Skip to main content

singapore - check out

tunggang langgang cerita. tapi aku janji kepada diri sendiri untuk cerita semua benda penting dalam blog aku ni. so untuk sampai ke entry legoland tu, banyak lagi entry yang menyusul. harap bertabah hati mengadap ye. 

second day, lepas breakfast kat cafe hotel, kitorang terus je ke maritime museum sebab complementary from hard rock hotel. dapat admission ticket for two. dah dapat tiket, pegi aje lah ye tak? dekat je pun.

walking distance je dari hard rock hotel ke the maritime experimental museum.

tak ramai orang tau tempat ni wujud kot. tu yang dapat pas masuk percuma. ok lah not bad. sebab sejuk dalam ni. hehehe..

siap ada aktivit kat setiap negara. ni malaysia.

hasilnya. jenuh menunggu dia kaler.

senyum di tepi bom.

ha gitulah kalau pegi museum ye. seingat aku, museum yang paling best aku pegi muzium tun mahathir kat langkawi. situ rasa enjoy je masuk muzium. hat ni, syok sebab sejuk je. :p

then balik hotel, singgah rick shop kat lobi, beli barang yang orang kirim, balik bilik, kemas2 barang and check out.

kat luar pun ada hard rock cafe. kalau dari USS tu mmg boleh nampak hard rock cafe nih. so kalau tak dok hotel dia pun, masih boleh shop sini.

dari semalam niadel dok aim candylicious ni. so bawak lah masuk. sakan anak2 mak shopping. semua diorang sauk. semua pun pink color.

happy dapat habuan masing- masing

outside candylicious

flight kitorg petang. so macam banyak masa lagi. kitorang lepak2 kat luar USS je. 

aiyoh!

 amik gambar balik kat globe ni. konon nak cari lagi keychain USS kat luar USS tapi nan ado. so kalau korang nak beli USS merchandise, make sure beli dalam USS ye.

depan USS globe

ok, dah nak keluar dari sentosa resort

dah sampai ke vivo city. lepak kat sini sebab ramai je duduk kat sini. bersila panggung masing2. kalau kat hongkong tak leh nak duduk2 gini.

dah nak ke changi airport

naik skytrain pulak pegi terminal 1. 3 jenis train naik kat singapore ni.

sampai airport, return SGD yang berbaki siap2. lepas tu makan kat pizza hut kat situ. then duduk2 sementara nak tunggu boarding. lepas tu salin pampers adel. masa tgh melepak2 tuh, boleh pulak adel berak. nak jadi cite tragis, pampers dah habis. aku dah jem. nak marah adel pun ye gak. bole? hahah.. tu lah, suruh ajar anak diaperless malas kan. mmg tensi lah kejap. 

pegi kedai ala2 gurdian kat situ, ke mmg guardian tanya ada jual pampers tak. sekali kat situ ada adult diaper je. aduh jem. pusing2 lagi nak cari cold storage kat bawah pulak. nasib baik lah masa tu ada sejam lebih before boarding. menggagau lah cari mana hala nak pegi cold storage. dah la takde stroller. tensi2. then baru teringat masa pegi baby room kat airport masa sampai semalamnya aku ada terperasaan diaper machine kat baby room sebelah burger king tempat kitorg sarapan hari sebelum nya. so terus je pegi situ. and yes ada!

 haa lega gila bila ada benda ni. tapi persoalan nya berfungsikah mesin ini? pusing2 cari staff kat situ, boleh pakai. yes!

1dollar each. tapi............. aku dah takde dollar langsung! kan dah tukar sebelum tuh. dah 1 keje, kena pegi currency exchange counter tukar 1dollar semata2. tapi tak lah aku tukar 1 dollar je. aku tukar 5 dollar. 

hah ini lah dia diaper yang dicari2. brand drypers jugak. mmg dia pun pakai brand ni. kerana kau diaper, masa terbuang sejam. mmg ada je benda jadi kalau kitorg pegi holiday nak dijadikan kenangan. siap beli extra 1 lagi simpan. lepas settle terus check in, mmg dah last call dah and kitorg jadi last passenger.

masuk kapal terbang terus pengsan. sampai dah touch down pun and semua orang dah turun pun diorg tak bangun2 gak. kena dukung. 

sekian percutian singkat kami ke kota singa dan trip ke USS...

Comments

Shasha Mohamed said…
Yang kaler2 patung wayang kulit tu best, boleh kenalkan kanak2 pada budaya kita sendiri.
Mrs. Simplicity said…
shasha : ha'ah, tak sangka ada macam2 dlm museum ni. nyaris tak nak pegi sebab tak larat. tapi pegi juga akhirnya and kita dapat manfaat serba sedikit :)
nad said…
Sama mcm kitorg...asal g holiday mesti ada je yg terjadi..huhu
Nk dijadikan citer, kitrg pun jd last passenger jugak blk langkawi aritu ahaha!
Taknak igt dah la, haha!
Mrs. Simplicity said…
nad : iye nad. bila difikir2 balik, mana kitorg pegi, mesti ada insiden yang nak dibawak balik bersama sebagai kenangan. cite nad kat langkawi tu mmg tak leh lupa. hahaha..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber