tengok Lawak Ke Der 2

sebelum start cite, kalau nak tinggalkan komen, komen pasal lawak ke der ye. bukan pasal benda lain (read : baju aku). ok, let start..

bila tau lawak ke der 2 akan dipentaskan, adalah terdetik nak ajak wan tgk. tambah lak dia kan tak keje lagi. tambahan lagi, kitorang mmg syok gila tgk Lawak Ke Der 1 masa tayang kat astro haritu. sebulan subscribe. mmg 24/7 kalau takde cite menarik, Lawak Ke Der 1 lah jawabya. so niadel mmg sama minat lah.ditambah pulak member aku bed nak tgk jugak. so kitorg pun book lah sekali.

risau jugak, dah lah tgh demam teruk. dapat ke tak nak tgk. by jumaat tu mmg demam dah totally ok, cuma tekak je perit lagi. masih tak boleh makan nasi dan yg pedas. bertabahlah nak tunggu sampai operation day nanti. dah 2 minggu tak makan nasi. lepas operate nanti pun kena pantang makan lagi. mau turun banyak kilo ni. 

konon nak ke wedding kat bangi. tapi keluar rumah dah pukul lambat. show start pukul 3. maka, ke mamak kita. aku masih on antibiotik lagi. so stok ubat kena bawaklah. nak jadi cite, adel lak malam sebelumnya dedar. siang ok je. tu bertudung sebab nampak gambar kakak asha dia pun pakai tudung. tu mintak tudung.bertahan tuh pakai.

kakaknya mmg liat sikit nak bertudung. takpe, besar esok jangan liat ye. nanti kena rotan. panas terik time ni. risau suhu badan adel naik je. so ubat dia pun bawak jugak. makan laju- laju then shoot to IB. jalan jem, cuak gak. dah sampai tu, payah pulak nak dapat parking. dalam 2.40 kitorg sampai.

ok, budak2 boleh bawak masuk ke? actually sebelum book kat www.ticket2u.biz tuh, aku dah call diorang dulu. dia tanya dulu umur bape. then aku jawablah. dia kata kalau nak bawak budak, better datang show kul 3 petang sebab time tu tak ramai sangat. and dia pesan lah macam biasa, kalau anak bising or mengganggu penonton lain, kena keluar. ok lah noted, terus je aku book.

bila dah booked tu, then dapat tau pulak nabil tidak akan membuat persembahan pada 29hb. arghhh stress!!! aku dah la minat nabil. rasa macam, masa jem tu, telepas pun tak pe lah sebab nabil takde. patut diorg highlight awal2. ni tak, bila dah ticket almost sold out baru appear remark kat website ticket2u.biz tuh. ok lah fine.

see, see, patut bagitau awal2 tau. ni dapat tgk kat poster je lah.

sampai je, nampak q panjang gila. nampak bed, terus je mencelah. heheh.. berdebar gak lah, lepas ke tak si adel ni. masa dah sampai counter nak collect ticket tu, mamat jaga counter tu agak kerek. dia kata adel tak leh masuk ni, then aku explain. masa tu mmg tak sedap lah. dia tetap bagi tiket gak since aku dah bayar kan. dia kata akak kena jawab masa kat atas nanti. adeh, tak tenang dah mak.

kitorg duduk kat grand circle kat atas, so kena naik tingkat 1. masa nak masuk, again aku kena soal siasat then i heard the officer said, kita report kat org ticket2u.biz. kalau dia kata tak boleh mmg aku tak kan tgk. ni sebab boleh, aku beli lah. then again dia pesan, kalau anak buat hal, keluar.

masa tu berpeluh peluh dah aku belum masuk IB lagi ha. bila dah duduk je, baru cam lega. tapi rasa apsl panas je ni? mmg maca duduk dalam sauna lah during the show. so as i expected, niadel tak selesa. maka wan dgn aku gilir2 keluar bawak diorang main kat luar. tapi tak lah missed banyak.

kalau lah sejuk dalam IB nih, aku rasa adel akan bertudung sampai ke sudah. ni masa baru sampai. lega lepas melepasi beberapa orang pegawai IB. mmg aku booked hujung sekali. sama macam tgk upin ipin haritu. masuk je IB terus bukak tudung sebab panas.

view from our seat. maklumlah, tiket murah. hehehe.. tapi yang duduk depan sekali tu pun tiket murah gak. hehehe.. jangan korang ingat tiket mahal lak. start 4th or 5th row tu yang mahal. VIP punya seat pun kat grand circle ni sama dengan kitorg cuma bawah sikit dari kitorg. kitorg mmg duduk belakang sekali. ni masa habis show baru boleh amik gambar.

how was it? takde nabil best??? best gila!!! yang ganti nabil pelawak gak douglas lim nama dia. yang tak kenal, sila google. aku kenal muka tapi tak tau nama. masih maintain konsep lawak ke der. douglas sebagai pengacara started with oppa punya song. diikuti dengan boboi. kelakar tapi tak berapa sangat. aku tak kenan konsep hantu kot. datin maimun dah takde. datin salbenia ada lagi.

diikuti dengan jozan. mmg tepukan gemuruh lah kan. kelakar nak mampos. sangat- sangat. masih merapu, kadang tegelak sama sendiri, telanggar sana sini. cuma kadang tak dapat nak tangkap bahasa indon dalam karakter johan. tapi mmg gelak habis.

in between douglas akan keluar cam biasa. lawak mamat ni. dah rasa macam takde hal lah takde nabil. bila time harith keluar mmg semua orang tunggu2 lah. he nailed it!! time ni macam aku rasa aku gelak tahap maximum punya gelak. lepas tu macam bila telak air liur macam terasa darah.  aahhh tak leh tahan, gelak dulu, sakit tolak tepi. hahaha.. he's just so natural, so superb, a real comedian, outstanding, awesome! kalau korang dapat tgk nanti semua kata- kata dia bagai terkena tumbukan di batang hidung sendiri. hahahaha... terbaik lah.

lepas tu turn boboi lak second part. second part ni mmg lawak habis. redha airways kata nya. pengsan! and the final part, jozan. tak yah cakap lah. meletup letup lawak nya. ending jozan nyanyi lagu sahabat selamanya. niadel yang tgh tido terus bukak mata ingat upin ipin.

aku dgn bed ingat kan show 2 jam, tak sedar 3 jam berlalu macam tu je. menunjukkan tak bosan. sangat best, sangat berbaloi untuk ditonton live. tak sabar betul nak keluar kat astro. wajib hari2 mak ulang.

kitorg keluar je baru rasa cam lega gila. mmg macam sauna. berpeluh muka. mujur tak make up. tidak, cayor! dah habis show baru lah amik gambar sikit2. artis keluar lambat sikit, kitorg tak tunggu. tapi bed & family dapat amik gambar dgn johan.

kami sekeluarga.senaman otot selama 3jam sebelum tu.

nak balik tu, nampak banyak poster, amik gambar sikit2. jozan yang bawak watak nazmi, nazman & nazmidah! tu nampak nia belakang aku tengah mengirai kain aku.

standing ovation for harit iskander's performance!! paling best! dapat dia last pun ok.

bed, nanti lawak ke der 3, kalau ada, moh kita! nizam mesti tak nak terlepas tuh. :) next time, anak2 tinggal! balik rumah apa jadi? malam tak leh tido. menderita sakit tekak. sakit, perit sangat2. menangis dibuatnya. bila nak baik ni? sampai operation ke?  huhuh

9 comments:

Anis said...

awat x leh komen psl baju ko. aku tgk cantik je. poplook eh?? heheheh

Mama Likha said...

knp nabil tkde ? likha pun suka.... '' sapa nak panggillll...? dannntin maimonnnnn'' hhaha... best eh ? tgu kt astro lah nti.. hehehe. knp IB panas ?? ekon rosak ke apa... erk... tu je nk komen,, hihihi tkut terlebih komen, sbb dh kena warning awl2 hihi... apa2pun lawa berubah pesen sekali sekalaaaa !! :))

Nad @ MamaZN said...

Ksiann nye berpeluh2..dorg tak bukak ekon ke ape? Bestnye dpt tgk kt IB. Lama tak g tgk teater...

Nk gak komen pasal bju..cantek jek!! Nampak ayu...!!! Hihi

Zura@Iwan said...

aku mmg minat Lawak Ke Der ni....tp tu la..x dpt nk tgk la kan...

sll layan yg ulangan kt Mustika tu jek...mmg lawak daaa..

Anonymous said...

klass baju ko mariaaaa...

alyyani said...

anis : haaa poplook. apsl tak boleh? sebab tgh cerita topik lain. ahahah

mama likha : nabil takde sebab hari sabtu tuh ada konsert suria kat putrajaya. dia DJ suria.fm. so tu yang tak dpt join. hampa je memula. huhu.. tak tau lah, tapi mmg panas sangat. kalau boring, lama balik dah kot. mujur tak sempat fikir pasal panas sebab asik gelak je.

nad : tah, ekon rosak ke mmg suhu gitu ke kita duduk tepi sekali dekat dgn entrance ke tak tau lah. tu tak sangka bertahan 3 jam. hehehe. tq2.. :)

zura : nanti ada kua kat astro best ke first ke tah, subscrive okeh! :)

anon : very the maria kan? :p

Pusat Bahasa Pelangi said...

singgah nak komen baju tu cantik jer..

ekekeke

Anonymous said...

haha.....rasenye frust takde nabil tu ilang kot masa show tu! not bad lah mamat douglas tu....lawak ker der style!...tp kalau nabil ada lagi 5 star ++ aku bg!

hilang stress & langsung tak ingat segala masalah time tu...

sumpah weh rasa cam nk repeate lagi! seriousssssss banget deh..

masih terngiang2 lawak2 diorang. so jgn hapload gambo nasi goreng dah pas ni....hehe pesanan utk diri sendiri...!

Dkna Abza said...

dah tengok filem??

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in