Skip to main content

ke wonderland, melaka

pagi tu adik2 aku dah ada plan sendiri, ajak ke wonderland lepas settle wedding. maka, dah siap2 bawak baju extra. wonderland ni taman tema air yang baru kat ayer keroh melaka. situ ada taman dinosaur jugak. alang dah hala ke sana, so boleh lah lajak sikit.

tapi masa tu, sanding pun dah terlewat, resah gak kitorg takut tak jadi plan. tapi apak aku rilek je dia drive, gitu gini, almost 4 gak sampai. sebab theme park tutup pukul 7, kitorg pun redah je lah. ok gak pegi time tu sebab tak pack. tapi ada jugak yang baru sampai macam kitorg ni. tapi tu lah rugi lah bila fee RM30 tapi main nya kejap je. tapi takpelah, sbb dah plan kan. lagipun adik aku ni dah kempunan sangat nak main dalam tu, maka pegi jugak.

aku tau kewujudan tempat ni dari adik- adik aku lah. entrance fee RM30 untuk dewasa. kanak2 dan warga emas RM15. niadel tak kena charge. lokasi exit toll ayer keroh, kedepan sikit nampak signboard wonderland on left handside.

masuk je entrance kena menapak ke changing block. masa kena menapak ni dah alamak! boleh tahan kena menapak ni.

tapi, bila sampai ke kat changing block building ni, dah nampak wave pool depan mata. so mmg best lah. tukar baju, zasss tojun dalam wave pool tu. tapi pool dia tak berenti pulak berombak. nia lah yang paling excited. adel penakut air sikit.

ni lah orang nye yg kepingin nak ke wonderland ni. tercapai jugak hasrat dihati ye..

sewa 2 inner tube. mak ayah kitorg jadi penunggu bag. kat sini takde cabana2. tapi banyak tempat disediakan. dah dapat inner tube terus je kitorg pegi ke next section.

ni lah wave pool dia. mmg lengang. sebab dah tak ramai orang.

kitorg ke adventure land untuk budak2. adel mmg atas dukung je lah. time ni opah jadi official photoG. tak suruh pun. tgk2 mak aku dah naik ke sini bawak dslr. hahaha.. cayalah mak. 

punyalah takut. nak turun slide yang kena mengensot ni je pun menangis.

 dia berani landing sini je lah. kat tangga tempat org turun naik. nia pulak, dah kemana- mana. semua kids slide dia naik. yang tunnel gelap tu pun dia naik. boleh tahan tinggi tapi steady je dia. siap terbaring, telentang, kepala turun dulu. mama nengok yg risau.

yg lain pegi naik yang mencabar ni lah. syok nye kat sini, attraction dia sebelah menyebelah. kita tak yah nak menapak jauh2.

ha kemain syok lagi deme ni. papa nya pun join sekali. tu kalau pegi ramai2 ni, ada extra hand jaga anak, dia pun boleh lah naik slide2 gini. tidak kalu, duduk main tepuk air je lah dgn anak

ha ni dah naik tangga naik main benda yg paling menarik kat wonderland ni. namanya tah. tapi kata wan, kita naik inner tube then dia bepusing pusing then stop jap then masuk dalam lubang jamban. hahahah.. gitu explanation nye nak bagi aku imagine.

ha tu baru keluar kat lubang jamban la tuh. hahaha..

dari kid area kat belakang tu bole nampak diorg melambai dari atas, dah nia nak pegi kat papa dia. nak main slide kat situ pulak. sabajelah.

another attraction. adik aku ina cakap semua game dia gile! tanya hok lelaki semua best.

diorang dah merasa main semua, beround- round balik ke kids area join niadel. time ni aku naik slide dia. tak bergerak ko. hahahah.. kena tolak sendiri. adult mana bole naik. tapi sebab adel nak ikut kakak dia tu kena mama teman.antara 3 tama tema yang aku baru pegi, wonderland punya kids area adalah yang paling menarik sebab banyak slide. and slide dia not too child. kira besar nia ke atas mmg akan enjoy lah.

adel dah gigil2, maka kitorg turun balik ke wave pool. tak lama pun, dekat kul 6 kitorg dah settle.

dah nak balik. bab pegi taman tema ni, yang aku tak larat time tukar baju lah. renyah! tu pasal aku kureng sikit nak ke water theme park ni. kalau pegi berjemaah lagi syok. december, ke gambang kita ye!

at the entrance. sebelah dia dinosaur theme park. sape yang lepas mandi manda boleh terus ke situ. bayaran RM26.

elok je kitorg keluar hujan pun mula turun rintik2.

credit to opah niadel for all the photos dalam ni. mak aku tak expect pun kitorg ada plan sendiri. tu tak bawak baju spare. maka berbaju kurung je lah sampai ke malam.

sementara menanti dinner tu, alang ada kat ayer keroh tu, ayah aku nak tgk sekolah wan dulu. cikgu2 ni mmg sinonim dgn suka tgk sekolah. maka kitorg pun try our luck nak masuk situ. guard dia strict, tapi dapat jugak round2 dalam kawasan KYS ni. 

ni masa turun kat foyer. memasing cari gambar wan. bukan listed kat senarai pelajar cemerlang ye. hahahah

as a first batch of KYS, ada lah gambar diorg ditampak kat foyer ni.gambar laki den ada lah dalam ni. 
 
kajian yang dibuat, dengan mengambil kira sample akmal yang rajin ke water theme park, dengan mengambil kira game- game yang ada dalam theme park tu, ni rate beliau
  1.  Lost Word Tambun
  2. Bukit Merah Lake Town Resort
  3. Wonderland, Melaka
  4. Bukit Gambang
  5. A Famosa Water World
sample seterusnya ainal, dengan mengambil kira jarak dari 1 attraction ke 1 attraction dalam theme park tuh dan juga game dia, nia rate beliau
  1. Wonderland, Melaka
  2. Bukit Gambang
  3. Lost World Tambun
  4. Bukit Merah, Lake Town
  5. A Famosa Water World
 rate aku?
  1. sama je semua. semua tempat niadel enjoy dan semua tempat sama je penat dia. :)
selesai unplanned aktiviti di melaka. next entry, another unplanned activity.

Comments

Imaan09 said…
nice.. tq for ur review sis.. asek memanggil2 aje Groupon nye discount utk theme park ni, tp xpasti tahap keseronokannya..mmm, pasni boleh la beli
Anis said…
esok aku ke tambun. 4 hari bercuti, hotel nya di ipoh. 1 hari je kat tambun. lain2 hari, jln2, rilek2.

wei, xkan sunway x termasuk dlm theme park yg best. kwn saleh kata 1. sunway lagoon 2. tambun
nad said…
pasni bleh la ke gold coast morib plak =p
ryugiena said…
tgk muka nia seme tersengih je..hepi sgt la tu..hee

murah giler mkn kat ctu..berbaloi2..aku penah mkn kat area PD..lauk aku order ikan cencaru bakar, udang celup tepung, kailan, telur dadar, tomyam, sup kosong, air jenis seme air buah..ada lg kot aku lupa.bajet aku dlm rm 50++ la..rupanya rm 31 shj..hmm..agaknya mknn area selatan ni mmg murah kot ek..
Love the pics hehe... Not go before... Plan go but see how as no.. See yet where stay

NAmesherry.com

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber