Skip to main content

EMOTIONAL WEEK

mana pegi semua orang ni? mmg rasa mcm dah raya je kat office ni. senyap sunyi. 3 suku warga bijak dah mula bercuti. aku masih lagi bekerja sebab wan pun kerja. kitorang balik perak malam ni. lepas tgk adam&hawa. hehehe...  cam biasa lah, get ready for heavy traffic. member aku balik kelantan 12 jam dalam kereta. hopefully east coast je lah yang jem sebab diorg nye raya haji meriah kari. hat hala ke utagha, tak mau jem2 teruk sangat naa... mak rindu kat family mak nih.

tajuk entry, minggu yang sangat emosi bagi aku. baik di pejabat dan jugak personal matter. bukan aku je JK (jiwa kacau), wan pun sama. dia tu lagi teruk JK nye. tak kuasa aku. menempah JK namanya. serabut serba serbi. susah berada di kedudukan terpaksa menyampaikan sesuatu yang tak sedap didengar oleh pihak satu lagi. rasa diri dipersalahkan. sebab aku tak suka mengecewakan orang. buat orang sedih and what not. macam tu lah lebih kurang.

tambah emosi lagi bila malam tadi, masa amik niadel aku dah bagitau diorang yang harini merupakan hari terakhir niadel. as i expected, mmg sedih lah diorang. bukan diorang sedih, aku pun sedih. sedih yang amat. tapi aku maintain senyum je depan diorang. aku cakap, tak pe, kalau niadel dapat adik nanti, mesti hantar sini jugak kan. hah? mengandung ke kak? hish! so macam tu lah lebih kurang. kesedihan bertimpa2 namanya.

tu malam tadi masa tgk masterchef, adly tersingkir, aku punya nangis, kalah tgk kuch2 hota hai. dah niadel ngadap mama 'jangan kaca mama, mama sedih' kahhhhhhhhhh sedih yang tak relevan. mungkin terbawak2 kot emosi tuh dari office ke taska ke rumah ke kaca tv. gitu!

nak jadi bertambah ratu air mata lagi bila malam tadi pulak ada cite kabhi khushi kabhi gam. mmg langgar lah waktu tido. sanggup! merembes2 ayor mata. pedih2 mata sebab sama tahan ngantuk. teruk benau aku ni. biasalah, aku nampak je jiwa kental, tapi jauh disudut hati, ada taman bunga.

apa pun itu lah namanya kehidupan. kita bukan boleh jaga hati semua orang, bukan boleh puaskan hati semua orang. tapi sedaya upaya kita try to please everybody supaya orang2 dikeliling kita happy. .

merenung nasib di vivo city, singapore.

salam aidiladha untuk semua... makan berpada2... ingatlah orang tersayang... :)

Comments

nad said…
Huhu..sbr byk2 k..
Kitorg pun balik perak mlm ni

Selamat hari raya ;)
Anonymous said…
sabar jelah ye, neway selamat hari raya aidiladha juga ye
~chekuna~ said…
selamat hari raya aidil adha..alyyani..
Iela Fazielah said…
selamat hr ry alya...byk sgt mslh tu sampai jiwa kacau... Moga ceria di hr ry..drive safely n carefully ye
Shasha Mohamed said…
Selamat hari raya aidil. Takper balik lambat sikit, besok boleh raya sama2.
Saya pun balik kg, tapi besok malam.
Mrs. Simplicity said…
nad : selamat hari raya nad and family :)

kesuma angsana : salam aidiladha utk awak sekeluarga :)

chekuna : salam aidiladha kak na. lama tak dengar cite. hope semua baik2 aje :)

k.iela : thanks kak. tp tak leh lawan akak yang terkejar sana sini.

shasha : balik raya kali ni tersangat lah hebat jem nye. salam aidiladha..
Ztee_Azwanis said…
lah. knp ni.. sedih lak bc entry ni...... arap smuanya ok k... yelah kekadang ada mse kite down kan ?


tp ada gk yg kelakar... sudut hati ada taman bunga hehe. swimming pool tkde ? hiks.. gurau je ?


btw, entry spore dh ada ke ??
Mrs. Simplicity said…
mama likha : mostly pasal kerja lah zte. huhu..
Fara said…
we understand dear. it just happened few days before his birthday. takpelah. redha dengan ketentuanNya

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber