aidiladha 2012

raya jumaat, khamis tu keje lagi. tapi kitorg dibenarkan balik awal dalam pukul 4.30 gitu. sebab aku kena amik niadel pukul 5. taska nak tutup dah. haritu merupakan hari terakhir diorg kat taska.  next monday, duduk kat transit smart reader dah. bagi kuih raya sebekas sorang kat pengasuh diorang and itu lah pengujung nye.

cam biasa, semua bangsa last minute, baru nak mengemas semua. konon nak bertolak lepas tgk adam&hawa. tapi gerak awal. awal nya. pukul 10 jugak. tu pun sebab hujan lebat. dah reda sikit baru kitorg gerak. mmg akan menjangkakan jem teruk. tapi mmg tak sangka, lepas je tol jalan duta, dah sangkut. KL - Slim River amik masa 4 jam nak sampai.

adik2 aku yang gerak lewat sikit pun sangkut and diorg terus exit slim river ikut jalan dalam. traffic bukan merangkak dah tapi mengensot macam siput babi. nak jadi cite haritu kitorg naik savvy. manual ye. dan aku lak, last sekali drive savvy masa memula pregnant kan nia. and that was 4 years a go. memandangkan wan dah tak larat nak drive, aku terpaksa memberanikan diri drive kete manual setelah sekian lama. alah, ok je sebenarnye. gabra je lebih. aku drive sampai Tapah.

kitorg exit Tapah. adik kitorg yang gerak lambat sebab ikut jalan dalam sampai dulu. sampai dulu pun dalam pukul 4pagi gak sampai. kitorg exit je tapah terus wan pecut macam litar lumba pun ye. sampai dalam pukul 5pagi. 

sampai rumah yang tido dah bangun, kitorg pulak tunggu subuh, semayang then tido. sedar2 dah pukul 10 pagi. mmg tak lah nak pakai baju raya kan.

kat rumah ada 2 orang je yang pakai baju raya iaitu niadel. diorg mmg excited bila sebut perkataan raya tuh. tu yg semangat. yang kitorg pulak mmg kepala weng gila.

juadah raya. opah niadel ni mmg seronok membeli benda bukan2 untuk cucu2 dia. yang terbaru teko kecik tu. syok lah nia minum milo dalam tuh. sikit2 tuang.

disebabkan hari raya jatuh pada hari jumaat, kurban hanya akan dijalankan pada esok harinya. so haritu memasing hanya merehatkan diri sahaja.

warga2 kl yang pulang ke kampung hanya menidurkan diri lepas solat jumaat sampai lah lewat petang

esok harinya semua kena bangun awal pagi sebab nak tgk lembu. tahun ni ayah dgn mak buat qurban untuk ainal, akmal, yan dgn niadel. so 7 bahagian. afdal nya, yang ada bahagian masing2 tu kena ada tgk lombu sendiri.

nia lah lembu kitorg. kurus kering. mmg tak banyak isi.

melapah beramai2. pakcik2 aku pun join sekali

budak be2 ni yang dari awal pagi bangun excited nak tgk lombu terus dihantar pulang awal sebab ketakutan. siap menangis bagai. sabajelah

antara yang dibawak balik. makyong aku masak kepala ni.

ni pun bakal dimasak balik rumah nanti

balik rumah sambung melapah. tu wan gigih mengutip ribs sebab nak suruh aku marinate. nak buat ala2 tony roma's

ekor yang bakal dibuat sup. penimbang orang jadi penimbang lembu

sampai petang lah menyiapkan barang2 nak masak. macam2 menu. makyong kau masak makanan2 exotic. kitorg masa soup tulang, prepare bahan buat soto and marinate rusuk dgn batang pinang. perap sampai malam. sebelum maghrib tu masak atas pemanggang ajaib. mmg ajaib!

antara menu malam tu. ni lah hasil nya. tak lah mcm tony roma's. tapi macam islamic steak house.

otak lembu masak tempoyak. lidah pun ada dalam ni kot.

sup tulang seperiuk besar adalah wajib.

kanak2 riang yang memeriahkan majlis

malam tu selain sedara mara yang datang bertandang, member aku pun datang. tahun ni dia beraya rumah inlaw dia kat ipoh, so singgah rumah. jamu makan soto. 

anak bongsu ita, aydeen. tq aydeen datang jumpa aunty. bukan aunty datang jumpa awak tau. hahaha.. baik je weh, tido aje. rumah bising pun steady je dia tido. 

bsok nya ahad, kitorg balik awal. dalam pukul 11 pagi gerak. mak masak daging salai masak lemak cili api. semua mmg berasaskan daging lah. mmg naik lah kolestrol aku. so tak berani minum air sejuk. minum air panas je. 

camwhoring dalam kereta sebab jem jugak!

siang hari jem stress jugak sebab budak be2 ni tak tido.

maghrib jugak lah sampai rumah, maka, aku berazam pada tahun hadapan aku akan cuba sedaya upaya utk mengelakkan jem dengan mengambil inisiatif untuk amik cuti awal. semoga azam aku untuk mengelakkan jem pada tahun2 akan datang termakbul. amin ya rabbal alamin....

4 comments:

Nad @ MamaZN said...

Oo, alya org ipoh ek..mak sedara saya ada sorg kt ipoh..kat meru heights

Kitorg khamis tu bertolak kul 8mlm smpi teluk intan kul 2 pg..ikut jln dlm..letih!

Salina@IbuAqil said...

Ina pun duk ipoh sis..
Selera nengok sup tulang tu sis.. ;)

yantieramli said...

meriahnya raya haji korang...
lauk2 pun meriah... :)
kitaorg balik Labis,Johor pun berejam.. dr k.l kul 10mlm sampai Labis dkat 4 pagi..

alyyani said...

Nad & salina : alya org bota. Member yg dok ipoh. Rasanya ni jem plg teruk kot eh? Sebelum ni ada 1 tahun tu masa raya cina. Huhu

Yanti : raya pertama mmg flat habis. Second day baru lah masak2

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in