Its Jumuah (Jumaat)...

aku suka sangat lagu ni. adik aku, asyran yg suruh aku dengar lagu ni. nak2 pulak harini hari jumaat. afdal lah dikongsikan bersama dengan korang. salam Jumaat semua :)

wordless wednesday

semoga urusan kami pada minggu depan, bulan depan dan beberapa bulan akan datang dipermudahkan oleh Allah SWT. amin...

kerja sekolah kat rumah

bila sekolah dah start, ada lah homework utk anak. bila ada homework utk anak, mak kena la ngadap. bila mak kena ngadap, mak kena lah ada kesabaran yg tinggi nak monitor anak buat homework. nak habiskan 1 page pun punyalah payah. banyak sangat 'take-5' nye. so kena lah gunakan kuasa veto sikit. kalau tak siap homework, tak leh minum susu, tak leh tido. tak leh banyak lagi lah. susah dia nak focus. tu kalau ada homework, mama nya yg merungut. anak ok je. hehehe..

M besar m kecik. M for mama malas. mama menat. mabarjelah. nak habiskan sebaris pun kemain seksa. confirm mama hantar SR nye daycare utk homework coaching. betuah punya mak, dah malas, malas lagi.

adik nya buat apa? apa lagi, mintak nak tgk upin ipin. papa tak bagi. bukak ABC. mengamuk sakan. tp papa buat dek je. muka paksa rela la jawabnya.

malam tadi. lepas makan. bagi tgk ape tah tak ingat sebelum buat homework.
sempat jugak rekod ni semalam. mmg purposely nak rekod untuk kenangan nia dgn adel. kakaknya tgh membaca, adik nye mengadap. tp tgk lah apa yg adik nye tgh buat. makan, makan, makan!

wordless wednesday (tak sangatlah)

tgk lah betapa payah nya kitorg nak amik family photo ramai2. anak nak masuk 2 dan dah masuk 2, mahupun nak masuk 3, struggling nak panggil anak2. dpt dukung sorang, sorg lagi tah kemana. jenuh panggil. ending gambar nye seperti dibawah.

korang tgk muka kitorg pandang arah yg sama, panggil anak sulung masing2. anak no. 2 dah berjaya dukung. nasib lah anak no 2 nome dok dlm perut lagi. hehehe.. nia tu saja buat keras kat tepi kerusi tu.

sorg dah sampai, nia masih ditebing kerusi, hana tak sampai2 lg.. nome dah kibas rambut.

hana lambat sampai sebab naik kenderaan. traffic jem barangkali. adam dah dapat port. leesya setia menunggu. nia masih ditebing!!

adam dah posing baek punya kat kaki mama dia, hana tengah reverse parking. leesya tah tak bleh tunggu, buat peace terus, nia sikit2 dia bergerak.

adam dgn nia dah posing kat belakang mama masing2. leesya maintain, hana dah senyum. aku pulak mata pejam! 

tu belum kira, tahap keberbuluan tukang kena paksa amik gambar menunggu cukup korum tuh. ending dia, takde satu gambar pun jadi. ala, ape kisah, candid is always the best! katanya!

niadel jamming


kalau masuk kereta, adel mintak lagu 'nak kita 1 bangsa' kalau dah nak habis tu dia dah tau dah. lps tu cakap 'nak lagi' ha gitu. mmg naik cemuih la dgr lagu ni ulang2. mmg ulang2 ye. lebih 10 kali ada. sampai lah ke destinasi yg dituju. mujur jugak kalau balik kampung time malam. dia tido. siang kalu, bedarah telinga kitorg dgr lagu tu ulang2. and dia mmg bole nyanyi lagu tu dari A-Z kalau takde muzik pun.semalam diorg berjamming be2. amik keyboard lama konon piano. nak piano pulak ke?

semalam. mama janji weekend je bole tgk upin ipin. so tak bergerak lah dok layan upin ipin. weekdays kena baca buku je and tgk benda berfaedah.

grooming upinipin. kalau mcm ni, mau tak lama hayat spek itam diorg tuh.

hari pertama nia sekolah

dah bape hari dah anak2 kita sekolah? aci ke nak cite pasal first day nia sekolah ni? aci je la eh. so her first day of school was on Friday 6/1/2012. ingat kan tak dedebar. dedebar gak. mak nye lah dedebar. anak nya rileks je. since nia sorang je dari taska mawaddah ke sekolah dia untuk afternoon session, so aku kena make sure transit van tu tak lupa amik nia.

malam sebelum nak sekolah tu call lagi sekali kat van ni. lepas call owner, call driver tu pulak. ia2 aku ingat kan. nasib dia ingat lagi nia. budak paling cenonet la katakan. so the plan was, aku nak intai nia naik van. tp aku stuck kat office bermeeting dgn new COO. kejap2 keluar meeting room call nursery tanya nia dah naik van ke belum. tak dapat nak mengintai.nampaknya makan tahun lah niadel akan gunakan perkhidmatan transit ni. complete sampai sekolah rendah dgn KAFA.

so, aku mengintai time balik lah. sbb nak check on uniform nia yg tak habis dapat lagi. masa sampai dah ramai parents kat bawah. so aku nak naik lah terus nak collect uniform. rupanya gate bawah skang tak leh simply masuk. kena intercom sbb ada cctv attach sampai day care kat atas. so kalau parents datang nak fetch anak diorg bole tgk dari cctv je lah. menarik2...

aku intercom lah cakap nak collect rania ayesha's uniform. elok je pintu bukak, tetiba reramai parents yg dok tunggu kat bawah dgn dalam kereta pakat naik. adeh rasa bersalah pulak as the parents were not supposed to go upstairs. ampun lah teacher zai. 

 ni tangga naik ke day care. aku nak naik jenguk tp belum siap sepenuhnya lagi.

alang2 dah nak habis sekolah, aku pun tunggu la jugak. kang ramai budak mak diorg amik, anak aku takde sape nak amik. sentimental la katakan. anak takde apa pun agaknya. sambil2 tu borak2 dgn mak2 yg ada kat situ. diorg tanya camne SR branch ni ok ke teacher2 nye. aku share lah apa yg aku tau.

ni dah nak balik. nia yg depan sekali tgh letak star yg dia dapat dalam bag dia.

so masa aku amik and turun bawah, tgk kak anas, driver van nia dah standby kat bawah. aku ckp kat dia harini aku hantar ke taska, esok akak hantar dgn amik. then tgk lah nia salam cium bagai dgn kak anas ni. rapatnya rupanya. so ok lah, lega disitu.

nia ok je on her first day. ater murid tua. apekes kalau menangis kan?

and she got 2 stars on her first day. nanti kita tgk cukup setahun berapakah accumulated star dia dapat. hehehe

so, on SR mmg takde difficulties. sama je lah rutin nye. masih afternoon session. cuma kelas iqra' masa siang hari kat tadika permata sebelah je taska dia, dia tak nak participate. kelas ngaji tu hari2, so first 2 days tuh mmg dia tak mau pegi kat kelas tu. ustazah pulak kena dtg taska ajar dia. private teaching konon. kang kena extra fee kang camne? *mak kedekut* so far mmg dia masih tak nak join lagi la. kena 1 to 1 dgn dia. tak tau lah sampai bila tu agaknya. kalau nak buat benda2 baru mmg makan masa sikit. hope nia bole join kelas iqra' dgn kawan2 lain ok!

nak beli tudung mmg tak dan. so pakai je lah tudung mama yg ni. kelas ko anak mengaji pakai ariani kata cikgu ainnya. cikgu nak pinjam pun boleh. sbb tudung simpan kat taska. sekarang kena pakai kan dia seluar panjang dgn tshirt lah ke taska hari2. sebab kelas iqra' nye hari2. kang pakai sleeveless ke dress ke, udah mcm apa la pulak kan bila pakai tudung.

ni lah buku iqra' 1. tebal tuh, hope bole habiskan ontime and cepat belajar aliff ba ta..

her first masterpiece at TASKA MAWADDAH for this year.

her first homework at SR for this year. aunty ryn kata A kena tiup angin! kahhhhhhhhh.. setuju!

belajar rajin2 eh nia!

true story : cerita menantu dan mertua

ok, dalam email ada 2 pending story yg aku nak share. sejak 1st true story yg aku share kat sini. ada dpt lagi 2 cerita dari pembaca. selain reader tu nak share masalah dgn aku, i assume dia mmg nak aku share cerita dia kat sini so bole jadi tauladan kita bersama. aku bukan lah pandai nak nasihat org, diri sendiri pun tak bape betul, tapi bila dapat pinjamkan telinga kepada org yg bermasalah tu pun aku dah rasa membantu. cerita bermula...

this lady dah 2 tahun kahwin, ada seorang anak. diorg tinggal sendiri. both family jauh. the lady org johor, the husband orang pahang. so balik kampung mengikut giliran lah kan. the problem is, bila setiap kali balik kampung dia (the wife), the husband nampak sangat lah pasif. as if mcm tak suka je balik rumah mertua. tak suka tu satu hal lah, ni mcm menunjukkan dia uncomfortable bila balik rumah in law dia. the husband jadi pasif, tak mau mingle around, buat hal sendiri je.

hmmm... apa korang rasa? pada aku lah, kalau kita tak boleh nak masuk dgn keluarga mertua kita, can we just pretend? bape hari je kot kan? dah la jarang balik lepas tu nak melukakan hati suami / isteri kita. tak healthy sebenarnye bila benda ni terjadi.

ok, to be honest, aku sendiri mmg amik masa nak adapt dgn in law aku. ye lah, life berbeza dgn family sendiri kan. tapi aku cuba bukak hati ni bukak minda lah apa masalah nye? diorg bukan  treat aku mcm tak suka dgn aku. sykur lah family wan tak penah tolak aku. konon2 mcm mak mertua si DHIA tu la kan. kalau jadi gitu, merana seumur hidup. ni tak, ok je diorg. aku lak rasa mcm aku bukan menantu yg perfect, ye lah, masak bukan pandai pun. main criteria tuh. tp alhamdulillah diorg ok je dgn aku. so why not aku ok jugak dgn diorg kan?

lagi satu, aku fikir balik, kalau aku balik kedah buat hal sendiri je. let say terperuk dalam bilik ke, berat mulut ke, apa pulak nanti kata laki aku? dia dapat balik kampung dia happy dpt jumpa family dia so i don't want to spoil his happiness. dan aku tak nak lah ada persepsi dari keluarga mertua aku ckp mcm "eh, dia tak suka ke balik kedah?" oh tu la benda yg aku nak elakkan. lagi pun aku suka je family mertua aku. mungkin ada lah yg tak senang here and there but hey, aku perfect ke? just accept them the way they are.

so to mrs lady, i rasa u bole buat reverse psychology to your husband. kalau balik kampung your husband, try to be the best menantu. kira mingle around and all that. i know you are kan. so dengan harapan bila turn balik kampung u,your husband will do the same. mungkin akan rasa malu, eh bini aku balik kampung aku, ok je. apsl aku nak buat perangai kan? things like that. tp kalau your husband kategori bebal ke ego ke (sorry to say) bole bawak berbincang. tanya apa yg tak kena. kalau betul tak suka, asks your husband to pretend for few days. 

hope saya membantu awak. :)

 gambar kat atas bila adik2 ipar aku datang bercuti kat KL. its nice to have them here as diorg mmg jarang sgt lepak rumah aku. so happy dapat entertain diorg walaupun sekejap walaupun menapau. diorg sampai dulu sebelum aku. sbb aku baru balik kerja masa tuh. nak jugek bagitau sebab menapau kan. :p

anak2 kita pun kita bila ada peluang kita bagi diorg peluang bermesra2an dgn pakcik makcik diorg. kita pun tak letih nak monitor diorg ye tak?

last but not least, yg paling penting, bila kita kahwin dgn pasangan kita, kita jugak berkahwin dgn family dia, so bila ada masalah macam ni berlaku, mmg akan ada rasa tak selesa. mcm teruk sgt ke family aku ni kan? kalau reverse psychology tak jalan, sit down and talk about it. but untuk diri sendiri, kita tak rasa kesian ke kat pasangan kita bila kita buat family dia macam tu? terganggu emosi bila pasangan kita tgh happy2 dpt jumpa kelurga dia. but so far aku tak pernah berhadapan dgn situasi ni. kalau laki aku mengata dalam hati tu, iols tak tau kan. :p tp untuk aku, aku takde masalah dgn family mertua.

sharing is caring..and i'm sorry to ms lady sebab peram cerita u lama sangat. ada lebih 3 minggu kot :)

antara sebab lambat ke pejabat

ok, just a quick one. sebabnya...

nia, take your shoe... dia pun pegi pakai kasut nike dia. lepas tu kitorang keluar rumah. aku kunci pintu nak turun tangga. dia bole cakap, mama, nak pakai kasut lain lah. pujuk punya pujuk tak jalan, bukak lah pintu balik dia nak tukar kasut merah polka dot dia pulak. sempat lah aku twet se-dua siap amik gmbr lagi menunggu dia nak pakai sendiri.

sudahnya, selipar menjadi pilihan! sabar je lah dgn pe'el anak aku ni. tp my friend replied back to me, dia cakap "tiny thing you'll miss in the future" waaaaaa mak emo tetibe! so jgn marah2 anak eh, nanti dah besar kita rindu benda2 kecik ni.

beli kek kena ada occassion ke?

malam tadi balik keje kan nak mencari bag sekolah nia semua. dah beli tuh, singgah secret recipe, nak beli 1 slice indulgence. sejak mendapat high kolestrol ni belum usik kek lg. ni teringin benau. so beli la sepotong. tetibe gatal suruh staff situ tulis nama niadel. dia cakap birthday ke kak? tak terjawab aku. kang ckp saje2, tak mo pulak dia tulis. hehehe.. saja gatal suruh dia tulis. sepotong mahal kot. kita bagi hias2 lah sikit. aci?

cukup2 je lah nama diorg. siap ada love lagi. harini rasa nak buat lagi. hahaha.. ni tgk blog k.iela la ni. tu teringin.

sebelum beli bag, aku tanya dia banyak kali, nia nak bag apa? dia kata princess. banyak kali pun dia jawab princess. malam tadi lepas pee, nak pakai panties, dia cakap, mama samalah princess. ha'ah la. mama pun tak perasaan. kelas ko, luar dalam sedondon! ish, pervert nye bunyi. cite anak2 eh, takpe kan? nia nampak je brutal macam mama dia, tapi dalam hati taman. nak pinky2 jugek!

sebagai duta poney bak kata mamalikha,  aku menjemput korang ke sini. duta konon! korang pegi kalau kata banyak baju best, habaq mai no. aku tak penah pegi clearance stock sale poney lagi.

lambatnya nia start sekolah

ok, sebelum gambar gaya makin ubat kat anak jadi topik mendera anak, baik aku cover dgn entry lain. heheh.. tetiba rasa guilty. tp i have no other option. seriously. papanya pun surrender bila tgk anaknya protes mcm tu sekali. sasa si adel ni, sekali dia lepuk, terbaik lah dari ladang.

