ye lah, aku update la ni... sibuk wei. masa nak bersocial ni sangat limited sekarang ni. blog tak berupdate. twitter kalau dulu, sikit2 ada je aku punya luahan perasaan, ni dah bape bulan tenggelam terus. rindu gila nak belek timeline. facebook jauh sekali la kan. kat mana kita? ok last cerita sabak awor tu ye. bapak lama.
last week ada la orang TM ni dok call aku suruh redeem hadiah sebab register unifi. dia soh datang ada 1 particular date and time tu. aku cam, suruh collect hadiah anytime je lah boleh datang collect. tapi dia suruh datang hari tu gak. hari apa eh. khamis kot. kul 10 pagi. keje kot.
so aku bolayan je lah. then hari khamis datang keje cam biasa, tetiba dalam pukul 9.50pagi diorang call balik tanya datang ke tak. adoi.. tapi kan haritu bosses takde. pegi miri. so aku pun cam, bole lah kot lari kejap. btw, aku register kat TM Equine.
kalau tau ada hadiah bila register unifi, aku register kat TM serdang sebelah office aku ni je. sampai2 je kemain happening lagi. rupanya TM Equine buat perasmian pembukaan. so sape yang daftar unifi dari bulan april ke june haritu, dapt hadiah. gitu. aku register bulan april, install bulan may. molek lah tuh. ingat kan hadiah ipad3 ke percutian ke, rupanya dapat bag. jadilah. ingat nak drop by amik hadiah then blah, sekali stuck pulak. nasib lah boss den takde.
aku dah berangan nak dapat luggage bawah tuh, tak pun set tupperware. masa ni tak start lagi. lambat betul nak start nye.
oh, masa ni ada insiden best. tak tau apa masalah nya tetiba aku dengar sorang customer datang mengamuk sakan. maybe dia apply install something kat rumah dia but untill now haven't received any feedback from TM. so kebetulan masa tu boss2 besar dari HQ datang, terus pegi kat customer tu tenangkan dia. say sorry bagai. yang menarik nya lagi, masa tuh emcee dah start welcoming all the VIP's and guests. yang best nye lagi masa tu tgh baca doa. dan yang paling best of the best nye lagi, the customer is malay. aku ingat cina sebab dari belakang mmg nampak kulitnya cerah and dia english accent dia tak macam malay. lepas tu melenting lenting. sebab aku dok situ, mmg tak nampak muka nya. ni je lah view dari tempat duduk aku. bila dia bangun, baru nampak dia jalan dgn wife dia. mmg lah dia boleh marah tapi kena lah tgk keliling. hormat lah majlis, awak tu melayu, org tgh baca doa beselang seli dgn suara dia mengamuk. that's just rude. very very very very very rude. sedih betul org melayu pe'el begini.
mamat tu dgn bini dia dah blah baru lah boss besar bagi ucapan pembukaan.
then tiba lah turn penyampaian hadiah. dapat lah bag letak kain telekung. datang semata- mata nak amik bag ni. sabarjelah. dah selamat aku bagi ke adik ipar aku bag ni. yang aku tersengih ni apehal? emcee tu cakap ni cik ke puan agaknya... tengok rupa cik ni. ok dah, jgn riak sangat. dosa.
selain dari org yg register unifi dapat hadiah, loyal customer and good paymaster yg celebrate birthday bulan June dipanggil jugak. mmg TM sentiasa ada ke event2 begini?
kot dapat jusco voucher ke. takde pong. hahahah.. dapat thank you card je.
tak pasal je aku terjebak dgn opening ceremony TM equine ni. so yang tinggal berhampiran, tak yah lah pegi jauh2 nak bayar bill, bole datang sini je. 1 row dgn al-azwath, klinik mega and poliklinik equine. orang tak ramai, so tak perlu tunggu lama bila datang sini.
settle je majlis, bila emcee jemput makan terus aku cabut balik. apa pun, terima kasih TM sebab adakan produk unifi. unifi wajib diambil kat rumah aku ni. kalau niadel tgk youtube, kalau buffered, mulalah menangis kata rosak. sekarang dengan adanya unifi, no more buffering! and another lesson learned, bahasa, budaya kita. be polite to everybody kalau rasa marah yang amat sekalipun, tengok orang keliling...
Comments
tak hormat majlis langsung!