Skip to main content

yang lucu last weekend

insiden 1 : dirumah
ayah dapat samsung galaxy note baru. so last weekend mak ayah aku turun kl, aku bagi lah kat ayah. masa ayah dapat tu mmg happy, sengih senyum sampai ke telinga lah. tapi, nak jadi gelak nya bila tgh ayah aku belek kotak hp tuh...

ayah : dik, buku panduan dia ada?
aku, ainal & wan : haaaaaaaaaa????? (gelak bagai nak rak!)

 cikgu anuar dgn note barunya. nape tak beli S3? orang samsung tu yang suggest beli note. fyi, sekarang tengah ada promotion S3 sama harga dengan note RM1999.00. sape berminat silalah sila ye.

insiden #2 : di jalan platinum 7/38
attending boss aku punya open house. on garmin lah nak menghala ke shah alam. then dah sampai kat jalan platinum 7/38 tuh, nampak kemah kat depan rumah TANPA MELIHAT NO. RUMAH. dengan confident beruk nya turun anak beranak. dengan budak2 tido nye. kitorg berdukung lah. gigih. sampai je dalam tu tgk

aku : aik, mana cekmat nya ni?? (berkata dalam hati)
tuan rumah : ye, sila, sila masuk.... (blur kawan sape ni)
aku : err, ni rumah no berapa ye? (cek balik whatsapp nak tgk no. rumah)
tuan rumah : ni rumah no 8. cik nak pegi rumah no bape?
aku : sorry silap rumah. kitorg nak pegi rumah no 16 (dah tak keruan malu yang amat sambil guests dalam kemah memerhatikan kitorg)
tuan rumah : owh, no. 16 depan lagi (senyum je)
malu wei!!! terbahak2 gelak. sambil menuju ke rumah no. 16...

baru lah betul rumah no. 16 nye. ingat 1 rumah tu je ada kemah. padahal berderet je lorong ni yang pasang kemah. sungguh memalukan. boss aku astaghfirullahalazim je lah..mujur tak makan katanya.

insiden #3 : di semarak apartment
dari shah alam ke puchong balik open house member. on garmin walaupun dah 2 kali pegi. ni lah disadvantage hidup dgn garmin. mmg rely on garmin je sampai bila nak pegi tempat tu balik tak tau jalan. aku lah tu. rasa macam dah nampak sign semarak aprtment tapi lain macam je. berenti kat guard bukak tingkap.

wan : boss, saya mau pergi ini rumah
aku : (cek hp terus bagi ke wan.)
wan : (dia pegi sebut apa yang tertera di skrin. apa ditulis?)

"saya nak pegi rumah no. sengal....." kahhhhhhhhhhhhhh.... tahan gelak aku. dengan sengal tu disebutnya. silap semarak apartment rupanya. kena kedepan lagi.

pada aku lawak lah, tak tau lah pada korang kan. ;)

Comments

Marlina Mohtar said…
memang lucu kak :) tergelak baca yang part last tu hihi
mcm2 lucu yer...:-)

mcm pegi umah knuri tu..aku penah gk tsilap..tp nasib baik tnya org dl..hehehe.
Anonymous said…
hahahha..lawak2 sib baik aku tulis sengal..klu aku ckp mangkuk hayun mcmana??hahahah...apa kejadahnya..hahahahhahahahah..tahan gelak aku wei..tersembur aku minum air..hahahahahahhaha
Iela Fazielah said…
kelakar la korang...tp mmg akak pun memula mcm xleh terima... samsung galaxy xde buku panduan... hadusss... kalut nak tekat satu2 then kena tanaya org... bab salah rmh tu biasala... tp mmg segan ok....n lastly tu wan mmg kelakar... lurus betul dia
Ztee_Azwanis said…
lawak ler jugakkkkk haha aduhai.
Anonymous said…
hehehe lucu ler pulak
ryugiena said…
nak pecah perut sku gelak.terutama citer ketiga..wahaha..org pelik je nape aku gelak sorang2..haha
nad said…
aahahahhahaaha...!
gelak sorang2 saya malam2 buta ni!
mmg terbaek la..
suke citer no 3 :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber