa.nanti kalau selisih bahu dengan aunty, jangan lupa tegur ye. :p

wajibla kan...tak yah suruh. hero2 dah beratur dulu pegang camera nak amik gambar bini2 deme. hahahah... sape yang beranak ni? mcm aku je beranak muka pucat lesi habis. yg bersalin ryn, next to me. bed and aieza. minus nome yang masih berpantang jugak. next belonggok session tgk aryan pulak kita.

tak selesey lagi ye hari ni. settle kat rumah ryn, patah balik ke kedai cat. beli cat, hantar kat rumah. masa kat kedai cat tu lah serentak adik aku dgn adik wan, eh adik ipar aku call wan and adik aku call aku tanya ada rasa gegaran tak? aku kata aku sentiasa je bergegar dah budak2 ni dok atas aku je. then cepat2 tgk hp, cek twitter baru tau ada earthquake kat acheh. kalau kitorg dalam keadaan pegun mungkin terasa. tapi were not. singgah jusco beli groceries jap.

akhir sekali ke pasar malam. pegi diwaktu petang le. buat julung2 kali nya niadel mencemar duli ke pasar malam. for the record, diorg tak penah ke pasar malam. selalu kitorg balik kerja pegi pasar then baru amik niadel kat taska. so seperti dijangka lah nia tak mau jalan. penat lah ape lah. adel tgk kakak dia bedukung, dia pun nak bedukung la jugak. kesan dadah nak abis dah time tuh. kena cepat balik rumah makan ubat lagi.

kat kedai buah, sorang ni approach aku "penulis blog kan?" sebab dia nampak niadel tu kenal. kalau aku je tak kenal kot. lagi muka tgh macam zombie. hehehee... lain benau dengan dalam gambar ye ayu? thanks for the info ye. nanti kita riki2.

balik rumah, tarik selimut menggigil balik dalam selimut. bukak berita nak tgk tsunami, cerita Agong pulak yang berejam. tukar tv1 lagi pantas dan tuntas. what a productive day. 

DAULAT TUANKU! tetibe

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in