minggu ni merupakan minggu terkahir niadel akan berada di taska mawaddah. akhirnya... after all the observation that we have done, we decided to change their day care. mulai isnin depan, niadel sepenuh masa akan berada di smart reader. time sekolah, tak yah pening pasal transport, turun tangga je pegi school. aku rasa diorang pun tak penat. sepatutnya benda ni kitorg buat awal lagi, tapi ye lah, memandangkan niadel dari usia 2 bulan duduk kat taska yang sama, dah serasi kan. even kitorang dah pindah pun masih hantar kat taska yang sama sebab fikirkan anak2 dah biasa kat taska tuh.
tapi lama kelamaan, berdasarkan pemerhatian kami, mungkin sebab budak dah makin ramai, or pengasuh dah makin berkurang, anak2 macam terbiar. aku mmg dah lama perasaan. tapi ye lah, what do we expect? begitu lah pengorbanan yang kita kena buat bila mana kita sebaga mak kena bekerja. dah lama jugak hint dekat wan nak masuk kan diorg kat day care. dia ok je. tapi aku yang tak terbuat.
then 2 minggu dia incharge niadel, so dia tau lah keadaan diorg kat taska camne. immediately dia soh aku tukar taska diorang. terus suruh check kat SRK punya day care. so lepas berbincang, dan tgk sendiri rupa day care kat smart reader tuh, dengan mengambil kira kos yang tak kan ada effect kat kitorang, sebab lebih kat yuran day care, jimat kat transport pegi sekolah, kitorg pun sebulat suara mengambil tindakan dengan segera.
sampai ke saat ini, mulut ni berat nak cakap niadel last minggu ni, tapi ingat amik harini nak kena cakap jugak. berat rasa nya. kita dah baik dengan diorang, diorg jaga anak kita dari kecik, aku dah anggap diorg mcm adik2 aku sendiri. so mmg tak berkira. tapi, keselesaan anak2 menjadi keutamaan. nia pun bila dah pandai bercakap, macam2 benda dia cerita. telopong jugak kadang tuh. adel pulak.... ada lah few thing yang bila kita amik diorang, hiba rasa hati tgk nye. wah drama sikit!
tapi memang betul pun. aku tak cakap taska tu tak ok. ok je. tapi aku dah lama kat situ. so all the changes tu kita dapat rasakan. nak cakap takut terasa hati. maka pendamkan saja.
faktor lain, nia banyak tak pegi kelas iqra' kat taska. sebabnya mindset nia pegi taska nak beronok ronok. so aku syak banyak kelas dia tak pegi. sebab tak banyak progress on iqra'. setakat recite benda2 yang biasa kita sebut je contoh doa makan, doa tido, doa lepas makan, al-fatihah, doa start mengaji, wirid2 simple. instead of ke arah iqra' tuh. so risau kan itu jugak.
kat SRK mmg ada disediakan kelas iqra'. so kalau ada proper class and dia mmg tau pegi sekolah kena belajar, by all means dia akan belajar jugak kan? itu lah antara kerisauan aku. tambah pulak next year nia dah 5 tahun, dia akan bertukar sessi. and mesti ada extra class dia kena attend. so aku dah tak pening bab transport. dah satu keje pulak nak kena arrange dgn transporter hari ni, amik pukul ni. benda2 gitu lah.
so apa yang boleh kita adjust untuk kebaikan anak2 kita buat. niadel bila cakap minggu ni last week dia kat taska and kena duduk kat school, tak nak diorang. so next monday bakal berlaku sinetron yang hebat dibintangi oleh mama, nia dan adel.
wish us luck!!
gambar selingan yang takde kena mengena dengan entry. dalam train kat singapore nak menuju ke changi airport. nia yang dah flat. adel yang sdg dingurat oleh orang dok depan dia. bila tahun nak cerita pasal USS ni tak tau lah.
Comments
kehkehkeh..
simpan air mata siap2 ;p
nad : harap2! jgn sampai 80 episode mcm adam & hawa tuh. hahaha
chik na : betul tu chik na. :)