Skip to main content

bijakgroup family day 2012 - last day

ok dah selesai makan maggie. kita sambung lagi. sambil tgk euro final. gigih tak? sebab tak nak bagi ngantuk, kasi perabis update blog. last day at Afamosa. aktiviti belum berakhir eh. ada business retreat pulak. business retreat pukul 9 pagi. tapi aku 8.30 baru sedar. mmg penat yang amat. tak dan nak breakfast.

sudahnya aku yg last sekali sampai. masuk meeting room dengan penuh bergaya. hahaha.. boss aku watsapp, lambat sebab penat angkat tv ke? jeles letew!

tengah ada aktiviti tuh. as usual mesti ada yg enter-frame. adel nak kat mama. maka, dia masuk kejap tetiba dia cakap, mama, jom laa kua.. boleh? sabajelah. aku terpaksa keluar kejap hantar adel ke papa. sempat ngap sikit makanan kat cafe tgh wan ada lagi kat situ then masuk balik. 

tgh aktiviti tu aku watsapp wan, terkawal ke? dia hantar gambar ni. owh, ada aktiviti menarik, maka mmg everything is under control. papa kata habis rm3 bagi ikan makan. 

mmg tak cukup masa business retreat ni. sebab mengejar kan check out kul 12. tu pun kitorg semua check out pukul 12.30. so wan yang tolong kemas kan semua barang. aku sampai je terus keluar bilik. sebelum checkout, kitorg bergambar. ni pun tak lengkap. ada yg tak dpt attend family day. sikit je. we might be small but our heart and goal is big.. :)

lagi sekali kat main entrance Afamosa. frust sebab tak complete. separuh dah balik. lagipun time ni panas rembang.

alang dah tengah hari, part of us, lunch sama2 kat sini. gerai tepi jalan.

 nia yg tak bagi mama cuci mata dia. so celak masih berbaki. adel yang dah sihat tak tau duduk diam.

 makan ramai2, santai2 macam ni, syok jugak

aku yang tak sempat breakfast pagi ni pekena laksa, nasi, abc. boss bayar. :D

sekali deme makan durian pulak dah. pencinta durian apa lagi. terus serbu. terus hilang ayu anak2 dara ni bila nampak durian. hehehe

yg kecik pun sama. pulun makan durian. mama dgn nia tutup hidung. hahahha..

then semua membawa haluan masing2. konon malam tu ajak wan lepas check out ronda kat ayer keroh. tapi tak terdaya. sumpah tak larat. aku masuk kereta aku terus tido. wan pusing kat area tanjung bidara. melawat tempat dia membesar and sekolah rendah dia. aku tak sedar apa. sedar2 nia nak pee kat R&R seremban.

last but not least, walaupun banyak halangan, dugaan dan rintangan sepanjang hari keluarga office aku ni, i always enjoy to host and being part of the team. terasa best bila semua nya berjalan dengan jayanya. satu perasaan yang terungkap dgn kata- kata. ewah. rasanya next round punya family day aku nak seat back and relax. bagi team2 baru yang handle. kita pegi pulau pulak. masih terasa lagi aura family day ni. kat office masih lagi bercakap2. hope next year boleh buat lagi. dan tak kena tunggu 3-4 tahun untuk family day ke3 bijakgroup ni. :D

family day selesai dah, isu tv ni tak selesai lagi. hingga saat ini, masih tersadai dalam kotak masih tak tau nak buat apa. aku nak bukak tender lah rasanya. kemain ramai nak tv ni. tak dapat hadiah susah, dapat hadiah pun susah...

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber