Skip to main content

Istanbul, Aku Datang : dah tengok

"bila dua jiwa dah sebati, susah nak dileraikan"

apa yang membuatkan kita nak tgk 1-1 cerita tuh? kalau macam aku lebih kepada aura cite tu lah. ewah aura ko. kalau nak ikut kan, dalam movie ni takde sape pun yg aku minat. tapi mcm ada minat sikit kat beto tu lah. lepas tgk dia belakon kat tv. cite apa tah lupa. and of course review orang yang dah tgk. macam cerita untuk 3 hari tuh, pung pang pung pang orang kata best gila. tapi bila aku tgk kan, serba tak kena. tak best pun. ni pendapatan aku lah. rasa tah, mmg tak best lah. aku bagi 1/5 bintang. 1 bintang untuk 'aku penah jumpa afdlin shauki dan dia sangat mesra alam especially dengan niadel.' aci?

ok, apa ada dengan istanbul aku datang?
sinopsis cite dia simple je. dian (lisa surihani) pegi istanbul sebab rindu kan azad (tomok) yang tgh study kat sana amik medic. dia decided to take short course kat sana jugak sebab nak berada dekat dengan azad, end up stuck dgn beto (sampai sudah aku tak tau sape nama beto dalam cite ni. sape eh?) and found out azad ada awek istanbul. dah simple tu je sinopsis dia. so korang pun boleh agak apa jadi.

apa yang best?
best lah. tak membosankan. takde 1 scene pun yg bosan. takde scene temenung- menung, flashback, meratap, menangis. semua scene penuh isi. and aku tau pengarah cite ni, yang buat cerita 'gol & gincu' dulu. gol & gincu tu, kalau tgk ulang2 pun tak jemu. same goes with istanbul, aku datang ni. flow cerita dia sangat best. cinematography dia cantik. bandar instanbul pun nampak peaceful. dialog dia best. takde yang keterlaluan. secukup rasa dan seadanya. pelakon2 dia pun bersesuain dgn karakter yang diorang bawak. tak ramai pun pelakon dia. lisa surihani, beto kushairy, tomok, aizat amdan (yang aku kenal).

apa yang tak best?
cam biasalah, memaparkan couple zaman sekarang yang bercinta. peluk2 tu mcm tak salah. duduk serumah tu macam tak salah. benda2 yang haram dihalalkan. walaupun aku puji melambung2 tapi bila scene2 tu ada, tetap mengganggu minda aku ni. bukan apa, aku imagine budak2 yg tak kahwin lagi tgk, couple2 yg tengok, sure merenyam. lepas tu mula lah nak buat dosa kan.  kalau kita yg dah kahwin tgk ni takpe. ada pasangan yg halal. hahahah... so mmg tak suka lah part2 tuh, mcm menggalakkan maksiat. nauzubillah lah keturunan aku begini.

moral of the story?
banyak. kalau dulu aku tgk satu2 cite tu just because of the casts. sekarang tidak lagi. aku lebih mencari isi penting dalam cerita tuh untuk dijadikan pengajaran. 
  1. don't mess up with your girlfriend. wife lah jugak kan. don't cheat them.
  2. jangan biasakan diri meminta peluang ke-2 daripada seseorang, manfaatkan peluang yg dah tersedia didepan mata. appreciate them.
  3. i don't believe in long distance relationship. (moral of the story ni ye. ada yg ok je. tapi aku setuju pendapat yang ni)
  4. don't be rude to your girlfriend. orang yang biadap dan bercakap kasar bukan seorang lelaki yang baik. respect them and you will get their respect back.
  5. blog = diary. ok, ni bukan moral of the story pasal cintan cintun. tapi pasal being blogger. dian (lisa surihani) dalam cerita ni ada blog. semua aktiviti harian dia dia update kat blog. i feel like doing that too. apa yang diperlukan? iphone & macbook. amik gambar kat phone, tak yah cable nak transfer gambar. transfer via icloud je. gambar terus appear kat macbook. and cerita apa yang berlaku harini and publish! aahhhh i so wanna do that. nantikan yeh. ewah!
so tu lah serba sedikit review saya tentang cerita 'istanbul, aku datang!' cerita dia best! 

pengakuan : lepas tgk cite ni, i macam minat kat tomok dengan beto. cool eh beto nih. ;) source : google

quote that suits the movie. source : wisdom quote

tgk masa lunch tadi. sanggup tak lunch sebab nak tgk wayang. nak tgk dgn laki aku mmg tak lah. laki mak kan internasional.  and it worth my RM9!

