insiden hiba di nursery

kalau kat nursery, aku ada beberapa insiden yang buat aku hiba. first, bila hantar anak, kalau adel dia ni slumber sikit. menonong je masuk. kadang salam mama pun tidak. ada ke sekali tu, lepas je aku hantar sampai kat pintu, dia terus masuk duduk kat celah2 kawan2 dia depan tv, tgk upin ipin. tak salam mama pun lagi. bila aku panggil, dia datang lah ke aku, tapi dia bole berenti duduk balik kat kawan dia sorg lagi. kena jerit dgn kakak dia suruh shake hand mama, baru dia datang kat mama. sabajelah.

lain pulak dengan kakak dia, kalau menghantar dia mmg sampai sekarang ni, dia sengaja je buat2 taknak keluar dari kereta. dan2 tu ngantuk lah, nak tido dalam kereta lah. ada je alasan buat kan dia tak mau pegi taska. kalau cikgu ain dia kata nak buat aktiviti, baru dia turun.

lepas tu, bila dah masuk dalam taska, adel dia pandai selit2 kat kawan- kawan dia. yang nia, kawan2 dia excited panggil nama dia, dia buat muka sardin je duduk kat ceruk sorang- sorang. alahai nia...

then bila amik pulak, biasa dah malam lah amik diorang. kadang nursery tak perasan pun aku sampai. so bila kat luar gelap, bole nampak dalam taska tu, dah banyak kali nampak, cikgu diorang bagi budak2 yang tinggal makan malam. hiba weh hati. masing- masing berkerumun kat cikgu, cikgu suapkan makan. berebut- rebut pulak tu. sedih2... :(

tapi tu lah, apa je pilihan aku ada. besar pengorbanan kita mak2 yang bekerja ni. tinggalkan anak bawah jagaan orang. mmg macam2 benda boleh jadi. tapi jangan lupa pada mak2 yang tak bekerja. diorang nye pengorbanan lagi besar, sacrifice everything (naluri bershopping pakai duit sendiri / education) demi memastikan keluarga berada dalam keadaan sempurna.

tapi benda paling best, bila kita amik diorg, cara diorg meluru kat kita and hug kita macam dah 10 tahun tak jumpa kan? menjerit2 panggil mama meluru peluk mama. then happy to see diorg mingle around dengan kawan- kawan, nia nak warm up pagi mmg lambat, tapi bila balik dia mmg happy. nak balik dia shake hand kawan- kawan dia. comel je tgk nye.

moga anak2 kita sentiasa dilindungi Allah SWT walau dimana anak2 kita berada. amin....

si adik yang tengah merajuk dengan si kakak.

12 comments:

izzah azfar said...

apesal ntah, baca entry akak yang ni buat zah shahdu je..betullak kak paling seronok bila time amik,depa meluru kat kita...macam dah lama sangat tak jumpa kan?

Mama Likha said...

hemmm.. mcm sedih plak entry ni... why alya :'(

Konot said...

salam,

saya tak tinggal anak kat nursery tapi dgn maid. pun sama jugak hibanya especially pagi2 nak pegi keje.

kekdg melalak2 sampai tarik baju. kdg2 buat2 sakit suruh kita duduk rumah.. sighh...

sedih!

@lfidah @dim said...

rasa sebak jea baca entry alya nie..:(

btw cantik header alya..

shark said...

biasela..anak2 manja dgn kite..kene tinggal skit mula nak nangis kan :(

Nad @ MamaZakwan said...

saya jaga sendrik
tp sebab tang lain pulak, huhu!

Intan said...

sob sob.. ingat kat anak....

Gieyana said...

Sweet jer Adel merajuk..

Betul lah kan..mcm kita yg ngantar kt taska or bb sitter nie mmg kena tawakal..cuma bezanya aku hntar Nureen kt bs..dia mmg rapat giler ngan mak dier nie..siap pegang + isap nenen mak dier ag bila bergurau senda! Sabar jer..tp kdg2 aku geram gak psl mAk dia ckp byk..but aku just ignore jer as long as dia jg nureen baik2..

Princess Solehah said...

1- comel sangat header baru tu...so sweet.

2- betul tu kak. kadang2 memang rasa sayu je bila nak tinggalkan anak kat nurseri. Auni tu pun, kadang2 sampai nurseri pukul 7 pagi. Muka sedih juga kena tinggal dengan ummi dia ni hehe

- dieyana - said...

sedih pula entri ni ... terus teringat kat anak-anak yang duduk dgn pengasuh ....:-( kat taska lagi kesian kan, ramai2....mcm yang awk ckp tu la, berkerumun dtg kat cikgu, berebut2 nk mkn, dieyana ada pengalaman anak kat taska-10 hari, 10 hr tu pun, rasa cam sedih sgt...:-(

sya said...

sgtla touching bc entry nih...seyes mmg hiba giler :(

yup kite xde pilihan, nie mgkin terbaik utk ank walaupon kite tahu mcm2 benda blh jadi...

semoga Allah lindungi anak kite dari perkara2 tidak baik...

*yg msh hiba*

Siti Asiah said...

touching sikit bace entry ni, terbayang anak2 kat taska, tp Asiah bertuah sikit cz kj spai kul 5 jerk...alhamdulillah...;)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in