Skip to main content

legoland, malaysia bersama keluarga anuar : introduction

sabtu pagi2 dah bangun. batu pahat ke johor bahru mengambil masa 1 jam nak sampai. semangat masing2 nak ke legoland. aku lak nak make sure kita antara yang terawal lah sampai sebab kitorg tak beli tiket pun lagi. dikabarkan kalau walk in beli tiket beratur panjang. so nak tak nak, mmg kena paksa diri bangun awal. aku tak beli online sebab nak redeem voucher ni.

thanks to munirahpunya for sharing the info kat instagram. memula aku nak pakai voucher kat belakang susu dutch lady. tapi voucher tuh 1adult free 1kids. kitorg pulak yang pegi 8 dewasa, 2 kanak2. so tak berbaloi nak pakai voucher tuh. voucher ni lebih berbaloi. each ticket dapat discount sebanyak 35%.  korang boleh print ticket tu kat sini. 1 voucher entitle untuk 4 orang. http://www.rdasia.com/35-legoland

lego dimana-mana. sangat mengujakan. aku ni yang dari bolayan pasal legoland jadi yang paling over dan excited bila tgk semua benda dibina dengan lego.

harga tiket. mahal eh? mmg mahal pun. tapi nak bina legoland ni, mmg sangat lah susah kot. dikatakan, sehari legoland mengutip RM2juta sehari. kalau fakta ni salah, betulkan aku.

waktu operasi legoland. dibuka seawal 10 pagi.

orang yang tengah beratur nak beli tiket. pergh! tapi jangan risau, ramai staff legoland yang akan assist. tak lah beratur lama sangat. mostly nak redeem pelbagai jenis voucher yang ada. masa ni kitorg dah lewat sejam. sebab amik adik aku sorang lagi kat kolej dia.

kita pau orang yang dah keje. hehehe...

tiket dah beli, posing jam kat entrance. ok, jom masuk! mak ayah aku tak join pun. diorang dating bedua pegi jalan2 kat JB area, pegi JPO

nak masuk entrance pun beratur. so dah boleh bayangkan dalam tu nanti camne gayanya.

weekend tu mmg aku tgh PMS. mendapat lah masing2 kena dgn aku. termasuk lah makcik ni. macam2 pe'el nye. mujur lah ramai yang sudi melayan.

wajib amik ye. legoland map. 

then sewa stroller pulak. 

belum start bejalan lagi dah shopping. shopping makanan sebab budak ni baru keluar dari hutan terus je pegi legoland.

stroller dah sewa, cam biasa, tugas aku tgk map, mana nak tuju dulu. untuk korang yang ada anak umur 6 - 13 tahun, dari entrance, sila belok kanan terus ke LEGO CITY dimana korang boleh bawak anak2 korang enjoy driving school. amik junior license lagi. kalau peserta macam kitorg ni, dari entrance amik kiri menuju ke LEGO TECHNIC. main game gila untuk dewasa sementara kanak2 besar niadel boleh lepak dalam lego academy. tu serba sedikit info untuk permulaan.






ni lah attractions yang ada dalam legoland ni. ha kemain banyak lagi. sempat kitorang cover semua? mmg tak lah kan. tapi dapat pegi semua area lah. yang paling mengujakan pada aku semestinya MINILAND. kagum tgk semua binaan2 lego dia. 

serba sedikit info awal yang boleh dikongsi. akan bersambung lagi...

Comments

nad said…
Yes,yes,yes!!
Lagi, lagi..!
mummy_ayu said…
sama mcm Nad...excited sbb anak dah bising ..legoland..legoland..so.tgh collect info gak nie..he h eh..
tq for sharing!
Anonymous said…
aku dlu dgr je legoland, mmg juih bibirlah.. ape ke bnde tiket mahal sgt..
tp skrg, rata2 aku baca bgthu legoland best..tak sabar nk pegi..
r|nA @ ja|j|na said…
alyya, voucher tu kalau print out in black & white buleh meh? then below 1year, kene charge jugak ke?
Mrs. Simplicity said…
Nad : haa tunggu... Semangat sikit buat entry legoland ni nape tah. Heheh

Mama ayu : hope membantu :)

Ira : amboi, juih bibir ko. Hahaha.. Sama lah. Tak bernafsu langsung. Bila tgk gmbr2 boss aku yg pegi, teruja habis ko. Mmg kagum la.

Rina : budak 3 tahun kebawah FOC :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!