so, rata- rata anak2 korang dah start sekolah kan? syok tgk gmbr dan cerita2 korang. mcm2 ragam ye. aku pulak jadi stress camne lah bila anak aku naik darjah 1 esok. this time, tak rasa apa, sebab nia sambung belajar kat sekolah yg sama. same arrangement. start sekolah hari jumaat. sebab hari dgn esok ada orientasi utk new student. yg cite kata nak tukar nursery transit kat sekolah dia tu, tak jadi. sebab OT charge RM5 per hour starts from 6pm. padahal kul 6 masih diofis lagi. mmg tak lah. aku cakap teacher, next year lah hantar. sebab umur 5 tahun, homework banyak sikit eh? yeke? aku nak kan homework coaching tuh. lagi pun teacher cakap kat situ ramai yg umu 5, 6 tahun je transit.

so, cancel plan. register iqra' class kat taska je. sian pulak nak berpisah dgn adel. even diorg tak duduk bilik yg sama. pengasuh cakap, nia besar dgn cikgu ain je lah. sian pulak dgr nya. so ada setahun lg lah nia nak stay situ. adel pun next year nak sekolah jugak. tgk lah kot nak hantar mid year 2012 ke masuk sama dgn nia. nak kena cek sekolah dia terima ke tak. sebab plan nak hantar Qdees pulak.

papa's idea. saja nak compare which one is better. aku pun setuju. in fact ramai parents buat mcm tu. ramai gak yg tak buat. apa2 lah. we see how. oh lagi satu sebab baru tau Qdees setaman je dgn taska niadel. jalan kaki saja dah sampai. tu lagi senang arrangement nanti.

barang nia 1 apa pun tak beli lg. hampagas tak? balik kerja nanti baru nak beli bag dgn botol air dia. pencil box dgn color pencil dah beli masa jcard day tuh. patut nak beli bag SR je. tp kena tunggu stok dtg lagi 2 minggu. then bila fikirkan, bag SR tu kualiti dia teruk. tak tahan lama, decide beli bag lain je lah. baju pun baru je amik semalam. rileks je mama nia ni bak kata teacher. aternye, just another same routine kan. ni pun dah stress ni fikirkan nia punya belajar. bole? stress saja aku ni. anak baru 4 tahun kot!

baru terkial2 amik baju semalam. tu pun bagi tak cukup. sebab teacher kata kitorg bayar awal sgt. pulak dah. kali ni takde beli skirt. nia dah lama tak pakai skirt. nak pakai seluar panjang je. ok lah, bila kelas fardu ain, pakai seluar kan. seluar masih S size ye. tshirt size M. tak tinggi2 ke anak aku ni?

excited dia nak pegi sekolah. hari2 masa aku masuk kan baju dalam bag taska dia, dia tanya 'mama dah amik baju sekolah nia?' katanya. semalam amik baju bagi dia, excited sgt. terus nak lipat masuk dlm bag. pagi tadi masa hantar taska dok nampak budak nangis bagai, nia tanya 'mama kenapa dia nangis?' mama jawab 'dia 1st day school. dulu nia nangis lagi teruk tau!' muahahahaha.... apekehey amik stokin sampai 3 pasang tuh?

kitorg selalu imagine macam mana lah makcik ni nak pegi sekolah esok. mesti gelak2 dok bayangkan. hahaha... terkedek2 pakai bag sekolah pegi sekolah. lepas tu dok cakap 'mama mana.. papa mana... kakak mana...' dialog favorite. aku imagine je lah. :)

betapa payahnya bagi adel ubat

korang yg ada anak yg payah nak bg makan ubat, macam mana cara korang bagi anak korang makan ubat? nia dgn adel mmg totally different bila tiba bab makan ubat. kalau nia, tak yah kita paksa, nganga je. kalau yg tak sedap lps makan dia cakap lah tak sedap. esok makan jugak lagi. tapi kalau adel, mmg becinta aku nak bagi ubat. kadang liat je nak bagi dia ubat. sbb kena gunakan tenaga yg 2 kali ganda. kalau besar lagi esok, camne lah kaedah aku nak buat selain dari kaedah bawah ni.

aksi yg berjaya dirakamkan oleh adik aku. senonoh tak? ni je lah kaedah terbaik nak bg dia makan ubat, telan elok dan tak muntah, setelah dah cuba beberapa kaedah lain. baring, kepit badan dia dgn kepala sekali. tp tidak lah aku duduk atas dia. gila hape, mau tekeluar isi perut dia. kepit je. aku kena bertahan mode lah nak bg dia ubat. kadang sampai 4-5 jenis.

close up sikit. hari2 pun macam ni. kalau dah sihat, nak kena bagi supplement pulak. supplement dia baunya lagi la 'harum'. aku pun tak tahan baunya, apa lg diorg yg kena makan. nasib nia mau gak telan sebab dah biasa kot.

dah bagi makan tu, dukung je lah dia, basuhkan mulut, bagi minum air. dukung sikit, then back to normal. aku bg makan ubat tu bertudung bukan sebab nak amik gambar ye, tp ada abang ipar aku masa balik kampung hari tu. lengan pendek? hmmm... ni baru lepas makan, tgh ber skype..

dengan uncle ainal niadel yg berada jauh di perantaun menyiapkan final projek. perantauan lah sgt. UTHM Batu Pahat je yo! bukan university of Edinburgh. eh? oh btw, thanks uncle ainal for the SG tshirt. cantek2 semuanya. bila nak pegi lagi? :)

semalam kat rumah je

semalam tak kemana. tak kemana pun penat. otak ni begegar dok menjerit je. 2012 resolution gamaknye, makin garang. wan ajak mengukur jusco lagi. tp aku buat dek je. bershopping dgn dia mmg kalah pompuan. pilih tali pinggang dekat 3 jam. tu belum pilih seluar ke baju ke. mmg turun 2kilo lah tunggu dia beli barang. sbb aku dok busy kepung niadel. so lewat petang semalam, papa kua sorg je membeli seluar kerja. kitorg lepak rumah saja. pun macam2 pe'el.

rutin pagi lepas mandi. ngadap upin ipin. kuat tgk upin ipin lah diorg ni. sakit telinga dgr suara upin ipin ni. kadang aku saja tukar ke educational song. ABC and so on. nia ok lagi mau dia, adel nak upin sally katanya. haish.. oh btw, favorite attire aku utk niadel, 3/4 jeans. nampak cool kan? hehehe..

ha, lepas tu begaduh. bila sorang nak tgk tu, sorg nak tgk ni. jenuh la kan. sekali mama menjerit, senyap terus. sorg buat muka melawan, sorg menangis dalam bantal. papa buat apa? khusyuk tgk titanic!

seminit lepas tu, elok lah tgk sama2 balik. lepas tu gaduh balik. lepas tu...

dah kena marah, baru nak tido. aku tweet bagitau bila dah kena marah terus tido, mulalah rasa bersalah. tp member aku reply, tak yah rasa bersalah, dah memang time tido dia. hehehe.. ye tak ye gak eh. si nia time tido dia kul 4 gitu sebab balik sekolah

sebab dok rumah je, malam tido lambat. nak jet-lagged jugak ye. time cuti je, waktu tido haywire. kul 1 pagi segar bugar lagi. sudahnya kul 8.30 pagi, masih tebungkang. misi kul 8 pagi keluar rumah untuk tahun 2012 masih gagal!

kebetulan

haritu pegi jcard day kat jusco equine. memborong apa yang boleh. kebetulan pulak beli baju sama warna.


nia aku beli tshirt soda kids dapat RM10, adel tshirt poney RM15, aku lak beli tshirt google RM21. semua gtey color. so semalam 3 beranak sedondon. :D entry takde isi namanya ni..
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in