Skip to main content

LEGO TECHNIC - Legoland, Malaysia

mari kita mulakan pengembaraan ke legoland dengan masuk ke leg technic dulu. mmg aku nak ke sini sebab nak bagi gang2 dewasa yang dah mcm tension je sebab orang ramai and cuaca panas ni, bagi diorang gumbira. so kita gembirakan dewasa baru gembirakan anak2. agak stress jugak ye lah, orang ramai, cuaca panas, nak main attraction dia jenuh menunggu. tapi dah bayar kan, gila kau tak main??

ada 6 ride yang bole kita main.

masuk je entrance, mmg kita terus nak tuju ke miniland ni. tapi untuk 1 day ticket macam kita ni, better kita pegi yang ni last sekali. sebab kat sini sekadar nak bergambar je. kita terjah tempat2 yg kita nak boleh main.

lego dimana mana. 

kalau ada gadis ayu bertudung ni maknanya surau dihadapan anda. comel kan? adik2 aku dgn laki aku lagi jakun siap nak tanggal lego kat binaan tuh. apekehey?

kagum.com

name tag pun lego. ish aku je ke yang teruja ni? hahaha..

first game nampak technic twister. beratur jugak. tapi tak sepanjang game yang lepas ni. yang lain semua naik, aku tunggu niadel. melalak deme nak ikut papa.

tak reti awok nak amik gambar tak goyang. mmg laju gila lah. sementara tuh, aku suruh adik aku sorang lagi, yan pegi berarut kat project X. 

ni dari jauh dah nampak. mmg tegedik2 lah nak naik. aku ni takut gak tapi terasa nak naik jugak. so suruh yan beratur. 

aku ingat akan naik replika ni aje. tapi tak sangka aku berjaya naik game ni betul2. 

sementara diorang beratur, aku terus bawak niadel jalan nak pegi lego mindstorm & lego academy. ondway lalu robot kitchen. kalau kita lalu and pegang robot ni bercakap ko. tu niadel pandang robot instead of camera.

dah sampai kat lego mindstorm and lego academy. dalam ni tempat main lego. high tech lego pun ada. susah la kot. tu siap ada Albert Einstien. kagum2. tu ina tukang layan niadel yang paling penyabar sekali. 

cu yan diorg tak nak naik technic X, suruh ina pegi, ina tak mau, aku lah men volunteer kan diri naik. niadel mmg enjoy lah dalam ni. ralit diorg.

sementara kitorg, mangkuk menunggu turn. sejam ada kot. kira ride yang wajib naik lah kat sini. siap boleh beli air lagi.

masa dah nampak depan mata aku dah nak patah balik. sekali si wan dah tolak2 aku tak bagi blah. seram weh. lama betul tak naik roller coaster gini.

tgk je lah bape darjah benda ni. menjunam habis. siap ada camera pulak tuh. bila tgk muka aku kat print shop, rupa macam tgh meneran beranak kan adel. mmg tak lah aku nak naik lagi. ni ride paling gila lah dalam ni. mujur jugak pendek. kalau panjang, rela aku terjun kot.

sementara tu, nia happy je duduk dalam ni.

tu aku kata, pegi ramai2 lagi menarik lah sebab ramai boleh assist anak kita. instead of kita pegi sendiri.

lepas ni kita masuk LEGO KINGDOMS & IMAGINATION

Comments

nad said…
Best,best...kene plan p ramai la kot kalu cmni
Ztee_Azwanis said…
rajin alya buat part2 mcmni... n bagus sgt ! bru nmpk clear part2 dlm legoland.... yg zte duk tgk sokmonya replika putrajaya, klcc.. ingt tu je hok ada kt legoland hahaha.. mmg jakun.com bak kata alya huh..


tp kan sbrnya2 zte tk minat lego, sbb tk nmpk pun dia cute.... sbb die bnda keras kan.. huhu... rasa perseption awal alya sama dgn zte kot ni eh..
Mrs. Simplicity said…
nad : yup2, the more the merrier. :)

mama likha : ye, pendapatan kita mmg sama sebelum masuk sini. mmg tak minat lego pun. dalam rumah seketul lego pun takde. block2 biasa je. hehehe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber