konvo ainal

balik dari legoland semua kelemauan. tapi ada sorang budak ni semangat. sebab esok hari merupakan satu lagi hari yang bersejarah dalam hidup beliau. majlis konvokesyen ainal. adik aku. seawal pagi dah ketuk pintu bilik aku mintak portable charger hp dia. dah bangun tu, terus je aku pegi bilik family aku. tolong adjust jubah dia. dia kena register awal pukul 7.30pagi. so ayah aku hantar dia dulu. dekat je distance hotel dgn UTHM. tu yang dia pakai jubah siap2 dari bilik. kang kalau ayah aku yg betul kan, jenuh pakai cari kerusi la pulak. hehehe

seawal subuh dah bersiap. kalau pompuan ni mau pukul 5 bangun nak make up. nasib jantan. aku siap kena naik meja nak pin hood dia tuh.

kitorg gerak lewat. bukan boleh masuk dewan pun. nak tgk kat skrin luar dewan, giliran dia awal gila. no 20 lebih. course pertama. total graduan ada 900. maka, kitorg sarapan dulu kat hotel then jumpa akmal kat dewan besar. dia yang guide kitorg mana nak pegi. akmal ni kembar ainal. akmal tak habis lagi. 2014 kot. kenapa tak grad sekali? dia mmg suka jadi student lama2. so pegi cari bunga dulu ada pameran lagi. jalan2 sikit lah.

dah sampai dewan. masa ni risau je takut hujan sebab nampak dah gelap dah. 

cam biasa dah berebut bunga.

siap bersila panggung la kitorg menunggu. kalau dtg lagi awal, boleh mendatangkan keberbuluan. ko tgk tudung aku tuh, dah macam pasu bunga bergerak pun ye. sama mcm bunga mickey mouse tuh.

nia baik punya landing kat yan dia. dok depan pintu merasa lah aircond. 

bila nampak NC dah berucap kat skrin, depan dewan dah jadi lagi sesak sebab habis NC berucap diorg keluar. tapi nak menunggu NC berucap mak datuk, lama benau! semua orang dah resah gelisah. tapi mmg ini lah suasana konvo kan. ramai kaum keluarga yang datang meraikan hari bersejarah ahli keluarga diorg. biasalah, yang konvo sorang je tapi yang dtg 1 bus.

haa keluar sudah. parent keluar pintu kanan, graduan keluar pintu kiri. kiorang tunggu ditengah2. sebelah aku sorang lagi tu kawan ainal yang sekarang dah jadi staff kat ofis aku. sebelum ni training je kat ofis aku dah pun diserap masuk sebagai staff. tak nak lah aku ajak adik sendiri masuk ofis aku kang banyak conflict of interest, jadi bahan pulak nanti. 

belakang tu lah dewan konvokesyen diorang. dewa baru ni. mak ayah aku ni mmg suka bergambar. maka jalan sikit amik gambar. jalan sikit amik gambar. especially apak den.

lepas tu terus je menuju kat tempat nak amik gambar studio. ada insiden kat sini. bila sampai turn kitorg bole pulak apak aku hilang. aduhai.... jenuh lah mencari masing2. rupanya tertinggal masa lalu kat ramai2 orang tuh. dah jenuh menunggu turn balik. apa pun bila dah ada depan camera, sorok muka tension, make sure senyum!

nak jugek dia. bagikan. wei, bila siap gambar? tak sabar nak tgk. this was actually the first time kitorg amik gambar family kat studio lepas konvo. masa akak aku konvo tak de pun. masa aku konvo lagi lah, deme langsung tak ingat kejadian konvo aku. sabajelah. so mmg aku yg suggest gambar studio ni.

lepas tu kami dipaksa oleh akmal untuk melawat library terbesar di asia ni. layankan..

dalam library. mmg besar. aku cam penuh ke library ni? tapi aku rasa penuh kot sebab connection internet dia strong dalam ni. sedap surfing. hheheheh...  gambar kat atas tu sepupu ayah aku merangkap pakcik kitorg. professor emiratus zainal. bangga lah jugak sbb prof emiratus pertama di UTHM. pernah jugak mengajar adik aku.

the one and only Tun Mahathir
then sambung bergambar kat luar. semua ada kecuali family along aku.

aku suka gambar ni. 

tahniah ainal sebab dah berjaya menggenggam segulung ijazah. idak la bergulung ijazah tu ye tak? perumpaan lah. semoga terus success dalam kerjaya kau pulak. realitinya bermula sekarang. masa belajar boleh kata sessi honeymoon lagi. sekarang ni bila kau dah melangkah dalam dunia perkerjaan, this is where the real life begin. kehidupan kau bermula sekarang. macam2 orang kau akan jumpa. macam2 kerenah kau akan hadap. kerja sungguh2 supaya usaha kau dihargai. again, congratulations & all the best in your future undertaking. 

note : aku rasa dia ni single & available lagi. yg berminat meh anta cv. hahahah... ala apa ada hal single ke tak. jadi lelaki orang tak heran pun ye tak? kita yang pompuan ni, sure org keliling dok bunyi. mmg letih kalau dgr kata orang ni. eh, kelaut sudah....

6 comments:

Nad @ MamaZN said...

congrats ainal!
:)
cantek nye uthm ni ye, hihi..

alyyani said...

Nad : thanks nad. Kita dah dpt email awak :)

Mama Likha said...

haha.. pasu bunga bergerak ! haahhh la sama ! adoii alya tang bt lawak boleh tahan jgk !!!


gmbr no 3 tu cntik.. mcm pelik gak memula, ingtkan dkt dlm frame ke apa. ala2 kalo kite pg langkawi naik cable car then dorg amek gmbr pastu kite kena byr tu. ala mcm alya pg legoland tu kan... tah.. tk phm tkpelah hehe.. ooo rupanya tu banner yer...


naik kusi ? maknanya ainal ni tggi lah yer ??? btw... congrats :))

alyyani said...

mama likha : hahahha bila tgk gambar tu mmg macam pasu bunga. hahaha paham zte! tinggi ainal ni. thanks zte :)

Anonymous said...

saya pun hadir juga konvo di UTHM ni pada 4/11/2012...adik saya pun sama course ngan ainal....

alyyani said...

anonymous : ye eh? nampak kitorg tak? heheeh.. ramai betul orang kan? adik awak kenal ainal tak? :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in