adik2 yang nak pergi interview kerja..

adik2, akak nak share lah pengalaman akak ni menemuduga orang. currently akak sedang sibuk interview orang. mencari pembantu akak ni. sesiapa nak merasa kerja dibawah akak bolehlah apply kat jobstreet ye. so bila dah went through a few of interview session. menjadi bahan nak senyum pulak memikirkan candidates yang datang untuk temuduga ni. macam- macam rupa, macam- macam gaya.

on appearance, mmg most of the candidate bole dapat A lah. tapi ada jugak yang over. adeke disembur perfume kat badan sampai naik pedih hidung aku menahan. wangi betul dik. tak dapat extra marks pun. yang selebet tu takde lah lagi. averange lah.

on preparation, dah tau awak tu nak pegi temuduga, takkan lah sebatang pen pun takde. itu ok lagi lah, dah tu, prepare lah 1 copy all certs and CV untuk dibagi kat penemuduga. ada pulak yang baru nak mengibas file. untung baik, aku sembang- sembang lah in between nak cari cert tuh. untung tak baik, aku tenung macam tak makan 10 hari. so be prepared. siap2 susun ikut kronologi. dari the latest sampai lah ke tadika punya sijil. file tu cuba belilah hat molek sikit. ini stok yang loose file. kadang bila bukak berterabur semua. kan jenuh disitu. kita interviewer nak amik pun takut. kot lah terselit gambar boyfren ke. ater tak bersedia kan. macam- macam..

on resume, ini yang paling tak boleh lupa lah. english skill ko taruk 10 / 10. which aku pun takut jugak nak speaking tu nanti. i was expecting gila berabuk tahap kimora lee simon lah punya diction. sekali bila soh cite personal background ko jawab.. my name is..... i am 23rd years old. serious ke ni ko cakap twenty-third instead of twenty-three? kan dah mendapat dgn bos aku, typo ke u mark 10 kat english skills tuh. it's ok kalau nak letak 5 ke 6 sekali pun, tapi biar ukur baju dibadan sendiri. tak ke memalukan diri sendiri tu nanti. be honest. jangan nak attitude sangat unless ko mmg bagus. yang tukang interview ni pun bukan hebat sangat tapi kita tau level kita lah kan.

dan yang paling penting, ko mesti lah tau apa yang ko tulis kat resume tuh. aku style akan go through 1 by 1 the entire CV. so be realistic. kot nak copy paste dari sample yang ada, make sure u baca apa yang u tulis. so that bila aku tanya balik, takde lah ko terbangak- bangak nak menjawab nya. or typical answer 'sorry, i can't remember' apa jadah? contoh la bakal2 engineer bila korang tulis final project korang pung pang pung pang tu kan, bila tanya... aaaa that was theory. ko kena ingat lah apa ko buat dah ko tulis. tak kisah la beberapa tahun lepas pun. 

on marketing yourself, time ni, aku tenung je cara ko becakap. confident tu bagus tapi maintain humble. jangan confiedent tapi berlagak. we can see in your eyes. bila dah soh cite pasal diri sendiri tuh, tak yah la sampai ko nak cite 10 jenis hobi yang ada dalam CV ko tuh. penemuduga takde lah nak tau hobi ko reading, ko suka baca buku apa. takde lah nak tau ko suka water rafting ke, suka bersilat gayung fatani ke. cukup lah ko cakap ko suka extreme outdoor activity. tak yah la ko list out kan nama adik badik ko. siap ada pulak kabo i'm still single and don't hav boyfriend yet. aku cam, apekah?  aku tak nak tau tuh. untuk yg berpengalaman, cerita pasal past experience. untuk yang fresh graduate, cerita apa yang ko buat on industrial training.

on experience & skills, ini paling penting. ko rate kan diri ko advance in microsoft excel. tapi bila aku tanya what is the simplest way to copy and paste 1 para. errr jawab nya by using a mouse. apekah? obviously pakai keyboard. dah mula cakap tak tau. advanced kah? aku mintak "u must be able to read account" dalam requirement aku. tgk degree / diploma accounting, bila tanya what is NPBT? errrr saya dah lupa. serious ke ko ni? jawapan sedia ada dalam soalan. so please, be prepared. ada jugak yang bangsa experienced. tak prepare langsung. bila tanya, wait a minute, wait a minute. tau lah ko cam terror je, tp ko tgh interview kot, dah tau nak interview. prepare lah apa yang perlu. 

interview orang bukan seronok. seronok tengok gelagat orang lah. terketar- ketar, cakap berterabur. tapi untuk interviewer. penat dibuatnya. bazir banyak masa. and yet kena pulak dgn org yg tah apa. tak ke lagi letih?

mode : penat interview orang...

wordless wednesday

halluuu...mummy busy, sebusy kami. mummy pulak dah. nia skang kalau speaking dia panggil mama dia mummy. getik pulak mendengarnya. :p

congratulations nome!

menunggu orang beranak, perasaan dia tak sama dgn yang tengah beranak. yang tengah beranak, fikir camne nak over calm contraction yang datang dan fikirkan camne nak harung kesakitan nak beranak tuh. unlike kita sebagai kawan or family member yang menunggu kawan / family member kita nak bersalin, perasaan suspen tu sama banyak jugak dgn perasaan orang nak beranak ni. 

macam- macam spekulasi lah kalau tak dapat kabar berita. yang easy access mcm kalau bersalin kat private, bole bawak hp dalam LR bole la kot, live telecast, 1cm...2cm...sedang menahan sakit yang amat...and so on... update status kat twitter / fb. yg tak easy access tu yg kita lemah sikit tuh. dah ke? belum ke? selamat dah ke? 

time tu lah rasa, kan bagus kalau aku ada no laki dia, bole call laki dia terus. hahahaha.. most of my best friend mmg dah kenal lah laki diorg. yang tak bape rapat tu melangut lah tgk fb / twitter status. or tunggu sms je. hehehe... 

macam tu lah jugak sessi berdebar menunggu nome nak deliver. dari 1st induce, masuk 2nd induce, dari tak sakit, sampai sakit. dari 2cm, masuk 4cm. lepas tu dah senyap terus. mulalah gundah gulana. bukan family member ni. kalau akak aku besalin esok, harus aku video call dgn dia. hahahah... 

dok lah kelek hp, sampai wan cakap, "apa masalah nya, bia je lah org tu nak beranak." hahahah.. diorg mana ada rasa eager nak tau kan. kalau ada member beranak, bagi tau "wife momok (sekadar contoh ye kak iela. ;)) dah bersalin baby girl / boy" soalan seterusnya confirm takde jawapan. bape kilo? besalin kat mana? normal ke operate? jangan harap lah akan ada jawapan. dah bersalin tu kira dah cukup lah bagi kaum lelaki.

kita ni, bila dpt SMS, alhamdulillah... dah selamat melahirkan bayi.... haaaa.. tunggu je lah kita punya reply kat orang tu. mcm polis pencen lah. bape jam sakit, koyak tak? jahit banyak tak. sampai tahap mcm tu lah bertanya. hahahaha...

alhamdulillah, nome selamat melahirkan baby boy yang diberi nama ARYAN AFEEF. dari sebelum aryan keluar, kitorg (aku and aieza) dah pay visit kat nome. dia kena admitted due to high BP. so cukup 36weeks, kena induced. dah selamat deliver, mmg tak dapat further info perihal peristiwa melahirkan aryan, sampai lah kitorg (aku & aieza again) pay visit nome kat hospital tadi. kitorg masih tak dapat tgk baby aryan, sebab aryan lahir dengan berat 1.9kg. so kena tahan dalam NICU. 

so tadi dapat tgk pintu NICU je sebab parents baby je boleh masuk tgk baby. aryan pun sihat. cuma nak kena gain weight je before bole discharge. nome pun nampak dah boleh bangun. tak lama lagi boleh discharge. congratulations nome, faizal & kakak aleesya atas kehadiran aryan afeef. sepasang dah anak korang ye.

teringin jugak. tapi tadi, bila buat sessi lawatan kat ward bersalin, lemas perut, nervous pun ada. camni aku sakit tak tentu arah dulu eh masa beranak. kira terror gak lah aku tahan sakit. hahaha.. tapi aku tgk orang sakit nak beranak, jalan besepah aku yang cuak rasa cukup lah 2. mng terbayang lah bila aieza tunjuk, ni bilik induce, ada sorang ni baru lepas kena seluk buat VE. eiii, serem aku! tak leh jalan2 kat wad bersalin dah. pas ni, nak visit orang, terus pegi bilik diorang. lemas perut dibuat nya. hahahaha... 

again, congratulations nome! ok, next giliran sape? sila amik nombor... ;)


ni masa melawat nome sebelum dia deliver. bila cakap je nak datang, laju je dia makeup. ya ampun, nak beranak, selain barang mak dan baby, barang makeup tak tinggal ye! sabojelah..

ni masa visit tadi. kenapa aku greyscale kan? menghormati ibu yang baru lepas bersalin. hehehe...

jenguk NICU. tgk dari luar je lah. nak amik gambar pun tak boleh. even ibu dia pun belum dapat tgk muka baby. masa lepas operation tu je dapat tgk. tu pun dalam keadaan mamai.

partner in crime. kalau seposkod, insyaAllah kitorg sampai. hahahah... ha tu nak cakap muka aku tembam la tuh. jangan salahkan aku ye, salah kan tudung. :p

 updated : dapat MMS dari nome. inilah dia gerangan nya aryan afeef. agree with bed, hidung terletak. comel sangat. macam kakak dia masa baby dulu. membesar dengan sihat ye sayang. boleh cepat balik rumah.

musim sejuk ke nia?

dah 2 malam bebungkus kat rumah. padahal rumah punya lah panas. tapi dia punya berbungkus macam aircond kat rumah ada 8hp. 

pastu cam payah je nak menulis pakai glove, dia tanggal 1 sarung tangan then sambung buat homework. sebelah lagi maintain pakai.

masuk homework buku ke2, masih lagi maintain berbungkus. lepas dah siap baru tanggal segala. lepas tu ckp, panaslah mama. dekat sejam pakai tak panas ke? hairan aku. obviously mmg dia rindu kan disneyland. hari2 tgk the lion king show kat youtube. tgk princess. siap mintak pegi hongkong. itu je lah sebutnya. next year ok nia!

ni lagi sorang. asalnya nia buat homework kat rak tv tuh, sekali datang si adik memanjat rak tv nak menyibuk. lepas tu, terus kakak dia beralih ke sofa. bila si adik nak turun, kaki dah tersangkut. dah menangis mintak simpati. tu je lah pandai, sikit2 nangis, sikit2 jebik.

akhirnya masing2 membawa haluan masing2.... 

niadel pagi ni...

2 minggu ni rasa best sikit. sebab aku dgn wan keluar kerja serentak. wan 2 minggu ni ada kursus. so tak lah lepas subuh keluar rumah. so boleh lah mandikan anak2. especially adel. hantar ke taska dengan hati yang tenang. kalau dah banyak masa bersama, 2 beradik ni panjang je lah akalnye. selagi tak keluar dari rumah macam- macam nak dibawaknya.

dia bila ada gang tu, syok sikit nak buat bukan- bukan. sorang buat, sorang mengikut. pagi ni nak bawak payung, spek pegi taska. nia ada tambahan accessories lagi, nak bawak sarung tangan, snow cap kaler brown dia. gantung kat leher. simpak spek dalam tuh. melenggang kangkung jalan pergi kereta.

kakak dia nak spek, diap un nak pakai spek. ikut aje apa kakak dia buat. lepas tu nak turun tangga dah tak nampak jalan. suruh mama dukung. sampai bawah baru jalan. risau aku takut tesembam aje. sabajelah budak kecik ni.

semua benda nak bawak tak tau lah kenapa. nak menunjuk kat kawan2 ke, ada aktiviti pakaian beragam ke. kadang tu lah, kita balik keje amik diorg bukan kita ingat apa barang diorg bawak. takut hilang je. so far belum penah jadi lagi lah.

tapi yang paling bikin mama stress bila dia mintak baca buku. malam tadi tak pulak dia mintak baca buku. rupanya teacher siti, yang ajar subjek bahasa melayu, pesan kat dia suruh dia baca buku kat rumah. malam tadi hilang ingatan agaknya pasal teacher siti suruh baca buku. pagi ni baru terkial- kial membaca 2 page. mama cakap baca kat kereta je lah. tu dia membaca. padahal sebut huruf je. I-ikan, B-bola, P- ntah lupa sudah.

masih maintain pakai spek kejung dan tak bergerak...

dah sampai depan taska ni, tak jugak dia habis membaca lagi... tensi2...

bila mama cakap 'nia, cepat lah nia..' dia jawab 'wait lah mama, sikit je lagi...' adeh.... aku ni dah la dah bertaubat tak nak marah- marah anak. ketap bibir je lah...

semalam balik awal

petang semalam balik awal. ada incident zaman sekolah berlaku. apalah dah tua bangka pun ada lagi incident ini. kul 4.30 dah cabut balik. dah balik awal tu balik rumah kejap tukar baju then keluar balik. mana bole duduk2 saja balik rumah awal tido. kepala ligat memikirkan aktiviti yang boleh dimanfaatkan.

ke jusco redeem voucher dgn rebate. dapat RM200. banyak pelaburan kat jusco ye. eh silap bukan jusco tapi aeon. alang tu, tukar kad sekali. ada 1 design je. bolehlah. janji settle urusan sekali gus.

buat beli barang rumah seminggu, sekali pakai confirm habis.

nak tunjuk kat korang ni sebenarnye. nak keluar dari jusco, lalu pizza hut, nampak banner ni. baru kan? kids eat free every day. menarik disitu.

of course ada terms and conditions dia. budak dengan ketinggian 120cm kebawah je dapat makan free. 

ukur tinggi dulu sebelum masuk ye. macam nak masuk theme park pulak dah. ok lah, kalau nia tinggi lebih 120cm, mesti adel rendah lagi. masih boleh dapat free. hehehe.. tapi aku rasa tinggi nia tak sampai 120cm lagi lah. nanti kita ajak papa makan kat sini ye nia. which tak tau bila lah sebab pizza takde kambing katanya.

dah tu je update. jiwa kacau bila tau audit finding dari income tax tadi. serabut macam aku punya company je kan. haish...

afad & faris wedding

sabtu tengah hari, terus gerak pegi kuala selangor. wedding sepupu. so far, kalau wedding sepupu- sepapat ni tak pernah miss lagi lah. cuba sehabis baik utk attend. nanti kalau tak datang, dengar dialog cikgu rokiah "ko kawen haritu, diorg datang tau dik" hah begitu lah. bukan lah indicator nya kalau diorg dtg wedding aku baru aku pegi wedding diorg. aku ok je. lagi pulak family kan. wajib lah datang.

rasa nya aku yang paling lambat sekali kategori family member yang sampai. sengih2 sumbing sikit, sembang- sembang sikit, ok dah la. hehehe.. sebab ada 2 pengantin, 2 beradik naik pelamin, mmg happening lah majlis. orang ramai sampai ke petang. meriah sangat. elok macam ni kalau ramai adik beradik. kalau sorang pakcik tu ada 6 anak, jenuh 6 kali repeat. so better combine. adik kembar aku tu paham- paham lah ye. molek jugak naik pelamin serentak. cut cost namanya. 

gitu gini, kul 6.30 petang kitorg pun mintak diri dulu. nak balik awal takut, dah la datang lambat, nak balik awal. sedar diri ye. :) terus je balik rumah sebab migraine datang menyerang. lately kerap pulak kena. tekanan perasaan gamaknya. kerja dgn stress dgn niadel. apa pun, kena belajar kawal stress. to afad & baby, congrats on your wedding. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. adat berumah tangga ada pasang surutnya. tapi tu yang buatkan ikatan suami isteri makin kuat. ewah! dengar lah org yg berpengalaman sangat ni. padahal baru nak masuk 5 tahun. :)

ini wife nye baby, aimie namanya. aku rasa janggal panggil baby dgn namanya. tapi aku rasa janggal jugak menulis baby kat sini. kahhhhhhhh... nama 'baby' itu faris. kapeten faris. tak sempat tgk diorg lalu bawah pedang. tu lah, sape suruh datang lambat?

nia kalau orang ramai, nak melekap ajelah dgn mama. lepas tu mesti kena buli dgn sedara- mara. tu 2 pupu nia nak mintak kerepek pisang yang bawah ketiak nia. dia kata tu dia punya. suka hati je, rembat se tupperware.

dah habis tayang muka kat luar, duduk dalam rumah pulak. niadel mengacau baby irdina. dua pupu diorg gak ni. macam ni korang nak beradik ye? dihenjut nye buai nyaris buntut irdina nak kena lantai. kuuusss semangat!

mak nye irdina. kakak pengantin. apaknye pesan, letak gambar irdina dalam blog nayville. aku letak gambar maknye sekali. :)

bila tetamu dah reda, kul 5 lebih tu, baru bergambar dengan pengantin atas pelamin.

dengan keluarga pengantin

kitorg pun tumpang amik gambar dengan pengantin. makyong aku tanya "ko dah takde baju kurung ke dik?"  errmmmmmm :)

to ita & aimie, welcome to our family!

sabtu pagi-pagi

semalam, ada wedding kat kuala selangor. as per my photos at fb. bercinta betul nak upload gambar kat fb. tak tau camne orang bole2 laju2, banyak2 upload gambo kat fb. aku yg terkial-kial. lama tak buat kot eh. 

so, sabtu pagi- pagi dah bangun, kemas rumah since atuk dengan opah niadel nak tido rumah. pagi tu dah siap kan diorg pakai baju jalan sebab nak keluar awal lah. ater, sedar mara kahwinkan. so bersiap lah. tapi pagi tu wan nak pegi menjual besi yg ada kat rumah kitorg. kalau lambat kutip, alamat kena curi lah. so lambat jugak balik nya. dah tu pulak, tayar kereta pancit pulak. pergi tampak tayar kereta dulu. ni lah aktiviti sabtu pagi- pagi sebelum menjelang sabtu tengah hari..

kaki tekan vakum nak start vakum rumah

lipat karpet, tarik vakum

tarik lagi vakum...

mulakan dengan lantai..

makcik kita ni buat apa? sarapan dekat sejam tak sudah- sudah lagi

makan dan buat kerja rumah sambil layan lawak ke der.

replacement leave today

hari ni aku cuti. replacement leave keje on weekend haritu. plan asalnya nak ke PWTC nak ke MATTA fair. tapi sebenarnye tak confident nak pergi sorang. tapi teringin nak pegi. tapi tak jadi pergi. divert ke program lain. so aktiviti yang dapat dilaksanakan pada hari ini adalah seperti berikut :

pagi keluar macam biasa macam pergi kerja, ke kids clinic. adel selsema, batuk. again. top up stock ubat. semua under control. biasalah adel, senang sangat berjangkit kalau ada budak selsema. kuat sikit antibodi tu adel!

settle kat klinik, terus hantar niadel ke taska. nia nak keluar rumah tadi, mintak nak bawak cookies. katanya nak bagi kawan2. habis cookies mama dia sedekah ke kawan2 dia. ada potluck gamaknya harini ye. tu setong cips ahoy cookies untuk kawan2 dia..

lokasi seterusnya, ke bangi. harini fareeda ada crazy purple day. wear purple and we can get discount for every purchase. mmg harga menjunam la. tu bila sampai, keadaan dah huru hara. ramai betul orang. tak nak lepas peluang. alang dah cuti tak boleh lah kalau tak singgah ye tak?

aku tak pernah pegi fareeda sale ni. so tak tau camne prosedur dia. rupanya kena amik no giliran. and masuk ikut group. each group diberi 20minit untuk membeli. kisahnya ye. penangan betul. nasib lah tak menunggu lama. tapi 20 minit tu rasa laju je bila nak memilih. sementara aku menunggu tuh sembang2 lah dengan orang sebelah. ada yang dari lembah pantai, dari shah alam. yang paling aku tekujat makcik tu dari kuantan. pergh, dasat betul! lepas tu ada pulak sorang ni tergur tanya aku ni dealer fareeda ke. aku eh kenapakah? rupanya dia nak beli tudung yg aku tengah pakai tuh. kalau aku nak jual, dia nak beli. sebab dia mmg nak sangat kaler tuh. aku tergamam kejap. gitu sekali ye? hahaha

live telecast dengan member yang mengirim. gigih!

selesey di fareeda, roger dgn gang aku, janji nak lunch sama kat sunway. so terus je ke sunway ikut kesas. kejap je sampai. tak jem. kul 12 dah sampai. so terus buat reservation kat shogun. best makan kat sini, buffet style, lots of choices, harga murah, siap ada 30% discount lagi tadi. abang, makan kat chillis 1 meal je dah RM60. sini buffet RM60. tak ke lagi best? ;) tu pinggan aku. macam- macam ada. ketam, kupang, lala, oyster, pasta, nasi, sutun. macam- macam lah. makanan2 yg menambahkan kolestrol.


round seterusnya. tak banyak makan kali ni. huhuhu...

aktiviti seterusnya mencari prep&prime untuk lips. aku nye dah habis. itujelah makeup yg cepat habis. so singgah MAC membeli dan mencuba lipstick2 yang ada. kakak aieza membeli juga.

kebetulan ada lucky draw, pilih 1 bola ping pong dapat ini. glove MAC? buat basuh jamban? apa relevan nya dengan MAC? tak paham. tapi amik aje.

aktiviti terakhir pada harini adalah site-house visit. mmg cepat diorg ni buat keje. lompong dah bilik niadel kat atas. dapur dah letak brick.

family area kat tingkat atas pun dah nampak. bakal jadi tempat berkubang esok ni. maka, kepada badang2 sekalian, terdiri daripada badang ainal, badang akmal, badang asyran, dan badang amalina, bersiap sedia lah korang end of april or early may ye untuk jadi movers kitorg. mana nak start pack pun tak tau ni.

aktiviti terakhir semestinya aktiviti sepanjang hayat, jadi mak lah. amik niadel kul 5 tadi. nia teruja betul. dia cakap 'mama amik nia siang ke? bukan malam' ater, selalu amik diorg dah gelap gelita kat luar.

sekian aktiviti santai harini. walaupun kena kehulu hilir, kesana sini, tapi tak rasa penat dan stress berbanding dengan duduk kat ofis 8 jam tak bergerak kemana. sebab duduk ofis pakai otak. bila otak berkerja lagi penat. dan jugak stress.
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in