kalah dengan gang kelantan & farewell nor

kan haritu ada piala malaysia. separuh dari budak office aku ni orang pantai timur. dia kalau time bola je. bijiakaktifians group kat whatsapp mmg bergegar lah. dari semi final lagi diorang dah betting. selangor vs kelantan. then final kelantan vs ATM. aku sah2 lah kalah berganda kan. sakit jiwa lah jugak sebab menengokkan ke-over-an penyokong2 kelantan yakni budak2 office aku ni. layan kan aje. dah deme menang ye. maka, yang kalah berganda ni kena lah belanja group yang menang. kutip2 duit kitorg buat makan2 kat office je. order dominos je pong. nak makan kat kelantan delights? verangan.com je lah ye. 

kebetulan pulak, 1 of my assistant resign sebaik sahaja naik kerja after her confinement. so, mmg last minute sangat. biasanya farewell staff yang serve the company more than 3 years kita buat proper farewell. ni adhoc sangat. so kitorang combine sekali sessi belanja gang kelantan dgn farewell nor sekali. aku mintak asst aku sorang lagi tiny, buat kek marvelous dia and ika bawak mihun singapore ibu dia. aku lak, cam biasa asyik lah diorg suruh buat spaghetti meatball. tu je lah juadah kitorg lunch haritu.

baru je nak merasa ramai2 gadis kat ofis aku ni, sekali dah kurang sorang. husband dia navy, so sejak dah ada anak ni, better dia berada dekat dgn husband dia. so dia kena migrate ke lumut. aku mmg sedih dia resign. kalau aku first lady in bijakgroup ni, nor is the second lady. jangan kata aku rosmah pulak, kalau tun dr hasmah tu ok. :p 

so, mmg sedih lah. ingat kan tak nak pun bagi ucapan2 sebab aku tau confirm aku paling over nanti kekdahnye mcm aku lak nak resign. tapi kalah jugak. nangis lah depan budak2 office. cis, hilang terus ke-gangster-an aku kat ofis haritu. hati tisu lah katakan. to nor, all the best in your future undertaking. happy parenting. be a good mom to your baby boy faris and i'm sure more to come. we will definitely miss you here. haaa... sebak dah balik...

jamu gang kelantan dari pagi tau.

kek untuk nor...

second lady in bijakgroup. asalnya dia hanya replace aku masa aku nak beranakkan nia, alhamdulillah sampai sekarang di bekerja dengan kitorang sebab performance dia bagus.

sedikit cendera hati untuk nor and baby

setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan ye tak?

jumaat lepas, kitorang lunch sekali dengan nor, suruh dia bawak baby baru dia. dapat lah jumpa. baby firas iskandar. behave sangat sangat. senang je tgk mama dia handle. 

2 bulan lebih, dah pandai senyum. dah tau nama sendiri. alert betul bila kita panggil nama dia. 

niadel, mau adik ka???

6 comments:

Nad @ MamaZN said...

Niadel nk adek..sejak aufa lahir lg dorg dh mintak, kekekeekeke....

Rosmah tkmo, hasmah mau ye?! Hhahah!! Lawak la alya! =)

Arini rasenye paling byk entry..tk jemu2 dtg sini...err, mlm kang ada entry lg x? ;p

Anonymous said...

adik, terbaekkk! entry ko mencurah2 nih mcm hujan kat luar....

dh baca semua....1 je nk tny gambo kat SRK tu yg cekak pinggang tu helper kat SR ke? nampak mcm ko pun ye....haha

x sabar aku nk tunggu entry legoland...mcm jauh lagi je nk smpi ni....

alyyani said...

Nad : amboi2. Tu lah nanti akan difikirkan nak membesarkan keluarga :) ada2... Sampai habis cite legoland. Thanks sgt sbb rajin singgah dan baca. Terharu kita :)

alyyani said...

Bed : kahhhh aku perasan gak teacher yg cekak pinggang belakang tu. rope aku ye. Entry legoland siap! Tunggu turn nak kua je. Tunjuk ke asha mesti dia ajak pegi weh!

mrs.spicy said...

Nak adikkkkk. tolong jawab bg pihak

alyyani said...

mrs spicy : tak nampak tanda2 mcm nak adik pong diorang ni. masing2 macam2. huhuhu

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in