Comments

nad said…
wa...dah tengok??!!!!!
jeles, jeles, jeles!
rasa mcm nak pi tgk gak
tp papazakwan ni mane la minat
kalu citer yg mak-mak pilih
kalu citer yang anak2 pilih takpe plak
hmmm

suke nye kat beto!!!!
suke nye kat lisa!!!!
suke nye kat tomok!!!!

adoi, kene tggu kat ceritamaster.com la jawabnye, huhu!

best tak beto..? ala tak sbr nye nak tgk beto berlakon! ;)


p/s: boring giler anugerah skrin ni..naseb ada entry dr alya ;)

owh ye! tomok tgh nyanyi!!! ok, daa!
hepi wiken! :)
Mrs. Simplicity said…
nad : beto best sangat! dia mmg cool lah bila belakon. cair. hehehe..

punya lah boring ASK sampai sempat membebel kat dalam blog ni ha. adoi.. sedih betul
Gieyana said…
aya

thr why aku mmg kureng n jarang g cinema beb..aku x nak anak tgk benda2 yg x sepatutnya...susah kan now a days kalau x nak anak2 expose dgn xtvt sosial nih..

Aku suka point ko yg ko totally not agreed ngan citer nie..hal haram yg dihalalkan tue..tgk anugerah skrin mlm nie pon aku dh naik meluat tau..ekekeke
Mrs. Simplicity said…
gieyana : ye lah babe, scene2 tu mcm dah tak fikir dosa pahala. siap cakap, 'kat istanbul negara islam mana boleh peluk, kat kl boleh lah' bole? aduh, terganggu pemikiran mak ni. nauzubillah lah anak2 kita macam tu nanti. moga kita mampu mendidik anak2 kita. amin..
Ztee_Azwanis said…
agak2 rasanya pasni ada nk petgi istanbul tak !! hehehe..


oh tomok !
Mrs. Simplicity said…
mama likha : istanbul ni tempat orang yg dah berumur duit dah tak tau nak buat apa. so makan angin ke istanbul. kalau macam kita2 ni mmg tak le. kalau menang peraduan or company trip tu ok. :p ha minat tomok kan? wajib tgk. :)
Jiey^Mien said…
Nama beto harris la..
aku layan sorang2.. hahahhaha.. sanggupppp!!
Jiey^Mien said…
BTW, aku suka part yg Beto kata, saya tak mintak peluang kedua, saya cuma mintak satu peluang..

Ok la.. citer light.. citer budak2.. aku tgk kat the mines.. yg lain semua bebudak muda remaja.. mak feeling student youuuu... tiap2 kali scene yg mentik2, dgr la budak2 ni jerit auwwwww..

pastu hati aku akan berkata, ye lah korang! grow upppp!!

Sgt mak-mak.. hahhahahha.. padahal they are just being teenagers.. macam kita dolu2.. kahkahkah..

morale of the story, kalo kepala ko kena balun ngan eskrem, nah amik ni 50 hengget gi cuci kat kedai, takde maknanya laki ko nak cuci lembut-lembut cam Beto buat.. gitu la lebih kurang kata ati aku.. kahhhhhhh
Mrs. Simplicity said…
jiey : hoi, tgk bila? kot kita 1 panggung ke. mmg ye lah wei, yg tgk tu mostly teenagers. paling tak tahan masa dian dah kahwin tu, semua org cam bersorak dia kawin dgn sape. aku cam, wah, kemain masing2.

hahahah gila kau beto bf cuci kan rambut. laki kau mampu? sila lah pegi cuci sendiri.

aku pun mmg suka part tuh. terkesan lah. rasa cam nak hargai apa yg ada sekarang ni. cite lite2 tp banyak msg kan?
Jiey^Mien said…
Wehhhh.. Aku tgk 9 nov kul 1230 la wehhh.. Hamboiiiii.. Aku row J, ko row K ehhh? Row yg ada suara budak pompuan kecik tu ke?? Hahaha.. Keciknya dunia..
Mrs. Simplicity said…
jiey : sah kita 1 panggung! semua pompuan kan? ada budak pompuan dok tengah tu mengajuk dialog kan? apa ko buat dtg mines tak roger aku weh?? kitorg row M!
Jiey^Mien said…
weh, ko tau tak, masa dlm panggung tu, hati aku ni menggeletis nak call ko ajak lunch tau.. ms tgh drive tu siap ckp sorang2, office aly area ni neh..

tp x ter call sbb pikir, ish, last minute ni.. sure ko ada plan lain dh.. hahahaha.. hampehhh.. kalau aku tau, sempat gosip seround dua ngan ko!
Mrs. Simplicity said…
jiey : hahahaha.. kalau jumpa jiey, mau aku dpt warning letter sebab extend lunch hour. kalah orang semayang jumaat. weh, banyak gossip terkumpul neh! patut lah tak jumpa sebab hari jumaat tak sesua bergossip :p

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber