kalau dah kemelaka kalau tak makan asam pedas, mesti nak makan ikan bakar kat umbai. tapi adik aku ada idea lagi menarik. alang dah ke umbai kita lajak sikit lagi ke muar. ada port lagi best kat situ. terlopong jap kitorg2 ni. bia betik pakcik ni. tapi kitorg follow je lah. kira haritu ngikut kan plan diorang je lah.
so adik aku yang drive. masing- masing dah lapar. mengharapkan that place yang adik aku kata lagi best tuh mmg betul2 best lah. gitu gini kitorg selamat sampai pukul 8 malam. just nice waktu makan. bila sampai je, mmg cozy lah tempat dia compare to umbai.
ni lah dia medan ikan bakar yang terkenal di muar. medan ikar bakar sabak awor. apa makna dia eh? anybody??
muka kepenatan kelaparan tapi adel cam rileks je.
sementara menunggu makanan sampai, pekena sata dgn otak2 dulu. meanwhile kitorg bergilir2 solat. surau dia adalah sangat luas dan bersih.
makanan dah sampai, moh kita ngap!
yang dioda. tomyam campur, siakap masak stim, siakap masak sambal, kangkung goreng belacan, kepah masak cili, kerang bakar, sotong goreng tepung, telur dadar, nasi 8 pinggan, air asing- asing pelbagai. apasal aku bagitau menu? sebab nanti nak kabo harga dia. ingat menu2 dia ye.
adel makan lauk siakap stim. terbaik gila!
dalam banyak2 kedai makan, adik aku bawak ke sini. menurut katanya, haritu dia makan 15 orang total bill RM178. so kitorg ni teruja lah nak tau berapa harga malam tu. kot masa adik aku first time datang tu calculator dia rosak ke kan. tapi masa nak bawak, cam terkujat bila orang tu cakap semua RM101. dengan menu2 atas tuh. mmg wallah!! dengan 9 orang makan banyak tu je. so lajak ke muar nak makan ikan bakar compare with umbai adalah sangat berbaloi. food pun sedap.
credit to ainal sebab recommend this place. mmg nice. sape yang naik try, kalau dari utara lepas jambatan muar akan nampak signboard medan ikan bakar sabak awor ni. belah kiri.
selesai lah hari yang panjang bagi kami. dari KL ke Negeri Sembilan ke Melaka ke Johor then sampai rumah jam 12 malam. penat tapi it really was a good day for us.
Comments